Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 2

Izzat P.O.V

" Aku yang dulu, bukanlah yang sekarang. Dulu ditendang sekarang ... " Sedang sibuk aku menyiram pokok bunga sambil menyanyi lagu hasil daripada penyanyi Tegar tiba-tiba ada hantu menyampuk.

"Dulu ditendang sekarang ditendang juga ... woi kau melalak apa tengah hari buta ni! Gila ka?" tanya Meduna sinis. Tahulah ini rumah dia tak perlulah melalak macam tu.

"Sibuk ah kau ... dah la cik oi ... pergi kerja la sibuk ja nenek ni," balas aku kembali. Aku tahu nampak macam kurang ajar dengan majikan sikit tapi aku tengok dia macam tak kisah ja . Dia pun tak letak peraturan yang suruh panggil dia cik atau bos.

Aku meneruskan kerja aku menyiram pokok bunga. Dah la besar ergh ... Cuba bayangkan taman bunga ini besar satu lot rumah!

"Kau kata apa kat aku? Nenek? Hey buat kerja elok-elok. Jangan curi tulang. Dasar orang kampung malas ..." kutuk Meduna kasar.

"Pot pet pot pet patutlah bibik-bibik kau yang lama berhenti. Kerja berleter saja. Dasar nenek tua," ejek aku sengaja mencurahkan minyak ke atas api yang sedang membara. Dia tahu majikannya itu sedang tahan marah dia.

"Kau! Kau ... aku pecat!" kata Meduna tiba-tiba. Dasar mulut puaka!

"Eh ... jangan lupa dare kau. Aku kena bertahan dekat sini." Aku cuba ingatkan perempuan di hadapannya ini tentang darenya sendiri. Sendiri buat sendiri tanggung!

Meduna memijak lantai dengan kuat. Protes!

Flashback

"Nah sign! Dah tulis syarat kau," kata Meduna sambil memberi sehelai kertas kepada aku.

Aku mengambil surat itu dan membacanya perlahan dengan teliti.

Dengan ini saya Izzat akan berkhidmat di rumah Tengku Meduna selama satu tahun. Jika saya bertahan, Tengku Meduna akan menunaikan apa saja yang dikehendaki dan sekiranya saya gagal, saya akan dimalukan di media sosial.

Aku menelan air liur. Alamak. Hm tapi apa saja. Okay setuju! Aku menandatangani surat itu kemudian menulis syarat aku pula. Meduna memerhatikan saja apa yang aku tulis.

"Sekiranya Tengku Meduna membuang saya atau memberhentikan saya dalam masa sebelum satu tahun, maka saya, Izzat akan menang!" kata aku sambil menulis

"Aku tak akan buang kau sebab aku tak sabar nak malukan kau!" kata Meduna kemudian turut menandatangani surat itu. Dia yakin dia boleh menang!

End Flashback

"Ha ingat?" tanya aku sambil menjongketkan kening berkali-kali. Senyuman sinis turut diberikan kepada perempuan di hadapannya.

"Hm. Lepas siram pokok bunga ... kau cuci kolam pula," arah Meduna sebelum beredar dari situ. Kalau lama-lama dekat situ memang darahnya akan naik secara mendadak!

"Lepas siram kau cuci kolam pula ... pot pet pot pet." Aku mengajuk kata-katanya. Kalau bukan sebab perjanjian tu dah lama aku berhenti. Sabar Izzat... lepas setahun kau blah then kau minta apa yang kau nak selama ni.

Selesai saja menyiram pokok, aku terus ke belakang rumah untuk cuci kolam pula. Bila aku pandang saja kolam tu aku ternganga. Besar nak mati ... adalah dalam dua petak sawah padi. Mati la aku! Sedang sibuk termenung melihat kolam itu tiba-tiba badan aku rasa seperti di tolak oleh seseorang. Aku jatuh ke dalam kolam.

"Termenung apa? Aku suruh buat kerja! Ergh dasar orang kampung!" kata Meduna sambil tersenyum sinis.

Aku tergapai-gapai. Aku tidak pandai berenang. Kolam itu pula agak dalam. Aku menjerit meminta tolong.

"To ... tolong!" jerit aku separa lemas.

End Izzat P.O.V
Meduna P.O.V

Aku hanya memandang saja. Ala acah ja tu. Takkan la lelaki tak pandai berenang? Hampeh!

Namun apabila aku menoleh kembali dilihat Izzat sudah tenggelam ke dasar kolam. Allah! So memang betul lelaki ni tak pandai berenang. Aku terus masuk ke dalam kolam dan menarik Izzat. Ditariknya hingga ke lantai kolam. Aku menekan dada Izzat namun masih belum ada tanda dia akan sedar.

Hanya satu saja cara ... Pernafasan dari mulut ke mulut! Tapi! Ah habis la maruah aku. Ish lelaki ni! Menyusahkan aku! Ditarik nafas lalu aku tunduk. Dinaikkan sedikit dagu Izzat dan membuka mulutnya. Tangan kiri aku pula memicit hidung Izzat dan aku menyalurkan udara ke mulutnya. Bibirnya lembut saja dan mulutnya merah menandakan lelaki ini tidak menghisap rokok ataupun vape. Tak guna kau Izzat! Kau dah rampas first kiss aku ... huargh.

Tiba-tiba Izzat tersedar lalu memuntahkan air yang ditelannya ketika di dalam kolam. Izzat tercungap-cungap mencari nafas.

"Sedar pun kau. Ingat mati dah," kata aku sengaja ingin mencetuskan pergaduhan.

"Ergh ... kenapa kau tolak aku? Aku tak pandai berenang lah!" kata Izzat sambil terbatuk-batuk. Izzat melihat majikannya. Habis lencun bajunya. Maknanya perempuan di hadapannya ini selamatkan dia?

"Dah kau tak buat kerja. Aku suruh kau bersihkan kolam bukan tenung kolam tu. Ergh," kata aku tidak mahu mengalah. Well majikan kan.

"Sabarlah. Tapi jap ... ka ... kau! Kau buat pernafasan mulut ke mulut ka?" tanya Izzat sambil memegang mulutnya. Jangan cakap majikan yang mulut puaka ni cium dia!

"Ma ... mana ... mana ada ... aku tekan dada kau ja then kau sedar," kata aku cuba mengiyakan. Ye la nanti dia kata aku ni miang pula.

"Nasib baik. Kalau ye hm hancur hidup aku. First kiss ni untuk isteri aku ja," kata Izzat tiba-tiba. Aku menelan air liur.

"So ... do I care? Leceh la kau ni. Lelaki tapi tak pandai berenang. Tengok aku ni! Apa leceh. Perempuan selamatkan lelaki! Tak gentleman!" kata aku memanaskan keadaan. Kalau senyap terasa awkward kejap.

"Erk ... aku nak buat macam mana. Takdak sapa ajarkan," ujar Izzat sebelum berdiri. Aku pun turut berdiri.

Saat aku ingin berjalan untuk masuk ke dalam rumah tiba-tiba aku tergelincir. Lantai yang basah menyebabkan kakiku mudah untuk tergelincir. Dah la jatuh ke belakang. Habis lah tulang aku retak! Tapi jap. Kenapa tak jatuh lagi ni? Aku membuka mata perlahan-lahan dan OMG tiba-tiba pipiku terasa panas. Izzat sedang memeluknya. Kesempatan ini diambil oleh Meduna untuk melihat wajah Izzat. Kacak ... dari dahi sampai ke mulut tiada cacat cela. Erk wake up Meduna!

Izzat pula dalam situasi sama. Turut memandang mata Meduna. Cantik. Mesti mak ayah majikannya sama padan. Mereka saling memandang mata masing-masing sebelum melepaskan pelukan akibat bunyi deheman daripada Mak Kiah.

"Ahem ... buat apa tu ... tenung lama-lama. Orang kata dari mata turun ke hati," sakat Mak Kiah sambil tersenyum.

"I ... ish mana ada ... tadi cik ni tergelincir jadi Izzat sambut la ... kang patah pula tulang cik kita ni," tutur Izzat untuk menutup malunya. Ya Allah Izzat! Tak baik tenung anak dara orang.

"Erm Mak Kiah ... erm ... saya masuk dulu. Malam ni masak lebih okey sebab mama papa dengan abang dan adik datang makan dekat sini," kata Meduna sebelum berlalu pergi.

"Baik cik," Patuh Mak Kiah. Dia segera memberi kain tuala kepada Izzat. Dia nampak apa yang berlaku tadi tapi dibiarkan saja. Biasalah orang muda. Awalnya dia terkejut juga apabila Izzat jatuh ke dalam kolam. Dia pun tidak tahu yang Izzat tidak pandai berenang. Nasib baik majikannya tolong selamatkan dia. Yang paling terkejut, Meduna tu buat pernafasan dari mulut ke mulut.

"Dah jangan termenung lagi. Datang sini nak kerja bukan cari jodoh kan," sindir Mak Kiah sambil tersenyum. Tapi bila difikirkan balik apa salahnya? Izzat tu kacak dan pandai buat kerja rumah sesuailah dengan Tengku Meduna yang sama cantik. Orang dulu-dulu kata bagai pinang dibelah dua.

"Ish apa Mak Kiah ni ... takdak makna Izzat suka dekat nenek tua tu. Suka bebel. Bernanah telinga Izzat nanti," kata Izzat perlahan sambil meraup rambutnya.

"Pandai la kamu. Dah pergi mandi dan keringkan badan. Tolong Mak Kiah masak. Malam ni family Cik Meduna nak datang," kata Mak Kiah sebelum pergi ke dapur. Izzat mengangguk lalu tersenyum.

************

Malam itu seperti yang dijanjikan, keluarga Tengku Meduna datang. Izzat melihat keluarga Tengku itu.

"Wah banyaknya Mak Kiah masak ... sedap ni ... ada Ikan Talapia masak tiga rasa, gulai daging campur rebung, sambal ayam, masak tempoyak ikan patin dan sup udang. Siap ada pencuci mulut lagi. Sempat buat," puji Tengku Medisa merangkap emak kepada Tengku Meduna dan isteri kepada Tengku Faris.

"Ala ... sebenarnya pembantu rumah lagi sorang yang buat. Mak Kiah harini tolong sikit-sikit saja," kata Mak Kiah sambil tersenyum.

"Oh ada pembantu baru? Meduna tak cakap pun. Mana dia?" tanya Tengku Faris.

"Izzat," panggil Mak Kiah dari ruang makan itu. Izzat yang mendengar Mak Kiah memanggilnya segera menyahut.

"Ya," sahut Izzat sambil berdiri tegak.

"Ini la Izzat ... Izzat perkenalkan ni Tengku Medisa dan ni Tengku Faris ... mereka ni parents Cik Meduna. Ni abang Cik Meduna ...Tengku Haikal Ryan dan ini adik-adiknya Tengku Maria ... Ini pula adik bongsu ... Tengku Haris Ryzal," kata Mak Kiah.

"Hai ... wah pandai Izzat masak," puji Medisa. Dia tak sangka lelaki yang masak! Dan dia tak boleh sangka yang anaknya akan mengambil pembantu rumah lelaki!

"Hai abang Izzat," sapa Haris mesra. Izzat tersenyum kekok. Boleh ke keluarga Tengku panggil dia abang?

"Hai," kata Izzat mesra. Lagipun dia memang suka budak-budak.

"Serius lah ... mamat kampung ni masak?" tanya Meduna yang muncul entah dari mana.

"Tengku Meduna Eliysa ... mama tak ajar untuk awak biadab!" tegur Medisa. Meduna hanya mendiamkan diri. Memang teruk dia kerjakan lelaki ini. Boleh pula mama bela dia depan dia? Lelaki tu ambil kesempatan untuk menjelirkan lidah kepadanya.

Mereka kemudian makan bersama-sama. Izzat sekali lagi sempat menjelir lidah kepada Meduna. Hahaha padan muka kau!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro