Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 27

"Aryan!!! Tunggu!!!"

Aryan mengeluh kasar. Penatlah jumpa budak Saffya ni. Nasib baik perempuan, kalau lelaki memang daa makan penumbuk sulung Abe Ar.

"Ar!! Tunggu I." Rengek Saffya sambil mengejar langkah kaki Aryan yang sudah laju ke hadapan.

Semakin laju kaki panjang Aryan mengatur langkah. Malas mahu melayan perangai Saffya. Naik rimas dia dibuatnya. Tak faham bahasa ke apa si Saffya ni?

Saffya berlari lalu sepantas kilat menghalang jalan Aryan. Nasib baik Aryan sempat brek. Kalau tidak tu, hm faham sendiri.

Aryan mendengus geram. Ada yang mati kena cekik nanti jangan tanya kenapa.

"Kau nak apa hah? Tak faham bahasa melayu ke gila?! Aku cakap aku tak nak kau! Tak naklah! Sekali aku tampor berselerak gigi kau baru tahu." Aryan menjeling Saffya tajam. Menyemak punya perempuan. Banyak lagi jantan lain kau boleh kejar, aku yang hensem ni juga kau nak.

Saffya terdiam. Tipulah kalau dia cakap dia tidak terasa dengan kata-kata Aryan. Amat kasar. Mengguris hati wanitanya.

"Ar!!"

Mereka berdua menoleh ke arah suara yang memanggil Aryan. Aryan tersenyum. Good! My life saver!

"Uncle Riq!" Aryan melambai tangan ke arah Aariq yang berjalan ke arah mereka.

Aariq senyum kecil sebelum senyumannya mati apabila matanya terpandang ke arah gadis di sebelah Aryan.

"Dey, sundel! Ngapain loh di sini?" Welcome back, our beloved Aariq. Readers rindu awak punya comeback.

Saffya memandang Aariq dengan mata terkebil-kebil. Aryan pula sudah senyum sumbing. Saff, jaga mental kau. Takut kau yang kena mental.

"Uncle~~~ tengok this girl asyik kacau Ar. Rimaslah. Uncle tolonglah settle. Malaslah layan minah muka bedak bercapuk ni." Aryan menggoncang lengan si bapa saudara.

Aariq memandang tajam je arah Saffya, "Kau kenapa kacau anak buah aku?" Soalnya kasar.

Aryan senyum senget, "Garang lagi uncle, garang lagi!"

"Kau sedar tak Aryan Darmish ni suami orang. Aku ulang ni. Aku ulang. SUAMI ORANG. Haa ada paham? Takda paham? Lantak ko la nak paham ke tak. Ada nampak macam aku kesah? Lambat lagi aku nak kesah!"

Tertunduk-tunduk kepala Saffya. Malu. Itu yang dirasakannya. Bibir bawah diketap.

"Kau sedar sikit Saffi Rania Gold. Ar ni tak nak dekat kau. Dia dah ada bini. Kau carilah lelaki lain. Tak payahlah gedik-gedik dekat suami orang. Urat malu kau terputus ke?" Sambung Aariq lagi.

"Padan muka kau. HAHAHAHAH." Aryan ketawa memegang perutnya. Saffya yang berasa sangat malu itu terus berlari keluar daripada bangunan The D's.

Aariq dan Aryan ketawa bersama tanpa henti.

"Oi, kena sampuk ke apa korang ni?" Dhariz datang bersama Aayyan ke arah mereka. Kening Aayyan bertaut melihat adik dan anaknya ketawa bagai tiada hari esok.

"Daddy dengan Uncle Ngah ni lembab la. Tidak tadi boleh tengok Uncle Riq basuh si budak Saffya tu." Aryan menghabiskan sisa tawanya.

Aayyan hanya menggeleng kepalanya. Tahu dia kalau adik dia yang settlekan memang habis budak tu makan hati berulam jantung.

"Gelak tu gelak juga, Ar. Sekali dia berdendam, rosak rumah tangga hang. Dia pula yang gelakkan hang." Dhariz membidas Aryan. Terus mati tawa di bibir Aryan dan Aariq. Liur pula ditelan kesat.

Aayyan mengangguk setuju. Betul apa yang dikata. Hati orang kita tak tahu. Tak boleh nak baca.

Manusia memang tidak ada yang sempurna, ketika diperlakukan tidak baik atau disakiti oleh orang lain tentu timbul perasaan tidak nyaman pada hatinya dan terkadang membuat bekas luka di dalam hati.

"Baba!!" Jeritan tiga kembar mengalihkan perhatian mereka semua. Aariq senyum kecil melihat anaknya yang berlari ke arahnya.

"Anak baba nak makan apa harini?" Aariq menggosok rambut depan Aefeq. Lelaki itu hanya mencebik.

"Janganlah sentuh rambut baby. Tak hesmes la nanti." Marah Aefeq. Aariq tertawa halus.

"Dah memang kau hodoh nak buat macam mana? Dah jom pergi lunch. Aku lapar." Aariq berjalan meninggalkan anak-anaknya. Tiga kembar itu mengejar langkah ayah mereka.

"Ar nak ikut daddy?" Tanya Aayyan kepada anaknya itu. Aryan senyum kecil sambil menggeleng. Kita nak balik jumpa bini dekat ruma hehehe.

"Ar nak balik makan dekat rumah." Pangkal leher diusapnya. Aayyan senyum dan mengangguk faham.

Dhariz mendecit, "Kenapalah bini aku sibuk nak kerja? Aku nak juga balik makan dekat rumah. Eiii, kenapa dunia tak adil?" Kaki dihentak-hentak.

Aryan ketawa melihat telatah Dhariz. Bapa saudaranya itu mengalahkan anak kecil merengek nak mainan.

"Sudahlah tu, Riz. Dah tua kita ni tak payah nak mengada. Dah jom lunch." Telinga Dhariz ditarik sambil berjalan meninggalkan Aryan sendirian.

"Weh, Yan. Sakitlah bodoh! Lepaslah, putus telinga aku ni."

"Diamlah kau!"

Aryan hanya menghantar pemergian Aayyan dan Dhariz dengan ekoran mata. Dah tua nak mati pun perangai macam bebudak.

Kaki panjangnya terus diatur menuju ke keretanya. Tak sabar nak balik rumah jumpa bini. Yahuuu!!

Natalya termenung sendirian. Teringat mesej yang diterimanya pagi tadi. Perlu ke aku tanya? Ke tak payah? Takkanlah suami aku dah balik dekat Saffya?

"Sayang?"

Tersentak Natalya dengan sergahan suaminya. Lantas dia menoleh.

"Bila abang balik?" Soalnya mesra. Aryan senyum lebar.

"Baru je. Sayang termenung apa? Ingatkan abang ke?"

Natalya menggeleng kecil, "Merepeklah abang ni. Duduklah dulu. Biar Lya hidangkan makanan."

Aryan mendekati isterinya. Lengan baju disinting hingga ke siku.

"No, today sayang duduk. Biar abang yang hidangkan." Pinggang isterinya ditarik mendekatinya. Bau haruman rambut isterinya menyengat rongga hidungnya. Nak makan sayang boleh tak?!!

Natalya menampar dada Aryan.

"Saja nak ambil kesempatan ke huh?"

Aryan tergelak kecil, "Alang-alang celuk pekasam, biar sampai ke ketiak. Sambil menyelam, kentut dulu."

Terletus tawa di bibir Natalya. Entah dari mana peribahasa itu dirembat oleh Aryan. Suka suki ja dia.

"Dah gi main jauh sana. Abang babap ontot kang. Tepi abang nak hidang makanan, nak makan ni. Kang abang makan sayang baru tahu." Aryan melepaskan rangkulan di pinggang Natalya.

Natalya mencebik. Kaki diatur ke meja makan. Kerusi ditarik dan punggung dilabuhkan.

Aryan datang dan menyusun pinggan ke atas meja. Sesekali matanya dikerling ke arah si isteri yang sedang termenung. Lah termenung lagi?

"Sayang, do you have any problem hm? Kenapa asyik termenung ni? Tak nak share dengan abang ke?" Dia menarik kerusi di sebelah isterinya. Isterinya itu kelihatan sedikit terkejut.

Natalya menggigit bibir bawah.

"Tell me, dear. What is it?" Aryan meraih tangan isterinya. Lembut dia mengusap.

"Tadi Lya dapat mesej. Daripada unknown number." Jujur Natalya. Tak guna nak bersimpan rahsia dengan suami sendiri. Kejujuran dan kepercayaan tunggak rumah tangga bahagia.

Kening Aryan sedikit ternaik. Usapan tangannya diteruskan. Matanya fokus menatap wajah si isteri.

"Dia hantar gambar Saffya dengan abang. Abang pakai baju ni." Natalya menjuih bibir ke arah Aryan.

Aryan melihat baju yang dipakainya. Oh, pasti gambar tadi diambil hari ini.

"Do you trust me?"

Natalya memandang Aryan. Perlahan-lahan kepalanya dijatuhkan.

Bibir Aryan melorek senyuman, "Abang tak minta banyak daripada sayang. Cukup kepercayaan sayang. Abang sayang awak. Isteri abang. Bidadari syurga abang. Jangan fikir bukan-bukan. Hati abang sentiasa untuk sayang. Saffya tu masa silam abang. Sayang masa depan abang."

Author yang cair bukan Natalya jkjkjk

Berasa sedikit tenang di wajah Natalya. Dia kena percayakan suaminya. Tak mungkin Aryan nak jilat balik ludah dia.

"Dah jangan fikir lagi. Jom makan. Abang lapar." Tangan isterinya dibawa ke bibir dan dikucup lembut. Natalya tersenyum suka. Suka dilayan baik oleh suami tercinta.

Segala keresahan di jiwa, semuanya terbang dibawa angin. Kata-kata Aryan cukup membuatnya kembali tenang.

Namun, air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Author korang ni kaki scammer. Jangan percaya dia. Mana tahukan ada lagi orang mati lepasni kan?

𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro