𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 20
"Ar, kau boleh tak bawa bertenang?" Darren mengeluh kasar. Penat menyaksikan Aryan yang duduk seperti monyet kena belacan. Sejak menerima panggilan daripada Adryan, terus mood Aryan berubah.
"Bini aku dho! Aku nak balik dho! Tak nak duduk sini lagi dho! Perlis dah la panas dho, aku nak balik KL. Cepatlah Darren. Kau pergi bagitagu Dato Amsyar tu kita cancel project. Project tak penting, bini aku penting. Cepatlah Darren!"
"Kau ingat senang ke nak bincang dengan Dato tu? Kalau daddy kau marah macam mana?"
"Cuba kau dekat tempat aku. Aweena tengah sakit. Kau nak biarkan je ke? Sibuk pasal kerja je? Tak fikir apa akan jadi dekat dia?"
Pusing kepala Darren dengan sikap Aryan. Dia berfikir sejenak. Kalau dia pun, mesti dia nak pulang juga. Orang tersayang sakit takkan nak biarkan pula.
"Ye la, tapi kau balik sorang. Aku hantar dekat Airport Kepala Batas. Biar aku selesaikan kerja kau dekat sini."
Nampak lega sikit raut wajah Aryan.
"Thanks bro! Settlekan tau. Nanti claim nak apa-apa dekat aku. Aku sanggup demi kau!" Aryan terus mengeluarkan luggage, mengemas pakaiannya. Laju betul.
"Aku nak adik kau boleh ke?" Gumam Darren perlahan. Aryan yang sedang mengemas itu terhenti pergerakkannya. Kepala dipanggung memandang sepupunya itu.
"Kau cakap apa?"
Darren laju menggeleng. Sengaja dia mengambil surat khabar. Dibuat-buat baca.
Aryan mendekati Darren. Surat khabar dirampas kasar. Halkum Darren tidak henti turun naik, menelan liur.
Tajam mata Aryan menatap wajah Darren.
Kemudian tangan kanannya dihulurkan kepada Darren. Tangan itu Darren pandang sepi. Dah kenapa ni?
Aryan meraih tangan kanan Darren dengan spontan. Tersentak jejaka itu.
"Tahniah kau bakal jadi adik ipar aku." Senyuman di bibir Aryan mengundang kerutan di dahi Darren.
"K-kau gurau kan?"
Tubuh Darren ditarik ke dalam dakapannya. Erat.
"Kau sakitkan hati adik aku, memang aku belah dada kau tikam hati kau balik." Bisik Aryan di tepi telinga Darren. Membulat besar mata lelaki itu.
"HAHAHAHAHA AKU GURAU."
Darren ikut ketawa dengan tawa Aryan walaupun dia tahu Aryan betul-betul maksudkannya.
"Dah la aku nak mengemas balik jumpa bini. Tata titi tutu."
Excited dia nak balik jumpa bini. Mana tahu ada berita gembira.
Natalya mengusap perutnya yang masih kempis itu. Teringat kata-kata doktor sebentar tadi.
"Tahniah, isteri awak mengandung."
Membulat mata Adryan. Isteri aku?
"Eh, doktor dia bukan suami saya. Dia abang ipar saya." Natalya menyampuk. Doktor itu menggaru kepalanya.
"Maafkan saya, Encik, Puan." Serba salah pula rasanya.
"It's okay. Berapa usia kandungan dia?" Adryan senyum nipis. Matanya beralih ke arah Natalya.
"Alhamdulillah, dah masuk dua minggu. Kandungan masih awal. Jadi, Puan Natalya perlu banyak berehat. Jangan buat kerja berat-berat. Yang paling penting jangan stress." Terang doktor dengan panjang lebar.
"Pemakanan juga harus terjaga. Makan ikut time. Nanti saya bagi ubat tahan mual. Biasalah awal-awal mengandung memang alahan teruk sikit. Nanti lama-lama okaylah tu."
Natalya mengangguk faham.
Klak!
Pintu bilik dikuak kasar. Menyentakkan Natalya yang sedang mengelamun.
"Sayang?"
Mendengar sahaja suara Aryan, laju senyuman meniti di bibirnya. Ya Allah dua hari tanpa suami di sisi rasanya berat sekali.
"Abang!"
Aryan menapak masuk ke dalam bilik mereka. Bibirnya juga mengukir senyuman manis. Kaki diatur mendekati isterinya.
"Love. I miss you. Do you miss me hm?" Aryan duduk di birai katil. Belum sempat apa-apa, Natalya mendakap tubuh suaminya.
Aryan mengusap kepala sang isteri. Tepi kepala Natalya dikucup sayang. Terubat rindu di hati setelah melihat wajah si isteri kesayangan.
"Abang, Lya rindu abang. Rindu sangat."
Terlepas tawa halus di bibir Aryan dengan luahan si isteri. Rindu betul nampaknya.
"Sayang abang sihat tak? Angah cakap sayang pengsan. Macam mana boleh pengsan?" Soal Aryan lembut. Jari jemarinya menyikat rambut panjang isterinya.
Natalya melepaskan pelukan. Dia mengambil tangan kanan Aryan dan dibawa ke perut kempisnya.
Berkerut dahi suaminya.
"Kenapa? Sakit perut? Lapar? Masuk angin? Ke sayang nak cakap sayang boroi?" Kening tidak gatal digaru. Tiba-tiba suruh pegang perut.
Natalya menepuk dahinya. Suami siapa ni bangang tahap ayah pinkie? Kata lembab kang dah jatuh jadi isteri derhaka.
"Abang ni!!!"
"Apa?"
Seriuslah suami dia memang bebal macam ni?
"Ni dalam ni ada baby abang." Memuncung bibir Natalya.
"Apa pasal baby abang ada dalam perut sayang pula?" Semakin hari semakin bebal.
"Eh--- kejap. Sayang pregnant??" Membulat mata Aryan. Natalya mengangguk sambil senyum kecil.
"Ya Allah! Terima kasih Allah! Terima kasih sayang." Tangan Natalya dibawa ke bibir lalu dikucup bertalu-talu.
Aryan meleraikan pegangan lalu berlari ke balkoni.
"Woi, orang KL!!! Bini aku mengandung woi!! Berudu aku pandai berenang! Korang ada? Takde? Lemah!" Jeritnya. Terkejut isterinya melihat telatahnya.
"Abang! Dah lewat malam la."
Aryan tidak mempedulikan isterinya.
"Wuuu! I'm gonna be daddy. You're keep going single." Dia berjoget sakan.
Tergeleng-geleng kepala Natalya melihat suaminya begitu. Alhamdulillah Aryan suka dengan kehadiran malaikat kecil dalam rahimnya.
Terima Kasih Allah!
Ayeena tergelak kecil mendengar suara pekikan anaknya, Aryan dari bilik sebelah. Tiba-tiba ada sepasang tangan melingkar di pinggangnya.
"Sayang gelak apa tu?" Aayyan mencium belakang telinga Ayeena.
"Abang ni! Terkejut tahu tak?" Ayeena menampar lembut lengan suaminya. Aayyan melabuhkan dagunya di atas bahu Ayeena.
"Abang, kita dah nak dapat cucu baru tak lama lagi. Seronoknya rasa." Ujar Ayeena dengan riang. Tidak sabar untuk menimang cucu dari Aryan.
"Lepasni orang tu tak layan abang dah. Dah dapat cucu dari anak kesayangan."
Ayeena mencubit lengan Aayyan, "Mengadalah orang tua ni."
"Yang tua ni la yang awak sayang sangat. Setiap malam nak peluk bagai." Perli Aayyan mengundang perubahan pada pipi Ayeena. Memerah pipinya itu.
"Abang! Tua-tua pun suka mengusik." Ayeena mencebik manja.
"Que call abang tadi. Hujung minggu ni dia nak pergi honeymoon. So, Shera dia tinggalkan dekat kita. Sukalah awak, ada cucu teman nanti."
Bersinar mata Ayeena. Shera Aqila. Anak tunggal Tuan Anrique Danial.
"Lama ke Que pergi tu?" Soal Ayeena.
"Maybe one week."
Ayeena memegang dadanya. Entah mengapa rasa tidak sedap hati dengan Anrique.
"Saya rasa tak sedap hatilah. Abang suruh Que pergi sekejap dah la. Saya risau. Anak saya tu."
Aayyan mengerutkan dahinya.
"Nak risau apa? Que dah besar. Pandailah dia jaga diri. InshaAllah takde apa berlaku." Aayyan mengusap belakang tubuh isterinya. Entah apa yang isterinya berfikir. Wajahnya jelas menunjukkan hatinya sedang berkecamuk.
Ya Allah, lindungilah kami sekeluarga dari segala bencana.
𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro