𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 10
"Ar, kenapa balik awal ni?"
Tanpa jawapan, Aryan terus mendakap tubuh Ayeena. Tersentak Ayeena dibuatnya. Tak lama kemudian tangisan kecil menerpa telinganya.
Tangan Aryan diusap lembut.
"Kenapa ni sayang? Tell me. Kenapa Ar nangis?" Lembut suara sang ibu memujuk si anak. Ayeena tahu Aryan bukan seorang yang mudah menjatuhkan air mata.
Terasa basah di bahunya. Teresak-esak Aryan meraung dalam pelukan Ayeena.
"M-mummy~" Rengeknya.
"Ya sayang. Kenapa ni? Siapa buat anak mummy macam ni? Bagitahu mummy, sayang."
"Ar kena reject mummy. Ar malu!" Teriak lelaki itu. Tangisan dihamburkan di bahu milik Ayeena.
Ternaik alis Ayeena.
"Natalya reject Ar. Ar sayang dia, mummy. Dia pun sayang Ar. Tapi dia tipu. Ar nak dia, mummy!"
Terletus tawa kecil di bibir Ayeena. Anaknya itu sudahpun menginjak usia 25 tahun. Tapi perangai macam budak 5 tahun. Manja.
"Mummy gelak kenapa? Tak kelakarlah." Makin deras air mata Aryan mengalir. Orang tengah sedih, dia boleh pula gelak.
"Anak mummy ni, itu pun nak nangis. If you want her, go and get her. Tunjuk effort Ar." Ayeena meleraikan pelukan. Wajah tampan Aryan yang merah bersama bibir tersebek dipandangnya.
"Tapi Natalya tak nak jumpa Ar lagi. Dia nak Ar lupakan dia anggap macam kitorang tak kenal. Apa salah Ar? Salah ke Ar mencintai? Ar tak layak dicintai ke mummy?"
Sayu hati Ayeena mendengar luahan anaknya itu. Tubuh Aryan ditarik kembali ke dalam dakapannya. Rambut perang anaknya dielus lembut.
"Ar kena banyak bersabar. Anggap semua ni dugaan dalam percintaan Ar dengan Natalya. Mungkin ada sebab dia buat macam ni. Mel bagitahu mummy Natalya tu kawan dengan Saffya. Mungkin sebab tu. Mummy tak kisah Ar nak pilih siapa. Cuma mummy nak Ar kuat. Jangan lemah macam ni. Anak mummy kuat kan?"
Aryan mengangguk kecil.
"Ar sayang dia, mummy! Kenapa cinta tu menyakitkan?"
Ayeena meneguk liur kesat.
"You know what? Mummy dengan daddy pun pernah lalui dugaan percintaan. Percaya atau tidak dugaan tu yang menguatkan cinta kami. Mungkin orang akan cakap mummy ni bodoh sebab terima balik daddy even macam-macam daddy buat dekat mummy dulu. But I don't care. Tengok sekarang daddy awak nak berenggang dengan mummy pun susah. Tak padan dengan tua." Ayeena tergelak kecil.
"Orang tua gatal tu memang. Ar nak dekat dengan mummy pun dia nak jeles. Nasib baik sekarang dia dekat office. Kalau tak, dah lama Ar kena tendang melekat dekat dinding sebab peluk bini dia." Bebel Aryan. Ayeena menggeleng sambil ketawa.
"Ar, janji dengan mummy."
Berkerut dahi si anak.
"Janji yang Ar takkan sakitkan hati perempuan walau apa pun jadi. Kalau ditakdirkan Natalya jadi isteri Ar, jaga dia. Jangan pernah duakan dia. Sebab mummy tahu macam perasaan diduakan. Sakit." Ayeena senyum kecil.
Lambat-lambat Aryan mengangguk.
Sebulan berlalu
Waktu berjalan dengan pantas. Sedar tak sedar sudah masuk sebulan Aryan dan Natalya tidak bertegur sapa. Aryan juga jarang masuk ke pejabatnya.
"Mulai hari ini, segala urusan kerja dengan Tuan Aryan sila refer dengan saya. Tuan Aryan ada masalah sikit. So, buat masa sekarang apa-apa inform ke saya. Dan saya akan direct ke Tuan Aryan."
Kata-kata Darren bermain di fikiran Natalya. Adakah Aryan jadi begini kerananya?
Keluhan kecil dilepaskan. Natalya mula melangkah masuk menuju ke pintu utama D's Holding.
Vroom
Vroom
Cretttttttt.....
Sebuah motosikal Ducatti Panigale Superleggera V4 berwarna hitam berhenti di hadapan Natalya. Hampir sahaja gadis itu dilanggar. Tangan memegang dada. Diurut perlahan.
Baru sahaja si gadis mahu membuka mulut, datang beberapa lelaki berbadan tegap menghampiri owner motosikal tersebut.
"Selamat pagi Tuan Aryan." Mereka tunduk 45 darjah.
Melopong mulut Natalya. Darmish?
Aryan membuka helmetnya. Tersembul wajah tampan lelaki bermata green greyish itu. Helmet diberikan kepada salah seorang lelaki yang berdiri di samping motosikalnya.
Kaki Natalya masih terpasung di situ. Entah rasa bagai kaki digam pada tanah.
Aryan hanya diam sambil tangannya membuka jaket kulit Ducatti itu. Jaket itu diberikan pada seorang lagi lelaki. Dia turun daripada motosikalnya berjalan menuju ke pintu masuk D's Holding.
Wajahnya tanpa secalit senyuman. Kewujudan Natalya juga tidak dianggap ada.
Natalya bagai tersedar dari lamunan mula meneruskan perjalanannya ke dalam bangunan gah itu.
Dia terasa dengan cara Aryan yang tidak sedar kewujudannya. Namun, dia tahu semua ini berpunca darinya.
Lya, lupakan dia!
"Tuan, nak jumpa saya ke?" Dengan sopan Natalya menegur Anrique yang bermuka dingin tika ini. Lelaki itu mengangkat wajahnya.
"Sit."
Natalya meneguk liur sebelum melabuhkan punggung di kerusi bertentangan dengan Anrique.
"What have you done to my brother?"
Hampir terjatuh rahang Natalya dengan soalan Anrique. Sudah! Satu keluarga dah tahu ke?
"S-saya.."
"Awak tahu kan Ar tu suka awak? And then? Why you broke my brother's heart?" Anrique bersandar pada kerusinya. Tangan disilang ke dada.
Natalya meremas jari jemarinya di riba. Pandangan dingin Anrique menakutkannya.
Klak!
Pintu bilik pejabat Anrique dirempuh masuk.
"Que, stop it! You scared her!" Tegas Aryan. Nafasnya turun naik.
Dengan tenang, Anrique mengalihkan pandangan ke arah Aryan di muka pintu. Natalya juga ikut memandang ke arah itu.
"She's broke your heart."
Aryan memejamkan matanya seketika sebelum membuka kembali. Nafas diatur semula. Dia menuju ke arah Natalya. Tangan Natalya ditarik untuk keluar daripada bilik Anrique.
"Darmish."
"Shut your mouth!" Tengking Aryan. Terhinggut bahu Natalya.
"Wait, Ar!" Tegah Anrique. Kaki Aryan berhenti melangkah.
"Apa lagi, Que?" Mata helangnya bersabung dengan mata abangnya.
"Aku nak kau handle meeting dengan syarikat SF dekat hotel D's. And Natalya, aku nak kau temankan Darren meeting dengan syarikat AD's Legacy dekat situ juga."
Aryan mengetap rahangnya. Cengkaman pada lengan Natalya dilepaskan kasar.
"Why should her? Dia bukan PA Darren."
Anrique senyum senget, "Suka hati aku, syarikat aku."
Berbahang api kemarahan Aryan. Dia tak suka melihat Natalya dengan lelaki lain. Ya, dia cemburu.
"Baik Tuan. Saya menurut perintah." Natalya mula bersuara.
Makin terbakar jiwa lelaki bernama Aryan. Natalya langsung tak bantah?
"Fine, aku pergi dengan Saffya. Suka hati aku, awek aku." Aryan terus keluar daripada bilik itu. Belum sempat Anrique tanya kenapa Saffya, Aryan telahpun menjawabnya.
Natalya hanya diam.
"Don't worry. Saya nak usik dia saja. Jangan takut dengan saya. Ar dengan ego tak boleh berpisah. I know why awak nak dia lupakan awak. Sebab Saffya kan? Perempuan murah tu bukan untuk Ar. Ar love you. Only you." Anrique tersenyum mesra. Suka hatinya dapat kenakan adiknya.
Natalya beralih memandang Anrique.
"Saff curang belakang Ar. Ar dah move on after he met you. Ar susah nak cintakan orang. But once he loves. He will crying for you. Setiap malam Ar mengadu dekat mummy. Dan setiap kali itu juga air mata jantan tak guna tu jatuh. Saya suruh dia dapatkan awak. Dia cakap tak boleh sebab awak tak nak jumpa dia. Dia ikut cakap awak, Natalya."
Terkelu lidah Natalya. Patutkah aku bagi peluang untuk Darmish?
"I know you love him. Give him a chance."
"Bagi masa saya untuk berfikir. Saya minta diri dulu." Natalya terus bergegas keluar dari bilik pejabat Anrique.
Aryan menapak semula masuk ke dalam bilik Anrique selepas melihat kelibat Natalya sudah tiada.
Anrique menjeling adiknya tajam.
"Tak pasal-pasal aku kena jadi pelakon tak berbayar. Ngak ada akhlak punya adik!" Bebelnya. Terletus tawa di bibir Aryan.
"Thanks bro! Kau nampak muka dia tadi? Serba salah gila. HAHAHAHAHA sabar jap nasi minyak aku coming soon." Aryan duduk di atas meja kerja Anrique.
"Turunlah gila!"
Aryan mencebik.
"Tapi bro. Seriously thank you very much. Aku harap sangat dia bagi peluang dekat aku. Aku tak sanggup dho kehilangan dia. Rasa macam separuh nyawa aku hilang." Senyuman di bibir Aryan melebar apabila mengingat kejadian tadi.
Natalya, don't let me down again!
𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro