𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 14
Ayeena mengintai suaminya yang lagi sibuk membuat kerja dalam bilik kerja. Keluhan kecil dilepaskan.
"Sayang, I could see you there. Come in and tell me what is it."
Suara garau Aayyan menghentam pendengaran Ayeena. Bibir bawah dikemam. Mata dipejamkan.
"Come in, sayang. I won't bite you."
Ayeena mencelikkan mata lalu kaki mula diatur mendekati Aayyan. Aayyan tersenyum manis memandang si isteri. Segala kertas kerja ditolak tepi. Kini dia fokus kepada isterinya.
Pahanya ditepuk memanggil Ayeena untuk melabuhkan punggung di ribanya. Ayeena akur.
Aayyan merangkul pinggang Ayeena erat agar tidak jatuh ke lantai. Risau. Isteri kesayangan tu.
"Sayang abang ni nak apa hm?"
"Abang~"
"Hm."
"Rumah kita ni sunyilah, dah lama tak ada bunyi suara baby."
Terangkat alis Aayyan. Lain macam kiasan si isteri.
"So, you want a baby?" Soalnya dengan lembut. Jari jemarinya bermain di rambut si isteri.
Ayeena senyum suka bersama anggukkan laju. Terletus tawa kecil di bibir Aayyan.
"Let's go."
"Ke mana?"
Berkerut dahi Ayeena.
"Dekat sini sempit. Jom dalam bilik."
"Kenapa dalam bilik? Sini la. Selesa duduk macam ni."
Aayyan mengusap dagu seketika.
"Are you sure?"
Ayeena mengangguk. Aayyan laju menyeluk tangan ke dalam baju tshirt Ayeena. Membulat mata isterinya.
"Abang!"
Pap!
Lengan suaminya ditampar.
"Sayang! Sakitlah." Aayyan menarik semula tangannya. Mukanya cemberut habis.
"Abang tu pasaipa gatal sangat?" Marah Ayeena. Tajam matanya merenung Aayyan. Tua pun gatal.
Aayyan mencebik, "Dia yang minta baby tadi, lepastu salahkan orang."
Ayeena menepuk dahinya. Dia menekup kedua belah pipi Aayyan.
"Maksud Sha, tu baby dari anak menantu kita. Bukan dari kita. Kita dah tua. Abang jangan buat pasal."
Aayyan meng'o'kan selepas mendengar penerangan Ayeena.
"Cakaplah awal-awal. Tak pasal-pasal otak abang traveloka. Tch!" Aayyan berdecit perlahan.
Ayeena ketawa sambil menggeleng.
"Dah tu? Kenapa bagitahu abang? Minta dekat Ar lah. Bukan abang yang nak mengandungkan bini dia." Aayyan menjongketkan kening berkali-kali.
Pap!
Dada bidangnya ditampar.
"Abanglah cakap dengan dia. Ar tu macam tak ada usaha ja. Tapi kalau abang cakap mesti dia takut."
Bertaut kening Aayyan.
"Mana sayang tahu dia tak usaha?"
"Aduh! Sakitlah yang." Aayyan mengusap perutnya yang baru dicubit. Aduh, berbisa betul cubitan ketam Ayeena Danisha ni.
"Sayang ni pun, sabarlah. Diorang baru seminggu kahwin. Bukan setahun. Ada rezeki adalah baby. Tak ada rezeki, cubalah lagi. Ar tu pun nak jadi ayah. Tapi dah tak ada rezeki. Tunggu dan lihat je la." Aayyan mengusap ubun-ubun kepala Ayeena.
Ayeena mencebik manja.
"Tak pun, sayang gunakan bakat lakonan sayang tu. Macam drama pukul 7 tu. Mana tahu, menjadi."
Ayeena mengusap dagunya. Macam menarik. Hm. Langsung bibirnya mengukir satu senyuman. Tergeleng kepala Aayyan melihatnya. Ada la idea si isteri itu.
"Bidadari aku ni gasss!"
"Manja kali dia. Loklokloklok!"
"Pala dia. Loklokloklok!" Aryan mengusap kepala isterinya. Natalya hanya pasrah melayan kerenah si suami. Seminggu bergelar isteri Aryan, dia sudah masak dengan perangai bengong Aryan.
"Kak Lya, abaikan alang ni. Dia lahir tanpa otak." Aweena sambung menyuap bihun goreng ke dalam mulut. Menyampah dia tengok abangnya pagi-pagi asyik melekat dengan si isteri.
Aryan menjeling Aweena tajam. Suka hati je budak kecik ni.
"Eh mummy dengan daddy mana?" Aryan menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.
Arash memandang Aryan.
"Kau tak tahu ke, lang? Mummy tak sihat. Biasalah orang tua. Rumah kata pergi, kubur kata mari." Selamba si adik. Membuntang mata Aryan.
"Vavi kau! Mummy kita tu!" Aryan memincing matanya. Sebelum beralih memandang Adryan yang menguis makanannya.
"Ad, kau tahu tak mummy sakit? Kau doktor kan? Pergilah check mummy. Yang kau termenung macam orang sasau ni kenapa, gila?"
Adryan tersentak lalu memandang ke arah Aryan, "Kau cakap apa?"
Aryan mengetap bibirnya, "Gi mam- sana!"
Arash ketawa di hujung meja.
"Kau janganlah kacau angah. Dia tengah broken jeles tengok Mel keluar dengan Afeeq." Sambung tawanya.
Adryan berdecit sebelum menjeling adik bongsunya itu.
"Tapi Mel tu suka dekat abang Darlish sorang je. Hari-hari dia sebut nama abang. Afeeq tu kan kawab baik dia. Biasalah tu." Natalya mencelah. Setahu dia Melya memang obses dengan Adryan. Sampai sanggup tinggalkan butik untuk kejar Adryan.
"Hey chagiya, abang dah cakap kan? Jangan panggil dia abang. Panggil dia angah. A.N.G.A.H." Aryan memuncungkan mulutnya. Protes cemburu mendengar si isteri bahasakan abang kepada Adryan.
Aweena membuka muka loya.
"Tak, sekarang ni kau nak pergi tengok mummy ke tak?" Aweena menyoalnya.
"Eh, mesti. Aku pergi dulu. Love, tunggu sini. Abang tengok mummy kejap. Nanti kita pergi work sesama." Kucupan hangat dilepaskan pada ubun-ubun Natalya. Sebelum dia berlari mendapatkan sang ibu.
Klak!
Pintu bilik Ayeena dikuak.
"Heaven, are you there?" Serunya perlahan.
Aayyan muncul di hadapannya bersama riak selamba.
"Eh ni bukan heaven, ni hell!" Aryan berdecit lembut. Ternaik kening Aayyan.
"Kau kata aku hell?"
"No no no. You ears listen wrong. You're not hell." Aryan sengih mengusap pangkal lehernya.
Aayyan memutarkan bebola mata ke atas.
"But you're devil." Laju Aryan berlari menuju ke katil yang menempatkan Ayeena. Panas hati Aayyan apabila anaknya kata dia devil. Hensem macam ni panggil devil.
Aryan mendekati Ayeena yang sednag baring di atas katil. Kekura tangan si ibu diraih dan diusap lembut.
"Heaven, are you okay?" Lembut suaranya menyoal.
Ayeena membuka kelopak matanya apabila suara garau Aryan menerpa ke koklea telinganya.
"Ar?"
"Yes, ni Ar. Ar ada dengan mummy? Mummy nak air? Mummy nak apa? Nanti daddy beli."
Aayyan yang sedang mengikat tali leher di hadapan cermin segera menoleh apabila namanya disebut. Cis, anak bertuah!
"Mummy nak Ar."
Aryan menggaru keningnya.
"Kan Ar ada depan mata mummy ni? Mummy ni macam dalam drama tv3 pukul 7 lah. Dah ada depan mata pun tak nampak lagi. Daddy, kepasni belikan spek mata untuk mummy. I think her eyes makin lama makin kabur. Ar yang hesmes boleh tak nampak." Bebel Aryan panjang lebar.
Ayeena terkebil-kebil.
"Mummy, cakap je la. Apa mummy nak Ar buat? Nak cucu? Dalam proses mummy rilek je. Santuy dulu. Ambil biskut cicah mellow dulu." Aryan senyum sekilas.
Ayeena laju bangun dari pembaringan. Bersandar di kepala katil.
"M-macam mana Ar tahu?"
"Typical mak-mak melayu. Kaki drama. Buat-buat sakit. Lepastu suruh anak kahwinlah. Bagi cuculah. Ish, cliche. Cuba mummy buat kelainan sikit ke. Terjun sinki ke. Terjun jamban ke. Tingkap ke. Baru la rare."
Sekali lagi Ayeena terkedu. Aayyan pula dah bantai gelakkan isterinya.
"Anak awak ni pandai la sayang. Walaupun bangang, otak dia masih boleh berfunction a little bit." Aayyan sambung tawanya. Wajah Ayeena kian memerah. Malu dikantoikan anak sendiri. Baru je nak dramatik.
"Bidadari, Ar dengan Lya dah cuba yang terbaik. Yang lain kita serahkan kepada Allah SWT. Kita hanya mampu merancang, yang lalai semua readers. Eh tak, Kita merancang, Allah yang tentukan. Jadi, kita kena sabar dan berdoa semoga doa kita dimakbulkan. Rezeki tak pernah salah alamat. Abang jnt je selalu salah alamat rumah orang." Aryan mengucup kekura tangan Ayeena.
Terukir satu senyuman di bibir Ayeena. Tenang jiwanya melihat perubahan Aryan. Yang dulu suka main-main, sekarang tampak lebih matang. Walaupun bangangnya masih berbaki.
"Doakan yang terbaik untuk kami. Doa seorang ibu lebih mujarab." Tidak lekang bibir Aryan dengan senyuman manis.
Sejuk lahai perut ibu mengandung. Siapa lagi kalau bukan Ayeena.
"Mummy sentiasa doakan yang baik-baik untuk anak menantu mummy." Tangan Aryan diusap lembut.
Aayyan mendekati mereka lalu tangan didepakan.
"Hm, family hugs?"
Mereka mengangguk sebelum masuk ke dalam dakapan Aayyan. Dakapan paling terasa selamat yang dirasakan oleh setiap isteri dan anak-anak.
"Daddy doakan Ar jadi suami dan ayah yang baik untuk keluarga Ar. Love you, naughty boy!" Kepala anaknya dikucup sayang.
"Thanks daddy."
𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro