
Bab 4
Sedang leka Izzat mengacau gulai dia tiba-tiba disergah oleh Meduna. Izzat yang cepat melatah terus terkejut.
"Opocot mak kau mati terkangkang dalam parit!" latah Izzat kuat. Izzat mengusap perlahan dadanya. Nasib baik dia tiada sakit jantung, kalau ada alamatnya hari ini dia sudah meninggal.
"Haha ... melatah puih," kata Meduna sambil ketawa besar. Dia sebenarnya tidak mampu menahan ketawa apabila melihat lelaki di hadapannya ini melatah besar.
"Hm whatever ... ha kau menyemak sini buat apa?" tanya Izzat sambil menjulingkan matanya.
"Saja la nak tengok kau masak. Entah pandai atau tidak," perli Meduna. Dia sebenarnya sengaja nak sakitkan hati lelaki ini.
"Amboi amboi amboi ... tu dalam perut kau tu ... banyak mana dah kau lahap," kata Izzat sambil menunjukkan jari ke arah perut Meduna.
"Haha ... tak macam nih ... sekejap lagi boyfriend aku merangkap bakal suami aku nak datang so aku erm nak ... " kata Meduna tergantung.
Dia tersengih. Ada sebab kenapa dia nak berbaik dengan lelaki ini. Memang tak lah kalau tiada sebab nak berbaik. Dia benci. Entah kenapa. Baginya lelaki ini orang kampung dan tak boleh dipercayai. Lain pula dengan Mak Kiah. Dia mempercayai Mak Kiah kerana Mak Kiahlah yang menjaganya selama ini dan satu-satunya orang yang mampu bertahan dengan sikapnya.
"Nak masak? Gitu?" teka Izzat sambil menjongketkan kening.
"Erm ha ... well nantikan aku nak jadi isteri yang baik ... so mesti la ikat perut laki aku dulu," kata Meduna.
"Hm jangan malu la dengan aku. Aku ni maid kau ... aku kena ikut arahan kau ... so minta ja apa-apa pun aku tetap akan tunaikan. Well maid," kata Izzat merendah diri. Dia sedar dengan kedudukannya sekarang. Dia hanyalah orang susah dan keluarga Meduna datang dari keluarga senang.
"Sedar pun. Ingat tak sedar," perli Meduna sambil menjulingkan matanya ke atas. Izzat terdiam sebentar lalu menyuruh perempuan di hadapannya membuat kerja. Tadi nak belajar sangat kan.
"Dah la ... now aku nak kau menyiang ikan keli ni. Aku nak masak ikan keli masak lemak cili padi," kata Izzat sambil menunjukkan ke arah ikan yang berada di dalam besen.
"Er," Meduna hanya memandang ikan itu dan muka Izzat berkali-kali.
"Kau tak pandai ka?" tanya Izzat sambil tersenyum sinis. Saja nak provok dia.
"Erk ... mana ... a ... ada ... aku reti okey!" kata Meduna berlagak. Dia tidak akan tunjukkan kelemahannya di hadapan lelaki kampung ini. Ego nombor satu!
"Then go," kata Izzat sambil tersenyum. Dia memerhatikan gelagat majikannya itu. Nampak kekok dan terkial-kial.
Meduna teragak-agak. Dia mengambil sarung tangan lalu menyarungkannya. Dia taknak tangannya busuk nanti.
"Nak menyiang ikan pun kena pakai sarung tangan bagai," perli Izzat sengaja ingin menaikkan kemarahan perempuan itu.
"Ye la ... kau tak apa la ... orang kampung ... tangan kasar macam batu ... aku ni orang bandar ... kena jaga tangan heh," tengking Meduna.
"Nanti masuk kubur tangan kau putih ka ... kasar ka ... bukan pengukur nak masuk syurga," kata Izzat sinis. Dia kemudian menoleh untuk meneruskan kerjanya yang tergendela.
Dush
Sentap . Meduna terdiam sebentar lalu meneruskan kerjanya. Dipukul kepala ikan keli itu namun ikan keli itu tidak mati. Ikan itu terus melompat-lompat di dalam sinki. Ada kalanya air terpercik keluar dan terkena baju Meduna.
Dalam hati Meduna sudah memaki hamun ikan itu. Bodoh punya ikan. Baju yang dia pakai dah la mahal. Tak pasal-pasal kena buang. Padahal boleh saja dia basuh tapi orang kayalah katakan. Asyik shopping saja.
"Liatnya kau. Matilah ... eww dah la busuk geli," Meduna membebel seorang diri. Namun omelan itu didengari oleh Izzat. Izzat menggelengkan kepalanya dan menepuk dahi.
"Ya Allah ... letak la garam baru dia senang mati. Kata pandai masak." Sempat Izzat memerli Meduna sambil tangannya melumur garam di badan ikan itu. Akhirnya ikan keli itu meronta-ronta lalu mati. Meduna mengambil kesempatan itu untuk mula menyiang ikan.
Izzat kembali meneruskan kerjanya yang tergendala. Sempat dia tersenyum melihat betapa bingungnya Meduna sebentar tadi apabila dia meletakkan garam ke ikan itu. Mungkin dia tidak tahu dan berasa kagum. Ya Allah Izzat! Sedarlah! Lamunan Izzat terhenti apabila mendengar jeritan daripada Meduna.
"Auch ... bodoh ikan! Sakit," kata Meduna sambil memegang jarinya.
Izzat terkejut dengan jeritan kecil Meduna. Dia terkejut apabila dilihat jari Meduna berdarah. Entah apa yang merasukinya , Izzat segera menarik jari yang berdarah itu lalu menghisapnya. Mak Kiah yang baru masuk ke rumah terkejut dengan apa yang terjadi. Meduna terkaku apabila melihat perbuatan spontan Izzat. Dia tidak mampu mengatakan tidak atau menariknya.
"Apa yang terjadi ni?" tanya Mak Kiah risau
"Ni ha Meduna kena sengat ikan keli. Mak Kiah ambil first aid kit," arah Izzat. Mak Kiah tanpa banyak bicara terus mengambik kotak kecemasan itu.
Meduna yang sedari tadi masih kaku dan jarinya masih di dalam mulut Izzat. Apabila difikirkan kembali, Izzat merupakan lelaki pertama yang menyentuhnya selain keluarga nya. Dulu pun begitu sewaktu Izzat hampir lemas, dia juga ci ... ah malunya. Dan ketika itu pipinya merah bagai tomato.
"Eh sorry ... sorry eh," kata Izzat melepaskan jari Meduna. Tiba-tiba dia rasa janggal pula.
"Hm ta ... takpa," kata Meduna. Mak Kiah datang dengan membawa first aid kit. Izzat terus mencuci luka itu dan meletakkan plaster.
"Tu la ... kalau tak pandai ... jangan buat. Ni ha menyusahkan orang saja. Kan aku dah risau. Kalau jadi apa-apa sapa susah? Aku yang susah," kata Izzat sambil membebel. Dia tidak sedar apa yang dia cakap.
"Erm ye la ... erm kau risaukan aku eh?" sakat Meduna sambil tersenyum. Dia memerhatikan riak wajah lelaki di hadapannya ini. Walaupun lelaki ini kacak namun dia tetap membencinya.
"Y... ye la ... as majikan ... nanti sapa nak bagi duit kat aku?" kata Izzat cuba menutup malunya. Dia menggigit bibirnya apabila tersalah cakap sebentar tadi.
"Eleh sayang aku bagitau ..." sakat Meduna lagi. Tipulah kalau lelaki di hadapannya ini tidak jatuh cinta dengan dia. Dia tu cantik dan kaya ... lelaki mana yang akan tolak?
"Kalau aku bagitau pun ... mana la kau nak terima lelaki macam ni kan? Aku ni maid ... orang susah ... miskin ... takdak kewangan kukuh ... belajar pun sampai SPM saja ... kau tu kaya, berpelajaran... sekarang siap ada syarikat lagi... hidup kita bagai langit dan bumi," kata Izzat merendah diri.
"Memang pun. Orang macam kau sesuai dengan minah kampung yang bajet ayu ja. Takdak class la kalau couple dengan kau. Maid dengan majikan? Peh tak mungkin!" kata Meduna tanpa memikirkan apa-apa. Dia tidak sedar yang dia telah mengguriskan hati Izzat . Izzat hanya diam sambil meneruskan kerjanya.
"Apa-apa ja lah cik Meduna oi," kata Izzat mengalah. Betullah katanya ... mereka bagai langit dan bumi! Tidak sesuai dijodohkan bersama.
Ting Tong
Loceng rumah berbunyi menarik perhatian Meduna.
"Ha tu mesti bakal suami kau. Ha pergilah sambut," kata Izzat sambil menjuihkan mulutnya. Meduna tersenyum.
"Oh jap," kata Meduna lalu bergerak ke arah ruang tamu untuk membuka pintu. Mak Kiah datang menghampiri Izzat. Hati tuanya berbisik mengatakan ada sesuatu antara mereka berdua.
"Kamu sukakan Meduna?" tanya Mak Kiah secara menerus.
"Uish mana ada ... taknak lah Izzat ... nenek tua ... suka bebel ... pot pet ja kerja ... satu kerja rumah pun tak reti buat," kata Izzat sambil memuncungkan mulut.
"Kamu jangan Izzat ... orang kata lagi kita benci dekat seseorang ... lagi kita sayang nanti. Silap hari bulan takut angau rindu," kata Mak Kiah sambil tersenyum. Hati tuanya sangat kuat mengatakan yang mereka berdua mempunyai perasaan namun kerana ego mereka sanggup melepaskannya.
"Takdak maknanya nak rindu nenek tua tu. Bising!" kata Izzat sambil memasukkan bahan-bahan masakannya.
"Mak Kiah ni tahu la... Mak Kiah ni dah makan garam banyak dah Izzat oii ... jangan sampai nanti Tengku Meduna tu disambar buaya hehehe," kata Mak Kiah lalu bergerak ke taman untuk melakukan kerja yang tergendela sebentar tadi.
"Ha Izzat ... ni la boyfriend aku, Tengku Zulkifli ... biy ini maid I ...Izzat." Meduna memperkenalkan Izzat kepada kekasihnya.
Izzat mengangkat tangan untuk bersalam dengan bakal suami majikannya namun hm biasalah orang kaya ...
"Sorry ... taknak kotorkan tangan ... sayang jom la duduk depan ... panas la ... nanti terbakar kulit," kata Tengku Zulkifli merengek.
"Hm jom," tutur Meduna sambil tersenyum.
Setelah mereka pergi, Izzat mengacah-ngacah ingin membaling senduk. Panas konon! Kotorkan tangan? Apa ingat aku baru basuh tahi? Bagi makan tahi baru tau!
" Jom sayang ... pergi kat tempat lain ... panas! Macam perempuan! " ajuk Izzat perlahan. Entah apa-apa lelaki idaman Tengku Meduna. Mengada lebih.
" Amboi ... bebel apa tu? Dari tadi Mak Kiah tengok," tegur Mak Kiah di belakang. Izzat memusingkan badannya lalu tersengih.
" Tengku Zulkifli tu lah Mak Kiah ... apa hina sangat ka maid ni? Sampai nak bersalam pun taknak. Ingat kaya boleh berlagak? Boleh pula dia kata panas lah apa lah. Eh! Ni baru panas dunia, bukan panas akhirat lagi," bebel Izzat sambil mengajuk setiap perlakuan Tengku Zulkifli sebentar tadi.
Mak Kiah tersenyum kecil. Dia menggelengkan kepala sambil tergelak. Bebelan Izzat ni dah macam makcik-makcik bawang dah.
" Sabar saja lah Izzat oi ... kita ni sapa ja . Dah sekarang ni kamu pergilah siapkan masakan kamu itu. Kalau duk membebel saja, alamatnya majikan kamu tu laparlah. Tak pasal-pasal dia turunkan gaji kamu," arah Mak Kiah.
Izzat mengangguk lalu meneruskan kerjanya.
**************
Jangan lupa vote dan komen guys!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro