Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 11

Natalya mengemam bibir memerhatikan satu pasangan sejoli selang beberapa meja dari dia dan Darren. Saffya melentokkan kepalanya ke atas bahu Aryan.

Sengaja Aryan gunakan Saffya untuk membuat Natalya sakit hati.

"Okay, sampai di sini saja discussion kita. Uncle ada hal pula lepas ni." Ayin Dhani senyum menghulurkan tangan kepada Darren Mikael.

Darren menyambutnya bersama senyuman mesra.

"Jumpa lagi, uncle. Anything uncle boleh direct dengan saya. Ar tengah uruskan projek lain."

Dhani senyum kecil sebelum matanya melorot ke arah gadis di sebelah Darren.

"Yours?" Soalnya hairan. Setahu dia Darren bersama Aweena, anak saudaranya. Siapa gadis di sebelah Darren?

Darren menoleh ke arah Natalya sekilas.

"Nope, she is Aryan's." Bisik Darren ke telingan Dhani. Si tua itu senyum lebar. Dia mula melihat ke arah yang sama Natalya termenung.

Terletus tawa kecil di celahan bibirnya. Patutlah muka macam mati anak. Rupanya frust tengok buah hati berduaan dengan perempuan lain.

"Uncle gerak dulu. Apa-apa nanti roger." Dhani meninggalkan perkarangan hotel D's itu.

Darren melabuhkan punggung di sebelah Natalya. Wajah Natalya ditenungnya dari tepi.

"If you want him, why did you broke his heart?" Soalnya tiba-tiba. Tersedar Natalya dari lamunan. Dia menoleh ke arah Darren yang tersenyum manis ke arahnya.

"Sir Darren cakap apa ni? Saya tak faham."

Darren mengalihkan pandangan. Dia tahu sepupunya dari jauh tajam melihatnya rapat dengan Natalya.

"Kau suka Ar. Kenapa tolak cinta dia? Kenapa tak bagi dia peluang?"

Terkedu Natalya. Maksudnya Sir Darren pun dah tahu? Memang semua orang dah tahu ke?

"Give him a chance. Aku balik dulu. Ar suruh kau balik dengan dia." Darren bingkas berdiri meninggalkan Natalya terkulat-kulat. What the--

Dia marah aku. Tapi nak aku balik dengan dia? Kenapa pula? Bukan dia naik motor ke?

Beep!

Beep!

Darmish 🦋
Online

Darren bawa balik motor aku. Kau naik kereta dengan aku.

Melopong luas mulut Natalya. Matanya memandang Aryan yang duduk tidak jauh daripadanya. Lelaki itu memberi senyuman senget kepadanya.

Natalya menelan liur rasa berpasir. Macam mana lelaki itu boleh baca fikirannya?

"Nat?!" Seorang lelaki datang menegur Natalya. Natalya mendongak memandang lelaki itu.

"Abang Shaqif?"

Shaqif senyum lebar sebelum melabuhkan punggung di kerusi hadapan Natalya.

"Ya Allah, merata abang cari Nat. Dekat sini rupanya. Mak Cik Limah cakap Nat kerja dekat KL. Dekat saja rupanya kita."

Shaqif Al-Atta. Seorang lelaki yang tampan, berkarisma, sopan santun dengan orang yang lebih tua dan dia sukakan Natalya.

Natalya senyum kelat. Dia mengerling ke arah Aryan yang tajam memandangnya. Ha sudah!

"Nat sorang saja ke?" Shaqif menyoal lembut. Natalya mengangguk.

"Abang buat apa dekat sini?"

"Abang jumpa kawan tadi. Jom teman abang minum-minum." Shaqif sengih menampakkan gigi sebaris. Natalya diam sejenak memikirkan ajakan Shaqif. Apa salahnya kan? Darmish pun belum habis meeting lagi.

"Okay boleh."

Terus mengundang senyuman di bibir Shaqif. Dia memesan air kepada pelayan.

"Abang, kejap ye. Nat nak pergi ladies."

Shaqif mengangguk lalu menghantar pemergian Natalya dengan ekoran mata.

Aryan yang melihat Natalya menuju ke toilet, bingkas dia berdiri. Terkejut clientnya melihat tindakannya.

"Er sorry uncle. Ar nak ke tandas kejap. Arghh tak tahan!"

Tergelak kecil Dato Asri melihat telatah si Aryan. Dato Asri, ayah kepada Elianna Saffya merupakan client untuk projek mega syarikat D's Holding.

"Ha ye la. Pergilah."

Laju Aryan menuju ke toilet. Lama dia berdiri di hadapan toilet ladies. Sehingga Natalya keluar.

Membulat mata gadis itu melihat Aryan di hadapannya.

"Awak?"

"Siapa lelaki tu?" Soal Aryan tak puas hati. Dia tengok dari jauh semacam saja cara pandangan lelaki itu kepada Natalya.

"Lelaki mana?" Soal Natalya polos. Aryan menepuk dahinya. Kalau aku tampor perempuan ni sekali agak-agak berpusing tak?

"Tch! Yang duduk semeja dengan kau tu la."

"Oh, abang Shaqif. Anak ketua kampung saya. Kenapa eh?" Natalya menggaru kepalanya.

Aryan memejamkan mata. Nafas diatur. Abang lagi? Ya ampun! Abang lagi! Haritu abang Darlish ini abang Shaqif pula. Sabar Ar sabar.

"Darmish, awak kenapa?"

Aryan terus berjalan meninggalkan Natalya. Gadis itu bagai tidak mengetahui apa yang berlaku.

Aryan memerhatikan sekeliling.

"Eh, bapak kau mana?" Soalnya kasar pada Saffya. Hilang dari radar pula orang tua ni. Meeting tak habis lagi.

"Daddy ada meeting lain. You buat apa lama sangat? Nah, minum dulu air ni." Saffya senyum senget. Bagai ada makna tersirat. Tangannya menyua segelas air kepada Aryan. Tanpa syak wasangka terus Aryan meneguk air itu. Hatinya sedang panas tika ini. Maka dengan itu semua air dia main bedal.

Tiba-tiba kepalanya rasa berpinar.

"Saff, aku rasa peninglah. Aku balik dulu." Baru dia mahu membuka langkah dia rasa mahu terjatuh. Laju Saffya mendapatkannya. Akhirnya dia pengsan di atas bahu Saffya.

Senyuman kecil meniti di bibir gadis itu. You're mine, Aryan.

Laju tangannya mencapai telefonnya menelefon pekerjanya.

"Cepat ambil dia bawa naik ke bilik 441!"

Talian diputuskan. Saffya mengusap rahang Aryan bersama senyuman di bibir.

"Aku takkan benarkan sesiapa pun dapat kau."

Natalya hanya terdiam melihat Aryan berpelukan dengan Saffya dari jauh. Hatinya retak seribu.

"Nat?!" Tegur Shaqif. Natalya kembali memandang Shaqif.

"Kenapa tak minum air tu?" Soal Shaqif lembut. Natalya membalas dengan senyuman, dengan laju dia meneguk air itu.

"Nat dah ada boyfriend?" Soal Shaqif. Natalya hanya diam. Tangannya memicik dahinya. Entah mengapa rasa macam nak termuntah. Nak pitam. Mungkin terlalu banyak fikir masalah.

"B-belum."

Bertaut kening Shaqif.

"Are you okay, Nat?"

Baru sahaja Natalya mahu mengangguk, kepalanya rasa berdenyut. Dia memegang kepalanya. Kemudian pandangannya serta merta gelap. Hanya suara Shaqif yang didengarinya.

"Natalya!"

Lelaki itu mengeluarkan telefonnya. Nombor seseorang didailnya.

"Now! Room 441."

"Kau dah telefon pejabat agama?" Soal Shaqif kepada Saffya.

Dengan senyuman bangga Saffya menjawab, "Dah."

"Good. Lepasni anggap kita tak pernah kenal. Aku dapat Natalya dan kau dapat kau punya Aryan. Siapa suruh perempuan tu jual mahal sangat dengan aku? Aku nak tengok dia merayu dekat aku minta aku bertanggungjawab." Sinis Shaqif. Bertahun lama dia memendam perasaan kepada Natalya. Sedikit pun gadis itu memandangnya.

"Puas hati aku. Perempuan tu memang patut dapat macam ni. Siapa suruh dia menggatal dengan Aryan aku? Kan dah mendapat. Nanti kau buat ganas-ganas sikit dekat dia. Biar dia sakit." Saffya ketawa sinis. Akhirnya dendamnya terbalas. Dia akan pastikan Aryan jadi miliknya selamanya.

Shaqif menghembus asap rokoknya, "Kau tak payah bagitahu. Memang aku akan ratah dia sampai habis." Bibir bawahnya dijilat.

Saffya senyum senget, "Kau memang. Nafsu kuda. Dengan aku pun kau kasar haritu. Apatah lagi dengan pujaan hati kau."

Shaqif hanya senyum kecil.

"Kau dah suruh budak-budak angkat masuk bilik 442 kan? Karang plan kita gagal pula." Shaqif menghembus asap rokoknya. Terkelu lidah Saffya. Aku cakap 441 ke 442 tadi?

"Pehal senyap aku tanya kau ni?" Berkerut pelipis dahi Shaqif memandang gadis di hadapan dia ini.

"A-akuuu..."

"Apa kau? Kenapa?" Terbangun lelaki itu dari duduknya.

"Bukan kau cakap bilik 441 untuk aku ke?" Saffya menggaru keningnya.

"Eh sundal! Aku cakap 441 tu aku punya kau 442. Kau pekak ke? Kau jangan cakap yang kau---" Naik seoktaf suara Shaqif. Rokoknya dilempar ke tanah lalu dipijak.

Saffya menunduk menekur lantai. Bibir bawah digigit.

"Sir, kami dah hantar perempuan tu dalam bilik 441. Tapi dalam tu ada seorang lelaki tengah baring. Kami hanya ikut arahan." Datang seorang pembantu Shaqif. Shaqif meraup rambutnya kasar.

"Damn!" Shaqif berlari ke bilik 441 semula. Namun, semuanya terlambat.

𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro