Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 2

"Dailamo dailamo~" Aryan melangkah masuk ke dalam D's Holding sambil berjoget tiktok. Telinganya disumbat earpod.

"Daila daila dailamo~"

Para pekerja semua memandangnya hairan. Tidak pula dia hiraukan pandangan orang. Dia fokus dengan nyayiannya.

"Dailamo dailamo, Dailamo dailam~"

Buk!

Earpod sebelah kirinya jatuh akibat terlanggar seseorang. Dia mendengus geram. Aku baru je pau Adryan beli earpod ni, boleh pula malaun ni rosakkan.

"Dey Chagiya! Jalan punya la bosar, aku yang hensem lagikan kacak bergaya ni jugalah kau nak langgar pun." Earpod yang jatuh itu dikutipnya. Kemudian dibuangkan ke dalam tong sampah.

"Maaf encik, saya tak perasan." Ujar gadis itu sambil menunduk menekur lantai.

Aryan mengangkat wajahnya memandang gadis itu.

"Who are you? Department mana kau kerja? Asal tak pernah tengok pun?" Aryan menyilang tangan ke dada.

Perlahan-lahan gadis itu mengangkat kepala melihat Aryan.

"Darmish?" Gadis itu tampak sedikit terkejut. Berkerut dahi Aryan.

"Do I know you?"

Laju kepala gadis itu menggeleng.

"Hm kau tak jawab lagi. Kau dari department mana? Budak baru ke?"

Baru sahaja gadis itu mahu membuka mulut, lift telahpun tiba. Laju-laju dia memboloskan diri masuk ke dalam lift. Aryan mengikutinya.

"Jawablah orang tanya. Tumbuk kang!" Aryan berdecit perlahan.

"Saya baru nak interview harini. Under department marketing." Jawab si gadis. Aryan mengangguk kecil.

"So, kaulah yang akan diinterview aku kejap lagi. By the way, my name is Tuan Aryan Darmish. Call me Tuan Aryan." Aryan menghulurkan tangannya.

Namun, tangannya dipandang sepi oleh si gadis.

"Sorry haram. Saya Natalya Rozella. Tuan boleh panggil Natalya ataupun Rozella." Natalya senyum kecil kepada Aryan.

Aryan menyimpan huluran tangan tadi. Memalukan! Itulah mummy kau suruh gi ngaji kelas kafa, kau ponteng. Kan dah jahil.

"Nak panggil sayang boleh?" Usik Aryan. Sekelip mata pipi Natalya berubah warna. Anak matanya dilarikan.

"Nahhh, just kidding. Wait, your name Natalya Rozella right?" Aryan menyandarkan tubuh sasanya ke dinding lift.

Natalya mengangguk perlahan.

"Saffya's friend right?"

Sekali lagi anggukan diberi.

"Wow, tak sangka dunia ni kecil je kan? Patutlah macam familiar muka you ni, rupanya kawan Saffya. Nampak lain you sekarang, dulu zaman kolej, gemuk gempal hitam. Sekarang wow! Sorry mulut I memang laser."

Natalya menggigit bibir bawahnya. Hujung blausnya digenggam erat.

"I still remember how the other students call you as anak gajah. Kelakar bila ingat balik. But look you now. I ingat bidadari mana tadi jatuh dekat sini."

Aryan ketawa sambil menggeleng. Natalya hanya membisu.

"And I still remember, how you crush on me back then. Kelakar sangat. But it's okay, I tak marah pun you nak crush dekat I. Benda basic." Aryan menyebak rambut perangnya ke belakang.

Natalya hanya senyum kecil. Janggal rasanya bila berduaan dengan lelaki hensem bermulut puaka ini.

"You know right? I dengan Saffya-"

Belum habis kata-kata Aryan, mereka telah tiba di tingkat 18, bilik meeting yang akan diadakan interview.

"Saya minta diri dulu, Tuan." Langsung Natalya membuka langkah untuk meninggalkan Aryan.

Aryan mengusap pangkal lehernya, "Sure."

Natalya mematikan langkahnya. Aryan memandangnya hairan.

"Tuan, I think you should watch your mouth. Jangan terlalu biasakan diri body shaming orang. Hidup ibarat roda, kadang kita dekat atas, kadang kita dekat bawah. Jadi, jangan nak belagak sangat. Sekali Allah tarik nikmat tu, baru nak insaf. Saya nasihat sebagai saudara seislam. Maafkan saya." Terus Natalya berlalu pergi meninggalkan Aryan yang terkedu.

Menusuk ke sukma. Aryan memegang dada kirinya sebelum bibirnya melakar satu senyuman tersirat. Interesting!

"Bro!" Tegur Mikael Darren anak sulung kepada Esyraf Mikael dan Tuan Aaliya Dalia. Aryan menoleh ke arah Darren.

"Yow wasup akhi!" Aryan menapak mendekati Darren.

"Kau asal happy sangat ni? Eh kejap bukan selalu kau malas masuk office ke? Daddy Yan ugut kau datang sini ke?" Kening Darren dijongket berkali-kali.

Aryan mencebik.

"Macam biasalah daddy tu. Tak, sekarang ni kau ada nampak Que tak? Dia nak jumpa aku katanya." Aryan menyilang tangan ke dada.

"Ada dalam bilik dia tu. Dia tunggu kau dah lama tau! Matilah kau. Aku cau dulu." Darren meninggalkan Aryan di koridor itu. Dengan langkah berat, Aryan menuju ke bilik abangnya.

Tuk!

Tuk!

"Come in!" Tegas Anrique.

Perlahan-lahan tombol pintu dipulas. Belum masuk lagi matanya telahpun bersabung dengan mata helang Anrique. Saliva ditelan payah.

"THERE YOU ARE, TUAN ARYAN DARMISH!"

Aryan menunduk menekur lantai. Pintu bilik ditutup dan perlahan kakinya melangkah ke kerusi bertentangan abangnya. Punggung dilabuhkan di situ.

"Seminggu tak masuk kerja, apa nak jadi kau ni? Ingat duit tu jatuh daripada langit ke?" Anrique meraup mukanya kasar. Aryan menggigit bibir bawah.

"Sowwy-" Hujung jari telunjuk kiri dicantumkan hujung jari telunjuk kanan. Aryan mencebik.

Anrique berdecit, "Nasib baik kau adik aku! Dah pergi sambung kerja."

Aryan mula tersenyum lebar, "Shayangggg abang Que!"

Anrique menjeling sepintas adiknya itu sebelum sambung membuat kerjanya. Namun, tidak sampai beberapa minit dia rasa tidak selesa.

"Mempunyai adik beradik yang ramai, selaku anak sulung, dia perlu berkorban demi adik-adik yang masih kecil. Tatkala ibu mencari rezeki, mengambil alih tugas ibunya-" Aryan bersama Iphone 22 Pro Maxnya merakam kesungguhan Anrique membuat kerja.

Anrique memanggung kepala menatap tajam adiknya.

"Dia juga suka marah adik-adiknya. Walaupun mukanya hensem, tapi adiknya lagi hensem. Jadi orang di luar sana, sama-sama kita hulurkan duit, ringankan berat badan."

Anrique mengeluh lemah. Aryan kalau tak main-main tak sah.

"Main je keje kau ni kan? Kejap lagi ada interview budak baru, kau kena ada sekali. Jangan nak mengelat!" Tegas Anrique. Tubuh disandar pada kerusinya, tangan silang ke dada.

"Of course aku ada, ada someone aku nak usyar hehe!" Aryan senyum seribu makna.

"Dahlah Ar, pergi main dekat tempat kau jangan kacau aku. Nah gula-gula." Anrique yang malas melayan itu menyua sebalang gula-gula kepada adiknya. Sememangnya di biliknya tersedia balang gula-gula itu untuk makan apabila mengantuk.

Aryan mencebik, "Tapi mummy cakap kalau orang bagi gula-gula jangan ambil."

"Itu kalau orang tak kenal. Aku ni abang kau." Penatlah dengan kau ni, Ar!!!!!

"Betul juga tu. Aku ambil semua ye. Cau!" Aryan mengambil balang itu lalu memeluknya sebelum melangkah pergi.

Anrique menghela nafas lega.

Aryan mematikan langkah di hadapan pintu dan menoleh ke Anrique. Kening Anrique bertaut. Dah pehal pula ni?

"Que, mummy suruh pulangkan tupperware dia. Kalau tak dia buang kau dari jadi anak dia!" Kata Ar sebelum menapak keluar daripada bilik itu. Anrique mengeluh lemah. Mana mungkin Ayeena mahu membuangnya sebagai anak, anak kesayangan Ayeena ni boss!

𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro