⛄22⛄
-SITUASI HWALL&JACOB-
Jacob berlawan pedang dengan Kyungsoo.
Mereka lawan, lawan, lawan...
Dan pedang Kyungsoo terkena pada pipi Jacob.
Garisan panjang ada di pipi Jacob dan darah turut keluar.
Jacob mengelap darah itu.
Kyungsoo tersenyum sinis.
Jacob rasa tercabar.
Mata Jacob bertukar warna biru.
Jacob berlari ke arah Kyungsoo dan mengibas pedangnya pada Kyungsoo dengan sepenuh hati.
Tapi malangnya, Kyungsoo pasangkan halangan di depannya.
Akibat terlangar pehalang itu, dengan automatiknya Jacob terpelanting jauh.
Badan Jacob terseret kebelakang.
Hwall muncul dengan menunggang kudanya.
Hwall menunggang kuda ke arah Kyungsoo, dan mengibas pedangnya pada Kyungsoo.
Pada masa yang sama, Kyungsoo membaling pedangnya pada kuda Hwall.
Kuda Hwall terduduk akibat tikaman dari pedang Kyungsoo yang dibalingnya tadi.
Hwall yang duduk atas kuda itu, turut terjatuh.
"Kuda aku!!" Teriak Hwall sambil pergi ke kuda kesayangannya.
"Tengoklah! Aku bunuh kau teruk-teruk"
Hwall membuat bebola Ice yang besar dan terus baling ke arah Kyungsoo.
Bebola Ice itu terkena di perut Kyungsoo, dan Kyungsoo terpelanting ke belakang.
"Hyung!" Jerit Kevin.
"Hyung kena ambil rantai yang dia pakai tu!" Arah Kevin.
Tanpa banyak tanya, Jacob terus beritahu Hwall.
Hwall melambatkan pergerakkan Kyungsoo seperti Haknyeon buat sebelum ni.
Hwall ambil rantai itu.
Jacob mendekati Kyungsoo, lalu melibas pedangnya dengan bergaya.
Hwall hentikan pergerakkan lambat itu.
Kyungsoo terus terjatuh dengan berlumuran darah.
"Menjadilah" kata Jacob.
Minjoo yang melarikan diri dari Chanyeol tadi, datang ke arah Jacob, Hwall dan Kevin.
"Oppa, gwenchana?" Soal Minjoo pada Jacob.
"Nae. Oppa tak apa-apa" jawab Jacob.
"Biar Minjoo sembuhkan luka tu" kata Minjoo.
Minjoo tutup luka di pipi Jacob dengan tangannya.
Selepas beberapa saat, Minjoo alihkan tangannya.
Luka itu sudah hilang.
"Minjoo, boleh tak sembuhkan Kuda Oppa?" Soal Hwall yang risau dengan kuda kesayangan itu.
Mereka berempat pergi ke arah kuda Hwall.
Hwall cabutkan pedang yang tercucuk di perut kuda itu.
Banyak darah keluar dari perut kuda itu.
Minjoo cepat-cepat tutup luka itu sebelum darah keluar lebih banyak.
Tidak lama kemudian, Minjoo alihkan tangannya.
Luka itu sudah hilang.
Mata kuda Hwall terbuka lalu kuda itu bangun.
"Woahh!! Minjoo-ah jinjja gomawo.." ucap Hwall teruja sambil peluk kudanya.
"Kita tak ada masa, kita kena tolong yang lain" arah Jacob.
"Nae Hyung!"
-SITUASI CHANHEE&CHANGMIN-
Chanhee dan Changmin menghilangkan diri.
Mereka berdua serang di bahagian tepi Xiumin.
Chanhee di sebelah kiri Xiumin dan manakala Changmin di sebelah kanan Xiumin.
Chanhee melibas pedangnya pada Xiumin.
Xiumin pandang ke arah kiri apabila ada orang mengibas pedang padanya.
Xiumin tetap tak rasa sakit.
Changmin pula mengibas pedangnya di sebelah kanan.
Xiumin pandang ke arah kanannya pula.
Kiri dan kanan baju Xiumin habis terkoyak akibat libasan pedang mereka berdua.
Mereka bergilir-gilir menlibas pedang pada Xiumin.
Dan akhirnya, Xiumin tahu dimana diorang.
Xiumin mengalirkan bayang lalu melilit leher Changmin dan Chanhee.
Mereka tak boleh nak bernafas.
Eric, Haknyeon dan Sunwoo datang tepat pada masanya.
Haknyeon melambatkan pergerakkan Xiumin.
Sunwoo berlari laju ke arah Xiumin lalu tanggalkan rantai yang dipakai oleh Xiumin.
Selepas itu Eric cepat-cepat melibas pedang pada Xiumin.
Pergerakkan Xiumin kembali normal.
Xiumin jatuh dengan berlumuran darah.
Bayangan yang mecekik Changmin dan Chanhee terus hilang.
Mereka berdua terduduk kerana kekurangan oksigen.
"Hyung okey tak?" Soal Haknyeon pada mereka berdua.
Mereka berdua hanya menganggukan kepala kerana pernafasan mereka masih belum teratur lagi.
"Hyung nak Eric beri CPR?" pelawa Eric.
Mereka berdua terus berdiri.
"Tak payah. Hyung dah okey" kata Changmin.
"Hyung pun" sambung Chanhee.
-SITUASI HYUNJAE-
Pedang Hyunjae dan Baekhyun bersilang berbentuk'X'
Barkhyun tolak Hyunjae lalu melibas pedangnya pada pinggang Hyunjae.
"Argh!" Hyunjae tertunduk sambil pegang luka di pinggangnya.
"Baru sikit, dah sakit?" Perli Baekhyun sambil kening sebelahnya dinaikkan ke atas.
Mata Hyunjae bertukar berwarna biru.
Hyunjae berlari ke arah Baekhyun lalu mengibas pedangnya pada Baekhyun.
Baekhyun mengelak lalu membalasnya.
Sekarang bahu Hyunjae pula luka.
"HAHAHA! Senang betul nak kalahkan kau" perli Baekhyun sekali lagi sambil letak pedangnya di bahunya.
Hyunjae mengalirkan Ice di kaki dan tangan Baekhyun agar Baekhyun tak dapat bergerak.
Hyunjae berlari ke arah Baekhyun lalu menendang Baekhyun dengan sekuat hati.
Baekhyun terpelanting jauh.
Baekhyun bangun lalu menghilangkan diri.
Hyunjae cari kelibat Baekhyun.
Tiba-Tiba Baekhyun berada di belakang Hyunjae.
Baru je Baekhyun nak menikam Hyunjae, Hwall yang datang ke arah Hyunjae sempat melambatkan pergerakkan Baekhyun.
Hyunjae terus menjauhkan dirinya.
"Hyung gwenchana?" Soal Hwall sambil memegang luka Hyunjae di bahunya.
"Argh!" Jerit Hyunjae kesakitan.
Kevin, Jacob dan Minjoo mendekati Hyunjae.
"Oppa! Neo gwenchana?" Soal Minjoo risau.
"Oppa okey. Jangan risau." Balas Hyunjae.
Hwall sekali lagi pegang luka di bahu Hyunjae.
"Argh!" Jerit Hyunjae kesakitan.
"Kata okey.." perli Hwall.
"Sini, biar Minjoo sembuhkan luka tu" kata Minjoo serius.
Minjoo letakkan tangannya di luka Hyunjae yang berada di bahu.
Hyunjae hanya melihat Minjoo yang pegang bahunya.
"Okey dah!" Kata Minjoo sambil alihkan tangannya.
"Ada luka lagi tak?" Soal Minjoo.
"Tak ada.." jawab Hyunjae.
"Betul ni?"
"Nae."
"Yela tu Hyung.. yang darah mengalir dekat pinggang hyung tu apa?" Soal Hwall.
Hyunjae menjeling pada Hwall.
Hwall hanya tersenyum gembira.
Minjoo lepaskan keluhan kecil lalu selak baju Hyunjae.
Minjoo tergamam sekejap apabila dia nampak sixpack di perut Hyunjae.
Hyunjae juga turut malu apabila Minjoo menyelak bajunya.
Mereka pandang satu sama lain.
Hyunjae berdehem lalu pandang ke arah lain
Minjoo pulak terkelip-kelip matanya.
Minjoo letakkan tangannya di pinggang Hyunjae dimana tempatnya luka.
"Okey dah" kata Minjoo.
Minjoo tidak berani nak pandang Hyunjae kerana malu.
Baru je mereka nak pergi ke arah Sangyeon, tiba-tiba Juyeon terpelanting ke arah mereka.
Tidak lama kemudian, Younghoon juga turut terpelanting ke arah mereka.
"Korang okey tak ni?" Soal Jacob.
Wajah mereka berdua penuh dengan lebam.
Younghoon dan Juyeon cuba bangun tapi tak boleh.
Mereka terlalu teruk.
Chanyeol dan Suho berjalan ke arah mereka.
"Hwall!" Panggil Hyunjae.
Hyunjae beri isyarat supaya perlahankan pergerakkan mereka.
Hwall menganggukan kepalanya tanda faham.
Hwall perlahankan pergerakkan mereka berdua.
Hyunjae dan Kevin berjalan ke arah mereka berdua lalu menikam mereka berdua.
Selepas mereka tikam Chanyeol dan Suho, Hyunjae dan Kevin ambil rantai mereka berdua.
Chanyeol dan Suho terus jatuh dengan berlumuran darah.
-SITUASI SANGYEON-
Mereka semua datang ke arah Sangyeon.
Sangyeon turut teruk dibelasah oleh Kai.
Sangyeon menongkat dirinya dengan pedangnya.
"Hyung Okey?" Soal Haknyeon pada Sangyeon.
"Member kau dah dibunuh dengan kita orang! Baik kau mengalah!" Jacob memberi amaran pada Kai.
Kai tersenyum sinis.
"Korang ingat, aku selemah macam diorang?!" Soal Kai dengan menaikkan kening sebelahnya.
Kai mengeluarkan bayangan hitam dari tangannya.
Bayangan itu menjadi lohong hitam yang besar.
Langit juga turut bertukar gelap.
Lohong hitam itu mula berpusing dan menyedut benda yang berdekatan.
Member-member EXO yang dah mati masuk ke dalam lohong hitam itu.
"SEMUA LARI!!" Jerit Sangyeon.
Mereka semua berlari masuk ke dalam Istana.
Mereka bersembunyi di belakang tembok Istana.
Pokok-pokok besar yang berada di sebelah Istana, turut di sedut masuk ke dalam Lohong hitam itu.
"Hyung! Kita kena tanggalkan rantai yang dia pakai. Rantai tu membuatkan dia kuat" beritahu Kevin.
"Rantai?"
Sanyeon menjenguk ke arah Kai.
Memang betul dia ada pakai rantai.
"Hyung, kita nak buat apa?" Soal Sunwoo.
Sangyeon berfikir sejenak.
"Hwall, Haknyeon, korang boleh lambatkan pergerakkan lohong hitam tu?" Soal Sangyeon.
"Rasanya boleh kot. Biar kami cuba"
Haknyeon dan Hwall keluar dari persembunyiannya, lalu cuba perlahankan pergerakkan lohong hitam itu.
Dan mereka berjaya lakukannya.
"Hyung! Kami berjaya!" Jerit Hwall.
"Sunwoo, Eric, korang ambil rantai tu" arah Sanyeon.
"Nae Hyung!"
Sunwoo dan Eric berlari ke arah Kai.
Semesa mereka berdua nak capai rantai Kai, Kai sempat pegang tangan mereka berdua semasa mereka cuba mengambilnya.
Eric dan Sunwoo saling berpandangan.
Kai tersenyum sinis.
Kai memusingkan tangan mereka berdua lalu Kai keluarkan bayangnya.
Bayangan itu melilit di pinggang Sunwoo dan Eric.
Bayangan itu juga melilit pinggang Hwall dan Haknyeon
Mereka berempat berada di udara dengan lilitan bayang itu.
Mereka cuba lepaskan diri, tapi tidak berjaya.
"Younghoon, Changmin, Chanhee boleh korang ambil rantai tu?" Soal Sangyeon terdesak.
"Kami akan cuba Hyung" kata Younghoon.
Mereka bertiga menghilangkan diri lalu berjalan mendekati Kai.
Tapi, nasib malangnya, Kai tetap nampak Mereka bertiga walaupun mereka hilangkan diri.
Kai mengeluarkan bayang lalu melilit di pinggang Mereka berdua.
Kai letakkan mereka bertiga di sebelah Sunwoo dan Eric.
"Hai Hyung" sapa Eric.
Mereka bertiga tidak melayan Eric.
Tengah-tengah Serius ni la dia nak bermain.
"Hyung biar kami cuba ambil rantai tu" pelawa Jacob dan Kevin.
"Baiklah. Hati-hati" nasihat Sangyeon.
Jacob dan Kevin teleport ke tempat Kai.
Apabila sampai sahaja di sisi Kai, Kevin menikam Kai dan Jacob ambil rantai Kai.
Jacob berjaya ambil rantai Kai.
Tapi, Kai sempat mengeluarkan angin kuat dari tangannya.
Dia tolak Kevin dengan angin yang kuat itu.
Kai keluarkan bayang lalu melilit di pinggang Jacob dan Kevin.
Kai ambil semula rantainya pada Jacob.
Kai letakkan mereka berdua di sebelah Eric dan yang lain berada.
Kai pakai rantainya.
Dia cabut pedang yang terpacak di perutnya.
Lobang yang ada di perutnya bersambung.
"Tinggal kita je Hyung" kata Juyeon.
"Minjoo tunggu sini. Biar kami pergi" kata Sangyeon pada Minjoo.
Minjoo anggukkan kepalanya.
Mereka bertiga keluar dari tempat persembunyian mereka.
"Keluar pun korang... ingatkan tak nak selamatkan adik-adik korang ni." Kata Kai.
Juyeon melompat tinggi lalu mengibas pedangnya dari atas.
Kai sempat tolak dengan angin yang keluar dari tangannya.
Juyeon terjatuh jauh.
Sangyeon cuba memanah Kai dari jarak jauh.
Panahan itu, berjaya di halang oleh Kai.
Hyunjae mengangkat semua blok Ice yang ada lalu menghempas pada Kai.
Kai pasang penghalang di sekelilingnya.
Sangyeon baling bebola api yang berwarna biru pada Kai.
Kai berjaya mengahalangnya lagi.
Juyeon, Hyunjae dan Sangyeon mengambil keputusan untuk berlawan sama-sama.
Mereka bertiga menghasilkan buting beliung yang besar.
Buting beliung itu menghala ke arah Kai.
Kai terperangkap dalam buting beliung itu.
Kai dapat melepaskan diri dengan tolak buting beliung itu dengan kuasa angin kuatnya.
Buting beliung itu pecah lalu menghasilkan angin yang sangat kuat dan menyebabkan Hyunjae, Sangyeon dan Juyeon terpelanting ke belakang.
Juyeon cuba untuk menikam Kai, tapi tak berjaya.
Kai melilit pinggang Juyeon dengan bayangnya.
10 orang Putera telah dibelit di udara.
Hyunjae juga cuba untuk serang Kai.
Kali ni Kai rampas pedang Hyunjae.
Kai mencekik leher Hyunjae.
Ada bayang hitam mengalir ke arah mata Hyunjae.
Kini, keseluruhan mata Hyunjae bertukar berwarna hitam.
"Bunuh dia!" Arah Kai pada Hyunjae.
Hyunjae pusingkan badannya ke arah Sangyeon.
Minjoo yang mengendap di sebalik tombok, terkejut dengan perubahan Hyunjae.
"Hyung! Kenapa dengan Hyunjae Hyung?" Soal Changmin pada Jacob.
"Dia kena kawal dengan Kai" beritahu Jacob.
Hyunjae berjalan mendekati Sangyeon sambil menghasilakn pedang dari Ice.
"Hyunjae-ah.. ini Hyung la.." kata Sangyeon sambil melanglah ke belakang.
Tiada sebarang balasan dari Hyunjae.
Hyunjae mengibas pedangnya pada Sangyeon.
Sangyeon menghalang dengan pedangnya.
Pedang mereka menghasilkan bentuk 'X'
"Yah! Hyunjae! Kau kena kawal kuasa jahat yang ada dalam badan kau tu!" Kata Sangyeon.
Sangyeon tak nak cederakan adiknya.
Jadi dia terpaksa tidak balas balik serangan dari Hyunjae.
Hyunjae menendang Sangyeon dengan kuat.
Sangyeon terpelanting kebelakang.
Sangyeon terduduk sambil memegang perutnya.
Tendangan Hyunjae tersangatlah kuat.
Hyunjae bersiap sedia untuk menikam Sangyeon.
Sangyeon berputus asa.
Biarlah dia dibunuh oleh adiknya sendiri daripada Kai yang kejam itu.
Sangyeon pejamkan matanya untuk bersedia menerima tikaman oleh Hyunjae.
"Hyunjae Hyung! Jangan! Itu Sangyeon Hyung! Bukan Kai!" Jerit Sunwoo.
Kai menutup mulut Sunwoo dengan bayangnya.
Hyunjae tetap tak dengar kerana dia telah dikawal sepenuhnya oleh Kai.
Minjoo teringat tentang Mimpinya.
"Jadi... orang yang bunuh Sangyeon Oppa...ialah Hyunjae.. Oppa..." gumam Minjoo yang teringat mimpinya tentang Sangyeon ditikam oleh seseorang.
Minjoo berlari ke arah Hyunjae untuk hentikan Hyunjae dari tikam Sangyeon.
Semasa Hyunjae nak tikam Sangyeon, Minjoo berdiri di depan Hyunjae.
Jadi, Hyunjae tertikam Minjoo.
Minjoo mengerang kesakitan.
Sangyeon terkejut melihat Minjoo yang kena tikaman itu.
Perlahan-lahan darah keluar dari mulut Minjoo.
Minjoo mengalirkan air mata kerana kesakitan itu.
TBC🙆🙆🙆
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro