Bab 11
Meduna melihat kalendar yang berada di atas meja soleknya.
" Harini 07 Mac sudah. Tinggal beberapa hari cukup setahun Izzat menjadi pembantu rumahnya. Pembantu kedua yang bertahan lama selepas Mak Kiah. Tiba-tiba dia berasa kesunyian. Kalau tidak sebelum ini dia akan sentiasa melihat kerenah Izzat. Dia pasti Izzat akan pulang ke kampung selepas ini kerana dia terdengar yang emaknya sedang sakit.
Meduna memandang ke luar tingkap. Dia mengimbas kembali segala kenangan bersama Izzat. Di kolam tempat dia menolak Izzat dan di situlah pertama kali dia bercium dengan seorang lelaki.
Meduna menolak Izzat selepas melihat dia terleka. Izzat tergapai-gapai di kolam itu sambil meminta tolong namun awalnya Meduna hanya membiarkan saja. Namun apabila Meduna menoleh kembali dilihat Izzat sudah tenggelam ke dasar kolam. Allah! So memang betul lelaki ni tak pandai berenang. Meduna terus masuk ke dalam kolam dan menarik Izzat. Ditariknya hingga ke lantai kolam. Meduna menekan dada Izzat namun masih belum ada tanda dia akan sedar.
Hanya satu saja cara ... Pernafasan dari mulut ke mulut! Ditarik nafas lalu Meduna tunduk. Dinaikkan sedikit dagu Izzat dan membuka mulutnya. Tangan kiri Meduna pula memicit hidung Izzat dan Meduna menyalurkan udara ke mulutnya. Bibirnya lembut saja dan mulutnya merah menandakan lelaki ini tidak menghisap rokok ataupun vape.
Meduna tersenyum. Dia naik ke pula rooftop. Tempat dimana dia dan Izzat menghabiskan masa bersama-sama menyanyikan lagu dan berkongsi cerita.
Meduna memukul-mukul Izzat dengan kuat dan menarik rambut Izzat. Izzat meraung kesakitan lalu menarik rambut Meduna kembali. Lagi kuat Izzat tarik, lagi kuat Meduna tarik. Akhirnya mereka mengalah akibat kesakitan yang melampau. Mereka memandang sesama sendiri sebelum meletuskan ketawa. Malam ini entah kenapa perangai mereka seperti kebudak-budakan. Saat Izzat ingin berdiri, Meduna mengambil kesempatan ini untuk menendang kaki Izzat.
Namun malang tidak berbau apabila Izzat jatuh ke atas Meduna. Meduna yang terkejut terus terkaku. Kedudukan mereka adalah Meduna berada di bawah manakala Izzat berada di atas dan hanya beralaskan tangan yang menahan Izzat daripada jatuh terkena Meduna. Izzat dan Meduna memandang mata masing-masing. Lama.
Meduna mengimbas kembali saat dia demam. Dia dilayan seperti kanak-kanak.
" Jadi nak buka mulut atau nak aku cium? Pilih sekarang," kata Izzat tersenyum.
Meduna masih menggelengkan kepala. Dua-dua taknak!
" 1 "
Meduna menelan air liur. Alamak, dia main bilang pula.
" 2 "
Meduna lihat Izzat sudah meletakkan mangkuk yang berisi bubur di atas meja. Matilah! Memang apa yang Izzat cakap adalah serius. Dia tidak main-main apa yang dia cakap.
" Ti – "
Belum sempat Izzat menghabiskan percakapannya, Meduna terus membuka mulut.
" Fine ! Kau menang!" kata Meduna mengalah.
Meduna membuka mulut. First time orang suapnya. Sudah la lelaki pula tu. Entah la rasa seperti kekok pula.
"Cuh cuh ... kereta api nak masuk terowong ... ar buka mulut," kata Izzat. Cara layanan Izzat seperti sedang melayan kanak-kanak.
Dia turun pula di bahagian dapur. Di situ Izzat mengajar dia cara untuk memasak dan waktu itu dia memang terkaku habis.
Izzat yang memerhati Meduna tergelak kecil. Kesian dia lihat Meduna tersenguk-senguk menahan air mata. Izzat terus pergi ke belakang Meduna dan memegang pisau itu bersama-sama. Posisi itu tidak ubah seperti mereka sedang berpelukan.
Meduna terkaku dalam pelukan itu. Sebenarnya bukan pelukan tapi posisi itu tak ubah seperti pelukan. Tangan Izzat memegang tangan Meduna sambil menunjukkan cara-cara memotong bawang itu dengan betul.
" Kalau potong bawang merah, buat begini. Barulah mata tu tak sakit. Faham?" tanya Izzat. Lidah Meduna ketika itu kelu lalu hanya mengangguk sahaja. Izzat tergelak kecil. Comel!
Tiba-tiba dia mengalirkan air mata. Dia tidak tahu kenapa dia berasa seolah-olah dia akan kesunyian. Dia kerap bermimpi sesuatu dua tiga hari ini. Dia bermimpi yang Izzat sedang memerhatikannya dari jauh. Dia juga sebenarnya tak tahu adakah dia mencintai lelaki itu atau tidak. Dia keliru.
" Meduna sayang..." panggil Medisa perlahan. Sewaktu dia tiba tadi, dia terkejut melihat anak perempuannya itu menangis.
" Mama..." panggil Meduna sambil memeluk mamanya erat.
" Kenapa ni sayang?" tanya Medisa.
" Mama... Meduna keliru dengan perasaan sendiri. Adakah Meduna mencintai dia? Meduna tak dapat berfikir. Meduna keliru. Meduna takut kehilangannya tapi dalam masa yang sama Meduna takut untuk mencintainya," kata Meduna dalam tangisan.
Medisa tersenyum lalu cuba menenangkan Meduna.
" Sayang... dalam percintaan kita perlu percayakan diri kita. Tak perlu takut untuk mencintai dia kerana mama percaya dia seorang lelaki yang baik. Dia mampu menjaga anak mama yang garang ni. Dia mampu bahagiakan anak mama ini," kata Medisa sambil tersenyum.
" Ma... mama tahu siapa dia?" tanya Meduna terkejut. Medisa mengangguk-angguk.
" Mama tak kisah?" tanya Meduna lagi.
" Mama tak kisah sayang nak kawin dengan siapa pun. Janji dia dari keluarga yang baik dan dia orang yang mampu menjaga anak mama ini," tutur Medisa. Meduna mengesat air matanya.
" Terima kasih mama. Oh ye mama... mana Izzat dan Mak Kiah? Kenapa mama datang ni?" tanya Meduna yang baru perasan akan kehilangan mereka.
" Ya Allah... mama lupa. Mama datang ni nak beritahu kamu yang emak Izzat sudah meninggal. Jadi Izzat dan Mak Kiah dah pulang ke kampung. Mama datang ni ingat nak ajak kamulah pergi," kata Medisa. Meduna menutup mulutnya kerana terkejut.
" Innalillah..." ucap Meduna sambil berlari ke atas untuk bersiap. Dia pasti sekarang Izzat tengah bersedih.
*
*
*
Izzat berada di sisi emaknya sambil memegang tangan seerat mungkin. Dia menatap wajah emaknya buat kali terakhir. Di sebelah tangannya terdapat sebuah Yassin. Dia tidak pernah berhenti membacanya. Mak Kiah datang selepas itu selepas keluarga Meduna datang.
" Izzat... keluarga Meduna datang tu. Pergilah jemput mereka masuk," arah Mak Kiah. Izzat mengesat air matanya perlahan sebelum berdiri. Dia terus bergerak ke pintu hadapan.
" Takziah uncle ucapkan kepada kamu. Harap tabah ye," kata Tengku Faris. Izzat tersenyum pahit lalu bersalaman dengan ayah majikannya itu.
" Terima kasih uncle, aunty . Marilah masuk. Kat luar ini panas. Nanti saya ambilkan kipas untuk uncle dan aunty. " Izzat mempelawa majikannya untuk masuk.
" Salam takziah. Aku harap kau kuat," ucap Meduna pula. Meduna melihat penampilan Izzat hari ini. Dia memakai sepersalinan baju melayu. Cukup kacak dan kemas. Izzat hanya memberi senyuman kepada Meduna dan mempelawa dia untuk masuk.
Izzat membawa kipas kepada mereka sekeluarga kerana cuaca pada hari ini agak panas. Kalau orang kampung itu biasalah tapi bagi orang bandar seperti mereka memang tidak biasa. Walaupun Tengku Faris dan Medisa tidak menyuruh namun Izzat tetap membawanya. Naik segan mereka sekeluarga kerana dilayan sebgitu rupa. Keluarga mereka tidak duduk diam. Yang lelaki menolong mengangkat barang yang berat dan yang perempuan menolong menguruskan rumah.
Orang kampung di situ pun naik segan kerana orang kaya menolong mereka bersama-sama. Sudah puas dipujuk namun keluarga Meduna ini tetap menolong. Tengku Medisa menolong orang kampung memasak untuk para tetamu. Begitu juga dengan Tengku Faris sama-sama membantu penduduk kampung.
Meduna menawarkan bantuan untuk memandikan emak Izzat. Dia sudah belajar dan mempunyai pengalaman kerana dahulu dia pernah memandikan jenazah neneknya. Walaupun dicegah oleh Izzat namun Meduna tetap mahu membantunya. Jenazah Mak Enon selamat dikebumikan selepas Zohor. Pada sebelah petang, semua tetamu sudah beransur pulang. Begitu juga dengan keluarga Meduna.
" Sayang... mari pulang," panggil Medisa kepada Meduna. Namun Meduna menggelengkan kepala. Dia mahu kekal di situ untuk meneman Izzat.
" Mama papa balikla dulu. Meduna nak duduk di sini dulu. Nak teman Izzat. Kesian dia... dia tak ada sesapa dah. Jadi Meduna ingat nak teman dia dulu," kata Meduna. Tengku Faris dan Medisa mengangguk.
" Eh cik Meduna. Kenapa tak balik lagi?" tanya Mak Kiah.
" Saya nak tinggal di sini untuk beberapa hari sebelum pulang. Ingat nak teman Izzat. Kesian dia," kata Meduna jujur. Mak Kiah tersenyum.
" Kalau begitu, kamu tinggal dengan Mak Kiah. Tapi panas la sikit rumah Mak Kiah ni. Tak pun kamu pergi sewa rumah sewa. Ada satu dekat belakang ni. Situ selesa sikit," kata Mak Kiah prihatin kepada keadaan majikannya.
" Tak apalah Mak Kiah. Saya okay saja," kata Meduna.
Malam itu Meduna mengambil angin di luar rumah. Suasana kampung dan bandar amat berbeza. Meduna menghirup udara segar malam itu. Kemudian dia ternampak Izzat sedang duduk di pelantar sambil memandang bintang di langit.
" Izzat... boleh aku duduk?" tanya Meduna perlahan. Izzat yang baru tersedar akan kehadiran Meduna tersenyum lalu mengangguk.
" Duduklah," kata Izzat. Meduna mengambil tempat duduk di sebelah Izzat.
" Kau lihat apa tu?" tanya Meduna.
" Bintang. Emak aku suka bintang. Dia kata dia nak aku nanti jadi angkasawan dan pergi ke bintang atau bulan. Tak sangka malam pemergian emak aku... bulan dan bintang bersinar terang. Cantik sungguh.Dulu emak aku akan bawa aku lihat bintang dan bulan setiap malam. Waktu tu, emak aku akan bercerita tentang kisah-kisah dia dulu. Kisah-kisah cinta emak aku dengan ayah aku. Walaupun ayah aku sudah meninggal dunia namun emak tetap setia dengan ayah aku. Aku ... rindu saat itu. Aku... tsk... aku rindu," kata Izzat sambil menangis teresak-esak.
Meduna yang turut sama mengalirkan air mata turut terkesan dengan cerita Izzat.
" Kalau kau nak pinjamkan bahu aku, er... silalah," kata Meduna sambil menggigit bibirnya. Apa kena dengan kau ni Meduna!
Izzat terus menangis di sisi Meduna. Dia tidak kisah apa yang orang nak cakap. Janji dia ingin melepaskan segalanya.
*
*
*
Keesokan harinya, Izzat masih tidak seceria seperti biasa. Meduna berfikir sejenak bagaimana untuk menceriakan semula Izzat. Kemudian dia terfikir satu benda. Dia terus bergegas ke bandar dan membelikan sesuatu kepada Izzat.
Izzat duduk di pelantar yang berada di hadapan sawah padi itu. Waktu petang itu amat sesuai sekali jika duduk di situ. Sambil menunggu matahari terbenam, dia melayan perasaanya. Namun untuk seketika ada sesuatu yang menarik perhatiannya. Di hadapannya terdapat seorang budak yang memegang sebuah buku. Izzat membaca apa yang ditulis di buku itu.
Wahai jejaka yang kacak lagikan tampan
Izzat tersengih sebentar. Siapalah yang puji dia ni? Budak itu kemudian membuka halaman seterusnya.
Kalau kau sedih, mesti aku pun akan sedih
Izzat mengerutkan dahi. Sapalah yang nak teman dia bersedih?
Kalau kau menangis, hodoh tau! Baik jangan menangis. Tapi kalau kau nak menangis pun tak salah. Itukan hak kau
Izzat ketawa dengan ayat yang ditulis itu. Kelakar pula. Macam nak marah saja.
Kalaulah cinta itu dapat hadir dengan mudah, pasti aku akan cintakan kau. Tapi aku takut untuk melafazkannya. Sebab aku takut aku dikecewakan. Aku jujur, memang aku bencikan orang kampung tapi kau... hanya kau yang dapat ubah perangai aku. Dulu aku benci berehat... tapi sejak kenal kau... setiap malam kita akan menyanyi di rooftop. Setiap malam itulah aku berehat dari segala urusan dunia. Dulu aku jarang senyum apatah lagi ketawa... tapi dengan kau... aku sentiasa ketawa dan tersenyum. Walaupun jarang kita bertukar cerita namun kau lelaki dan orang pertama yang aku share cerita aku. Aku gembira disaat kau ucapkan cinta kepada aku tapi... aku tak boleh... aku keliru dengan hati aku. Beri aku masa boleh?
Izzat tersenyum apabila membaca coretan yang panjang lebar itu. Kini dia tahu siapa yang tulis semua itu. Kemudian budak itu menunjukkan sesuatu di belakangnya. Izzat kemudian terasa berdebar. Takkan la budak ini tunjuk hantu pulakan? Mana ada hantu petang-petang ni. Izzat akhirnya berpusing dan melihat ke belakang. Kemudian dia tersenyum lebar. Comel! Ada patung bear sedang melambai-lambainya.
" Happy Birthday to you...
Happy Birthday to you...
Happy Birthday to Izzat...
Happy Birthday to you"
Patung itu menyanyikan lagu untuknya. Baru dia teringat yang hari ini merupakan hari lahirnya. Namun siapa di sebalik patung itu?
Patung itu kemudian memberikan belon dan hadiah sepersalinan baju berenang. Kemudian patung itu menanggalkan kepalanya.
" Meduna!" panggil Izzat sambil tersenyum. Dia tidak menyangka yang Meduna yang berada dalam kostum bear itu.
" Hahaha... selamat hari lahir maidku. Semoga Allah sentiasa merahmati dan semoga ceria selalu. Taknak sedih-sedih tau!" kata Meduna. Meduna menanggalkan segala kostum itu. Panas!
" Terima kasih wahai majikanku yang paling hodoh! " kata Izzat sambil tersenyum manis.
" Amboi... aku ni cantik okay!" kata Meduna sambil mencekak pinggang. Izzat meletuskan ketawanya.
" Kalau nak cantik... jangan..." kata Izzat tergantung. Meduna mengerutkan dahi.
" Jangan apa?" tanya Meduna.
" Jangan marah," kata Izzat sambil tersengih. Meduna mengerutkan dahi. Tidak sempat dia berfikir, Izzat menolaknya ke dalam sawah padi. Habis dirinya dilumuri dengan lumpur dan air sawah.
" Mohd Izzat Hakimi bin Mohd Zaim!' marah Meduna. Tak guna!
Izzat ketawa terbahak-bahak. Namun tidak sempat ketawa lama, kakinya ditarik oleh Meduna ke dalam sawah.
" Ambil kau. Rasakan!" kata Meduna puas. Izzat tersenyum lebar. Melawan ek. Dia kemudian mencurah-curah lumpur ke rambut Meduna. Meduna yang tersedar terus melarikan diri di dalam sawah itu. Kemudian berlakulah kejar mengejar antara mereka berdua. Masing-masing saling mencurah dan membaling lumpur ke muka masing-masing. Hasilnya kedua-dua orang penuh dengan lumpur. Bila tersenyum menampakkan gigi putih saja. Apabila mereka berdua melihat sesama diri mereka, mereka ketawa besar.
Selepas penat mereka duduk di pondok berhampiran. Petang itu dengan badan berlumpur mereka menyaksikan bersama-sama matahari terbenam. Masing-masing melayan perasaan sendiri petang itu.
****************
Jangan lupa tinggalkan komen dan vote! Thanks sebab baca cerita tak best ni huhu!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro