
Bab 8
Masa berlalu dengan pantas. Izzat pun sudah lama tinggal di situ. Setiap bulan, Tengku Meduna akan membenarkan Izzat pulang dan kadang-kala Meduna akan memberi buah tangan kepada emak Izzat. Izzat sudah menjadi pembantu rumah selama 11 bulan dan kontraknya pun sudah hampir tamat.
Ketukan pintu membuatkan Meduna terjaga dari tidur. Ketukan itu semakin kuat dan seseorang melaungkan namanya di luar.
" Meduna! Bangun la tidur ... " laung seseorang. Meduna mengusutkan rambutnya kasar. Paling pantang bila dia tidur, ada orang kacau. Meduna bangun lalu pergi ke arah pintu. Dia membuka pintu dengan kasar dan melihat gerangan orang yang menganggunya. Namun dia mengerutkan dahi apabila tiada sesiapa di situ. Saat dia ingin menutup pintu, dia ternampak satu kertas di lantai. Meduna terus mengambil kertas itu lalu membacanya.
Wahai nenek tua yang pemalas ,
Sila turun sekarang. Bakal suami kau datang bawa rombongan. Papa mama kau pun dah ada. Turun dan bersiap dengan segera! Pakai baju cantik-cantik tau!
Daripada :
Izzat yang kacak lagikan bergaya
Meduna terhibur dengan tulisan Izzat. Apa dia panggil aku nenek? Aku ni muda okay. Eh jap ... Rombongan? Bakal suami? Meduna yang baru tersedar terus membersihkan diri. Selesai bersolek dia segera turun ke bawah. Apa pula musibah yang datang?
Apabila Meduna tiba di bawah, dia mendengar suara hiruk-pikuk orang di ruang tamu. Lelaki memakai baju Melayu dan perempuan memakai baju Kurung. Biar benar apa yang Izzat kata? Tengku Zulkifli bawa rombongan?
" Sayang ... " panggil Tengku Zulkifli sambil tersenyum. Sejurus itu semua tetamu yang ada di situ melihat Meduna dengan senyuman yang manis. Tengku Medisa terus berdiri dan memeluk anak perempuannya.
" Dah pergi salam mak mertua kamu," arah Medisa sambil tersenyum. Meduna mengerutkan dahi sekali lagi. Apa ni? Dia masih lagi blur .
" Mak mertua?" tanya Meduna bingung.
" Sayang ... kamu kan dah nak nikah. Dah lupa? Dulukan kita dah tetapkan tarikh pernikahan? Sayang lupa la tu. Dah pergi salam mak mertua kamu," arah Medisa sekali lagi. Meduna memegang kepalanya sekilas, cuba mengingati peristiwa sebelum ini. Ya ! Memang benar mereka telah menetapkan tarikh pernikahan semasa majlis pertunangan dulu.
Meduna terus berjalan ke arah seorang wanita yang memakai pelbagai barang hiasan. Nampak gah walaupun dimamah usia. Dia terus menyalami wanita itu. Tengku Zulkifli terus tersengih. Tak lama lagi dia akan miliki Tengku Meduna.
Meduna memerhatikan sekeliling lalu ternampak Izzat. Izzat tersengih melihat dia sambil menunjukkan ibu jari. Izzat juga mengatakan sesuatu dan dari pandangan Meduna, Izzat menyebut 'tahniah'.
Majlis pagi itu berakhir dengan tarikh pernikahan mereka berdua pada minggu hadapan. Segala kelengkapan disediakan oleh mama dan papa Meduna.
*
*
*
*
*
Malam itu, Izzat memasak pelbagai masakan kegemaran Meduna. Meduna hanya mengambil sedikit nasi dan lauk. Izzat mengerutkan dahi apabila Meduna seperti hilang mood . Ada sesuatu difikirannya yang membuatkan Meduna begitu.
" Mama dan papa tak sabar nak menimang cucu pertama. Kamu lahirkan banyak-banyak anak tau," kata Tengku Faris berseloroh. Semua anggota ahli ketawa dengan kata-kata Tengku Faris. Namun Meduna tidak memberikan sebarang reaksi. Hanya diam sambil termenung melihat nasi.
Tengku Medisa yang menyedari perubahan anaknya itu menyentuh tangan Meduna berulang kali.
" Sayang ... " panggil Tengku Medisa kuat.
Meduna yang termenung terperanjat akibat suara mamanya yang tinggi.
" A ... ada apa mama?" tanya Meduna sambil menggelengkan kepala.
" Kamu okey tak ni? Tak sihat? Jom pergi hospital nak?" tanya Tengku Faris risau.
Meduna menggelengkan kepala dan tersenyum. Dia berdiri dan membasuh tangannya.
" Meduna okey. Erm Meduna nak naik atas kejap. Mama papa dan lain-lain teruskanlah makan," kata Meduna lalu terus naik ke atas. Tidak sempat untuk Tengku Medisa dan Faris bercakap, Meduna sudah naik ke atas.
Tengku Medisa ingin mengejar anaknya namun dihalang oleh Izzat.
" Tak apa aunty ... saya pergi tengok. Saya rasa dia ada masalah. Dan selalu kalau cik Meduna susah hati dia akan naik ke rooftop. Selalunya akan melihat bintang sambil ditemani lagu. Aunty jangan risau ... saya tak berani berbuat apa-apa dekat dia. Saya cuma nak gembirakan dia saja. Aunty jangan risau ye. Makanlah dulu ... saya naik pergi lihat Meduna." Izzat berkata sambil tersenyum. Tengku Medisa tersenyum lalu mengangguk.
Izzat naik ke rooftop dan tepat sangkaannya, memang Meduna ada di situ. Dia berjalan perlahan-lahan dan berhenti di tengah jalan. Tidak tahu mengapa namun dia mendengar Meduna menangis keesakan. Ada sesuatu yang tidak kena dengan Meduna hari ini. Izzat memikirkan satu lagu untuk didendangkan kepada Meduna. Meduna pernah bercakap yang apabila dia sedih, dia gemar mendengar lagu. Izzat tersengih apabila terfikir satu lagu yang boleh buatkan Meduna kembali tersenyum.
Bila kau berduka
Dan engkau putus asa
Ku fahami apa yang kau rasa
Di sini adaku
Bukankah aku temanmu
Yang ku ingin hanyalah
Senyumanmu
Biar kegelapan menghilang
Dan cahaya terus menerangi
Meduna yang leka memandang langit tersentak dengan suara nyanyian Izzat. Lagu 'Senyum' oleh penyayi lelaki muda, Asad Motawh dinyanyikan olen Izzat.
Let me see you smile
Let me see you laugh
Let your worries go away
And never come again
I wanna smile with you
I wanna laugh with you
We never know all the good
That a simple smile can do
Lagu itu sedikit sebanyak membuang perkara yang bermain di fikirannya. Sekarang dia fokus kepada nyanyian Izzat sahaja. Suara Izzat yang serak-serak basah menyedapkan lagi melodi ini.
Kau senyumlah
Bila kau berduka
Dan engkau putus asa
Ku fahami apa yang kau rasa
Di sini adaku
Bukankah aku temanmu
Yang ku ingin hanyalah
Senyumanmu
Biar kegelapan menghilang
Dan cahaya terus menerangi
Let me see you smile
Let me see you laugh
Let your worries go away
And never come again
I wanna to smile with you
I wanna to laugh with you
We never know all the good
That a simple smile can do
Wo... hooo......
https://youtu.be/32wwNKjtR2Y
Meduna tersenyum tawar. Walaupun lagu boleh membahagiakan dia, namun masalah kali ini lebih berat dan fikirannya agak kusut.
Izzat yang melihat Meduna hanya membalas dengan senyuman ringkas terus menari tarian Chicken Dance. Tarian yang kekok dan keras daripada Izzat membuatkan Meduna ketawa terbahak-bahak. Tarian entah apa-apa. Cuba korang bayangkan lelaki menari! Menari chicken dance pula tu! Memang kayu sungguh.
" Dah ... haha ... aku penat gelak. Dah we ... " kata Meduna sambil menahan diri daripada meneruskan ketawanya.
Izzat tersenyum. Biarlah tarian dia kaku, asalkan majikannya ini gembira.
" Dah okey? Ada masalah ke?" tanya Izzat prihatin.
" Hm ... kalau kau nak tahu ... aku sebenarnya ... "
" Sebenarnya?" tanya Izzat ingin tahu. Meduna mengambil nafas lalu menghembusnya dengan berat. Dia perlukan seseorang untuk bercerita.
"Aku ... aku tak cinta pun Tengku Zulkifli," kata Meduna sekilas. Dia menghembuskan nafas lega apabila sudah melepaskan apa yang bermain di fikirannya. Saat ini dia perlukan seseorang untuk dia luahkan segala-galanya.
" Maksud kau? Kau jangan main-main. Minggu depan kau orang akan kawin kot," kata Izzat bagai tidak percaya. Meduna merenung Izzat dengan pandangan kosong.
" Kau rasa aku ada masa ke nak main-main? Aku memang tak cintakan dia. Aku tak ada sedikit pun perasaan. Semua hanya lakonan semata-mata. Aku taknak pun couple atau tunang dengan dia tapi papa aku yang memaksa aku. Papa cakap aku dah tua dan perlu cari pasangan hidup. Papa paksa aku untuk berjumpa dengan dia. Aku taknak tapi papa bagi aku pilihan sama ada tinggal dengan dia orang atau tinggal asing. Kalau tinggal asing, aku kena jumpa dengan lelaki tu. Kalau duduk sekali dengan papa dan mama baru tak payah. Kau pun tahu yang aku tak suka tinggal dengan family ini sangat. Aku nak bebas. Jadi aku nak taknak kena jumpalah dengan dia," cerita Meduna dengan hati yang berat.
Izzat mengangguk-angguk tanda mula memahami situasi Meduna. Dia berfikir sejenak sebelum memberi nasihat.
" Sekarang ni kau tanya diri kau. Adakah kau nak terus bersetuju atau tidak. Aku tak boleh bagi pilihan dekat kau. Aku tak boleh pilih pilihan kau sebab nanti itu kehidupan kau. Bukan kehidupan aku. Pilih betul-betul. Kalau kau ragu-ragu, tanya Allah. Allah adalah yang terbaik. Sekarang ni kau jangan sedih-sedih. Aku nyanyi satu lagu untuk kau. Kau kena dengar supaya fikiran kau yang kusut tu hilang terus," kata Izzat sambil tersenyum.
Meduna mengangguk tanda bersetuju. Dia mengikat rambutnya secara ponytail dan bersedia untuk mendengar. Sebenarnya dia suka dengan suara Izzat yang amat merdu bila menyanyikan sesuatu lagu.
" Kau ada nak request lagu apa-apa?" tanya Izzat. Meduna berfikir kemudian menggelengkan kepala. Saat ini dia tak tahu nak dengar lagu apa. Izzat tersenyum sebentar.
You, you memang sangat cute
So stop lah being so cute
You buat I hanyut
Meduna tergelak kecil. Apa punya banyak lagu kat dunia ni, dia pilih lagu ni? Tak apalah. Layan saja.
Kenapa you cute sangat
Even bila muka ketat
Mata budak budak semua melekat
Siapa suruh you cute sangat
She so cute so so fly
Tengok muka you I lalai
Quarantine got me feeling like
Ay damn, bila boleh you jumpa I
You, you memang sangat cute
So stop lah being so cute
You buat I hanyut
You, you memang sangat cute
So stop lah being so cute
You buat I hanyut
Tiba waktu penyanyi perempuan menyanyi, Izzat memberi signal kepada Meduna untuk menyambung. Meduna membuat muka menyampah. Ala lagu ni macam gedik sikit saja. Izzat masih menunggu Meduna menyanyi dengan mengedipkan mata berulang kali. Meduna yang menyampah dengan perangai Izzat akhirnya mengalah.
I know I'm cute call me gwiyomi
Tapi jangan main jatuh cinta suka hati
Tak makan kata puji, warning tengok jari
Dia tangkap jari letak tangan ku di hati
Boy you got me high (woo)
Is that butterflies?
Kamu lanun, pencuri hati
Aku dilamun, sekali lagi (dang!)
Izzat tersenyum apabila Meduna menyanyikan lagu itu. Dengan muka terpaksa lagi membuatkan dia geli hati apabila melihatnya. Meduna menjuihkan mulut lalu menampar bahu Izzat kuat. Izzat sempat mengelak lalu melarikan diri daripada Meduna. Meduna yang geram terus mengejar Izzat. Mereka mengelilingi sebuah meja besar. Sambil melarikan diri, Izzat menyambung nyanyian yang tergendela tadi.
Bila I tengok muka you
Rama-rama pun lalu
I terus jadi kaku
Tak sabar nak jumpa you
You, you memang sangat cute
So stop lah being so cute
You buat I hanyut
You, You memang sangat cute
So stop lah being so cute
You buat I hanyut
https://youtu.be/TgVsxWzra08
" Izzat! Dah la. Stop nyanyikan lagu tu. Aku tak sukalah. Macam orang tak betul saja tadi aku nyanyi. Aaaa please stop! " marah Meduna. Izzat ketawa besar. Lagi tak suka lagi dia akan terus menyakat.
" Aaa, comelnya bila kau marah. Marahlah lagi. Aku tak akan jemu, you, you memang sangat cute ... " sakat Izzat lagi. Meduna yang menyampah terus mengejar Izzat. Izzat yang terleka tidak sempat untuk melarikan diri dan kini Meduna sudah mendapatkannya.
Meduna memukul-mukul Izzat dengan kuat dan menarik rambut Izzat. Izzat meraung kesakitan lalu menarik rambut Meduna kembali. Lagi kuat Izzat tarik, lagi kuat Meduna tarik. Akhirnya mereka mengalah akibat kesakitan yang melampau. Mereka memandang sesama sendiri sebelum meletuskan ketawa. Malam ini entah kenapa perangai mereka seperti kebudak-budakan. Saat Izzat ingin berdiri, Meduna mengambil kesempatan ini untuk menendang kaki Izzat.
Namun malang tidak berbau apabila Izzat jatuh ke atas Meduna. Meduna yang terkejut terus terkaku. Kedudukan mereka adalah Meduna berada di bawah manakala Izzat berada di atas dan hanya beralaskan tangan yang menahan Izzat daripada jatuh terkena Meduna. Izzat dan Meduna memandang mata masing-masing. Lama.
" A ... aku minta maaf. Aku tak sengaja," kata Meduna segan. Mukanya berasa panas akibat terlalu malu. Telinga dan muka Izzat juga menjadi kemerahan. Izzat terus bangun dan menolong Meduna untuk berdiri. Keadaan menjadi lebih kekok pada masa itu.
" Aku turun dulu eh?" tanya Meduna. Izzat ragu-ragu lalu mengangguk. Namun dia memberhentikan Meduna kerana dia terdengar sesuatu. Meduna turut berhenti dan menggigit bibir.
" Kau lapar?" tanya Izzat. Meduna mengangguk perlahan.
" Aku tadi tak sempat makan. Pagi tadi pun tak sempat breakfast . Tengah hari aku makan kuih saja. Jadi lapar la sikit. Takpe, aku tidur kejap lagi tak kan rasa la lapar ni," kata Meduna sambil tersenyum. Izzat menggelengkan kepala.
" Kau duduk sini. Aku akan masakkan dekat kau. Kau nak makan apa? Cepat request , " arah Izzat. Meduna tidak mampu menolak seperti biasa kerana perutnya memang lapar saat ini.
" Aku teringin nak makan nasi goreng kau. Erm, sedaplah. Nasi goreng kampung!" pinta Meduna. Izzat tersengih lalu mengangguk.
" Siap! Kau tunggu okay! Sekejap saja tau," kata Izzat. Meduna mengangguk lalu tersenyum.
Namun mereka berdua tidak menyedari yang Tengku Medisa memerhatikan mereka dari belakang sejak awal lagi. Darilah Izzat mula menyanyi sehingga peristiwa memalukan itu. Tengku Medisa lega kerana Izzat sudah berjaya membuatkan Meduna senyum seperti biasa. Malah sebenarnya senyum lain dari biasa. Senyum yang jelas menunjukkan kebahagiaan Meduna. Namun, jodoh mereka tiada dan jodoh Meduna adalah Tengku Zulkifli. Ya, Tengku Zulkifli.
Selepas Izzat pergi, Meduna menarik nafas sedalam-dalam yang mungkin lalu menghembusnya. Dia sudah berfikir. Dan ini amat penting untuk masa depannya. Dia tekad dengan keputusannya. Dia mengeluarkan telefonnya lalu menaip mesej kepada Tengku Zulkifli.
Tengku Zulkifli
Saya nak jumpa awak malam ni.
Selepas 5 minit, Tengku Zulkifli membalas mesej Meduna.
Okay. Bie send location.
Meduna terus menutup telefon. Ini adalah keputusan akhirnya.
*
*
*
Selepas selesai makan makanan yang disediakan oleh Izzat, Meduna segera keluar. Izzat yang hairan dengan Meduna hanya membiarkan sahaja. Meduna terus bergerak ke lokasi yang diberikan oleh Zulkifli. Kereta Meduna membelah jalan pada malam itu. Setelah 20 minit, Meduna tiba di lokasi itu. Namun lokasi itu agak terpencil daripada kawasan perumahan lain. Kawasan di sekelilingnya kebanyakkan hutan dan tiada orang yang lalu lintas pada waktu itu.
Kereta Zulkifli berada di hadapannya. Meduna keluar dan pada masa yang sama Zulkifli turut keluar.
" Ye sayang? Nak apa jumpa malam-malam ni? Rindu bie ke?" tanya Zulkifli sambil tersenyum.
Namun saat Zulkifli bercakap, Meduna terbau sesuatu. Bau seperti arak.
" Awak minum arak ke? Busuknya," kata Meduna sambil menutup hidung. Zulkifli tersenyum lalu ketawa besar. Entah apa yang lawaknya.
" Ala maaflah sayang. Okay bie janji lepas ni bie tak akan ambil dah. Sayang nak apa ni?" tanya Zulkifli masih separa mabuk. Meduna menggelengkan kepala. Dia tidak sangka yang Zulkifli berperangai begitu. Biarlah kerana lepas ni dia tak akan jumpa dah lelaki ini. Lantaklah dia nak minum ke tak. Bukan hal dia.
" Saya taknak teruskan majlis pernikahan ini. Maaf, saya tak cintakan awak," kata Meduna dalam nafas sehala.
Zulkifli menggelengkan kepala. Dia meraup kasar rambutnya.
" Apa sayang cakap? Sayang ... nak berhentikan semua ni? Habis apa selama ni? Kita bertunang dan couple dah lama. Kenapa?" marah Zulkifli. Meduna tersentak dengan suara Zulkifli.
" Saya tak cintakan awak. Selama ni saya hanya dipaksa oleh papa! Sudah. Saya dah buat keputusan. Saya taknak teruskan. Saya minta maaf," kata Meduna lalu pergi meninggalkan Zulkifli keseorangan. Meduna masuk ke dalam kereta dan memeriksa telefonnya sebelum bergerak. Mesej daripada Izzat dilihat sekilas lalu menjawabnya.
Izzat Mamat Kampung
Kau pergi mana?
Aku jumpa Zul. Ada benda nak cakap. Tapi dah selesai. Nak balik dah.
Meduna terus menghidupkan enjinnya. Namun tingkap pintu keretanya dipecahkan oleh Zulkifli. Meduna yang terkejut terus menjerit ketakutan namun tiada siapa yang mendengar. Serpihan tingkap itu terkena tangan dan muka Meduna sehingga mencederakannya. Zulkifli bertindak lebih agresif dengan menarik Meduna keluar dari kereta. Zulkifli menampar pipi Meduna dengan kuat kerana Meduna asyik meronta-ronta.
"Tolong," jerit Meduna kuat. Zulkifli yang berang terus menampar pipi Meduna dengan kuat.
" Perempuan bodoh! Murahan," amuk Tengku Zulkifli.
" Tolong ... tsk ... Zul ... aku merayu ... jangan apa-apakan aku," rayu Meduna. Tengku Zulkifli terus meludah ke muka Meduna.
" Perempuan macam kau ni... layak jadi hamba aku saja," kata Tengku Zulkifli sambil menarik rambut Meduna kuat.
Zulkifli membuka baju dan tali pinggangnya. Alang-alang dia separa mabuk dan Meduna ingin putus, untuk apa dia berlembut lagi. Meduna menangis teresak-esak. Dia taknak mahkota yang dia jaga selama ini dirampas oleh lelaki durjana ini. Zulkifli mengoyak sebahagian baju Meduna. Meduna menyepak celah kelangkang Zulkifli dengan kuat sehinggakan Zulkifli berasa senak. Meduna melarikan diri sepantas yang mungkin. Dia menjerit meminta tolong pada tengah malam yang pekat itu. Namun Zulkifli lebih pantas dan dia memukul kepala Meduna dengan menggunakan kayu. Meduna akhirnya jatuh rebah dan Zulkifli mengambil kesempatan ini dengan menyeret Meduna ke bahagian semak samun. Dia akhirnya merogol Meduna berulang kali.
********
Komen kalau bosan! Nanti saya perbaiki huhu
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro