𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 25
Seminggu kemudian,
Aryan berjalan bersama sedulang makanan itu ditegur oleh Aayyan.
"Ar, nak pergi mana?" Soal Aayyan.
Aryan mematikan langkah kakinya. Kepala menoleh ke arah Aayyan.
"Ar nak hantar dekat Que. Dia belum makan." Jawabnya senada. Aayyan mengangguk faham. Sejak Anrique keluar daripada hospital, hanya Aryan yang banyak berinteraksi dengan Anrique. Dia malah kurang bercakap. Kesian anak gadisnya diabaikan.
Aayyan mengangguk menyuruh Aryan pergi. Keluhan kecil meniti di bibirnya.
Bukan senang nak move on. Kehilangan orang yang kita sayang sangat sukar untuk dilupakan.
Klak!
Aryan menguak pintu bilik tidur abangnya. Perlahan-lahan dia menapak masuk. Tubuh Anrique yang sedang baring membelakanginya dipandang sayu.
"Tak salah bersedih tapi kau kena terima hakikat kehilangan orang tersayang dan kawal emosi kau."
Anrique hanya diam mendengar bait-bait ayat Aryan. Aryan mendekati abangnya. Dulang makanan diletakkan atas meja.
"Rasulullah bersabda, Air mata boleh mengalir, hati boleh bersedih tetapi kita tidak boleh mengatakan sesuatu kecuali yang dapat membuat Allah redha. Dan kami, wahai Ibrahim, sedih kerana pemergian mu. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim."
Aryan melabuhkan punggung di birai katil Anrique. Anrique beralih memandang adiknya.
"Bro, aku tahu kau kuat. Kalau tak kuat pun, tolonglah kuat. Anak kau, Shera need her ayah. Kalau kau lemah macam ni, anak kau macam mana?"
Berkaca-kaca mata Anrique memandang adiknya. Ya Allah, apa aku dah buat ni?
"Setiap malam anak kau merengek nak ibu dia. Aku tahu kau tak boleh lupakan Kak Nur. Tapi Shera macam mana? Takkan kau nak lepas tangan. Dia masih kecil." Aryan menepuk bahu abangnya.
Anrique mengemam bibirnya.
"A-ku..."
Aryan senyum kecil.
"It's okay, bro. Aku ada untuk kau. Bukan aku je. Daddy, Mummy, Ad, adik-adik. Kitorang ada untuk kau. Kau abang aku dunia akhirat. Aku tak nak tengok kau rapuh macam ni."
Anrique terharu dengan ahli keluarganya. Walaupun dia bukanlah anak kandung kepada Tuan Aayyan Danish, namun kasih sayang mereka sekeluarga tidak langsung berbelah bahagi. Semuanya sama rata.
Di saat dia dilanda kerapuhan begini, mereka tidak jemu meniupkan semangat kepadanya.
Ya Allah, sungguh aku lalai. Aku menidakkan takdir. Maafkan aku, Ya Allah.
"Que, kesian dekat mummy. Setiap hari menangis fikir pasal kau. Kau tak kesian ke dekat orang tua tu? Daddy takpe. Dia bukan ada perasaan. Tahu menyakiti perasaan orang je. Mummy tu penting."
Anrique hampir tergelak. Suka hati Aryan saja mengata Aayyan dengan Ayeena. Dasar anak derhaka!
"Kau ni--" Anrique menolak bahu Aryan. Dia bangun dari pembaringan lalu bersandar pada kepala katil.
"Sayang juga kau dekat aku."
Aryan beralih memandang Anrique. Bibirnya tersungging naik.
"Sayanglah. Abang aku kut. Kalau orang lain memang aku biar mati katak. Ni makan ni. Aku masak tadi. Masih hot & spicy macam aku. Grrr!"
Anrique tersenyum lalu menggeleng. Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan kan? Aku percaya pada takdirmu. Tunggu abang dekat sana ya, Nur. Abang sayang Nur.
"Ayah."
Suara si kecil Shera Aqila menyapa gegendang telinga mereka. Mereka menoleh ke arah anak kecil yang berada di muka pintu.
"Shera. Come here." Aryan menggamit anak saudaranya. Anak kecil itu berlari mendapatkan Pak Langnya. Aryan mengangkat tubuh genit itu dan diletakkan atas ribanya.
Mata kecil itu tidak henti melirik ke arah Anrique. Takut untuk mendekati Anrique.
Anrique mengemam bibir. Perlahan-lahan dia mengukirkan senyuman buat anaknya namun senyumannya tidak dapat menutup mendung yang menyeliputi wajahnya.
Tidak dapat nafikan bahawa muka Shera sebiji muka arwah Nurliya tetapi Anrique akur bahawa itu adalah anugerah Tuhan untuk mahluknya, tersembunyi sejuta hikmat dan rahmat.
"Anak ayah." Anrique mendepakan tangan. Lambat-lambat Shera mendapatkan ayahnya. Tubuh Shera didakap erat. Ubun-ubun kepala Shera dikucup lembut.
Aryan tersenyum melihat perubahan Anrique. Alhamdulillah. Setelah seminggu pemergian arwah, Anrique langsung tidak mempedulikan semua orang termasuk puterinya. Kasihan anak kecil itu.
"Ayah minta maaf sayang." Anrique mengusap lembut belakang anaknya. Terubat rindu dia kepada arwah apabila memeluk Shera. Maafkan abang, abaikan anak kita.
"Dah peluk dah nangis, nanti makan. Penat aku jadi Chef Wan untuk kau. Sedap tau aku masak. Tengok pun sedap apatah lagi kalau rasa. Sekali rasa memang terangkat habis." Aryan menyampuk kemesraan anak beranak itu.
"Tak payah menipu, Ar. Kau guna bubur instant Knorr pasti sedap tu tadi kan?" Adryan berjalan mendekati mereka. Aryan berdecit lembut.
"Tch! Kau ni. Habis kantoi dekat readers. Malu la aku. Mana aku nak sorok muka aku?" Aryan menampar lengan Adryan lalu menyilangkan tangan ke dada. Nak merajuk la tu. Dasar cengeng.
Anrique dan Shera ketawa melihat wajah cemberut milik Aryan. Adryan hanya memeluk tubuh bersama wajah bekunya.
"Ar benci Ad. Tak nak kawan Ad." Aryan bingkas berdiri lalu menghentakkan kaki berkali-kalj sebelum berjalan keluar dari bilik itu.
Anrique menggeleng perlahan. Macam budak kecik. Sikit-sikit merajuk. Aryan, Aryan.
"Bro, kau nak jumpa mummy? Kesihatan mummy merosot lately sebab asyik fikirkan kau." Adryan menegur Anrique.
Anrique menelan liur payah. Rasa bersalah menerpa di hatinya.
"Tolong tengokkan anak aku. Aku nak jumpa mummy."
Adryan mengangguk. Anrique bangun dan berjalan menuju ke bilik Ayeena.
Dari luar dia dapat menangkap suara Aryan di dalam bilik Ayeena.
"Mmy dengar tak ni mmy? Ad tu kacau Ar. Dia buat Ar merajuk. Dia bongkar dekat semua orang yang Ar masak bubur instant Knorr pasti sedap je dekat Que."
Terlepas tawa kecil Anrique mendengar celoteh adiknya. Dah nak jadi bapak orang pun kaki ngadu dekat mummy.
Ayeena mengelus rambut perang Aryan.
"Ye sayang. Mummy dengar." Ayeena senyum kecil. Teringat sewaktu Anrique kecil-kecil, perangai sebiji macam Aryan. Suka menempel dengannya.
Anrique berdehem. Mereka mengalihkan pandangan ke arahnya.
"Que?"
"Ar, aku nak cakap dengan mummy. Kau keluar sekejap boleh?"
Aryan mencebik.
"Mmy tengok Que halau Ar."
MashaAllah slap abe Ar secara virtual!
Aayyan yang menyaksikan itu mengeluh panjang. Dasar Aryan anak ngak punya akhlak.
"Ar, ikut daddy kejap. Daddy ada benda nak cakap." Tegas Aayyan.
Langsung berdiri tegak si Aryan apabila suara Aayyan menyampuk. Tahu takut. Tadi bukan main kata dekat bapak kau.
"Emm mmy, Ar raklu." Mencecet dia lari mendapatkan Aayyan.
Ayeena senyum memandang Anrique. Birai katil kosong di sebelahnya ditepuk lembut menggamit Anrique untuk duduk di dekatnya.
"Mmy."
Panggilan yang dirindui oleh Ayeena. Panggilan daripada anak sulungnya.
"Ya sayang." Beberapa titik air jernih membasahi pipi tuanya.
Anrique menunduk sebelum dia ubah kedudukannya dengan melutut di atas lantai. Terperanjat Ayeena dibuatnya.
"Que sayang, bangun kenapa duduk atas lantai."
Anrique menggeleng lemah.
"Que, kau berak dalam seluar ke yang duduk atas lantai kenapa?" Sampuk Aryan yang sedang mengintai dari pintu. Aayyan mengetuk kepala Aryan. Habis kantoi kita mengendap dekat sini.
"Aduh! Sakitlah daddy. Dasar orang tua period manjang." Bebel Aryan. Aayyan menutup semula pintu bilik itu.
Ayeena menggeleng kecil melihat suami dan anaknya itu.
"Que nak minta ampun dengan mmy."
Ayeena meraih tangan Anrique.
"Que tak salah sayang."
Anrique mengangkat wajah memandang wajah sang ibu.
"Tapi Que buat mmy sedih." Tersebek-sebek bibir merah itu. Tersenyum Ayeena melihatnya.
"Mummy maafkan Que. Dah jangan nangis. Anak mummy ni cengeng dia." Pipi Anrique dicubit manja. Dah besar anaknya itu. Dulu Ayeena takut nak sentuh Anrique kerana memikirkan mereka bukan mahram. Rupa-rupanya kakak iparnya, isteri kepada Ayin Dhani pernah menyusukan Anrique sewaktu kecil memandangkan Anrique anak kepada sahabat Dhani. Dalam waktu itu, Anrique lahir dan dibesarkan tanpa seorang ibu. Hanya dia yang sempat diselamatkan sewaktu kemalangan yang menimpa arwah Aakif dan isterinya. Dalam Islam, adik-beradik perempuan kepada bapa susuan adalah ibu saudara susuannya. Adapun anak-anak lelaki kepada ibu saudara susuan dan bapa saudara susuan, maka itu tidak haram untuk dikahwini sebagaimana sepupu itu tidak haram dikahwini.
"Mmy sayang Que?" Soal Anrique manja.
"Sayang sangat."
Anrique senyum lebar. Syukur masih dikurniakan keluarga yang penyayang. Terima kasih, Ya Allah.
"Ehem, aku hero story ni kenapa kau melebih sekarang ni?" Aryan menyampuk lagi. Di mana-mana sahaja ada Aryan.
Aayyan mengetuk kepala Aryan sekali lagi.
"Kau ni aku cepuk sia-sia je hidup kang. Sibuklah kau ni. Biarlah abang kau nak take over kejap. Next chapter ambiklah balik job kau!" Marah Aayyan.
Aryan tersengih sambil mengusap kepalanya.
"Ye la, Que next chapter aku pula tau."
Anrique dan Ayeena ketawa melihat Aryan dan Aayyan. Gaduh macam anjing dengan kucing.
𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro