Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 26

"Sayang~~~~~"

Natalya memekakkan telinga mendengar suara si suami.

"Sayangggggg grrrrr!"

Natalya hanya diam melipat kain baju. Malas mahu melayan perangai Aryan yang tidak semenggah itu. Makin dilayan makin menjadi-jadi.

"Ish, sayang ni. Sepak kang! Orang panggil buat tak tahu je kan. Tak cium bau syurga baru tahu." Aryan duduk bersila di atas katil. Tangan disilang ke dada. Abe Ar merajuk ni, merajuk ha merajuk ni.

"Abang tu, asal malam je mula la nak buat benda bukan-bukan. Saya ni penat tahu tak. Ni perut saya makin hari makin besar bukan makin kecil." Bebel Natalya. Memang tidak dapat dinafikan sejak mengandung ni dia memang asyik bebel.

Aryan mencebik.

"Semalam abang curi selipar jiran sebelah pergi letak dekat antena astro rumah dia. Si jiran pula pergi tengok cctv. Kantoi abang yang buat. Lepastu yang nak menjawabnya saya. Abang tahu buat apa je?" Natalya sudah mula mukaddimah untuk teruskan bebel. Matilah kau Ar.

Aryan tersengih sambil menggaru belakang telinga, "Abang tahu buat anak."

Natalya mengecilkan matanya.

"Minggu lepas, abang rembat kain pelikat pak imam tengah melepas dekat jamban belakang surau. Lepastu gantung kain tu dekat atas pagar surau. Abang ni dah tua. Nak jadi bapak orang dah. Perangai tu tak boleh bagi elok sikit ke?"

Aryan mengemam bibir. Tiba-tiba teringat kejadian minggu lepas.

"Tapi tu kan tiga tapir tu yang ajak." Aryan mahu mempertahankan dirinya. Malangnya,

"Ha eloklah salahkan orang lain. Dah abang tahu perangai Afeeq, Aqeef dengan Aefeq tu macam mana, yang abang ikut lagi kenapa? Abang tu dah besar ada akal. Fikirlah. Penat saya nak menjawab dengan orang. Ni belum ada anak lagi. Cuba kalau ada anak. Habis diajarnya anak bukan-bukan. Penat tau penat." Ha dia bagi sekali harung, langsung tak berhenti.

Aryan mendekati isterinya. Mata Natalya ditatap dalam-dalam.

"Abang ingat saya ni suka ke dengar orang cakap...." Kata-kata Natalya terhenti. Wajah Aryan dipandang hairan. Dah kenapa laki aku ni?

Tangannya menampar lembut lengan si suami.

"Abang dah kenapa? Tenung saya macam tu." Marahnya.

Aryan senyum nakal, "Sayang bebel nampak sexy. I like."

Natalya menjeling Aryan, "Gila."

"Memang abang gila. Gilakan Natalya Rozella. My Mozarella. Grrr!" Aryan mengenyit mata ke arah Natalya. Ini kalau anak dara dekat luar sana tengok, mahu menggelupur masing-masing.

Aryan merampas baju di tangan Natalya.

"Abang, kejap lagi nak main-main. Bagi balik. Saya nak sambung lipat." Natalya menyua tangannya di hadapan Aryan. Aryan senyum senget sebelum,

Chup!

Tapak tangan Natalya dikucupnya. Natalya memincing matanya memandang Aryan.

"Abang!!"

Terkekeh si suami ketawa melihat wajah cemberut si isteri. Comel betul isteri siapa ni? Of course isteri abe Ar!

"Dah, sayang pergi rest. Biar abang sambung lipat." Aryan mula menyambung kerja isterinya. Gaya bapak-bapak mithali. Rawr Abe Rawr!

Natalya tersenyum suka. Walaupun Aryan suka buat masalah, namun ada saja caranya nak mencuit hati si isteri.

"Inikan kerja saya. Biar sayalah yang buat." Natalya merebut baju di tangan Aryan.

Aryan senyum kecil.

"Seorang suami yang baik, hensem, macho macam abang mestilah kena bantu ringankan beban isteri yang sexy, comel, manja macam sayang."

Terletus tawa di bibir Natalya.

"Suka eh abang puji?" Aryan senyum memandang isterinya. Dia mengambil semula baju di tangan si isteri. Kemudian dia sambung melipat.

"Bukan. Abang cakap abang macho. Celah mana macho tu? Celah gigi ke celah ketiak?" Natalya ketawa terbahak-bahak apabila Aryan menghentikan kerjanya dan merenung tajam ke arah Natalya.

"Oh, suka eh dia? Sini abang geletek sayang." Aryan mula menggeletek pinggang isterinya. Terkekeh Natalya ketawa.

"Abang! Stop it. Okay, Lya is sorry."

Aryan melepaskan isterinya. Tahu takut. Gelakkan orang lagi.

"Abang." Tangan Aryan mula menyambung kerja. Sikit je lagi nak siap. Kejap lagi abe Ar boleh peluk bini.

"Ya sayang." Jawabnya.

"Pernah tak terfikir kalau one day ada someone cuba pecah belahkan rumah tangga kita? Apa yang abang akan buat? Abang akan tinggalkan Lya tak?" Natalya melentokkan kepala ke atas bahu kekar suaminya.

"Nonsense." Gumam Aryan.

"Tak mustahil tau, bang. Abang kan hensem, banyak duit. Mesti ramai nak dekat abang." Tambah Natalya lagi.

Aryan selesai melipat baju. Dia merangkul pinggang isterinya.

"Stay with me no matter what, sayang!" Ubun-ubun kepala Natalya dikucup lama.

"Saya hanya akan pergi kalau itu yang abang nak." Kata Natalya perlahan. Lengan suaminya dirangkul erat.

"Abang tak nak sayang pergi. Abang nak sayang ada dengan abang. Teman abang sampai hujung nyawa abang." Aryan menolak perlahan tubuh isterinya untuk berbaring. Dia melepaskan tautan pada lengannya.

Dia bingkas berdiri mengemas baju-baju yang dilipatnya tadi. Disimpankan ke dalam almari sebelum kembali ke katil.

Baru sahaja melabuhkan punggung ke atas katil, dia melihat wajah isterinya yang tertidur. Comel.

Dia merebahkan tubuhnya di samping Natalya. Wajah Natalya ditatap lama.

"Abang akan sentiasa ada untuk sayang. Sampai bila-bila." Aryan mengucup kening Natalya sekilas sebelum memejamkan matanya.

"Darren, ni kerja siapa?" File dilempar ke atas meja sebelum Aryan mencekak pinggang.

Darren hanya menayangkan wajah bekunya, "Triplet."

Aryan memejamkan matanya. Nafas dihela panjang.

"Sheila!!" Tempiknya.

"Yes boss?" Jawab Sheila pengganti tempat Natalya buat sementara waktu sebagai PA Aryan.

"Kau pergi panggil tiga ekor tu sekarang. Aku nak sekarang!!"

Laju kaki Sheila keluar daripada bilik mesyuarat itu menuju ke bilik kembar tiga itu.

Aryan menghempas punggungnya ke atas kerusi. Geram melihat hasil kerja sepupu-sepupunya itu. Ingat semua benda boleh buat main ke?

Klak!

"Yow bro, wassup?" Afeeq melangkah masuk dengan girang. Get ready nak kena sembur dengan abe Ar ya!

Aryan mengangkat wajah, menatap tajam ke arah kembar tiga itu. Masing-masing menelan liur. Manakala Darren setia berdiri di samping Aryan.

"Korang bertiga nak cabar aku?" Nada suara Aryan mula meninggi.

Masing-masing menggeleng. Tahu takut.

"Habistu?! Ni apa? Korang ingat benda ni main-main ke? Ni proposal yang esok kita kena present dekat depan Dato' Leo!!" Tempik Aryan. Habis bergema satu bilik itu.

Urat di lehernya tegang.

"Kalau nak main-main pergi balik rumah sana, main dengan adik korang! Bukan dengan aku!" Tengkingnya lagi. Menunduk tiga kembar itu. Tidak berani melawan tatapan tajam abe Ar.

"Ini apa? Doraemon? Seriously korang ingat benda ni projek tadika ke hah?!" Suaranya mula mengendur. Pelipis dahi dipicit perlahan. Letihlah kalau semua benda nak bawa main.

Afeeq menolak Aqeef untuk bercakap.

"Kami minta maaf." Sayu suaranya meminta maaf bagi pihak mereka bertiga.

"Dengan maaf, dapat ubah semua ni ke?" Aryan mengeluh berat. Punggung direbahkan semula ke kerusi.

Aefeq mendekati Aryan.

"Ar." Panggilnya.

Aryan menoleh ke arah lain. Merajuk ni merajuk. Esok aku nak bentang apa? Doraemon? Ada ke patut atas proposal lukis doraemon?

"Ar, dengar dulu." Afeeq mula bersuara.

Aryan hanya diam. Tak nak kawan korang. Aku nak merajuk.

"Ar, sebenarnya semua ni prank." Kata Aefeq sambil ketawa. Afeeq pula mendekati.

"Ha kau tengok sana tu ada camera. Huehuehue." Jari telunjuk ditunjuk ke arah kamera tersembunyi yang mereka letak pagi tadi. Memang tujuan untuk memberi kejutan kepada Aryan. Garang betul abe Ar ni.

Aqeef senyum senget, "Kitorang plan, kau lalai."

Aryan melopong luas. Fikir ni lawak ke?

"Korang ni kan---" Aryan mengetap bibirnya. Sia-sia dia marah tadi. Rupanya prank. Kenapa dia lalai?

Masing-masing terdiam menunggu ayat Aryan.

"Nanti edit muka aku bagi nampak hensem sikit. Jawline bagi nampak tirus." Sambung Aryan. Rahangnya diusap lembut. Darren menepuk dahi. Dah agak, namanya Aryan mana mungkin serius bab ni.

Lalu tiga kembar itu ketawa melihat reaksi Aryan. Sedang ketawa tidak ingat dunia, pintu dikuak.

"Sayanggg...." Suara gemersik seorang gadis menyapa gegendang telinga mereka.

"Ah, bala sudah mari." Aqeef mengeluh kecil.

Wajah Aryan bertukar beku, "Kau nak apa lagi Saff?"

Gadis itu tersenyum lebar, "I want you."

𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro