𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 15
Aryan merenung isterinya yang sedang baring di atas katil. Kejap beralih ke kiri, kejap ke kanan. Dia yang sedang sibuk menyiapkan kerja di sofa turut perasan akan hal itu.
Kertas kerjanya dikemaskan sebelum kaki panjangnya melangkah mendekati si isteri.
"Chagiya, is there something bothered you?"
Natalya tersentak dengan suara Aryan yang menegurnya. Perlahan-lahan dia menoleh ke arah Aryan yang telah berlabuh di birai katil.
"N-nothing."
Aryan memincingkan matanya. Natalya menghela nafas berat.
"Tak, macam ni. Tadi Lya jumpa dengan Saffya." Jujur si isteri. Nak sorok pun tak ada guna. Si suami ini bijak.
Berkerut dahi Aryan.
"Why you-"
"Dengar dulu. Lya pergi jumpa Mel, ambil barang dekat rumah sewa tu. Lepastu kebetulan terserempak dengan Saffya." Natalya memintas percakapan Aryan.
"So? Is she hurts you, my wife? Or do something to you?" Aryan menilik seluruh tubuh Natalya.
Natalya senyum kelat bersama gelengan. Karang dicerita apa agaknya yang Aryan buat dekat Saffya. Memori siang tadi menjengah ke fikirannya.
Gedebuk!
Punggung Natalya selamat mencium lantai. Kepala dipanggung melihat si gerangan yang berani merempuhnya.
Saffya senyum sungging sambil menyilang tangan ke dada.
Perlahan-lahan Natalya cuba untuk berdiri semula.
"Saff? Kau dari mana?" Lembut suara Natalya menegur Saffya. Bajunya yang kedut seribu dirapikan.
Saffya memutarkan bebola matanya ke atas. Hek eleh minah ni, aku sumpah mata kau lekat dekat atas tu tak turun-turun baru tahu.
"Aku nak keluar jumpa bakal suami aku. Aryan." Sinis Saffya menjawab.
"Siapa?"
Berkerut dahi Saffya dengan pertanyaan Natalya.
"Aryanlah. Kau pekak ke?"
"Tak, maksud aku siapa?" Tenang Natalya menyoal.
"Siapa apa kau ni?"
"Siapa tanya?"
Saffya mengentap bibir menahan marah melihat wajah Natalya yang selamba.
"KAU!!!" Naik seoktaf suara Saffya. Niat nak sakitkan hati Natalya, malah hati sendiri yang sakit. Kurma is real. What you gives, you get buy one free one. Bumi ni bulat je, golek punya golek ha dah tak tahu nak sambung apa. Pandai fikir aaa sendiri.
"Kau sentuh Lya. Aku potong tangan kau."
Satu suara menyampuk. Kakinya melangkah mendekati dua wanita itu. Saffya dan Natalya sama-sama beralih memandang ke arah Melya.
Wajah cantik itu dingin tanpa secalit senyuman mesra seperti kebiasaan. Natalya menelan liur terasa pahit. Melya kalau marah, lelaki perempuan semua dia balun. Taekwando black belt. Dah gaya Abinya, Dhariz. Sikit-sikit tumbuk. Orang cakap pakai mulut dia cakap pakai penumbuk.
Habis berbalam muka Aayyan kena dengan Dhariz dahulu. Sian abe Yan!
Melya berdiri di tengah-tengah antara Natalya dan Saffya.
"Aku dah banyak bersabar dengan kau. Lepasni, kau boleh slow-slow kemas barang kau keluar daripada sini. Aku nak jual rumah ni. Aku dah nak kahwin. Nanti aku dengan Lya berbiras. Kau? Ada? Apa? Takde? Ahh lemah. Selembu!" Dah gaya rapper tersohor dah. MK & K-Clique shaking look at this.
Saffya mengetap rahangnya. Bunyi gigi berlaga.
"Kau ingat aku nak sangat ke duduk reban ayam ni?" Tempelaknya.
Natalya menarik lengan Melya yang baru sahaja berura mahu menampar pipi gebu Saffya.
"Eh kau! Reban ayam ni jugaklah yang kau terkinja-kinja macam beruk nak tumpang berak, terhegeh-hegeh nak tumpang duduk sementara masih bujang aa konon. Hattuihh! Last-last buat rumah ni macam sarang maksiat. Ingat aku bodoh ke? Kadang kau bawa balik jantan kan?" Tempik Melya. Kesabarannya telah mencapai limit. Selama ini dia diam kerana Natalya memujuknya untuk memberi peluang kepada Saffya.
Saffya terdiam. Terpukul dengan kenyataan itu.
"Pehal kau diam? Betul kan? Aku tak pekak, aku tak bodoh. Aku ingat kau nak insaf, tapi rupanya makin menjadi-jadi. Memang patut pun sepupu aku, Ar tu kahwin dengan Lya. Kau tu tak layak untuk Ar."
"Diam!!!" Jerit Saffya sambil menekup telinganya. Matanya merah bak saga menikam ke arah Natalya.
"Semua ni salah kau!!" Dia menolak tubuh Natalya sebelum berlalu pergi. Belum sempat Natalya menyembah lantai, Melya menyambutnya.
"Lya, kau okay tak? Tak guna punya perempuan tu. Kau tunggu sini. Biar aku gi tumbuk muka pecah lobang dia tu."
Natalya menahan lengan Melya yang mahu mengejar langkah Saffya. Kepalanya digeleng perlahan.
"Aku okay. Kau jangan risau. Tengok ni aku senyum." Sebaris gigi ditayangkan. Melya mencebik.
"Luaran kau nampak okay. Hati kau? Okay ke? Tak kan?"
Senyuman memudar di bibir Natalya. Ya, dia terasa dengan Saffya. Dia rindukan Saffya yang dulu. Zaman belajar diorang bersama.
"Aku bukan apa. Aku takut Ar tu balik pada Saff. Perempuan tu penuh muslihat. Keji. Licik. Jahat. Tak guna. Apa lagi ha?" Melya membantu Natalya untuk duduk di atas sofa.
Kata-kata Melya bermain di fikiran Natalya. Darmish akan tinggalkan aku ke?
Chup!
Tersentak Natalya daripada lamunan panjang. Wajah suaminya dipandang.
"Ha, berangan lagi! Abang tanya bukan nak jawab." Aryan ketawa terkekeh-kekeh melihat perubahan warna pada pipi isterinya selepas dikucupnya.
"Abang tanya apa tadi?" Natalya menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.
"Ya ampun, apple pie ni. Abang tanya Saff buat apa dekat sayang? Dia ada sakitkan sayang ke?" Aryan memandang serius ke dalam anak mata Natalya.
"Nothing. Lya dah lupa." Sengaja Natalya mengelak soalan itu. Dia tidak mahu Aryan risau akannya.
Aryan mengecilkan matanya.
"Fine, nanti dah ingat story dekt abang. Tell me everything. I don't wnat anyone hurting my wife. Abang takkan benarkan orang jentik pun isteri abang. Apatah lagi sakitkan hati sayang." Kekura tangan Natalya diusap sebelum dilabuhkan kucupan hangat.
Terbit senyuman di bibir Natalya. Senang dengan kata-kata si suami.
"Now, jom sleep. Abang ada nampak syaitan tadi."
Ternaik alis nipis Natalya. Syaitan?
"Syaitan? Bukan abang ke syaitan?"
Sentap sampai ke sanubari Aryan.
"Apa pula suami sayang ni syaitan?" Aryan memuncung panjang. Tergelak kecil si isteri.
"Okay, Lya gurau je. Abang tu ha, merepek apa nampak syaitan."
Mula terbit senyuman nakal di bibir Aryan. Natalya memandangnya hairan.
"Abang dengar suara syaitan minta dibunuh. Apa kata main bunuh-bunuh syaitan malam ni? Kasi rata itu syaitan." Aryan senyum senget.
Makin berkerut dahi si isteri.
"Aduh! Lembap aa sayang ni. Jom buat anak. Jom!"
Automatik memerah kulit wajah Natalya.
"Argh tak kira, sayang nak malu-malu kucing ke anjing ke kerbau sekalipun, abang tutup lampu dulu."
Click!
Lampu bilik terpadam serta merta.
"Abang!!"
Terkekeh Aryan mentertawakan isterinya.
"......"
"Thanks weh."
"......"
"Aku akan jaga dia sampai akhir nafas aku. Kalau aku takde nanti kau bersiap sedialah dimadukan. Mana tahu Ad k jadikan dia yang kedua." Terkekeh Aryan ketawa di corong telefon.
"......"
"By the way thanks sebab bagitahu aku. Tak tenang hati aku bila Lya cakap dia jumpa Saff. Nak harapkan dia cerita, sampai abang jamil mati hidup balik mati hidup balik pun takde dia nak cerita." Aryan menoleh ke arah isterinya yang bersandar di kereta. Senyuman manis diberikan.
Natalya memandang suaminya hairan. Bercakap telefon sambil tergelak-gelak. Pelbagai persoalan menerpa ruang mindanya.
"....... Kau jaga kawan baik aku tu elok-elok. Kalau tak-"
Kata-kata Melya dicantas laju oleh Aryan.
"Nanti aku belanja kau Adryan Darlish bungkus ikat tepi." Aryan menghamburkan tawanya.
Terdiam terus orang di hujung talian. Mengmalu aa tu.
"Dahlah aku cau dulu. Bye Assalamualaikum." Aryan mematikan talian. Kaki panjangnya diatur mendekati isterinya yang setia menunggu.
"Sorry, ada hal kejap. Are you ready now, sayang?" Aryan meraih jari jemari si isteri dan menyulamkan dengan jarinya.
"Ready for what? Kejap Lya nak tanya. Ni rumah siapa?" Natalya melentokkan kepala ke atas bahu Aryan.
Aryan senyum sebelum, "Ours."
Laju kepala Natalya ditegakkan semula. Wajah suaminya dipandang bersama kerutan di dahi.
"Ours? Our house?"
Aryan mengangguk sambil senyum mesra.
Ternaik alis Natalya. Rasa teruja menerpa di hati. Senyuman mula terukir manis di bibir.
"Bila abang beli?" Soalnya teruja.
"Ada la. Rahsia. Jom kita masuk. House tour, nak?"
Laju kepala si isteri mengangguk. Sejujurnya bukan dia tidak suka tinggal bersama mertua. Cuma dia segan dengan keluarga mertuanya. Dengan ada suami yang bergula terlebih skala gula ni. Setiap saat nak menempel. Makin segan dia dibuatnya.
Mereka berdua berjalan masuk ke dalam banglo 3 tingkat yang serba serbi lengkap disediakan oleh Aryan. Bukan dia tidak mahu memberitahu isterinya, tapi dia tunggu setelah rumah itu sudah disiapkan sepenuhnya.
As long as you happy, chagiya!
𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro