Bab 7
Flashback
Musim persekolahan bermula. Para pelajar berpusu-pusu ke tapak perhimpunan pada pagi itu. Ramai pelajar yang duduk berborak santai. Ya la dah cuti hampir sebulan lebih ha bila dah berjumpa hm lipas lalu pun tak sedar. Izzat seorang ketua pengawas tahun ini. Lantikan sudah dijalankan tahun lepas. Tambahan lagi Izzat memang aktif dalam sukan dan bijak dalam akademik. Dia juga menjadi setiausaha pengawas di tingkatan 4. Maka semua guru meletakkan harapan kepadanya.
" Assalamualaikum. Minta perhatian semua pelajar, sila berdiri. Perhimpunan akan bermula sebentar lagi," kata Izzat sebagai pengerusi majlis pagi itu. Ramai pelajar yang merungut! Ye la tengah sedap berborak suruh berdiri pula. Ala!
Perhimpunan berjalan seperti biasa. Kemudian semua pelajar bergerak ke kelas masing-masing. Semua teruja kerana bakal menerima kelas baharu. Izzat juga tidak terlepas teruja. Dia agak lewat masuk memandangkan dia perlu mengetuai mesyuarat ringkas antara pengawas. Saat dia masuk ke kelas dia terlihat satu pelajar perempuan. Budak baru fikirnya.
Cikgu pertama masuk ke kelas. Cikgu Aini selaku guru kelas mereka pada tahun itu memperkenalkan diri dan menyuruh semua orang memperkenalkan diri satu persatu.
"Saya Izzat. Tinggal di kampung Sentosa." Izzat memperkenalkan dirinya sambil tersenyum.
"Oh Izzat. Cikgu kenal. Bagus. Ha kamu pula," arah Cikgu Aini kepada budak baru itu. Hati Izzat berdebar-debar apabila melihat wajah budak itu. Cantik. Dia mempunyai mata hazel berwarna biru. Mesti anak kacukan. Fikirnya dalam hati.
"Saya Arani. Boleh panggil Ara ja. Saya tinggal di Taman Sentosa," kata Ara sambil tersenyum. Izzat hampir tercair dengan senyuman itu.
"Arani? Hm rare tu," kata Cikgu Aini sambil mengerutkan dahi.
"Saya ada kacukan Melayu-Belanda. Ayah saya orang sini manakala mak saya orang Belanda. Saya lahir di Belanda tetapi sudah menetap di sini . Asalnya saya tinggal di Kedah tapi berpindah ke sini atas urusan keluarga," terang Ara.
"I see. Okay duduk. Awak cantik," puji Cikgu Aini.
Kelas bermula seperti biasa sehingga loceng rehat berbunyi. Izzat mula bertugas. Dia ditugaskan untuk meronda di blok E iaitu blok paling belakang sekali. Sewaktu dia meronda dia terdengar sayup-sayup suara menangis. Bulu roma Izzat naik bak menara kuala Lumpur. Meremang ergh. Tapi suara tu ... macam kenal. Dia segera ke arah suara tersebut. Alangkah terkejutnya dia apabila Ara dibuli oleh sekumpulan pelajar lelaki. Mereka mengepung Ara. Biadab!
"Ja ... jangan la kacau saya ... tsk ... tsk," Ara mula menangis ketakutan.
"Haha kau ni cantik ... jom la couple hm," kata seorang lelaki. Dia cuba memegang dada Ara. Namun Ara sempat menepisnya.
"Biadab!" kata lelaki itu sebelum mengangkat tangan ingin menampar Ara.
"Woi!" jerit Izzat.
Budak lelaki yang berada di situ terus melarikan diri apabila melihat Izzat. Izzat walaupun berseorangan dia ada tali pinggang hitam dalam taekwando. Kalau lawan alamatnya masuk hospital saja la.
"Thanks," ucap Ara segan.
"Sama-sama. Jom kita pergi bilik rawatan. Balut luka awak tu. Oh sebelum tu ...," Izzat menanggalkan sweaternya dan menyarungkan di badan Ara. Bajunya sedikit terkoyak. Budak-budak ni memang cari nahas! Siap aku kerjakan diorang.
Mereka berjalan bersama-sama ke bilik rawatan. Di sana ada orang yang bertugas jadi Izzat meninggalkan dia di sana sementara waktu. Dia perlu melaporkan kepada pihak atasan.
Selesai membuat laporan, tuan pengetua terus memanggil pelajar-pelajar itu dan telah membuat laporan polis. Semenjak kejadian itu, dia dan Ara semakin rapat.
"Hm habis kelas lepak nak?" ajak Izzat sambil tersenyum.
"Hm boleh juga," jawab Ara senang hati.
Petang itu seperti yang dijanjikan mereka bertemu di taman bunga. Izzat membeli sejambak bunga di kedai bunga sebelum tiba di taman itu. Nak buat suprise sikit.
"Hai awak," sapa Izzat sebelum melabuhkan diri di sebelah Ara
"Hai!" jawab Ara tanpa memandang Izzat. Ara melihat kawasan taman bunga itu. Cantik dan bersih.
"Hm nah," kata Izzat sebelum memberi sejambak bunga itu. Ara kelihatan bingung dan akhirnya dia tersenyum.
"Wah bunga. Hm harumnya. Warna merah! Saya suka hehe," kata Ara seronok.
"Hm sebenarnya kan, sa ... saya suka dekat awak. Jadi awak sudi tak terima saya jadi boyfriend awak?" kata Izzat berterus terang. Jujur dia katakana Ara adalah wanita pertama yang membuatkan jantungnya berdegup laju. Inilah cinta pandang pertama baginya.
Ara tersipu malu.
"Hm saya pun sukakan awak," kata Ara masih lagi malu.
"Yeay, hehe terima kasih terima saya!" kata Izzat gembira. Yeay! Cinta pandang pertama kot!
Mereka berborak sampai ke senja. Izzat menghantar Ara sehingga ke depan rumah. Ala dekat saja taman dengan rumah Ara.
Hubungan mereka makin rapat selepas itu. Sampaikan orang menggelar mereka pengantin kerana tahap kemanjaan dan kemesraan hubungan mereka.
"Sayang, petang ni jom shopping. Bie baru dapat gaji hasil kerja haritu," Izzat menelefon Ara untuk mengajaknya keluar.
"Ala sorry. Harini ayah sayang ajak pergi rumah family. Nanti eh?" kata Ara memohon maaf.
"Hm ye la. Jaga diri okay. I love you," ucap Izzat ikhlas.
"Okay bye!" jawab Ara sebelum mematikan talian.
Izzat melihat telefonnya yang sudah terpadam. Haih bosannya. Hm baik pergi shopping sorang la. Izzat bersiap sebelum menaiki motosikal buruknya. Hampir 20 minit, dia sampai di shopping mall yang agak popular di sini. Izzat berjalan-jalan di aras 2 namun matanya tertancap pada susuk sebuah wanita yang amat dikenalinya.
"Ara," terpancul nama itu dari bibirnya.
Tapi ... bukankah Ara kata tadi kena ikut ayah dia pergi rumah family? Tak jadi kot. Husnudzon. Izzat gembira kerana telah berjumpa dengan kekasihnya. Dia membetulkan sedikit rambutnya yang serabai dan bergerak ke arah Ara yang sedang berdiri di pintu masuk kedai baju.
Satu tapak
Dua tapak
Tiga tapak
"Sayan-" Izzat terpaku. Seorang lelaki datang ke arah Ara dan memeluknya. Tiada tanda protes mahupun tolakan daripada Ara. Ara tak cakap pun yang dia ada abang?
"Baby nak apa lagi?" tanya lelaki itu kepada Ara.
"Hm sayang tak nak apa-apa dah. Cukup la. Banyak dah ni," kata Ara sambil melentokkan kepalanya di bahu lelaki itu.
Dunia Izzat bagai berputar. Baby? Sayang? Apa ni? Allah. Hatinya bagai disiat-siat.
"Ara," terpancul lagi nama itu di bibirnya. Ara yang tadi sibuk melentokkan kepalanya di bahu lelaki itu terkejut dengan suara seseorang terus menoleh. Reaksinya apabila ternampak Izzat adalah terkejut.
"Izzat?" sebut Ara.
"Apa sayang buat kat sini? Bukan tadi kata nak pergi rumah family. Siapa lelaki ni? Kenapa dia peluk sayang?" tanya Izzat bertubi-tubi.
"Erk ... erm," Ara masih tergagap-gagap
"SIAPA ARA!" Izzat sudah tidak tahan lagi. Dia meninggikan suara di khalayak ramai.
"Okay kalau kau nak tahu sangat. Ni teman lelaki aku, Tengku Farid. Kau tu cuba cermin diri kau sikit. Dah la miskin, ada hati nak couple dengan aku yang cantik ni. Heh! Aku tak inginkan la bersuamikan kau. Tengok teman lelaki aku, hensem, kaya, ada kereta besar ... kau ada? Tak kan! Rumah buruk! Busuk!" hina Ara di depan khalayak ramai.
Hati Izzat disiat kali kedua. Ya Allah.
"Hab ... habis selama ni apa?" tanya Izzat inginkan penjelasan.
"Heh. Kau tahu tak aku ni semak tau orang panggil kita ni pasangan secocok. Geli tau tak! Nak termuntah hijau! Aku rapat dengan kau sebab kau tu ada jawatan je. Senang la aku buat salah kau ada backup. Heh tak ingin aku dengan kau. Muka pun pecah!" hina Ara lagi.
"Jadi ... selama ni memang awak tak cintak-"
"TAK. Dan muka kau ni ... baik balik cermin dulu. Eh lupa. Miskin kan? Mesti tak dapat beli cermin. Kesiannya. Bie, nak rm1000," kata Ara sebelum mengambil duit yang diberikan oleh teman lelakinya.
"Ambil duit ni beli cermin ye. Kalau boleh beli cermin yang besar sikit. Nah! Kau kutip la sendiri ye. Hamba memang layak di bawah tapak kaki aku," kata Ara megah sambil melemparkan duit ke muka Izzat.
"Dan, ambil ni," tutur Ara sebelum mencurahkan air ke baju Izzat.
"Baju tu huduh. Dan busuk. Go to the hell ye, " ujar Ara sebelum pergi. Orang ramai mula mengambil video untuk diviralkan. Memang tiada hati perut!
End Flashback
"Ish setan betul perempuan sundal tu!" marah Meduna.
"Dah la. Benda dah berlaku," kata Izzat. Dia ingin lupakan hal silamnya.
"Hm sorry eh suruh kau cerita. Aku cuma nak tahu saja dengan kisah kau. Tak sangka jadi macam ini." Meduna memohon maaf. Mesti dia sedih.
"Takpe. Bukan salah kau," tutur Izzat sambil tersenyum tawar.
" Er ... kau masih cintakan dia?" tanya Meduna takut-takut.
Izzat menarik nafas yang dalam lalu menghembusnya.
" Tipulah kalau aku cakap aku masih tidak cintakan dia. Dia adalah perempuan pertama yang buatkan hati dan jantungku tidak tenteram. First and last aku couple . Tapi sekarang aku boleh gantikan dia dengan seseorang. Dah ada seseorang yang dapat menggantikan Ara dalam hidup aku," ujar Izzat sambil tersenyum.
" Sapa?" tanya Meduna ingin tahu.
" Mana boleh bagitau. Kau ni ... nanti aku kahwin, kau kena datang tau. Tapi aku buat dekat kampung saja la. Ala ... nanti aku sediakanlah kat kau kipas, meja VIP dan lain-lain supaya kau selesa," kata Izzat sambil memandang Meduna.
Meduna tergelak kecil. Izzat tahu perangainya yang tidak sukakan orang ramai dan perlukan tempat yang selesa. Namun entah mengapa dia berasa cemburu dengan perempuan yang dapat menggantikan hati Izzat. Izzat seorang lelaki yang gentleman , penyayang dan sopan santun. Pasti Izzat akan menjaga perempuan itu dengan sepenuh hatinya.
Dah la aku nak sambung buat kerja. Kau pergilah tidur. Kesian kau seharian kerja. Selamat malam ... tidur lena dan jangan lupa baca doa," kata Izzat sebelum berdiri. Dia terus meninggalkan Meduna yang baru sahaja berdiri.
Meduna pula terkaku dengan ucapan itu. Entah mengapa dia berasa gembira dengan wish yang pendek itu. Namun dia pandai-pandai menyembunyikan senyumannya.
*****************
Tinggalkan vote dan komen! Maaf semalam lupa update.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro