Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

⛄21⛄

"Pengawal! Minta semua askar Di-Raja berkumpul. Nanti saya datang" arah Sangyeon pada Pengawal.

"Baiklah Tuan Putera."

Pengawal itu berlari ke bangunan dimana tempatnya askar-askar.

"Hyung nak buat apa? Hyung dah ada strategi?" Soal Chanhee.

"Hyung pun tak tahu la. Ini kali pertama Hyung mengetuai peperangan ni. Harap semuanya berjalan lancar" jawab Sangyeon serius.

Minjoo berlari ke arah kandang Kuda.

Dia menunggang kudanya.

"Minjoo nak pergi mana?" Soal Sangyeon.

"Minjoo nak pastikan rakyat Ice World selamat" beritahu Minjoo.

"Bahayalah Minjoo. Biar pengawal Di-Raja je yang pergi" kata Sangyeon.

"Tapi, ini tanggungjawab Minjoo sebagai pemerintah." Balas Minjoo.

"Tak apa Hyung. Biar Hyunjae teman Minjoo." Pelawa Hyunjae.

Sangyeon tak tahu nak bagi ke tak.

"Emm.. baiklah. Hati-hati" nasihat Sangyeon.

"Nae Hyung"

Hyunjae berlari ke kandang dan dapatkan kudanya.

-

Minjoo dan Hyunjae menunggang kuda ke petempatan rakyat Ice World.

"Raja Minjoo! Datang!" Jerit salah seorang penduduk di situ.

Semua orang melutut.

"Bangun semua! Saya nak minta semua penduduk berkumpul sekarang!" Arah Minjoo.

"Baiklah!"

Sebahagian dari mereka memanggil penduduk lain datang berkumpul.

Sementara mereka kumpulkan orang, Minjoo berbincang dengan Hyunjae.

"Hyunjae Oppa. Ada tempat yang selamat tak untuk mereka?" Soal Minjoo.

Hyunjae berfikir sebentar.

"Ha! Oppa tahu. Dalam hutan ada satu gua besar. Mungkin mereka selamat duduk dalam tu" beritahu Hyunjae.

Minjoo hanya anggukan kepalanya dan turun dari kuda.

Minjoo letakkan kanak-kanak di atas Kuda.

Hyunjae juga turut buat benda yang sama seperti Minjoo.

"Semua! Mari ikut saya" arah Minjoo pada rakyat-rakyatnya.

Minjoo dan Hyunjae mengetuai mereka.

Rakyat Ice World tidaklah terlalu ramai.

Hanya beberatus orang.

-

Minjoo dan Hyunjae melihat persekitaran dalam gua itu.

Hyunjae keluarkan api berwarna biru di tangannya lalu letakkan di kayu bagi menerangi gua gelap itu.

"Minjoo rasa, tempat ni selamat untuk rakyat kita." Kata Minjoo.

Hyunjae menganggukan kepalanya tanda setuju.

"Kamu semua boleh duduk dalam gua ini buat sementara. Malam nanti, Pengawal Di-Raja akan hantarkan makanan yang secukupnya untuk kamu." Beritahu Minjoo pada rakyatnya.

Semua rakyatnya hanya menganggukan tanda faham.

Hyunjae menbentukkan beberapa senjata daripada Ice untuk mereka jikalau ada ancaman.

Baru je Minjoo nak keluar dari gua itu, ada wanita yang berusia 50-an memegang tangan Minjoo.

"Raja Minjoo hati-hati tau" nasihat wanita itu.

Perasaan risau kelihatan pada wajah wanita itu.

"Nae. Saya akan berhati-hati" balas Minjoo.

Minjoo dan Hyunjae keluar dari gua itu.

Hyunjae tutupkan gua itu dengan kuasanya.

"Harap diorang selamat" gumam Minjoo.

"Jangan risau. Diorang akan selamat punya" kata Hyunjae sambil memegang bahu minjoo.

Mereka dua pulang semula ke Istana.

-

🌌🌌🌌🌌🌌

Mereka semua duduk diluar Istana.

Asap hitam itu telah sampai di kawasan Istana.

Asap itu semakin tebal.

Semakin sukar untuk melihat.

Sangyeon kelihatan sangat takut.

Dia yang paling tua dalan adik beradik.

Jadi dia ada tanggungjawab yang besar untuk mengekalkan keselamatan adik-adiknya.

"Oppa jangan risau tau. Minjoo akan tolong Oppa" nasihat Minjoo.

Sangyeon melepaskan keluhan berat lalu menganggukan kepalanya.

"Minjoo tak tidur ke?" Soal Sangyeon.

"Macam mana Minjoo nak tidur kalau keadaan dalam bahaya ni?" Balas Minjoo.

Sangyeon hanya anggukan kepalanya.

Dia setuju dengan Minjoo.

Dia juga tak boleh nak tidur dengan keadaan yang bahaya ni.

Mereka semua termasuklah askar di-Raja tidak tidur hingga langit menjadi cerah.

-

☀☀☀☀☀

Walaupun matahari sudah terpacak, penglihatan tetap gelap akibat asap hitam itu.

Semua askar di-raja telah bersedia di tempat masing-masing.

Semua Putera sudah siap dengan pakaian perang mereka.

Mereka tak perlu senjata sebab mereka sudah ada kuasa.

Hyung Line dan Minjoo berdiri di depan Istana dan pandang ke arah depan.

Mereka menanti ketibaan Kai dan member-membernya yang lain.

Tidak lama itu, ada angin kuat menepa ke arah mereka.

Angin itu membuatkan asap hitam itu terus hilang.

Apabila asap hitam itu telah hilang, Kai dan gengnya berdiri 100 meter dari Sangyeon.

Hyung line dan Minjoo mula resah apabila berdepan dengan mereka.

Tapi, Hyung line dan Minjoo cuba kawal riak wajahnya.

Sangyeon melangkah setapak ke depan.

Kai dan gengnya atau dikenali sebagai EXO kelihat sangat menakutkan.

Walaupun Kai paling Muda dalam Geng itu, dia yang mengetuai group itu kerana dia yang paling berkuasa.

Pakaian mereka serba hitam.

Mata mereka berwarna merah.

"Hai! Gembira dapat jumpa korang. Last...aku datang sini... masa korang kecil." Kata Kai dengan matanya yang tajam.

Sangyeon cuba beranikan diri.

"Aku pun gembira dapat jumpa korang." Balas Sangyeon.

"Aku dengar...appa korang dah mati? Aku takziah untuk appa korang" kata Kai lagi dengan senyuman sinis.

Sangyeon genggam tangannya.

Disebabkan dialah, appa diorang mati.

Mata Sangyeon telah bertukar Biru.

"Oh! Dan korang ada.. Raja Baru. Selamat berkenalan Raja Minjoo" sambung Kai sambil pandang Minjoo.

Minjoo takut dengan cara Kai pandang dia.

Hyunjae berdiri di depan Minjoo dan matanya juga turut tukar berwarna biru.

Kai mengembungkan pipinya dengan lidahnya.

Sekarang tiada senyuman sinis di wajah Kai, malah muka serius terpampar di wajah Kai.

"Kalau korang tak nak mati, baik korang mengalah" Kai beri amaran pada mereka.

"Kami takkan mengalah begitu sahaja." Balas Minjoo.

Kai pandang Minjoo dengan pandangan tajam.

"Okey. Kalau itu yang korang nak" Kai mengelurkan bebola hitam dari tangannya dan baling ke arah Minjoo.

Minjoo terkejut dengan serangan yang mengejut itu.

Hyunjae sempat buat halangan dengan Ice di depan Minjoo.

Bebola hitam itu menghempas halangan yang ada di depan Minjoo.

Serangan itu tidak terkena pada Minjoo, malah halangan Ice itu pecah akibat bebola hitam itu.

"SERANG!!" Jerit Kai pada geng-gengnya.

Semua geng-gengnya berlari ke arah mereka.

"Berpecah!" Arah Sangyeon.

"NAE!!"

Askar-askar Di-raja turut serta berlawan dengan group EXO itu.

Tapi, memandangkan askar-askar Di-Raja tak ada kuasa, mereka mudah dikalahkan oleh Group EXO.

Sangyeon berlawan dengan Kai.
Hyunjae berlawan dengan Baekhyun.
Younghoon berlawan dengan Chanyeol.
Jacob berlawan dengan Kyungsoo.
Juyeon berlawan dengan Suho.
Kevin berlawan dengan Chen.

Maknae line keluar dari Istana dan tolong Hyung line.

Chanhee dan Changmin berlawan dengan Xiumin.

Haknyeon dan Sunwoo berlawan dengan Sehun.

Hwall tolong Jacob berlawan.

Eric tolong Kevin berlawa.

Minjoo hanya berdiri di belakang askar-askar yang lindunginya.

Dia takut nak berlawan.

Dia rasa bersalah tengok askar-askar lain yang cedera.

Minjoo cuba untuk sembuhkan luka askar yang cedera.

Hanya itu dia dapat lakukan.

-SITUASI SANGYEON-

Sangyeon bentukkan Ice jadi pedang.

Sanyeon berlari ke arah Kai.

Sangyeon melibaskan pedangnya pada Kai.

Kai menghalang dengan lengannya.

Sangyeon terkejut kerana lengan Kai tidak cedera walaupun pedang menguris lengannya.

Kai tersenyum sinis lalu menolak Sangyeon kebelakang.

Tolakkan Kai menyebabkan Sangyeon terpelanting jauh kebelakang.

Sangyeon terkejut dengan kekuatan Kai.

-SITUASI JUYEON-

Juyeon hasilkan batang yang panjang lalu serang Suho.

Juyeon melompat tinggi lalu memukul Suho dari atas.

Tiba-tiba Suho menghilangkan diri dan muncul di tempat lain.

Juyeon terkejut.

Juyeon sekali lagi cuba pukul Suho, tapi tidak berjaya.

Suho main menghilangkan diri dari Juyeon.

-SITUASI YOUNGHOON-

Younghoon hilangkan diri dia.

Chanyeol hanya berdiri tegak dan mencari Younghoon.

Younghoon pergi ke arah belakang Chanyeol.

Younghoon hasilkan bebola Ice lalu baling ke arah Chanyeol.

Chanyeol terpelanting jauh.

Walaupun sudah terpelanting jauh, Chanyeol tetap berdiri tegak dan pandang tajam pada Younghoon.

Ada bayangan hitam keluar dari tangan Chanyeol.

Bayangan itu mencekik Younghoon.

Younghoon tidak boleh bernafas.

Minjoo yang ternampak, terus serang Chanyeol dengan baling bebola Ice pada Chanyeol.

Chanyeol terjatuh dan bayangan hitam tadi terus hilang.

-SITUASI KEVIN&ERIC-

Kevin hilanglan dirinya lalu pergi ke arah belakang Chen.

Kevin buat seperti Younghoon.

Kevin melibas belakang Chen dengan pedang.

Baju belakang Chen terkoyak.

Chen terus cekik Kevin yang berada di belakangnya.

Eric tolong Kevin.

Eric guna kuasanya iaitu kelajuan.

Eric lari laju ke arah Chen lalu melibas Chen dengan pedangnya.

Chen lepaskan Kevin.

Kevin hilangkan diri.

Chen cuba tangkap Eric yang berlari laju itu.

Baju Chen terus terkoyak akibat libasan pedang dari Eric.

Walaupun Eric melibaskan pedangnya pada Chen, Chen tetap tidak cedera.

Eric tidak berputus asa.

Dia melibas tanpa berhanti.

Tidak lama itu, rantai yang dipakai Chen terputus akibat terpotong dengan pedang Eric.

Kevin munculkan dirinya lagi di belakang Chen.

Dia cuba untuk menikam Chen.

Apabila Kevin menikam Chen, darah terus keluar dari mulut Chen.

Kevin dan Eric terkejut.

"Dari tadi kena pukul, baru sekarang nak mati?" Kata Eric.

Mereka berdua pandang Chen yang sudah mati.

"Eh? Apa ni?" Kevin ambil rantai Chen yang terputus itu.

"Eric rasa...ini rantai dia." Teka Eric.

Kevin melihat member EXO yang lain.

"Eoh? Diorang pun ada rantai yang samalah..." kata Kevin sambil pandang member EXO.

"Hyung! Mungkin rantai ni buatkan diorang kebal." Kata Eric teruja.

"Yah! Bijaknya kau Eric!" Puji Kevin dan mereka sempat buat highfive dekat situ.

"Jom kita pergi bagi tahu diorang!" Cadang Kevin.

Eric hanya anggukan kepalanya tanda setuju.

-SITUASI HAKNYEON&SUNWOO-

Haknyeon melambatkan pergerakkan Sehun.

Sunwoo tikam Sehun dengan pedangnya.

"Hyung! Kenapa tak ada darah mengalir ni Hyung?" Soal Sunwoo resah.

"Tak ada darah? Kau tikam dia betul-betul tak?" Soal Haknyeon pula.

Sunwoo tikan Sehun berulang kali.

"Tak ada darah pun..." kata Sunwoo sambil tunjuk pedangnya yang bersih dari darah.

"Peliknya..." gumam Haknyeon.

Sehun yang bergerak perlahan, terus kembali normal semasa mereka berdua sibuk berfikir.

"BERANI KAU PERLAHANKAN AKU!!" Marah Sehun dan kukunya menjadi panjang.

Sehun serang mereka berdua dengan kukunya panjangnya.

"Yah! Hyung! Kuku dia macam X-MEN La..." kata Sunwoo.

Haknyeon sempat lambatkan pergerakan Sehun lagi sebelum Sehun mencakar mereka berdua.

"Wah!! Real la..." kata Sunwoo teruja sambil mengusik-gusik kuku panjang Sehun.

"Yah! Sunwoo jangan main-main la..Kita kena fikirkan cara nak bunuh dia" balas Haknyeon serius.

"Hyung!" Jerit Eric yang berlari ke arah Haknyeon dan Sunwoo.

"Hyung!Hyung! Eh? Panjangnya kuku dia..." Eric pula yang mengusik-gusik kuku panjang Sehun.

"Panjangkan..." balas Sunwoo sambung mengusik-gusik kuku panjang Sehun.

"Yah! Eric! Sunwoo! Serius la.." marah Haknyeon.

Eric dan Sunwoo terus berhenti main kuku Sehun.

"Eric kenapa kau datang sini?" Soal Haknyeon.

"Apa eh Eric nak cakap dengan Hyung...emm.. bagi Eric fikir sekejap" kata Eric sambil mengetuk-getuk kepalanya.

"Ha! Eric dah ingat! Rantai yang dia pakai tu membuatkan dia jadi kebal. Kalau Hyung cabut rantai tu, dia akan jadi lemah" beritahu Eric.

"Jinjja?"

Haknyeon tanggalkan rantai Sehun.

"Sunwoo. Cuba kau tikam dia sekali lagi" arah Haknyeon.

Sunwoo pun menikam Sehun.

Akhirnya darah melimpah dari badan Sehun.

Haknyeon tukarkan Sehun jadi pergerakan normal.

Sehun terus buat gaya mencakau lepas tu dia jatuh.

Darah keluar dari mulutnya.

"Woah!! Kita berjaya!" Kata Haknyeon teruja.

"Hyung! Kita kena beritahu yang lain" cadang Eric.

"Baiklah. Jom"






TBC🙆🙆🙆








Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: #theboyz