𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 28
Natalya mencebik. Tidak puas hati dengan suaminya. Di saat perutnya semakin membulat ni, makin sibuk pula.
"Chagiya, abang pergi sekejap je. Bukan lama pun." Ubun-ubun Natalya diusap Aryan lembut. Dia sambung mengemas beg pakaiannya. Nak minta isteri untuk packing rasa serba salah pula, dengan perut gaya nak pecah.
"Lamalah dua minggu tu. Tak boleh ke singkatkan jadi seminggu je? Tak pun dua hari je ke?" Natalya merengus geram. Dua minggu outstation? Lamalah tu? Apa yang kejapnya?
Aryan tertawa kecil. Manja betul isterinya ini.
"Chagiya, jangan nak manja sangat. Tampar kang!" Terkekeh Aryan ketawa. Tambah-tambah melihat wajah cemberut Natalya. Dasar suami kaki ngusik.
Apabila melihat riak wajah Natalya semakin mendung, air mata pula bertakung, memang dia berhenti ketawa. Kaki diatur mendekati isterinya yang menunduk menekur lantai itu. Tangan Natalya diraih dan diusap lembut. Air mata yang menitis membasahi pipi isterinya itu disapu.
"Chagiya, I'm sorry. Okay, listen up. Abang pergi untuk kerja bukan suka-suka. Sayang jangan fikir bukan-bukan." Lembut nada suaranya memujuk isteri. Marilah readers yang single kita masuk gua meh!
Natalya hanya diam. Kepalanya dilentokkan ke bahu suaminya. Entah mengapa dia rasa tidak sedap hati. Rasa macam akan ada sesuatu yang bakal berlaku. Fikirannya menderas. Tambah-tambah apabila Aryan memberitahu bahawa projek kali ini adalah projek bersama Dato Asri, ayah kepada Ellianna Saffya.
"Sayang risau kalau abang jumpa dengan Saffya ke?" Hidung Natalya dicuit manja. Natalya perlahan-lahan menjatuhkan kepalanya. Bukan mereka tidak tahu perangai Saffya macam mana.
"Don't worry. Ini projek dengan Uncle Asri. Bukan dengan perempuan tu. Lagipun ni dalam hati abang ni ada sayang sorang je. Mana ada yang kedua ketiga dan sewaktu dengannya. Jadi, ngak usah risau. Selagi nyawa dikandung badan, selamanya abang akan setia."
Sedikit sebanyak kata-kata Aryan melegakan keresahan yang bertandang di hati Natalya.
"My love for you is unconditional and eternal. You are the light of my life. My heart longs for you. Despite the various tests to come, you remain my top choice. No one can take your place. If one day, we won't be like this. I mean, our household is in trouble. I will pray that my heart is strong for you alone." Ubun-ubun kepala Natalya dikucup lama. Ya, dia juga tidak sanggup berjauhan dengan Natalya. Dia juga berdoa agar rumah tangga mereka tiada masalah.
"Lya minta maaf. Sepatutnya Lya percayakan abang. Lya patut faham kerja abang." Gumam Natalya. Aryan tersenyum manis. Terima kasih Ya Allah, Kau telah lembutkan hati isteriku.
"It's okay. Tapi sayang kena tahu. Setiap perhubungan perlu ada kepercayaan. Percaya antara satu sama lain. Hilang kepercayaan, goyahlah rumah tangga."
Natalya mengangguk faham. Kepercayaan tunggak rumah tangga bahagia. Ingat tu semua.
"Dah jangan sedih-sedih lagi. Mak buyung ni manja betul dia. Sikit-sikit merajuk. Sikit-sikit menangis. Gigit kang." Pipi gebu Natalya dicubit lembut. Sejak mengandung ini, pipi isterinya semakin membesar dengan jayanya. Semakin hari, semakin comel. Grr!
Natalya mengangkat kepalanya yang berlabuh di bahu Aryan tadi. Wajah Aryan ditatap lama.
"Lya tolong abang kemas, ya?" Pipi kanan suaminya diusap. Langsung senyuman di bibir Aryan mekar.
Dia menarik lembut tubuh Natalya mendekatinya. Terkejut si isteri itu.
"Abang ni---"
"Beg boleh kemas esok. Malam ni abang nak 'kemas' sayang." Senyuman miang terbit di wajahnya. Cis! Kamu gatal gatal gatal.
"Jom tidur. Abang nak peyuk yayang." Rengek Aryan mengalahkan anak kecil. Natalya ketawa sambil menggeleng. Ada-ada saja kerenah suaminya itu. Macam manalah tak sayang haih.
"Sayang, cepatlah. Esok dah mula berjauhan. Rindu abang nanti." Aryan mula baring ke atas katil. Isterinya digamit untuk baring di sebelahnya.
Natalya akur. Saat kepalanya mahu berlabuh, Aryan meletakkan lengan tangannya sebagai alas. Tepi kepala Natalya dikucup sayang.
"Goodnight, Chagiya!"
"Goodnight, abang."
Aryan mendengus geram. Kenapa pula betina ni ada dekat sini? Argh, semak kepala otak.
Puk!
Aryan menoleh memandang Darren yang menepuk bahunya itu. Keningnya dinaikkan.
"Kau okay tak?" Soal Darren kepada sepupunya itu. Sejak mereka tiba di resort itu, Aryan banyak berdiam diri. Tidak banyak bercakap.
"Bro, kalau aku tahu yang perempuan shundal tu ada dekat sini, memang aku tak datang dah. Apa kejadah dia buat apa dekat sini? Aku tak sukalah." Rungut Aryan. Sibuk sangat si Saffya tu mahu ikut Dato Asri dalam projek kali ini. Sengajalah tu. Panggil Zul Aripin dukung kang.
Darren hanya memandang kosong ke arah Saffya. Dia tahu wanita itu sesekali mengerling ke arah Aryan. Dia dapat rasakan Saffya seperti merancang sesuatu. Mana tidaknya, Saffya tiada kena mengena langsung dalam projek pembinaan rumah peranginan ini. Tidak pernah-pernah si Saffya ini ikut Dato Asri melawat kawasan tiba-tiba hari ini dia muncul. Pasti ada agenda tersendiri.
"Ren, aku rasa aku nak pergi call Natalya kejap. Mesti dia risaukan aku. Kalau Dato panggil, kau settle." Aryan bingkas berdiri meninggalkan Darren. Darren hanya menghantar pemergian Aryan dengan ekoran mata. Dalam hatinya, semoga kau baik-baik, Ar. Aku takut perempuan tak guna ni ada plan belakang kita.
"Oi budak saleh!"
Darren mengalih pandangan ke arah lelaki yang mendatanginya. Keluhan berat dilepaskan di bibirnya. Makhluk Allah paling bermasalah sudah tiba.
"Eh, budak saleh ni. Aku pukul kau kang." Kata seorang lagi. Darren hanya mengabaikan mereka, sejak daripada kecil mereka menggelarnya 'budak saleh' hanya kerana bapanya, Esyraf Mikael Edward memang pure France.
"Kau ni saleh. Begalak pula dia." Aefeq menolak bahu Darren. Sakit hati Darren mengabaikan sapaan abang-abangnya. Mentang-mentanglah dia hensem, boleh pula dia begalak.
"Pst pst bukan begalak la baby. Galak tu kau. Belagak ha baru betul." Afeeq membetulkan adiknya. Ada pula begalak, belagaklah. Dasar baby bodoh!
"Aik, Feeq tu bukan ikan ke? Yang lompat-lompat dekat lumpur tu." Aqeef mengusap dagunya. Bukan ikan ke belagak tu? Ke salah? Macam lebih kurang je.
Afeeq menampar dahinya. Parah kalau dah bodoh tu, bodoh juga. Semua salah baba, siapa suruh dia bodoh.
"Itu belacak la gila. Kau jangan sampai aku belasah kau. Aku dah belajar dari video Kak Long 7E tau. Aku cucu Tuan Aydan tahu? Sekali aku buka langkah, aku lari laju-laju." Afeeq mengetap bibir. Darren menggeleng. Kenapalah sepupu-sepupu aku tak normal?
Di sudut hujung lobi, Aryan sedang menelefon isterinya. Baru sampai di sini tak sampai 2 jam, sudah terasa rindu akan isteri di rumah. Comel betul abe Ar ni.
"Ya, chagiya. Nanti malam abang call balik. Love you, sayang."
Tanpa sedar, dia dihampiri oleh seseorang dari arah belakang. Orang itu berdiri di belakangnya, setia menunggu dia menamatkan panggilan telefon.
"Waalaikumussalam." Talian dimatikan. Telefon disimpan ke dalam kocek seluar dan dia menoleh. Terkejut dia dibuatnya apabila wajah Saffya menyapa pandangannya.
"Woi! Kau pehal gila?! Kau buat apa dekat sini? Jangan macam-macam. Aku pukul kau nanti tak pasal-pasal masuk newspaper 'jejaka tampan tanpa sengaja tertampar gadis berupa hantu kak limah'. Kau nak apa ni?" Nasib baik tak tampar muka anak orang. Tidak tu free je dapat makan penampar abe Ar.
Saffya tersengih janggal. Hujung baju dipintal. Bibir bawah dikemam.
"I nak cakap dengan you sikit." Saffya memandang Aryan penuh berharap. Semoga lelaki itu berlembut hati dengannya.
Aryan mengeluh kasar, "Kau nak apa lagi, Saff? Aku dah cakap---"
"I nak minta maaf." Pintas Saffya dengan laju mematikan ayat Aryan.
𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro