Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 5

Sedang leka Izzat menghidangkan makanan, dia didatangi oleh Tengku Zulkifli.

"Woi maid. Aku nak cakap la sikit ... tapi jauh sikit ... busuk ... bau kampung," perli Zulkifli.

"Ye nak apa?" tanya Izzat dalam nada malas. Nak layan ke tak beruk ni?

"Panggil aku tuan la bodoh." Zulkifli mula naik angin dengan lelaki di hadapannya ini. Dah la miskin, bodoh pula tu.

"Ada apa TUAN," Izzat menekankan perkataan tuan. Malas dia ingin bergaduh. Siapalah dia kan?

"Ingat eh. Jangan ganggu girlfriend aku. Aku tahu kau sukakan dia kan? Heh jangan mimpi. Belum tentu kau dengan dia akan bersama walaupun dalam mimpilah. Kau tu jijik okey. Orang kampung. Busuk. Muka hitam macam apa lagi. Dah la miskin ... maid pula tu!" kutuk Zulkifli.

"Rupa paras dan pangkat tak menjamin ke syurga," perli Izzat. Soft but hurt. Malas nak kotorkan mulut.

"Kurang ajar!" Zulkifli terus menumbuk pipi Izzat. Sakit! itu yang dia rasa. Amarah Izzat sudah sampai ke puncak. Dah banyak bersabar ... manusia ada tahap kesabaran sendiri. Dia terus memulas lengan lelaki angkuh itu lalu menendangnya perlahan. Zulkifli jatuh tergolek seperti buah nangka busuk. Zulkifli meraung kesakitan. Lah lemah rupanya! Ingatkan kuat sangat. Baru pulas dan tendang sikit terus jatuh. Baru nak buka kekuda tadi!

"Ya Allah ... biy! Apa ni?" kata Meduna cemas. Dia terkejut apabila kekasihnya jatuh rebah di lantai.

"Tengok maid you ni. Kurang ajar! Berani dia tumbuk biy padahal biy tak kata apa pun," kata Zulkifli cuba menipu.

Izzat mengerutkan dahi. Bila masa pula aku tumbuk lelaki ni? Sah orang gila!

"Izzat! Apa yang kau buat ni! Jangan ingat kau boleh melawak dengan aku ... kau boleh buat sesuka hati kau ja. Bodoh! Dah la miskin then buat perangai. Hey kau tahu tak kos perubatan ni berapa? Kau nak tanggung? Rumah buruk kau pun kalau kau jual belum tentu cukup bayar! Mak kau tak ajar ke hah? Lain kali suruh mak kau ajar di mana kedudukan maid dan bos! Mesti mak kau bangang macam kau kan? Tahu nak menyodok duit orang saja then jadi gangster dekat bandar. Cukup-cukuplah kasar dekat kampung!" Tengku Medina menghamburkan kemarahannya. Entah kenapa hatinya sangat sakit dan benci dengan lelaki di hadapannya.

"Jangan pernah main nama mak saya cik. Jangan sampai cik saya kasari!" kata Izzat sambil menggenggam tangannya. Tiada sesiapa yang boleh mengutuk emaknya! Kalau nak kutuk, kutuk dirinya! Emak adalah syurga baginya dan harus dilindungi.

"Melampau!" kata Meduna sebelum menampar kuat pipi Izzat.

Pang Pang

Pipi kiri dan kanan Izzat ditampar kuat sehinggakan jelas bekas tapak tangan di pipi Izzat. Izzat hanya menerima tamparan itu dengan rela walaupun dia boleh mengelak. Baginya, seorang lelaki tidak boleh menampar atau menyakiti seorang perempuan. Ini kerana, perempuan mempunyai hati yang lembut dan seorang lelaki sejatilah yang sepatutnya menjaga hati itu.

"Jom biy. Kita ke hospital!" ajak Meduna.

Mak Kiah yang melihat itu tidak mampu berbuat apa-apa. Dia hanya orang suruhan sahaja. Nak cakap nanti dibuang kerja. Bila dibuang kerja ... anak-anaknya nak makan apa?

"Izzat ... Mak Kiah minta maaf ye. Mak Kiah tak dapat bantu kamu. Jom Mak Kiah letak ubat. Berdarah bibir kamu ni," kata Mak Kiah prihatin. Tangan Mak Kiah menggeletar memegang pipi Izzat.

"Takpala Mak Kiah. Saya okay," kata Izzat sambil tersenyum.

"Jom la. Nanti melarat," kata Mak Kiah lagi cuba memujuk.

"Hm ye la," kata Izzat mengalah.

*******

Meduna resah. Dia berjalan ke hulur ke hilir. Tadi Mak Kiah ada menceritakan hal sebenar. Adakah dia salah? Dia telah memaki dan merendah-rendahkan maruah Izzat. Tapi ah lantak la kan? Tapi hm. Aduh ...

"Biy ... better cerita hal sebenar sekarang!" kata Meduna sejurus Tengku Zulkifli keluar dari bilik rawatan.

"Apa? Oh sekarang tak percaya la dekat biy. Okey terserlah dekat you," kata Zulkifli berdalih.

"I dah tengok CCTV. You tumbuk dia dulu kan? Berani kan tipu I," kata Meduna kesal. Dia kesal mempercayai kekasihnya.

"Er ... haih ye la. Biy salah. Sorry eh. Biy jeles ja," kata Zulkifli mengalah. Sapa tak kenal Tengku Meduna. Perempuan garang!

"Kenapa nak cemburu pula?" kata Meduna pelik.

"Ye la. Dia rapat dengan sayang. Sayang selalu cerita pasal dia bila kita dating. Rimas!" kata Zulkifli sambil menjuihkan mulut.

"Okey macam ni. Fikirlah. Takkan la sayang nak dekat lelaki macam tu. Dia maid dan saya majikannya. Air dengan minyak tak boleh bersatu lah. Bagai langit dengan bumi. Lagipun dia tak sesuai dengan sayang la. Dan dia bukan taste sayang. Mustahil sayang jatuh cinta dengan dia," kata Meduna tersenyum.

"Yakin?" tanya Zulkifli.

Meduna ragu-ragu. Entah kenapa hatinya melarangnya berkata ya.

"Yes. Yakin," kata Meduna sambil tersenyum kelat . Mana ada dia cintakan lelaki kampung itu.

********

Meduna pulang daripada berdating dan terus ke dapur.

"Mak Kiah ... ambil air. Haus la," kata Meduna sambil memicit-micit kepalanya. Entah la tetiba sakit kepala. Mungkin cuaca panas sekarang!

"Nah cik," Mak Kiah menyerahkan air kosong kepada Meduna. Rutin Meduna, setiap malam hanya akan minum air kosong.

"Erm thanks," ucap Meduna segan. Meduna mengambil gelas itu lalu meneguknya sekilas.

" Mak Kiah ... " panggil Meduna perlahan. Nak tanya ke tak nak?

" Ye cik? Ada apa?" tanya Mak Kiah sambil tersenyum. Di dalam hatinya sudah tahu persoalan yang bermain di fikiran tuannya.

" Saya nak tanya something ni ... " ujar Meduna perlahan. Dia menggigit bibirnya.

Mak Kiah tersenyum.

" Kalau nak cari Izzat, dia ada dekat rooftop. " Mak Kiah terus menjawab sambil tersenyum kecil. Meduna terkedu lalu meraup rambutnya perlahan.

" Ma ... mana ada cari Izzat! Apa yang Mak Kiah merepek ni? Dah la saya nak naik atas dulu," kata Meduna tergagap-gagap. Macam mana Mak Kiah tahu ni? Ketara sangat ke muka dia?

Mak Kiah terus ketawa apabila melihat muka gelabah Meduna. Dia menggelengkan kepala sambil tersenyum. Suatu hari, mereka akan bersama juga!

Meduna terus memasuki ke biliknya. Patut tak eh dia naik dan minta maaf? No ! Tengku Meduna tidak pernah minta maaf! Egonya setinggi Gunung Everest tidak mampu ditawan oleh sapa-sapa. Dia tetiba terdiam. Bunyi petikan gitar dari tingkat atas membuatkan dia hanyut dalam melodi itu.

Meduna berjalan perlahan-lahan ke tingkat atas sekali. Bunyi petikan gitar semakin kuat dan jelas didengari. Suara seseorang mendendangkan lagu membuatkan dia terbuai dengan suara bak emas itu.

Mungkin
Aku bisa bercinta dengan kamu
Kendati kata-katamu selalu
Menusuk jantung
Melukaiku

Mungkin
Kumau memaafkanmu kembali
Demi cinta yang ada di hatiku
Meloloskanmu
Dari kata pisah

Mungkin sang fajar
Dan sayap-sayap burung patah
Menyaksikan kita berseteru
Selalu tak pernah damai

Mungkin cintaku
Terlalu kuat dan menutupi
Jiwa yang dendam akan kerasmu
Sehingga kita bersama
Mungkin

' Sedapnya suara lelaki ni. Sayu, merdu dan beremosi! Lagu ni tajuk 'Mungkin' dan salah satu lagu kegemarannya apabila bersedih,' Monolog Meduna di dalam hati.

Meduna tersenyum lalu mencelah. Dia turut menyanyikan lagu ini dengan penuh emosi.

Mungkin
Kumau memaafkanmu kembali
Demi cinta yang ada di hatiku
Meloloskanmu
Dari kata pisah
Mungkin

Mungkin
Kumau memaafkanmu kembali
Demi cinta yang ada di hatiku
Meloloskanmu
Dari kata pisah

Mungkin sang fajar
Dan sayap-sayap burung patah
Menyaksikan kita berseteru
Selalu tak pernah damai

Sedang leka Izzat mendalami lagu ini, tiba-tiba suara Meduna masuk ... turut menyanyikan lagu ini. Dia melihat Meduna berjalan ke arahnya sambil tersenyum. Suara Meduna ketika menyanyikan lagu ini sungguh merdu. Dia terpesona dengan kebolehan Meduna.

Meduna mengangguk lalu mereka menyanyikan lagu itu bersama-sama.

Mungkin cintaku
Terlalu kuat dan menutupi
Jiwa yang dendam akan kerasmu
Sehingga kita bersama

Mungkin cintaku
Terlalu kuat dan menutupi
Jiwa yang dendam akan kerasmu
Sehingga kita bersama
Mungkin

( Mungkin , Potret)

https://youtu.be/dneDp74oBtE

Akhirnya malam itu bertemankan bulan dan bintang, mereka duduk bersama-sama dan menyanyikan lagu bersama-sama. Di belakang mereka, Mak Kiah tersenyum lalu turun dari situ. 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro