Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 23

Natalya mencucuk pinggang suaminya. Lelaki itu mencebik lalu memaling ke arah lain. Merajuk.

"Abang, sorry. Lya tak sengaja. Nak buat macam mana. Lya nak termuntah." Lengan Aryan digoncang lagi. Mahunya lelaki itu tidak merajuk, sedang lena diulit mimpi tiba-tiba disirami muntah isteri.

"Pujuklah abang. Orang sedap tidur atas plane Pak Su. Sayang pulak gi muntah. Asal tak kejut cakap muntah." Bebel Aryan. Mulut dimuncungkan.

Naik buntu kepala Natalya mencari cara untuk pujuk suaminya. Ditambah pula sakit di kepalanya.

"Abang janganlah macam ni." Lengan Aryan digoncang perlahan.

"Pujuklah lagi. Cepat!" Aryan memeluk tubuhnya. Mengada je lebih jantan ni.

"Ar, kalau aku tampar kau melekat dekat dinding tu sia-sia je hidup kau." Afeeq menepuk dahinya. Perangai Aryan dah kalah budak-budak. Itupun nak merajuk. Padahal bini dia mual sebab hasil sperm dia juga. Semak nate beruk ni!

"Ish, menyampahlah. Supportlah aku. Benci! Benci!" Aryan menghentak kakinya.

"Abang merajuklah dulu. Malam ni saya tidur dengan Mel. Saya pening kepala ni malas nak layan abang." Natalya membuka langkah ke arah Melya dan Aweena.

Terlopong luas mulut Aryan. Terletus tawa Aqeef dan Aefeq.

"Ayok! Tido sorang la kau malam ni!" Aefeq sambung tawanya.

Makin cemberut muka Aryan.

"Ar, tidur tanpa isteri di samping sakit rasanya. Hilanglah bantal peluk kau." Aqeef pula mengusik Aryan.

Aryan yang mendengar itu terus menggeleng. Oh no!

"Sayang!!! No!!! Abang tak nak tidur sorang!!" Aryan mengejar langkah Natalya. Tidak sanggup dia tidur seorang diri.

Terbahak-bahak tiga ekor kembar ketawa melihat kekalutan itu. Adryan dan Darren hanya menggeleng dari jauh.

"Bila la kita nak merasa macam Ar? Ada bantal peluk sendiri." Keluh Darren. Wajah Aweena ditenung dari jauh. Wajah gadis dambaannya.

Adryan menoleh ke arah Darren.

"Buah hati kau tu sekolah lagi tau. Aku jalan dulu." Adryan ketawa halus.

Darren mendecit lembut. Kalau ikut hati dia, sekarang juga dia minang Aweena. Tapi memikirkan gadis itu masih bersekolah, langsung niatnya mati. Macam kisah Papa Mamanya dulu, Mikael dengan Dalia pun lebih kurang macam ni.

Anak bapak.

"Kau pun lemah. Adik kau, Ar jalan dulu." Darren senyum sumbing. Mati tawa Adryan

"Aku dah ada calon. Tu ha tiga ekor tu calon pun takde. Sedih betul aku tengok."

Darren menoleh ke arah tiga kembar itu. Lalu dia tertawa kecil. Diikuti oleh Adryan. Adryan dalam diam mulut tak tapis juga ni.

Afeeq, Aqeef dan Aefeq berjalan mendekati mereka berdua.

"Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.'Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat' Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad." Afeeq membuka bicara. Langsung mati tawa dua jejaka itu. Liur diteguk kasar.

"Sabda Rasulullah S.A.W. 'wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya,dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri' Hadis riwayat Abu Daud." Aqeef pula berkata.

Double Kill. Heart shot.

"Imam al-Maraghi di dalam tafsirnya menyatakan ghibah diumpamakan seperti memakan daging kerana mengumpat itu bererti menyiat-nyiat kehormatan seperti memakan dan menyiat-nyiat daging." Sambung Aefeq.

Adik beradik savage. Anak-anak Aariq ni boss.

"Dah-dah, jangan gaduh. Jom urusan check in dah settle. Nah ambik kunci memasing. Cau! Aku nak peluk bini. Korang takde. Aku ade. Lemahnya korang." Aryan melontar kunci ke atas riba Darren. Lalu dia mendapatkan isterinya. Dasar anak kiriman hell!

Adryan dan Darren menghela nafas lega. Mereka bingkas berdiri meninggalkan kembar tiga terpinga-pinga.

"Eh, dibiarkan begitu saja~~~" Keluh Aefeq.

"Terikat namun tak bertali~~" Aqeef menyambung. Dia duduk di sofa yang Adryan duduk tadi.

"Mencuba menyimpulkan mati~~" Afeeq memaut bahu Aefeq. Mereka berdua berjalan meninggalkan Aqeef sendirian.

"Namun terputus jua~~" Aqeef mencelikkan mata selepas bukan main feeling dengan lagu itu. Eh, mana semua orang?

"Woi, tenuk 1, tenuk 3, tunggu aku!!" Jeritnya.

Anrique membaca mesej yang masuk. Gambar-gambar adik-adiknya dan sepupunya memenuhi gallery. Keningnya bertaut. Diorang pergi mana ni tanpa aku?

Biggie Familieee🦋
Tap to see more info

Ar kentut bau petai
Que, kau lalai kitorang dah plan

Ad lambat pickup
Jangan kacau Que dia tengah honeymoon

Feeq Tenuk 1
Kesian Que, tapi padan muka siapa suruh tak ajak kitorang pergi honeymoon

Baby Tenuk 3
Tapi aku rasa bahenol tu mana online, sibuk buat anak

Qeef Tenuk 2
Barang siapa yang mengumpat---

Darren muka beku
Sudahlah Qeef dengan tazkirah malam jumaat kau, Que nak buat anak pun tak senang

Feeq Tenuk 1
Wah, abe Darren join the bangang club! Ar, kita dapat new member.

Ar kentut bau petai
Apa benda korang merepek ni? Aku nak buat anak tak senanglah

Diamlah syaitan-syaitan sekalian alam. Aku nak drive balik tak senang dengan notification korang.

Anrique menggeleng perlahan. Perangai memasing kalau tak menyetan tak sah!

"Abang, jom gerak." Nurliya masuk ke dalam kereta. Dia baru sahaja selesai menunaikan solat. Mereka dalam perjalanan mahu pulang ke rumah. Tetapi mahu singgah mengambil anak mereka di rumah Ayeena. Katanya anak mereka demam kerana mahukan ibunya.

Anrique menutup telefonnya. Dia senyum sekilas. Lalu memulakan pemanduannya.

Tangan isterinya dicapai lalu digenggam erat.

"Sayang abang tak?" Soalnya. Bersama sengihan di bibir. Tangan kecil itu di bawa ke bibir sebelum kucupan hangat dilabuhkan.

"Sayang. Sayang sangat."

Nurliya menoleh ke arah Anrique. Rahang Anrique ditenungnya. Bersama senyuman kecil.

"Jangan tengok abang macam tu. Malulah!" Terkekeh Anrique ketawa. Sambil menutup sebelah mukanya.

Nurliya menggeleng sambil senyum. Dia diam sejenak sebelum berkata, "Abang, if one day Nur takde. Abang carikan ibu untuk anak kita ya. Dia perlukan kasih sayang seorang ibu."

Tubuh Anrique mengeras.

"Stop talking nonsense! Abang tak suka. Please stop it." Tegasnya. Dia cukup tidak suka dengan ayat itu. Sudah dua hari Nurliya asyik cakap begitu.

"Saya cuma---"

"I SAID STOP IT!!!"

"Kita tak tahu apa bakal berlaku. Kita hanya merancang. Allah yang tentukan." Lembut suara Nurliya.

"Abang cakap stop tu stoplah!" Anrique memicit pelipis dahinya. Dia belum fikirkan apa yang jadi kepadanya jika Nurliya meninggalkannya untuk selamanya. Mampukah dia untuk terus hidup? Dia lebih rela jika dia yang pergi dulu sebelum Nurliya.

Anrique menekan pedal minyak sekuat hatinya.

"Abang jangan macam ni. Bahaya ni." Pujuk Nurliya. Baru sahaja Anrique mahu memperlahankan keretanya,

"Abang please jangan--"

Kata-kata Nurliya tergantung. Matanya terbeliak luas. Ada sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan. Mungkin pemandunya mabuk. Keretanya terhuyung hayang.

"Abang!!!"

"AllahuAkhbar!" Ucap Anrique sebelum keretanya benar-benar hilang kawalan.

Entah di mana silap Anrique saat mengelak kereta itu sehingga kereta mereka terbabas ke gigi jalan, membelah pembahagi jalan.

Akibat rempuhan itu, Anrique tercampak keluar kereta.

Darah merata-rata. Anrique memegang kepalanya yang sakit. Matanya kabur. Dia melihat ke dalam kereta, isterinya berlumuran darah.

"S-sayang?"

Lalu matanya tertutup.

𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro