Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 6

Selepas selesai menyanyikan lagu, mereka berdua terdiam. Merenung ke arah langit dan menikmati malam yang dipenuhi dengan bintang-bintang yang bersinar itu.

Meduna mencuri-curi melihat Izzat. Pantulan cahaya dari bulan jelas menampakkan mata Izzat yang bersinar. Cantik! Hm patut ka dia minta maaf?

"Saya minta maaf atas semua benda yang terjadi," kata Izzat secara tiba-tiba.

Meduna tersentak. Tapi kenapa dia minta maaf sedangkan dia tak salah? Adakah ini ciri-ciri lelaki sejati? Memohon maaf berkali-kali walaupun tidak berbuat kesalahan? Ya Allah! Fokus Meduna.

"Hm dimaafkan. Aku pun nak minta maaf sebab tampar kau," kata Meduna. Setelah selesai, dia ingin pulang ke biliknya untuk berehat. Entah kenapa kepalanya rasa berat. Namun saat dia berdiri, badannya terasa terhuyung-hayang. Akhirnya dia rebah ke lantai.

**********

Meduna membuka mata perlahan. Apa yang dia nampak ialah Izzat sedang meletakkan kain basah di dahinya.

"A ... pa ka ... kau buat dekat sini?" tanya Meduna. Kan dia dah larang! Jangan masuk bilik aku. Eh jap. Ni bukan bilik aku.

"Aku tepati janji kau la. Aku tak akan jejak ke tingkat tiga. Ini bilik tetamu. Dah sekarang ni kau rest. Kau demam sebenarnya. Panas ni. Tadi kau pengsan ... aku angkat kau," kata Izzat berterus-terang.

"A ... ngkat aku?" tanya Meduna. Tiba-tiba dia rasa panas di pipinya. Tahulah dia yang sekarang ini dia sedang blushing.

"Ha ah. Tak, sekarang ni kenapa pipi kau tu. Merah semacam?" tanya Izzat polos.

"Hah? Em pa ... panas. Ha panas!" Bohong Meduna.

"Hm ye la. Dah bangun ... aku masakkan bubur dekat kau tadi. Aku letak ayam dan daging. Udang aku tak letak ... kau tak suka kan," kata Izzat sambil tersenyum.

Meduna terkedu sekali lagi. Macam mana lelaki kampung ini tahu?

"Ma ... macam mana kau tahu?" soal Meduna sambil mengerutkan dahi.

Ya dia memang tak suka makan udang. Alergik gituw.

"Puan Medisa ... mama kau bagitau. Aku pun hanya 'oh'kan saja la. Banyak benda mama kau bagitau aku," kata Izzat jujur. Perempuan di hadapannya ini banyak pula tanya. Padan la dengan title nenek!

"Hm ... tapi aku takdak selera la," kata Meduna sambil menjuihkan bibirnya. Tengok bubur tu pun dah rasa loya. Macam mana nak makan?

"No excuse ! Kau makan sekarang ... then makan ubat," kata Izzat tegas. Dia perlu tegas dengan perempuan ni. Kalau tak alamatnya masih demam lah.

"Tak sekarang inikan ... sapa bos?" tanya Meduna. Masih cuba ingin melawan lagi. Well Tengku Meduna kan!

"Aku. Dah sekarang ni makan. Banyak soal pula. Dah demam tu, buat cara demam. Buka mulut!" kata Izzat sambil menyuapkan satu sudu bubur bersama ayam.

Meduna menggelengkan kepala dan menutup mulutnya. Kalau dah nama Meduna memang gamaknya degillah.

" Kalau kau taknak buka, aku cium kau sekarang juga! Baik buka mulut sekarang." Izzat memberi amaran kepada Meduna. Meduna menjegilkan mata akibat terkejut.

" Kau ni gila ek? Dasar pervert! Keluar sekarang! Jangan sampai aku menjerit!" marah Meduna.

" Jeritlah ... Mak Kiah pergi rumah jiran sebelah sekejap. Dan tiada siapa yang ada dalam rumah ni. Bilik ini pula kedap suara ... jadi?" kata Izzat tergantung.

Meduna terdiam. Betul juga apa yang dikatakan oleh Izzat. Bilik ini memang khas dibuat kedap bunyi. Kalau jerit sampai terkeluar anak tekak pun, orang luar tak boleh dengar.

" Ja ... jadi?" tanya Meduna ketakutan.

" Jadi nak buka mulut atau nak aku cium? Pilih sekarang," kata Izzat tersenyum.

Meduna masih menggelengkan kepala. Dua-dua taknak!

" 1 "

Meduna menelan air liur. Alamak, dia main bilang pula.

" 2 "

Meduna lihat Izzat sudah meletakkan mangkuk yang berisi bubur di atas meja. Matilah! Memang apa yang Izzat cakap adalah serius. Dia tidak main-main apa yang dia cakap.

" Ti – "

Belum sempat Izzat menghabiskan percakapannya, Meduna terus membuka mulut.

" Fine ! Kau menang!" kata Meduna mengalah.

Meduna membuka mulut. First time orang suapnya. Sudah la lelaki pula tu. Entah la rasa seperti kekok pula.

"Cuh cuh ... kereta api nak masuk terowong ... ar buka mulut," kata Izzat. Cara layanan Izzat seperti sedang melayan kanak-kanak.

Meduna ketawa. Apa ingat aku budak ka? Hm biarlah. Dia tak larat nak melawan sekarang. Dia hanya melayan sahaja permainan Izzat. Wujud satu perasaan di dalam hatinya ketika itu namun segera ditepis. Ingat Meduna! Dia tu maid kau. Jangan jatuh cinta dengan dia!

Disebalik pintu, Mak Kiah memerhatikan dua orang itu. Tersenyum manis Mak Kiah melihat keakraban majikan dan pembantu. Lega kerana Izzat bukan jenis yang suka membalas dendam dan mereka tampak sesuai bersama ibarat pasangan sejoli. Namun apakan daya, ego. Ego menguasai diri mereka membuatkan masing-masing takut untuk meluahkan perasaan. Mak Kiah hanya mampu mendoakan mereka. Dia tahu kedua-duanya akan jatuh cinta juga!

*******

Keesokan harinya, Meduna kembali pulih. Itulah Meduna ... susah nak demam dan mudah sembuh. Dengan layanan yang sempurna daripada Izzat menjadikan dia lebih cepat sembuh. Sejak dari kejadian itu, Meduna sudah membuang sedikit demi sedikit tanggapan buruk terhadap Izzat. Dia sudah boleh menerima Izzat sebagai seorang lelaki yang baik.

Pagi itu, Izzat memasak nasi lemak. Kali ini dia memastikan semua hidangan adalah secukup rasa.

" Hai, masak apa tu?" tanya Meduna.

" Hai! Nasi lemak ler," jawab Izzat. Meduna mengangguk dan duduk di meja makan. Dia menunggu Izzat melakukan kerja-kerjanya. Kesempatan ini diambil olehnya untuk memerhatikan Izzat. Sebenarnya Izzat mempunyai ciri-ciri yang dia minati. Penyayang, soft spoken , pandai memasak dan banyak lagi. Cuma yang kurang ... asal kampung.

" Kau ada buah hati" tanya Meduna tanpa disedari. Selepas menyedari apa yang keluar dari mulutnya, dia menutup mulutnya dengan tangan. Dia menampar perlahan mulutnya.

Izzat yang sedang sibuk menyusun pinggan mangkuk terkaku. Dia memandang Meduna tanpa berkelip. Dia kemudian menggelengkan kepala lalu menyambung kerjanya.

Meduna sudah seperti cacing kepanasan. Kenapalah mulutnya boleh keluar soalan macam tu? Silap dia juga. Mesti Izzat fikir dia seorang yang penyibuk dan suka mengambil tahu hal orang. Meduna menggigit bibir dan bermain dengan jarinya. Dia memandang Izzat serba salah.

" Er , aku minta maaf eh sebab tanya macam tu," ujar Meduna ikhlas. Izzat masih mendiamkan diri. Dia kemudian tersenyum.

" Kau tak salah pun. Cuma aku terkejut saja bila kau tanya macam tu. Hm ... nanti bila ada masa, aku cerita dekat kau. Malam ni? Dekat rooftop nak? " tanya Izzat.

Meduna mengangguk. Mungkin nak luah something ? Bolehlah dia dengar. Meduna akhirnya makan sarapan pada pagi itu dan dia terus bergegas ke tempat kerjanya. Masakan Izzat tadi sungguh sedap sehingga mengabaikan dietnya pada hari itu. Siap dia suruh Mak Kiah bekalkan dekat dia lagi secara senyap-senyap. Dia taknak Izzat tahu yang dia amat berselera dengan makanan yang dimasak oleh lelaki itu.

Habis sahaja mesyuarat jam 9 malam, Meduna terus bergegas pulang kerana dia ingin mendengar cerita Izzat. Selesai makan malam, dia segera memandu kereta ke rumahnya. Apabila masuk ke dalam rumah, dia melihat Izzat sudah tiada di tingkat bawah. Meduna segera membersihkan diri dan naik ke rooftop . Dia melihat Izzat memetik gitar sambil ditemani cahaya dari bintang dan bulan pada malam itu. Izzat membetulkan kedudukannya lalu menyanyikan sebuah lagu yang bertajuk Sudah Cukup Sudah oleh Nirwana.

Inikah caramu membalas cintaku?
Kau nodai cinta yang kuberi
Inikah caramu membalas sayangku?
Kau lukai sayangku untukmu

Teganya kau menari di atas tangisanku
Kau permainkanku sesuka hatimu

Sudah cukup, cukup sudah
Cukup sampai di sini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup, cukup sudah
Cukup sampai di sini saja
Daripada batin tersiksa
Lebih baik 'ku pergi saja

Telah berulang kali kucoba mengalah
Ternyata sabarku tak berarti untukmu

Teganya kau menari di atas tangisanku
Kau permainkanku sesuka hatimu

Sudah cukup, cukup sudah
Cukup sampai di sini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup, cukup sudah
Cukup sampai di sini saja
Daripada batin tersiksa
Lebih baik 'ku pergi saja

Teganya kau menari di atas tangisanku
Kau permainkanku sesuka hatimu

Sudah cukup, cukup sudah
Cukup sampai di sini saja
Daripada batin tersiksa
Lebih baik 'ku pergi saja

Sudah cukup, cukup sudah
Cukup sampai di sini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup, cukup sudah
Cukup sampai di sini saja
Daripada batin tersiksa
Lebih baik 'ku pergi saja

https://youtu.be/BdhBJd5u8GU

" Hai!" sapa Meduna sambil tersenyum. Izzat tersenyum lalu memberikan tempat duduk yang bersih kepadanya. Meduna terus mengambil tempat Izzat dan lelaki itu duduk berhampirannya. Agak lama mereka berdiam sebelum Meduna memecahkan kesunyian itu.

" Jadi apa yang kau nak cerita?" tanya Meduna. Izzat mengambil nafas berat lalu menghembusnya.

Meduna tidak selesa dengan situasi sekarang.

" Kalau kau tak sanggup nak share , takpelah aku turun dulu," kata Meduna sambil tersenyum pahit. Dia tidak mahu memaksa lelaki itu menceritakannya. Mungkin ada kesedihan dalam ceritanya. Namun belum sempat Meduna bangun, Izzat menahannya.

" Aku pernah mencintai seorang perempuan. First and last ... '' kata Izzat tergantung. Meduna yang tertarik dengan cerita itu terus duduk semula.

" And?" tanya Meduna.


*******************

Jangan lupa vote dan komen!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro