𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 24
Aryan memegang dada sebelah kirinya. Entah mengapa dia rasa tidak sedap hati. Keluarganya yang lain sedang bersuka ria dengan barbeque. Sedangkan dirinya gelisah tak menentu. Fikirannya melayang jauh. Hatinya tika ini benar-benar rasa sesuatu.
Natalya yang perasan akan sikap aneh suaminya itu cuba mendekati. Bahu Aryan diusap lembut. Dia cuba untuk menenangkan suaminya.
Aryan menoleh menghadap Natalya, senyuman kecil diukirkan.
"Sayang dah makan?" Soalnya.
Natalya menggeleng kecil.
"Why? Chagiya abang ni nak abang suap ke?" Pipi Natalya diusap sayang. Abe Ar ni janganlah tabur gula dekat sini. Readers kita semua single ni. Respect sikit.
"Lya nak makan dengan abang." Natalya melabuhkan kepala ke atas bahu Aryan. Lengan Aryan dirangkul manja.
Aryan senyum suka. Manjakali dia.
"Abang tengah susah hati ke hm?" Dada Aryan diusap lembut. Aryan terbuai seketika.
"Abang saya tanya ni." Dada itu ditampar lembut.
"Eh, terbuai pula. Entahlah sayang. Abang rasa macam ada benda tak kena. Ni dekat sini. Rasa macam ada something." Aryan membawa tangan Natalya ke dada kirinya.
"Hush, lajunya."
"Kan. Abang pun tak tahu kenapa. Tiba-tiba abang teringat dekat Que. Harap semuanya baik-baik." Aryan meluahkan perasaannya. Entahlah, dia memang rasa tak senang duduk.
Natalya mengangguk faham.
"Sayang, abang laparlah jom makan. Ke sayang nak bagi abang makan sayang?" Aryan mencuit puncak hidung Natalya. Terkekeh isterinya ketawa.
"Mengadalah abang ni"
Baru sahaja mereka mahu bergerak ke arah mereka yang lain,
"Ar!!!"
Aryan dan Natalya melepaskan pelukan dan menoleh ke arah Darren yang berlari ke arah mereka.
"Darren, kau kenapa?" Tanya Aryan dengan kening berkerut. Pelik juga. Tiba-tiba muka Darren berpeluh-peluh macam kena kejar dengan hantu. Ada hantu Maldives ke?
Aryan menoleh ke arah Natalya. Isterinya hanya mengangkat bahu.
"Que."
Aryan menoleh ke arah Darren semula. Tubuhnya mengeras mendengar nama Anrique.
"K-kenapa dengan Que?" Jantung Aryan kembali berdetak laju. Makin tidak tenang hatinya. Tolong jangan jadi apa-apa dekat Que.
Darren menghela nafas. Nafas diatur sebelum,
"Que accident teruk."
Krak!
Aryan terdiam. Kakinya kaku. Anrique antara orang yang paling rapat dengan Aryan. Walaupun Adryan kembarnya, dia lebih rapat dengan Anrique. Disebabkan Anrique pun masuk air, Adryan pula lebih pendiam. Buat hal sendiri sahaja.
"Abang." Natalya memegang lengan Aryan yang diam tidak berkutik itu. Panggilan isterinya langsung tidak disahut.
Fikirannya bercelaru. Tak tahu apa yang dia patut lakukan. Dia sedang jauh daripada Anrique.
Ya Allah, selamatkan Anrique.
"Darren bagitahu semua, esok kita balik." Aryan berlalu meninggalkan Darren dan Natalya. Dia juga tidak tahu ke mana hendak dituju.
Dia mencelikkan kelopak mata. Siling putih menjadi tatapan pertama. Terasa sakit di bahagian kepalanya. Tangan naik memegang kepala. Kepalanya rasa berpinar. Pandangannya sedikit kabur.
Tangannya dipandang. Jarum? Hospital?
Ingatannya menerawang ke kejadian terakhir yang berlaku terhadapnya. Awan mendung bergayutan di pelipis matanya. Ingatannya masih segar. Cadar dan selimut yang direnyuk-renyuk itu seperti fikirannya juga, renyuk-renyuk.
Tanpa sedar air mata jatuh membasahi pipi. Bayang-bayang kesedihan dan kepiluan masih tercalit di wajahnya.
"S-sayang."
Klak!
"Que?" Suara Ayeena menyapa ke pendengaran Anrique.
"Mummy?" Ujarnya lemah.
"Ya Allah! Abang! Que dah sedar!" Ayeena menyenggol kepala memanggil Aayyan yang berada di luar. Laju kaki Aayyan mendapatkan isterinya.
Anrique memegang kepalanya yang sakit. Terasa seperti kepalanya mencucuk-cucuk.
"Mummy, Daddy, mana Nur?"
Aayyan memandang Ayeena. Dan Ayeena memandang Aayyan. Muka mereka menyimpan seribu tanda tanya kepada Anrique.
"Mmy? Mana isteri Que?" Soalnya lemah.
Tiada jawapan. Semakin bertambah tanda tanya dalam kepala otak Anrique.
Ayeena mendekati Anrique. Punggung dilabuhkan di birai katil pesakit. Anrique memandangnya hairan.
"Mmy? Kenapa ni?" Tangan Ayeena dicapai.
Ayeena mengesat air matanya.
"Nur? Kenapa dengan Nur?" Soalnya lagi. Hatinya masih tidak tenang selagi tidak tahu keadaan isterinya.
Ayeena menggeleng perlahan, "Nur... dah takda."
Zap!
Kata-kata itu menikam terus ke jantung Anrique. Perkhabaran yang disampaikan itu benar-benar mengguris luka di hatinya.
Mulut terkunci, hati terkatup dan tenggelam dalam kepiluan. Harapannya jatuh berderai umpama jutaan debu yang berkeliaran.
"M-mummy c-cakap apa ni?" Nada suaranya bagaikan sembilu menghiris tangkai hatinya. Rasa pilu mencucuk-cucuk tangkai hatinya.
Anrique memandang Aayyan.
"Ddy? Mana isteri Que?"
Aayyan diam memandang dengan sejemput kehampaan yang ternyata di air wajahnya.
Anrique menggeleng. Dia cuba menahan air matanya tetapi matanya tetap bertambah kelam.
"Mummy. Nur dah janji takkan tinggalkan Que." Suara Anrique menyebakkan hati seorang ibu. Ayeena turut mengalirkan air mata. Kini anaknya berasa kosong dan hampa. Dia sendiri saksi cinta Anrique dengan Nurliya.
"Mmy~~ Que nak kahwin boleh?"
"Kahwin? Dengan siapa?"
"Hehe nanti Que kenalkan dengan mummy."
Anrique mengetap bibirnya. Berkaca-kaca linangan air jernih gugur dari sudut kelopak matanya. Ingatannya kembali menjangkau suasana masa lampau. Di mana saat dia pertama kali bertemu Nurliya di universiti.
"Hi cantik. Izinkan abang ngorat cik adik."
"Jangan kacaulah. Orang busy ni."
"Eh, dia jual mahal pula. Tampar kang."
"Sayang, jumpa mummy saya jom."
"Mummy awak garang tak?"
"Terima kasih jadi isteri abang. Eh abang pula. Malu la kitew."
"Mengada awak ni."
"Sayang abang tak?"
"Sayang. Sayang sangat."
"Abang, if one day Nur takde. Abang carikan ibu untuk anak kita ya. Dia perlukan kasih sayang seorang ibu."
"I SAID STOP IT!!!"
"Kita tak tahu apa bakal berlaku. Kita hanya merancang. Allah yang tentukan."
"Abang!!!"
"AllahuAkhbar!"
Makin deras airmata Anrique jatuh. Mata dipejam rapat. Berharap ini semua hanyalah mimpi. Ya Allah, mengapa Kau duga aku begini? Apa salahku?
Dia belum siap untuk kehilangan Nurliya. Kenapa dugaan ini terlalu berat?
Saat demi saat yang mengingatkan dia kepada Nurliya menerbitkan detik-detik yang menusuk tajam ke lubuk sukmanya. Hatinya luluh dan diselaputi perasaan pilu.
Kekesalan hatinya terhadap isterinya begitu bertubi-tubi datangnya. Belum sempat dia meminta maaf kerana berkasar dengan Nurliya, isterinya telahpun pergi meninggalkannya. Dia sendiri tidak sempat melihat isterinya buat kali terakhir. AllahuAkhbar!
Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa hancur hatinya di saat ini.
Aayyan membawa Ayeena keluar dari bilik itu untuk memberi ruang kepada Anrique. Seperti Anrique mahukan ruang untuk sendiri.
"Kenapa? Kenapa sayang tinggal abang?" Luluh hati seorang suami melepaskan pemergian isterinya. Hatinya tidak henti menyalahkan diri sendiri atas kematian Nurliya.
Sedih yang terlalu sukar nak dihapuskan dari perasaan.
"Abang minta maaf sayang. Maafkan abang."
Sungguh rasa bersalah menyelubungi dirinya.
"Kalau bukan sebab abang--"
Anrique menggeleng lemah. Bibir dikemam. Mata dipejamkan.
"Kenapa orang yang aku sayang? Semua tinggalkan aku. Mama papa mati. Sekarang isteri aku. Ya Allah!"
Ayeena hanya memandang dari luar cermin tingkap. Sayu hati ibu itu melihat anaknya di tahap kerapuhan. Dia ikut sedih melihat keadaan anaknya itu.
Aayyan mengusap bahu Ayeena.
"Abang, anak kita. Saya tak sampai hati tengok dia macam ni. Saya tak kuat." Ayeena menyembamkan wajag ke dada Aayyan. Aayyan mengusap belakang badan isterinya.
"Sayang, kita kena kuat untuk Que. Kita kena bagi dia semangat. Supaya dia boleh teruskan hidup. Supaya dia tahu dia masih ada kita yang sayangkan dia." Lembut Aayyan memujuk Ayeena.
"Que dah terlalu banyak tersakiti, bang. Mama papa dia meninggal waktu dia kecil. Dia seorang saja selamat. Sama macam sekarang, Nurliya terkorban, dia terselamat. Mesti dia salahkan diri dia. Abang, sayang tak sanggup tengok anak kita macam tu." Ayeena menggogoi dalam tangisan di dada Aayyan.
Aayyan mengemam bibirnya. Air mata jatuh membasahi pipi. Teringat kepada arwah abangnya, Aakif. Ayah kandung kepada Anrique.
"InshaAllah anak kita kuat. Dia kena kuat untuk anak dia. Cucu kita. Kita kena bantu dia. Pulihkan semangat dia. Jangan tunjuk lemah depan dia. Kita banyak doakan dia."
Hati bapa mana tidak sedih melihat anak yang ditatang penuh kasih sayang dari kecil ditimpa dugaan begitu berat begini. Semoga anak daddy terus kuat. Daddy sayang anak-anak daddy.
[ Janganlah kau bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang yang beriman. ]
Ali Imran ayat 139
𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro