Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 12

Pagi itu mereka bertiga bertolak ke bandar semula. Walaupun esok genap setahun Izzat menjadi pembantu rumahnya namun Meduna tetap menyuruh dia pulang. Dia ingin menyambut hari terakhir itu di sana dan dia mahu Izzat bekerja di rumahnya lagi. Keesokan harinya, Izzat menyuruh Meduna memanggil semua ahli keluarganya kerana dia ingin memasak untuk mereka. Meduna hanya menurut perintah dan menelefon mereka.

Sementara itu Izzat sudah menyiapkan diri di dapur untuk memasak. Waktu itu Meduna turut memakaikan dirinya apron untuk sama-sama membantu Izzat. Dan dia bercadang untuk membuat kek untuk dijamah sekali semasa petang nanti. Dia sudah membeli perkakas untuk membuat kek. Sementara itu, dia membantu Izzat untuk menyediakan juadah tengah hari.

Izzat bercadang untuk membuat ikan merah masak 3 rasa yang merupakan kegemaran Tengku Faris dan Tengku Medisa, sambal ayam yang merupakan kegemaran Tengku Ryan dan Tengku Maria, masak lemak daging yang merupakan makanan kegemaran Tengku Haris dan gulai udang kesukaan Mak Kiah. Tidak dilupakan makanan kegemaran Meduna iaitu sambal petai. Teringat dia apabila mula-mula Meduna merasa makanan itu.

Flashback

Petang itu Mak Kiah memasak sambal petai sahaja kerana kata Meduna malam itu dia akan makan di luar. Jadi Mak Kiah hanya memasak makanan kampung saja memandangkan Izzat memang tidak cerewet dalam pemilihan makanan. Namun malam itu kedai kegemaran Meduna tutup dan dia pulang awal. Apabila lihat mereka sedang memakan sambal petai dengan telur dadar, dia mencebik.

" Laparnya Mak Kiah... masakkan untuk saya yang lain boleh?" kata Meduna. Dia melihat juadah malam itu. Sambal petai? Ew busuk!

" Makan saja lah sambal petai ni. Sedap tau," kata Izzat. Meduna menggelengkan kepala.

" Tak payah manja sangat. Lagipun ayam dan daging habis. Kau nak makan apa? Meh duduk sini. Makan ni. Sedap tau. Rugi tak rasa hm," kata Izzat sambil menikmati nasinya itu.

" Aku tak makan sambal petai. Busuk dan tak sedap!" kata Meduna sambil menggelengkan kepala.

" Kau pernah rasa ke?" tanya Izzat sambil menaikkan keningnya. Meduna menelan air liur. Dia tersengih lalu menggelengkan kepala.

" Jadi... kau rasa dulu sekarang. Duduk sini. Nah aku tolong letakkan," kata Izzat sambil meletakkan sambal petai dan telur dadar di pinggan Meduna. Meduna masih mengeras di situ. Izzat terus menarik baju Meduna dan memaksa dia untuk duduk.

" Makan," arah Izzat keras. Mak Kiah hanya tersenyum dan menggelengkan kepala. Ya Allah budak Izzat ni. Sapa majikan sekarang ni? Berani betul dia paksa majikannya.

" Kau pasti sedap?" tanya Meduna. Izzat mengangguk sambil terus menikmati hidangannya. Kalau sambal petai ni ada ikan kering pula peh tiga pinggan dia boleh pergi.

Meduna membasuh tangan lalu membaca basmallah. Dia kemudian mengaul nasi itu dan menyuapkan sedikit sahaja nasi ke dalam mulutnya. Namun apa yang dia fikir adalah salah. Memang masakan itu sedap!

" Sedapkan? Ha aku cakap kau tak percaya. Kalau nak tahu... masakan kampung is the best! " kata Izzat.

Meduna mengabaikan kata-kata Izzat dan terus menikmati hidangan itu. Dia siap menambah dua senduk nasi lagi! Memang berselera sungguh. Sejak itu dia akan menyuruh Mak Kiah memasak sambal petai apabila ada stok.

End Flashback

Dan harini Meduna tersenyum lebar apabila ternampak petai di meja makan. Dia kemudian menyiapkan bahan untuk membuat kek.

*

*

*

Setelah bertungkus lumus, dia akhirnya menyiapkan kek. Dia kemudian menyuruh Izzat merasa cecair coklat untuk diletakkan di atas kek. Dia takut terlalu manis.

" Jap aku rasa," kata Izzat sambil menggunakan jarinya untuk merasa. Dia kemudian mengerutkan dahi.

" Kenapa? Manis sangat ka?" tanya Meduna.

" Pahit," kata Izzat sambil membuat muka.

" Pahit? Kau biar betul?" tanya Meduna.

" Cuba senyum sikit," kata Izzat tiba-tiba. Meduna hanya senyum, mengikut arahan Izzat.

" Ha barulah manis. Kan lagi manis jika kau senyum macam ni hari-hari. Tapi janganlah. Kalau manis nanti takut aku kena tahan dekat hospital. Kena kencing manis pula," kata Izzat sambil tersenyum.

Meduna terus mencalitkan coklat itu di muka Izzat. Padan muka. Izzat mencebik. Dia merampas mangkuk itu daripada Meduna dan turut mencalit coklat di muka Izzat. Meduna yang hangat hati terus membaling tepung ke muka Izzat. Habis putih rambut Izzat terkena tepung. Izzat tidak berhenti begitu saja... dia mengambil telur lalu membaling ke kepala Meduna. Habis busuk rambut Meduna.

" Izzat! Busuklah rambut aku. Aaaa... kau datang sini," marah Meduna. Izzat terus melarikan diri. Kini habis bersepah dapur Meduna kerana mereka berdua.

" Ya Allah... budak bertuah. Habis bersepah dapur ni!" marah Mak Kiah. Izzat dan Meduna berhenti membaling tepung. Mereka berpandangan sesama sendiri kemudian tersenyum. Mereka kemudian memandang Mak Kiah dengan satu senyuman.

" Ha jangan duk fikir nak baling dekat Mak Kiah. Satgi Mak Kiah hempuk hampa semua," Mak Kiah memberi amaran. Loghat Kedah Mak Kiah sudah dimasukkan sekali.

" Maaf Mak Kiah. Kami kebudak-budakkan sedikit..." kata Meduna sambil membaling tepung ke muka Mak Kiah. Izzat hanya ketawa di belakang sana. Mak Kiah terus mengambil telur dan membaling tepat di muka Izzat. Habis muka Izzat dipenuhi dengan tepung dan telur. Mereka bertiga menyambung membaling tepung di muka sendiri. Nasib baik menu utama sudah siap dan dihidangkan. Tinggal kek yang tiada coklat saja.

" Astagfirullah. Apa kecoh-kecoh ni?" tanya Tengku Faris. Mereka bertiga berhenti kemudian tersengih.

" Papa... eh hehe," kata Meduna sambil tersengih. Alamak macam mana ni?

" Apa yang berlaku?" tanya Tengku Medisa pula. Dia terkejut apabila dapur rumah anaknya itu selerak dan kotor dengan tepung, coklat dan telur.

" Mama! Taknak join ke mama?" kata Meduna sambil tersenyum.

" Tak payah duk gatal. Mama tak bawa baju. Dah jom bersiap. Papa kamu lapar dah ni. Katanya tak sabar nak merasa masakan bakal menantu," kata Tengku Medisa. Izzat tersenyum sipu. Malu! Akhirnya mereka membersihkan diri dan dapur itu bersama-sama. Mereka semua makan bersama-sama bagaikan sebuah keluarga.

*

*

*

" Mama... lapar aiskrim pula," kata Meduna petang itu.

" Tak payah mengada. Dah kenyangkan," kata Tengku Medisa.

" Ala... Meduna teringin ni. Jomlah teman Meduna..." ajak Meduna.

" Jom aku teman kau beli," kata Izzat. Meduna tersenyum lebar.

" Kamu tak payahlah ikut sangat permintaan Meduna tu Izzat oii," kata Tengku Faris.

" Eh takpe. Saya kan pembantu dia," kata Izzat. Mereka kemudian memandu kereta ke kedai berhampiran. Izzat masuk ke dalam kedai dan membeli aiskrim kepada Meduna.

Saat mereka berjalan untuk melintas jalan, sebuah kereta memandu laju ke arah mereka. Lebih tepat kereta itu mahu melanggar Meduna. Izzat yang terkejut terus menolak Meduna dan Izzat terlambung tinggi dek kelajuan kereta yang sangat laju itu. Darah keluar mengalir dengan banyak di kepala dan badan Izzat. Akhirnya Izzat tidak sedarkan diri. Meduna yang ditolak terkejut lalu menoleh semula selepas mendengar bunyi sesuatu dilanggar kereta. Dia terkejut apabila melihat orang ramai mengerumuni seseorang.

" Izzat," sebut Meduna. Dalam hatinya dia berdoa agar itu bukanlah Izzat. Dia berlari ke arah kerumunan orang. Dia menolak orang yang sedang berkumpul itu. Mereka hanya berdiri sahaja dan mengambil gambar. Jantung Meduna bagai ingin luruh. Orang yang berada di hadapannya ialah Izzat.

" Izzat... bangun! Aku kata bangun sekarang! Kau jangan pergi tinggalkan aku! Yang lain telefonlah ambulans. Takkan tengok saja. Bodoh! Telefonlah!" kata Meduna. Meduna menampar-nampar pipi Izzat. Akhirnya mata Izzat terbuka.

" Meduna... " panggil Izzat lemah.

" Izzat... kau bangun sekarang," kata Meduna sambil menangis.

" Medu... Meduna. Harini genap setahun kita berjumpa. Genap setahun kita berkenalan... genap setahun aku bekerja di situ. 12 Mac kita bertemu... 12 Mac juga kita berpisah. Kau... kau ingat tak dulu kita ada buat perjanjian? Aku... boleh minta apa saja kalau cukup setahun aku bekerja. Jadi aku nak kau tunaikan janji tu," kata Izzat perlahan. Meduna sambil menangis mengangguk-angguk.

" Aku... aku nak... tahu per...perasaan kau dekat aku," kata Izzat tersekat-sekat. Dia cuba melawan kesakitannya. Meduna menghamburkan tangisan. Selepas berfikir lama... dia sudah tahu perasaannya.

" A... aku cintakan kau. Aku sedar dan aku minta maaf sebab terlewat beritahu perasaan sendiri. Aku menyesal suruh kau teman aku. Aku minta maaf. Aku cintakan kau. Aku sayang kau. Aku taknak kehilangan kau. Tolong! Jangan tinggalkan aku. Jangan tinggalkan aku. Sapa yang akan membahagiakan aku? Sapa yang akan menyanyi bersama dengan aku? Sapa yang akan masak untuk aku? Kau jangan sesekali tinggalkan aku," Meduna menangis teresak-esak di samping Izzat. Meduna meletakkan kepala Izzat di pangkuan Meduna.

Izzat tersenyum dalam kesakitan. Dia akhirnya boleh berehat dengan tenang dan gembira.

" Terima kasih say... sayang. Aku pergi d... dulu. Aku harap kau tak lupakan aku. Aku... cintakan kau," kata Izzat.

" Izzat... janganlah tinggalkan aku. Izz... Izzat... tsk... tsk," kata Meduna.

" Tolong aku lafazkan syahadah bersama-sama boleh?" tanya Izzat kepada Meduna dalam kesakitan. Meduna mengangguk-angguk sambil mengalirkan air mata. Akhirnya selepas mengucap dua kalimah syahadah, Izzat pergi menghadap Illahi. Meduna meraung di samping Izzat.

12 Mac kita bertemu, 12 Mac kita berpisah. 12 Mac aku lafazkan perasaan aku kepada kau. Mohd Izzat Hakimi bin Mohd Zaim, aku cintakan kau dan aku tak akan lupakan kau

************************

Done! Terima kasih yang support cerpen ni! Yah sebenarnya cerita ni adalah hadiah saya untuk korang sempena harini 12 Mac birthday saya hiks! Cukup 12 bab saya siapkan. Maaf ending aku tetiba macam ni. Tahu macam agak tiber an tapi takpelah. Hahaha. Enjoy dan drop your comment! Saya nak survey sikit boleh?

1. Berapa bintang yang awak bagi dekat cerita ni? 

2. Macam mana dengan ending ni? Macam tiber sangat tak?

3. Ada apa nak cakap dengan saya? Hiks!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro