Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 1

"One... Two... Three... Four..."

Aryan berjalan menuruni tangga menuju ke meja makan. Bauan masakan ibunda sungguh menyelerakan.

"Bila Izrail datang memanggil~"

Dia menarik kerusi dan melabuhkan punggung sambil bernyanyi. Pandangan tajam ayahnya diabaikan.

"Jasad terjubur di pembaringan~"

Pak!

"Argh, sakitlah mummy!" Aryan mengusap kepalanya yang diketuk menggunakan senduk itu.

"Padan muka. Terjubur tengkorak hang! Jubur dalam seluaq tu." Bebel Ayeena. Penat dia melayan kerenah anak ketiganya itu. Aayyan pula menahan tawa melihat wajah cemberut anaknya.

"Orang tersasul je pun. Itu pun nak marah. Yang daddy ni kenapa? Nak gelak tu gelak je la." Aryan mencedok nasi goreng ke dalam pinggan dengan gelojoh.

Aayyan menggeleng perlahan.

"Harini masuk office tak?" Soalnya. Aryan mengangkat bahu.

Jawapan Aryan itu mengundang pandangan mautnya.

"Tuan Aryan Darmish!" Keras nada suara sang ayah. Aryan mengeluh kecil.

"Waeguraeyo? Tengah makan ni imnida yo. Kejap lagi la ottoke kita cakap yeorobun." Aryan sambung menyuap nasi ke mulut. Nyummy!

Aayyan melepaskan keluhan berat. Penat melayan perangai tak semenggah si anak. Sebijik turun perangai Aariq.

"Morning Daddy, morning Ar!" Adryan menarik kerusi di sebelah adik kembarnya sebelum melabuhkan punggung.

"Waalaikumussalam, neraka. Salam tinggal dekat mana?" Jawab Aryan. Adryan berdecit perlahan. Ada sahaja adiknya ini mahu kenakan dia.

Aayyan menggeleng perlahan.

"Ad, mana adik-adik? Pukul berapa nak turun makan?" Ayeena menghampiri meja bersama sepiring karipap.

Meleleh air liur Aryan melihat kuih karipap yang masih panas itu.

Baru sahaja dia mahu mengambil, Ayeena melarikan piring itu. Memuncung bibir si tampan itu.

"Diorang tengah bersiap. Kejap lagi turunlah tu." Jawab Adryan sambil menuang kopi ke dalam cawan.

Ayeena mengangguk faham. Karipap panas yang dibawanya tadi diambil satu lalu menyuap ke mulut.

"Mummy~ nak jugakkkk!!!" Aryan merengek. Mata dikerdipkan berkali-kali. Semoga mummy ku cair fuh fuh!

Ayeena mengambil satu karipap lalu menyuakan kepada anak terunanya itu.

"Abang, petang ni free tak?" Ayeena menyoal suaminya.

Aayyan menoleh ke arah isterinya. Senyuman meniti di bibir.

"Free. Kenapa? Nak ajak abang dating ke?" Usik Aayyan. Pipi Ayeena mula berubah tona warna. Terasa berbahang di wajahnya.

Terletus tawa kecil Aayyan.

"Ad, aku rasa kita kena kahwin cepatlah! Keluar daripada rumah ni. Makin lama makin geli aku tengok orang tua dalam rumah ni bercinta mengalahkan kita yang muda. Berbulu mata aku." Aryan mencebik.

Adryan mengangguk, "Aku rasa tu idea yang baik. Siapa nak kahwin dulu? Kau ke aku?"

Adryan turut serta membangangkan diri. Jarang sekali.

"Kau lah. Kau kan abang."

"Tch! Awal tiga minit je pun." Adryan berdecit.

Semakin berbahang pipi Ayeena diperli anak sendiri. Dasar anak-anak durhaka! Neraka! Serbaneka!

"Mummy daddy tak payah layan Alang tu. Perangai kalau tak syaitan, mesti iblis. By the way, morning mummy, morning daddy!" Aweena duduk di samping Ayeena. Pipi sang ibu dikucup lembut.

Aryan menjeling adiknya itu tajam. Grrr!

"Kau pergilah sekolah jalan kaki kejap lagi! Padan muka kau! Aku hantar Rash je. Kau jangan naik Bella aku." Aryan tersenyum senget.

Bella itu nama diberi kepada kereta kesayangan Aryan. Porsche 911. Anak bapak kan? Kereta pun diberi nama macam bapaknya. Aayyan letak nama Rebecca jadi Aryan tak nak kalah dia letak nama Issabella Michele.

Kalah nama manusia. Mengpenat aque.

"Mummy tengok alang ni!" Aweena memuncungkan bibirnya.

"Weena, naik dengan daddy je. Daddy masuk office lewat harini." Aayyan mengelap mulutnya dengan tisu.

"Yeay, sayang daddy!" Sorak anak gadis itu dengan riang.

Aryan menjeling. Daddy ni spoil la!

"Ar, make sure masuk office pagi ni! Ada interview pekerja baru." Aayyan bingkas berdiri. Kedutan di baju dibetulkan. Ayeena ikut bangun membantu suaminya merapikan pakaian.

Aryan diam. Otaknya fikir cara untuk larikan diri.

"Jangan cuba-cuba nak lari. Sekali Daddy dapat, daddy bom Bella Ar tu sampai hancur." Ugut Aayyan. Terlopong luas mulut Aryan.

Seolma!

"Okay fine!" Aryan akhirnya akur. Senyuman kemenangan terlakar di bibir Aayyan.

"Good! See you there. Arash, Aweena, let's go now!" Aayyan menuju ke muka pintu bersama Ayeena. Aweena mengikuti langkah orang tuanya.

Arash yang baru turun itu ternganga, "Adik tak makan lagi!"

Adryan bingkas berdiri. Roti gardenia yang sudah disapu nutella itu diberikan kepada Arash. Kepala adiknya diusap.

"Nah, makan atas kereta. Pergi sekolah rajin-rajin." Pesannya. Arash senyum dang mengangguk.

"Weh dik, nah!" Aryan melemparkan sekotak milo yang sudah tersedia di atas meja itu kepada adik bongsunya itu.

Arash menyambut air kotak milo itu.

"Thank you angah, alang! Bye!" Arash lari mengejar langkah Aayyan dan Aweena.

Adryan tersenyum melihat adiknya.

"Bro, aku gerak dulu. Pape jangan roger." Adryan meninggalkan Aryan yang masih melantak makanan itu. Dah gaya macam tak makan setahun dah.

Aryan terpinga-pinga ditinggalkan, "Apalah nasib badan ditinggalkan."

Dia bingkas berdiri menuju ke pintu utama.

"Dah nak pergi ke Ar?" Tegur Ayeena. Tidak menjawab hanya anggukkan diberi.

Dia menundukkan sedikit badannya lalu menyuakan pipi kepada sang ibu. Itulah rutin hariannya.

Ayeena melabuhkan kucupan di pipi anaknya itu.

"Pergi elok-elok ya sayang mummy! Nanti jumpa Que, bagitahu dia suruh dia pulangkan tupperware mummy haritu." Mak-mak dengan tupperware berpisah tiada. Dia yang bagi lauk dekat menantu dia. Lepastu minta balik. Siapa nak beli mummy aku ni? Aku nak jual.

"Okay mummy. Love you!"

Natalya memisat matanya. Masih mengantuk namun apakan daya, hari ini merupakan hari interview kerjanya.

Kalau tak kerja macam mana nak tolong mak sara adik beradik yang lain?

Keluhan kecil dilepaskan. Tanpa sedar tangannya memegang cerek panas.

"Argh!"

Kulit jarinya melepuh dek kerana terpegang cerek itu. Dia berjalan ke sinki dan membilas jari itu dengan air.

"Lya, kau okay tak? Aku dengar kau jerit tadi." Melya merangkap kawan baik kepada Natalya itu menapak masuk ke dapur. Risau bertandaag di hatinya mendengar suara jeritan sahabatnya itu.

Natalya menoleh ke arah Melya. Senyuman kecil dihadiahkan.

"Aku okay. Terkena cerek sikit tadi."

Melya mengeluh kecil, "Risau aku tahu tak? Lain kali hati-hati tau. Ni okay tak? Boleh pergi interview tu?"

Natalya mengangguk, "Boleh. Sikit je ni. By the way, thank you tau sebab recommendkan aku syarikat bapa sedara kau tu."

Melya memaut bahu Natalya.

"No problem. Kau kan kawan baik aku. Aku nak je adjust kau dekat company bapak aku tu, tapi hm takut kau lari je hadap perangai sewel bapak aku tu." Melya ketawa kecil. Dengar ke abi Dhariz kita ni habislah.

Natalya kembali diam.

"Babe, kau okay tak ni?"

Natalya mengangguk kecil, "Aku cuma risau kalau aku kena reject macam mana?"

"Jangan risaulah. Kau mesti dapat punya. Aku dah bincang dengan Paksu aku tu. Kau santai je." Melya membawa Natalya ke ruang tamu. Mereka duduk bersama di rumah sewa. Bukannya Melya tidak mahu tinggal bersama orang tuanya, tapi hm Dhariz sendiri yang suruh dia keluar daripada rumah belajar hidup berdikari. Ngak ada akhlak punya bapak!

"Saff tak balik lagi ke semalam?" Soal Melya. Kereta Saffya di luar rumah tidak kelihatan. Natalya menggeleng.

"Haih, sampai bila dia nak macam tu? Balik lewat. Aku ni bukan apa tau, dia tu kawan kita, housemate kita, sejak kita decide nak sewa rumah duduk sesama ni, dia dah banyak berubah. Geram betul aku." Bebel Melya. Anak abi Dhariz memang gini. Genetik Dhariz tu kuat.

"Dahla Mel, buat habis air liur je kau bebel. Dia bukan dengar pun. Dah la aku gerak dulu nanti sampai lewat." Natalya berdiri mengambil sling beg bersama file resumenya.

"Hati-hati babe!" Titip Melya.

"Kau tak masuk office ke harini? Ke nak pergi ngendap abang sepupu kau tu lagi? Apa nama dia, Doktor Adryan?" Usik Natalya. Melya yang mengikuti langkah sahabatnya ke pintu itu terdiam. Pipinya berona merah.

Tangannya naik menampar lembut lengan sahabatnya itu.

"Ish, kau ni! Cuba doakan aku semoga cepat kahwin dengan dia ke apa!" Melya ketawa terbahak-bahak.

Natalya menggeleng sebelum membuka pintu keretanya.

"Gatal!"

Melya tersengih bak kerang busuk.

"Bawa kereta elok-elok. Baca doa!" Laung Melya di hadapan pintu rumah. Natalya telahpun masuk ke dalam kereta. Enjin dihidupkan. Tudungnya diperbetulkan biar tampak kemas dan elegan.

"Bye Assalamualaikum." Natalya melambai Melya.

"Waalaikumussalam." Bibir Melya masih tak lekang dengan senyuman. Terus dia masuk mengambil kunci kereta dan bergegas mengunci rumah.

Kelam kabut nak jumpa Doktor Adryan lah tu!

𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro