𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 22
Di pagi yang cerah, angin sepoi-sepoi bahasa meniup lembut menyapa kulit pipi Natalya yang sedang termenung melihat sekumpulan kanak-kanak bermain di taman permainan berdekatan rumahnya. Bibirnya mengukir satu senyuman kecil. Perutnya kini sedikit menampakkan bentuk mula diusap lembut.
"Burung puyuh, burung ketut, dimakan biawak." Suara nyanyian Aryan mematikan senyumannya. Dia mengeluh kecil. Kepala diurut perlahan.
"Kadang cantik, kadang imut." Aryan senyum menampakkan lesung pipitnya. Isterinya dihampiri.
"Kadang mirip-mirip biawak." Dagu isterinya dipagut untuk melihat ke arahnya. Berkerut kening si isteri.
"Abang cakap saya mirip biawak?" Natalya mengemam bibir. Kolam matanya mula dipenuhi air. Ha sudah! Mak buyung ni sengsetip betul.
Aryan tersengih sambil menggeleng.
"Mana ada. Gurau saja ma." Belakang isterinya diusap.
"Tch! Tadi siapa yang call?" Natalya memandang ke dalam anak mata kelabu milik Aryan. Bukan boleh percaya, yang namanya kaum lelaki ni. Sekali kita terleka, tetiba dah ada orang baru. Tak boleh lalai sikit, diorang laju je rancang.
"Oh, tu aaaa haa kawan. Takde siapalah. Sayang jangan risaulah." Aryan menayang senyuman palsunya. Mana mungkin dia beritahu bahawa Saffya yang menelefonnya. Dia juga tidak pasti tujuan wanita itu menelefonnya lagi. Katanya sudah insaf. Mahu minta maaf dengan Aryan dan Natalya.
Memang minta simpang malaikat empat puluh empat la Aryan nak izinkan Saffya jumpa Natalya dalam keadaan Natalya yang sedang mengandung ini.
"You, I nak minta maaf. I tahu I banyak menyusahkan you. I nak minta maaf dengan Lya. I banyak sakitkan hati dia."
Kata-kata Saffya masih terngiang di kepalanya. Patut ke aku maafkan dia? Perlu ke? Hm macam tak perlu je. Arghh lantaklah malas aku nak maafkan dia. Werk werk padan muka kau, aku tak nak maafkan kau.
Puk!
Tersentak Aryan apabila lengannya ditampar lembut oleh Natalya. Matanya beralih memandang isterinya.
"Sayang nak apa-apa ke?" Soalnya.
Wajah cemberut Natalya dipandang risau.
"Eiii, abang ni!! Orang cakap boleh pula termenung. Ingat dekat siapa? Ha dah ada pengganti Lya ke?" Natalya memeluk tubuhnya bersama muncung di bibir. Wajah suaminya dipandang dengan tidak berpuas hati. Geram dengan suaminya yang banyak mengelamun itu.
"Ya Allah, apa sayang merepek ni? Sampai ke pengganti bagai. Mana ada la. Takda siapa mampu tandingi sayang." Tangan Natalya diraih lembut. Aryan menyinggahkan kucupan lembut ke tangan isterinya.
"I want to grow old with you and spend the rest of my life just like how we vowed to. I can never imagine a perfect soulmate besides you and I mean it." Aryan memanggung kepala menatap lembut ke dalam tunak mata Natalya. Isterinya itu hanya mengemam bibir. Takkan tak melting pula kan, mestilah.
"Whenever I look into your eyes, I feel the same way as I felt on the day we first met and I looked into your eyes." Tersembul lesung pipit di kedua belah pipi Aryan. Perlahan-lahan dia menarik Natalya ke dalam pelukannya. Natalya mengikut rentak Aryan. Bibirnya mengukir senyuman suka. Kata-kata romantis yang meniti di bibir suaminya amat menyentuh hati perempuannya.
"Argh!!!!" Jerit Natalya.
"Abang!!!! Sesak nafas saya!!" Jeritnya lagi.
Aryan ketawa terbahak-bahak. Pelukan diketatkan lagi. Sengaja dia mengusik si isteri.
"Abang!!! Lepaslah!! Abang nak saya mati ke hah?" Tercungap-cungap nafas si isteri cuba diatur kembali.
"Boleh la abang kawin baru!! Yahu!!" Sengaja Aryan mengusik isterinya lagi. Membulat mata Natalya.
"Apa abang cakap??!!!" Sedikit meninggi suaranya. Bibir diketap menahan amarah. Aryan melepaskan pelukan lalu berlari menjauhi Natalya.
"Werk werk werk, sayang tak boleh kejar abang. Sayang boyot abang slim river. Werk werk padan muka." Aryan ketawa melihat wajah cemberut si isteri. Tahu sangat isterinya mahu mengejarnya namun disebabkan masih waras memikirkan anak dalam kandungannya. Memang tidaklah dia mahu ikut bermain dengan Aryan.
Kepala digeleng lemah. Pelipis dahi dipicit lembut. Entah bagaimanalah kalau anak yang bakal keluar nanti, kalau ikut perangai si Aryan ni memang hancur masa depan Natalya. Satu Aryan pun dah pening kepala, apatah lagi dua Aryan. Mahu botak kepalanya.
Afeeq menyiku lengan kembarnya, Aqeef. Aqeef pula menyiku lengan si Aefeq. Mereka bertiga memandang ke arah Adryan dan Melya yang beriringan ke arah mereka.
"Pergh, budak ootd siak." Kata Afeeq. Bibirnya mengukir senyuman sungging.
"Wuu budak ootd siot!!" Kata Aqeef pula lalu bersiul riang.
"Uii gila siak, ootd siot." Aefeq menjongket keningnya ke arah Adryan. Lelaki itu hanya diam tanpa respon. Malas mahu melayan.
Melya pula bersembunyi di balik Adryan. Segan dipandang begitu.
"Mana Ar? Belum sampai?" Soal Adryan. Dia menarik kerusi untuk Melya melabuhkan punggung.
"Macam biasalah adik kau tu, mana pernah awal. Lainlah aku, punctual. Hensem. Baik. Comel plak tu." Afeeq tersengih penuh kebanggaan. Rambut dikuak ke belakang.
"Aku lagi hensem dari kau." Aqeef berdecit perlahan.
"Hey, tolong sikit. Aku paling hensem. Muka korang dah la buruk. Perasan." Aefeq merengus.
Adryan menggeleng kepala melihat tiga ekor kembar itu. Apa yang nak digaduhkan sangat pun tak tahulah, padahal muka tiga-tiga sama je. Nama pun kembar seiras. Apa yang nak dibandingkan pun entahlah raju.
"Mel, you janji dengan Ad eh? Nak matchy matchy."
Melya menilik baju yang dipakainya. Dress labuh berwarna light blue. Lalu mata beralih ke baju Adryan. Kemeja light blue disinting hingga ke siku. Dua butang baju teratas dibiarkan lepas. Wah menggodah!
Tidak semena pipi Melya berona merah. Adryan menoleh ke arah Melya yang hanya diam itu.
"Mel panas ke? Kenapa pipi merah?" Adryan menyoalnya. Aduh, kenapa ditanya? Makin memerah jadinya.
"Eh, ni kan dalam aircond. Kau dah kenapa nak panas- panas? Sejak bila kau tak boleh kena panas?" Afeeq menggaru keningnya. Ya, maklumlah dia dan Melya memang berkawan rapat. Jadi, dia tahu Melya itu orangnya macam mana.
"Apa kau ni bodoh ke? Muka merah-merah ni mesti dia lapar cendol." Aqeef mencelah. Selalu dekat tiktok cakap muka merah lapar cendol.
"Ke kau lapar kaki aku?" Adryan memincing matanya ke arah Aqeef. Automatik lelaki itu mengunci mulutnya.
"Apa lah korang ni. Mel segan la sebab tu dia blushing." Aefeq meneguk air kopinya. Mereka yang lain mengangguk faham.
"Sorry bro, aku lambat sikit."
Kening Adryan ternaik. Wajah perempuan di sebelah Darren dipandang hairan.
"Ween?"
Aweena tersengih malu.
"Mikael Darren. Mind to explain?" Wajah Darren dipandang besar kecil besar kecil. Apa yang dibuatnya Darren dengan adiknya yang masih underaged itu?
"Later." Darren hanya menayangkan riak selamba. Dia memberi laluan untuk Aweena duduk di sebelah Melya.
"Ayok! Tak tayok! Darren kena marah. Adryan marah Darren!" Usik Aefeq.
"Sebab Darren buruk. Ayok! Tak tayok!" Aqeef pula menyambung.
"Ayok! Tak tahulah kau. Bagi je la Aweena dekat aku." Afeeq ketawa halus.
Darren menjeling tiga kembar itu sekilas. Sekali abe Dar tampar korang, bersepai gigi tahu tak. Pistol abe ada je dalam kocek ni. Nak, cakap!
Automatik tiga orang itu menelan liur kasar. Seram melihat jelingan maut milik Mikael Darren.
"Assalamualaikum semua." Aryan menyapa mereka dengan riang.
"Waalaikumussalam." Jawab mereka semua.
"Jom, semua dah ready?" Soraknya riang.
"Jom!!!"
"Dah!!"
"Let's go!"
"Tapi kita nak pergi mana?" Soal tiga kembar sebangang sebulu senanjing itu. Ya la, bangun pagi tadi terus Aryan suruh packing luggage. Katanya nak pergi holiday.
Aryan senyum simpul.
"Ada la rahsia. Aku dah rempat private plane paksu punya." Aryan terkekeh ketawa.
"Kau rembat plane papa aku?" Darren menyoalnya.
Aryan mengangguk yakin, "Aku bagi alasan anak aku mengidam nak naik plane. Dah jom gerak sekarang. Ayuh ke Maldives!"
Darren menggeleng lemah. Ar, suka hati je kau fitnah anak kau.
"Maldives?" Soal kembar tiga itu serentak. Biar kebetikkan? Bersinar-sinar mata mereka.
Aryan senyum yakin. Babymoon bersama Natalya. Dibawa sekali yang lain, sebagai protector kepada bininya. Sayang bini la katakan.
𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro