Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 12

Kepalanya yang berpinar itu dipegang. Pandangan menjadi serba kabur. Entah mengapa dia begini. Perlahan-lahan kelopak mata dibuka. Keadaan bilik yang terang itu mencucuk penglihatannya.

Dia memerhatikan sekeliling keadaan bilik itu. Tunggang langgang. Bagai dipecah masuk.

Di sudut otaknya dikerumuni oleh andaian-andaian yang merumitkan. Wajahnya bergayut setompok kebimbangan.

Dengan slowmo, dia menoleh ke sebelahnya.

Alangkah terkejutnya dia, apabila ada sekujur tubuh tegap sedang baring membelakanginya.

Fikirannya terhenti seketika, berpintal-pintal, lalu kusut.

Laju kepalanya menoleh ke arah lain. Tubir matanya kian merasa panas. Kemudian duvet yang membaluti tubuhnya diselak.

Sekali lagi dia terkedu. Tiada seurat benang membaluti tubuhnya. Allahuakhbar!

Laju air matanya basah menuruni pipi. Sayup dan pilu menghambat perasaannya.

Dek kerana suara tangisannya, lena lelaki tadi terganggu. Lelaki itu memisat matanya. Tubuhnya yang separa bogel tanpa baju itu digaru-garu.

"Apa bising-bising ni?" Suara husky miliknya menghentam gegendang si gadis.

Lelaki itu bangun dan duduk di birai katil. Belakang badannya terasa sengal. Kalah pengantin lelaki lepas malam pertama.

Si gadis menggigit bibir kerana takut diapa-apakan.

Lelaki itu menoleh ke belakangnya sekilas. Membuntang matanya melihat keadaan gadis yang dibaluti duvet itu.

"Natalya?!"

"Darmish?!"

Masing-masing terlopong.

"M-macam mana? Kau buat apa dekat sini?" Soal Aryan kasar. Kepalanya tiba-tiba rasa pusing. Tangan naik memegang kepalanya.

Natalya masih tidak berganjak. Sekali dia berganjak maka habis mahkotanya menjadi tatapan Aryan. Tidak dia sangka tergamak lelaki itu meragut kesuciannya.

"Kau tu yang patut aku tanya? Kenapa kau ada dalam bilik ni dengan aku?" Natalya cuba memberanikan diri untuk bersuara. Terketar-ketar tona suaranya. Walaupun matanya tidak memandang ke arah Aryan.

Aryan mengetap rahangnya. Sungguh dia sendiri tidak tahu apa yang sedang berlaku. Yang dia ingat semalam dia tengah dating dengan kekasih hati, Elianna Saffya. Eh, bekas kekasih. Macam mana pula boleh tidur sebelah nenek kebayan ni? Masak aku kalau mummy tahu!

"Kau sengaja nak perangkap aku kan?" Sedikit meninggi suara Aryan. Dadanya berombak-ombak. Rambutnya diserabaikan. Fikirannya kusut. Memang dia mahu kahwin dengan Natalya tapi bukan dengan cara macam ni.

"Saya kenal awak pun tak, dah kenapa saya nak perangkap awak! Fikir la sikit. Muka hensem otak senget tak guna juga. Tak malu ke?" Begitu dia memantulkan soalankan Aryan, selamba, sinis, terasa. Oleh sebab mereka dalam fasa buat-buat tak kenal lagi.

"Habistu kau ingat kau tu lawa sangat? Muka macam tapak kasut Kim Kardigan. Tak, yang kau cakap tak pandang aku pehal? Apa dinding tu lagi hensem ke?" Aryan menjeling Natalya tajam setajam pisau belati.

Panas relung dada Natalya bagaikan terbakar, "Kim Kardigan nenek kau! Kim Kardashian! Sebab kau tak hensemlah aku tak hingin nak pandang." Bidas Natalya.

Panas hati Aryan menggongcang sekelumit keimanan yang bertapak di pintu kalbunya. Sabar! Orang hesmes kena sabar!

Baru sahaja dia mahu membuka mulut semula, bunyi ketukan pintu mematikan niatnya.

Mereka saling berpandangan. Hah sudah!

Mata Aryan turun melihat tubuhnya yang sasa itu. Hanya berbekalkan seluar pendek saja. Astaga aku punya confident beli mana? Aku marah perempuan ni dengan free show gini? Patutlah dia tak nak pandang muka aku.

Laju tangannya mengambil bathrobe yang terletak di atas sofa. Entah siapa yang meletaknya.

Kaki diatur ke arah pintu bilik hotel itu. Perlahan-lahan dia memulas tombol pintu.

"Assalamualaikum encik."

Aryan tergamam melihat sekumpulan lelaki di hadapannya.

"W-waalaikumussalam."

"Kami dari pejabat agama, mendapat aduan bahawa-"

Gedebuk!

Aryan jatuh tersungkur di hadapan mereka semua. Pengsan pula dah awang ni!

"Encik! Encik!" Seorang daripada mereka memangku Aryan. Pipi Aryan ditepuknya berkali-kali.

Kena tangkap khalwat pun pengsan. Mengrisaukan.

Pang!

Terteleng kepala Saffya dilempang oleh Shaqif.

"KAU NAMPAK TAK APA YANG KAU DAH BUAT?!!!" Suaranya memetir. Dadanya berombak kencang. Gara-gara kesilapan bodoh Saffya, habis rosak rancangan mereka. Aryan dah kena tangkap basah dengan Natalya. Yang paling menyakitkan hati Aryan terlebih dahulu meragut kesucian Natalya.

Ya, dalam minuman Aryan dan Natalya ada pil perangsang yang dimasukkan oleh Shaqif dan Saffya. Effect ubat itu selepas 15 minit. Bayangkanlah selama dua jam mereka sebilik.

Eh, readers jangan bayang yang kuban-kuban. Itu hanyalah contoh. CONTOH.

"A-aku tak sengaja." Lemah suara Saffya.

Shaqif memandangnya dingin sebelum menolak kasar tubuh gadis itu.

"Ini balasan bila kau buat salah. Kau dah buat aku marah. Terimalah nasib kau." Shaqif membuka bajunya lalu dilemparkan ke lantai.

Berderai airmata Saffya turun membasahi pipi. Kepalanya digeleng.

"Shaqif, No!!!"

Lelaki itu senyum senget sebelum tutttttttt. Siaran tergendala. Sila tukar saluran lain. Anak-anak readers ku yang polos lagikan suci ayuh kita ke server lain.

"Mind to explain, Tuan Aryan Darmish?!" Tegas suara Aayyan. Matanya tajam mencerlung ke arah anaknya. Hampir tercabut jantungnya mendapat panggilan daripada Jabatan Agama Islam.

Aryan mengusap pangkal lehernya.

"Entahlah daddy. Ar dengan Natalya pun tak ingat apa yang jadi. Kahwinkan je la kitorang." Selambanya.

Ayeena menepuk dahinya. Bertuah punya anak. Semua nak senang.

"Kalau Natalya pregnant macam mana?" Anrique mula bersuara. Matanya tajam memandang ke arah adiknya. Sengaja dia mahu menguji adiknya dengan soalan itu.

"Lah. Kan aku cakap kahwinkan. Biar aku bertanggungjawab. Pandailah aku jaga anak aku." Bebel Aryan. Rambutnya diserabaikan.

Anrique tersenyum kecil. Bermakna Aryan sudah bersedia menghadapi segala cabaran mendatang. Dia tahu Aryan ikhlas dengan Natalya.

Ayeena memaut bahu Natalya yang menangis teresak-esak itu.

"Lya kahwin dengan Ar, ya?" Lembut suaranya memujuk Natalya.

"Lya takut kalau mak marah. Lya tak ada siapa-siapa lagi selain mak dengan adik-adik." Gadis itu terus menangis.

Aryan memandangnya, "Jangan risau darling! Abe Ar ada untukmu."

Pak!

"Aduh! Daddy apa ni? Sakitlah!" Aryan menggosok kepalanya yang diketuk itu.

Aayyan menjelingnya tajam, "Bukan akulah, gila! Tu atuk kau dekat belakang kau tu!"

Perlahan-lahan dia menoleh memandang wajah Tuan Aydan. Wajah tua itu tampak bengis. Dia menelan liur kesat sebelum lari bersembunyi di belakang tubuh Aayyan.

"Sini kau budak bertuah! Aku nak dating dengan nenda kau pun tak boleh! Sebab kau. Sini kau. Bapak dengan anak sama sahaja. Tangkap basah je keja korang. Cuba tangkap kering pula. Tepi Yan! Sini aku kerjakan anak kau. Kalau tak, dengan kau sekali aku kerjakan." Bebel orang tua itu. Tengku Dayang menarik lengan suaminya.

"Abang, sudahlah tu. Ar tu cucu kita." Pujuk Tengku Dayang.

Tuan Aydan mendengus geram, "Cucu awaklah. Bukan cucu saya."

Aryan mencebik.

"Sampai hati atuk. Aryan ni bangang sebab atuk tahu tak?"

Membulat mata orang tua itu, "Kau cakap apa?!"

"Daddy cakap atuk muda-muda dulu suka bangang macam Ar. Lepastu turunlah ke keturunan. Lepastu nak marah-marah pula. Nanti mati awal padan muka. Kan daddy kan?"

Aayyan mengusap rambut perang anaknya. Bibirnya dikemam menahan tawa.

"Allahuakhbar! Aayyan, kenapa kau lahirkan si bangang ni?" Tuan Aydan mengurut dadanya. Penat. Ada cucu bertuah gini.

"Yeen yang lahirkan dia. Bukan Yan. Yan mana boleh beranak. Ghisau." Aayyan membidas ayahnya.

"Allahuakhbar! Anak aku pun bangang. Penat hidup macam ni! Batu belah batu seremban, telanlah aku, kunyahlah aku. Ada anak cucu pun terlebih bangang." Dramatis kata-kata Tuan Aydan mengundang cubitan ketam daripada Tengku Dayang. Mengada betul orang tua ni.

Natalya yang menangis terhenti seketika. Kenapa keluarga ni pelik sangat? Kena tangkap basah tau, bukan tangkap ikan. Kenapa semua boleh bergelak suka ria ni?

"Pst pst... mummy, Ar nak culik Natalya kejap."

Ayeena senyum kecil sebelum mengangguk.

"Kejap je chagiya! Aku nak cakap." Aryan mengerdipkan mata beberapa kali. Natalya memandang Ayeena yang turut memandang ke arahnya. Dengan terpaksa dia mengikut langkah Aryan ke luar rumah.

"Kahwin dengan aku. Aku akan jaga kau." Straight forward ya abe kita ni. Smart boh!

Natalya hanya diam tak berkutik.

"Percayakan aku. Aku langsung tak tahu apa-apa pasal ni. Aku rasa ni perangkap. Nanti aku siasat kes ni. Siaplah orang yang perangkap kita tu. Berani dia ada niat tak baik dengan chagiya aku." Aryan menumbuk tapak tangannya. Geram betul tu abe!

Tidak lama kemudian Natalya bersuara, "Janji dengan saya, yang awak takkan tinggalkan saya."

Aryan senyum manis, "Never!"




𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro