𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 19
Sekejap ke kanan, sekejap ke kiri. Hatinya gelisah tidak tenang. Kejap mengeluh kejap mendecit.
Buk!
"Kau dah kenapa Ar?!" Marah Mikael Darren. Nak tidur pun susah kalau orang sebelah begini.
Aryan menjengah kepala melihat keadaan Darren yang terlantar atas lantai disebabkan sepakan padunya.
"Sorry bro. Aku tak boleh tidur."
Darren berdecit perlahan. Sudah masak dengan perangai sepupunya itu. Aryan Darmish muka sahaja hensem, tapi hati bertaman-taman. Nak tidur pun kena berteman. Setiap kali pergi outstation wajib ditariknya si Darren untuk tidur sebilik dengannya. Alasannya tak boleh tidur sorang.
Sebelum kahwin memang Aryan tidur dengan Adryan walaupun ada bilik masing-masing. Entah celah mana silapnya Aayyan, anak ketiganya itu memang manja. Cengeng. Semua pakej lengkap.
Darren bingkas berdiri dan naik ke katil semula. Satu yang dia hairan, kenapalah hotel ni kehabisan bilik katil double queen. Tak pasal-pasal dia kena tidur sekatil dengan Aryan.
"Bro, aku tak boleh tidur la." Aryan membaringkan tubuhnya semula. Ternaik kening Darren.
"Habistu? Kau nak aku dodoi kau ke? Ar kau dah besar tau. Belajarlah tidur sendiri." Keluh Darren. Letih. Baru sahaja tiba di Perlis. Terus check in. Penat sangat drive jauh. Lainlah Aryan, membongkang dalam kereta.
Aryan diam lama.
"Darren, kalau aku mati, kau boleh tolong tengokkan Lya tak? Aku tak sedap hatilah. Bau-bau neraka memanggil."
Darren yang memejamkan mata itu kini mencelik semula.
"Kau jangan nak merepek, Tuan Aryan Darmish!!" Keras nada suara Darren. Bibir diketap rapat. Walaupun Aryan seorang yang mental, tiga suku, otak letak siku, mulut celupar namun Aryan seorang kawan dan sepupu yang baik.
Setiap kali Darren berdepan masalah, pasti ada Aryan. Di mana ada Darren di situlah ada Aryan.
"Aku cakap je." Aryan mencebik manja. Nak gurau pun tak oleh!
"Banyak benda kau boleh buat main. Tapi soal mati jangan Ar. Ramai orang sayangkan kau, Ar. Kau nak ke orang bersedih bila kau takde?"
Aryan mengusap dagunya.
"Kau pun sayang aku?"
Darren senyum nipis.
"Tak."
"Tch! Tak guna kau!! Aku cabul kau kang!!" Aryan menarik selimut Darren. Maka berlangsunglah acara tarik menarik selimut. Mereka berdua bangun daripada pembaringan.
"Kau cabul aku, aku sepak kau sampai mandul!"
"Eh, janganlah sampai mandul, siapa nak mengandungkan bini aku nanti woi!"
Aryan menarik rambut Darren kasar.
"Hey bro, rambut jangan mainlah! Ini aset aku!" Marah Darren. Pantang betul orang sentuh rambutnya.
Aryan ketawa sinis, "Aku dah lama berdendam dengan kau. Aku nampak tau kau asyik tenung adik aku, Weena. Sini kau! Aku korek biji mata kau."
Darren menelan liur payah.
"Ha pehal telan liur? Takut? Ouhh ku sangka kau kawan tapi rupanya kau adik iparku." Aryan melepaskan rambut Darren. Dia menyandarkan tubuhnya ke kepala katil. Tangan menyilang ke dada.
"Eh, kau restu?"
Aryan menggeleng, "Mana ada. Kau salah dengar tu. Aku speako."
"Speako?" Berkerut dahi Darren. Speako tu apa pulak dah?
"Ye la kalau salah type, typo. Salah cakap, speako la kan? Ke salah?"
Darren menepuk dahinya. Aryan betul-betul tak nak simpan bangang dekat anak cucu. Jelas nampak sangat tu dia bolot bangang sesorang.
"Malas aku layan kau. Esok pagi ada meeting." Darren kembali baring. Mata langsung dipejamkan rapat.
Tiba-tiba ada tangan menghinggap di pinggangnya. Terus terbeliak biji matanya. Tangan Aryan dialihkan dengan kasar.
"KAU KENAPA GILA?"
Aryan sengih. Kepala tidak gatal itu digaru perlahan.
"Aku nak peluk boleh? Dekat rumah ada Lya boleh peluk. Sini ada kau. Kira boleh je la eh?"
Membulat mata Darren.
"Kau kalau nak hidup lama, jangan sentuh aku! Aku tembak kepala kau pecah karang!" Tegas Darren.
"Tch! Fine! Jangan cari I lagi, jangan jumpa I lagi, jangan call I lagi!" Aryan memusingkan tubuhnya membelakangi Darren.
Mengharap ada pujukan dari sepupunya itu. Namun suara dengkuran halus Darren menyapa gegendang telinganya.
Dia menoleh semula ke arah Darren. Wajah yang sentiasa beku itu tampak tenang ketika tidur. Bagai bayi tanpa dosa. Nampak suci. Tapi sekali bangun, haa bapak singa daaa.
Aryan mengeluh kecil.
"Darren, aku tahu kau sayang aku. Tapi apa yang aku cakap tadi, memang aku betul-betul maksudkan. Aku harapkan kau dengan Ad untuk jaga Natalya untuk aku. Andai satu hari nanti aku pergi dulu, aku tunggu kau dekat depan pintu neraka. Aku tahu kau banyak dosa suka menembak macam bapak kau. Takpe. Bapak kau pun nanti kita jumpa dekat sana. Tapi aku harap kau je la masuk neraka, aku nak masuk syurga. Selamat beradu, sahabat."
Aryan baring. Kemudian perlahan-lahan matanya dipejam.
Butir mutiara jatuh dari tubir mata Darren. Bukannya dia tidak dengar apa yang Aryan cakap sebentar tadi. Dia dengar. Bibir dikemam. Kata-kata Ar sungguh menusuk kalbu. Lelaki itu seperti ada sorokkan sesuatu daripadanya.
"Aku nak masuk syurga, Ar. Kau masuklah neraka sorang." Gumamnya. Air matanya diseka.
"Assalamualaikum. Mummy?"
Adryan yang baru melangkah masuk ke dalam rumah itu terdengar suara orang muntah-muntah. Kakinya diatur ke arah dapur. Sepertinya suara itu dari dapur.
Ayeena muncul di muka pintu dapur, mengejutkan Adryan.
"Ya Allah, mummy ni buat Ad terkejut je. Siapa yang muntah? Mummy ke?" Soal Adryan. Tangan dihulur untuk bersalam dengan Ayeena. Wajah ibunya itu tampak gelisah. Berpeluh-peluh.
"Mummy okay tak ni?" Soal Adryan dengan nada penuh risau.
"Mummy okay. Tapi Natalya."
"Kenapa dengan dia? Menangis rindu Ar?"
Laju kepala Ayeena menggeleng. Bukan pasal tu.
"Ad tolong check Natalya boleh?"
Ternaik kening lelaki itu. Check?
"Kenapa pula?"
"Ad kan doktor. Lya dari tadi asyik muntah-muntah. Mummy rasa dia pregnant." Bahu Adryan ditolak masuk ke dapur. Adryan melangkah dalam keterpaksaan. Ini kalau Aryan tahu, mahu isytihar perang dingin dengannya.
Mereka mendekati Natalya yang berdiri di hadapan sinki. Mukanya tampak pucat lesi tak berdarah. Habis semua makanan yang ditelannya, dimuntahkan.
"Nat okay?" Soal Adryan. Rasa janggal pula tiba-tiba. Pangkal leher diusap.
Natalya menoleh memandang Adryan. Matanya sembam mungkin kerana tidak cukup tidur.
"Mummy, Ad kena buat apa ni?" Adryan menyiku lengan sang ibu perlahan. Dia sendiri kehilangan idea, nak kena buat apa?
"Check la Lya!" Ayeena menampar lengan anak keduannya itu.
"Mana boleh nanti Ar marah." Bidas Adryan.
"Saya okay." Cantas Natalya dengan lemah. Baru sahaja mahu membuka langkah, badannya terasa lemah, penglihatannya berubah gelap. Hampir sahaja dia mahu menyembah lantai, pantas Adryan menyambutnya.
Bagai terkena renjatan elektrik saat tangan mereka bersentuhan. Tubuh Adryan mengeras.
"Ad, termenung apa? Cepat bawa Lya ke klinik!" Ayeena menampar lembut bahu anaknya. Riak wajahnya jelas risaukan menantunya.
Adryan yang tersedar ke alam nyata itu terus mencempung tubuh Natalya menuju ke keretanya.
Dalam hatinya tidak henti memikirkan tentang adiknya, Aryan. Kalau Ar nampak scene tadi, mahu ditendangnya Adryan sampai ke pluto.
"Ad pergi dulu, mummy tunggu daddy." Ayeena laung di depan pintu rumah. Adryan mengangguk sebelum meletakkan Natalya ke tempat duduk penumpang kemudian dia berlalu ke tempat pemandu. Kereta Honda Civic miliknya mula meluncur keluar perkarangan rumah Tuan Aayyan Danish.
Ya, Aryan meninggalkan isterinya di rumah ibu bapanya sepanjang ketiadaannya. Orang sayang bini, mana bagi bini duduk sorang.
Adryan melihat Natalya melalui pantulan cermin. Keluhan kecil di bibirnya. Sebelah tangannya mencapai telefon.
Nombor Aryan didail.
"Bro, bini kau pengsan."
𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro