Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 10

" Ajar aku untuk mencintai kau," kata Izzat sambil tersenyum.

Meduna terkaku. Apa yang Izzat cuba sampaikan sekarang?

" A... apa yang kau merepek sekarang ni?" tanya Meduna sambil mengerutkan dahi. Padahal jantungnya kini berdegup kencang.

" Aku... aku jatuh cinta dengan kau. Aku tahu aku ni bukan lelaki taste kau... tapi aku cuma nak jujur. Walaupun aku tahu kau tak akan terima, tapi aku taknak tipu diri aku. Aku taknak pendam sorang-sorang. Aku tak tahu sejak bila dan kenapa. Cinta aku berputik semula selepas dikhianati. Kau perempuan kedua yang buatkan aku... buatkan aku hanyut dalam cinta kau. Aku tahu aku siapa. Aku orang kampung. Cuma aku nak cakap yang aku memang dah lemas dalam cinta kau," kata Izzat ikhlas.

Lidah Meduna kelu. Tidak tahu nak cakap apa. Hanya mampu mendiamkan diri. Dia sendiri tidak tahu perasaannya. Entah suka, entah benci.

" Aku tahu benda ni secara tiba-tiba. Aku naik tidur dulu. Kau rehat lah ye. Aku tak paksa kau untuk terima dan aku tak suruh kau terima sebab aku takut aku tak mampu jaga kau nanti. Ye lah... aku ni orang kampung... pembantu rumah pula tu. Lain lah kau... ada ijazah, anak orang kaya dan ada syarikat. Ada masa depan... takkan lah majikan nak kawin dengan maid? Kelakar kan aku ni? Takpelah... kau rehatlah. Esok kau free kan?" tanya Izzat tiba-tiba.

Meduna sekadar mengangguk.

" Esok bangun awal. Aku ajar kau masak. Kita masak sama-sama. Dan aku nak minta tolong kau ajar aku berenang. Boleh?" kata Izzat sambil tersenyum. Meduna mengangguk lambat. Mungkin teragak-agak.

" Okay, jumpa esok pagi! Selamat malam dan mimpi indah-indah. Jangan lupa baca doa tidur. Eh apa kata kita baca doa sama-sama siap-siap? Angkat tangan... meh aku baca doa, kau aminkan." Izzat menyuruh Meduna untuk berdoa bersama-sama.

Meduna terus menadah tangan. Izzat tersenyum lalu membacakan doa bersama-sama.

" Bismika Allahhumma ahya waamut. Dengan namamu ya Allah, aku dihidupkan dan aku dimatikan," Izzat mengaminkan doa setelah selesai membaca. Meduna turut mengaminkan doa tidur bersama-sama.

" Selamat malam! Assalamualaikum," ucap Izzat sebelum meninggalkan Meduna.

'waalaikumusalam,' jawab Meduna di dalam hati. Dia terus berbaring dan melelapkan mata namun hampa. Dia gagal untuk melelapkan mata kerana asyik memikirkan kata-kata Izzat. Layakkan dia untuk mencintai lelaki yang baik seperti itu. Yang tidak pernah marah dia... yang selalu masak untuk dia... yang pandai menguruskan rumah... layakkah dia? Meduna cuba menutup mata sekali lagi dan masa berlalu dengan pantas. Sudah sejam Meduna berbaring namun dia belum ada tanda-tanda untuk tidur. Dia akhirnya bangun dan bergerak ke rooftop. Entah kenapa dia tergerak hati untuk kesana. Semasa naik, dia mendengar sayup-sayup suara Izzat mengalunkan lagu. Namun suaranya sedikit sedih? Dia hanya mendengar Izzat menyanyi di belakang. Izzat menyanyikan lagu 'Tuhan jaga dia untukku' oleh Fiena.

Tuhan
Ku mencintai dia
Namun ku terpaksa tinggalkannya

Tuhan
Ku amat menyayanginya
Namun ku terpaksa tinggalkannya

Tuhan
Tolong jaga dia untukku
Kerana hidup ini
Tidak Bermakna tanpanya

Tuhan
Hantarkan malaikat untuknya
Supaya Dia tenang hadapi segalanya

Tuhan
Ku mencintai dia
Namun ku terpaksa tinggalkannya

Tuhan
Ku amat menyayanginya
Namun ku terpaksa tinggalkannya

Tuhan
Tolong jaga dia untukku
Kerana hidup ini
Tidak bermakna tanpanya

Tuhan
Hantarkan malaikat untuknya
Supaya dia tenang hadapi segalanya

Kau utuskanlah
Rinduku kepadanya
Agar dia tahu
Tentang perasaanku kepadanya

Tuhan
Tolong jaga dia untukku
Kerana hidup ini
Tidak bermakna tanpanya

Tuhan
Hantarkan Malaikat untuknya
Supaya Dia tenang menghadapi segalanya

Tuhan
Ku mencintai dia
Namun ku terpaksa tinggalkannya

https://youtu.be/NhJ8rgnSj7I

Malas mahu menganggu Izzat, Meduna ingin turun ke bilik. Sewaktu dia berjalan, dia terpijak daun kering menyebabkan Izzat tersedar akan kehadiran Meduna.

" Meduna?" panggil Izzat. Meduna mengetap giginya. Kenapala kau bodoh sangat Meduna. Meduna berpusing semula dan tersengih.

" Er, maaf ganggu kau. Tadi aku tak boleh tidur jadi ingat nak jalan-jalan... jadi aku naikla atas. Tak tahu pula kau ada kat sini. Maaflah ganggu kau. Aku turun dulu," kata Meduna lalu menoleh ke belakang.

" Meduna kejap," panggil Izzat. Meduna memejam matanya. Ya Allah... apa dia nak buat sekarang? Tadi pun dah kekok dan sekarang ni kenapa Izzat macam relaks saja? Macam tak ada apa-apa berlaku. Meduna akhirnya menoleh semula ke arah Izzat.

" Ye nak apa?" tanya Meduna.

" Kalau kau turun pun... kau tak boleh tidur kan. Datanglah sini. Duduk teman aku. Kita tengok langit yang bertemankan bintang ini," kata Izzat sambil tersenyum. Meduna akhirnya mengalah dan duduk di sebelah Izzat.

" Cantikkan malam ni?" tanya Izzat sambil memandang Meduna. Meduna mengangguk.

" Lagi cantik sebab kau ada dekat sini," seloroh Izzat. Meduna yang mendengar terus tersipu malu. Dia sedar perengai dia sudah berubah sedikit sebanyak. Kalau dulu dia seorang yang angkuh dan berlagak dan kurang tersenyum, kini dia sudah mula beramah mesra. Dia juga kini sudah kerap berbual-bual dengan ahli keluarganya.

" Mengada-ngada lah kau ni," kata Meduna.

" Ala, tak sweet lah kau ni. Cuba bagi ayat-ayat manis sikit," kata Izzat. Meduna menjeling Izzat dengan tajam. Malam itu mereka bertukar-tukar cerita bertemankan bulan dan bintang.

*

*

*

Tidak sedar masa berlalu dengan pantas, akhirnya Meduna mula mengantuk. Dia sudah menguap banyak kali.

" Hahaha... hm kau mengantuk ke? Kalau mengantuk tidur la sebelah aku. Aku jaga kau," kata Izzat selepas melihat Meduna menguap. Meduna tanpa banyak cakap terus melelapkan mata di sebelah Izzat. Memang di atas rooftop disediakan tilam dan bantal, jadi dia tidak risau. Dan dia percayakan Izzat kerana lelaki itu tidak akan berbuat apa-apa dekat dia. Kalau Izzat nak lakukan apa-apa, dia sudah berbuat demikian sudah lama. Akhirnya Meduna terlelap di sebelah Izzat.

Izzat mengambil peluang ini untuk memerhatikan Meduna. Dia mengambil selimut lalu menyelimutkan Meduna. Dia membuang kasut Meduna dan memakaikan stokin kepada dia. Takut sejuk nanti.

" Tidurlah wahai buah hatiku. Jika kita tiada jodoh, maka di sini sahaja ikatan kita. Semoga kita akan berjumpa lagi nanti. Kontrak pun dah nak habis... jadi tempoh aku bersama dengan kau pun akan jadi singkat. Izinkan aku untuk membahagiakan kau dalam tempoh yang singkat ini. Aku tak akan bagi sesiapa sakitkan hati kau," kata Izzat sambil tersenyum. Dia memerhatikan wajah Meduna yang cantik disebalik pantulan cahaya bulan.

Izzat menjaga Meduna pada malam itu. Tidak langsung tidur. Dia berjaga dan melindungi Meduna. Sekiranya ada nyamuk, dia akan menghalau dan membunuhnya. Dia gembira apabila Meduna gembira dan dia pasti akan membahagiakan Meduna dalam tempoh yang singkat ini.

*

*

*

*

Meduna membuka mata perlahan-lahan. Semasa dia membuka mata, perkara pertama yang dia nampak adalah Izzat. Izzat memandangnya sambil tersenyum.

" Morning sweetheart !" kata Izzat. Meduna menjeling Izzat tajam. Izzat pula tersengih malu.

" Kau tak tidur ke?" tanya Meduna. Izzat menggelengkan kepala.

" Aku jaga kau. Kalau aku tidur sapa nak jaga kau?" tanya Izzat sambil tersenyum manis.

" Dah lah... kau pergi berehat. Aku pergi mandi dulu. Terima kasih sebab jaga aku semalam," ucap Meduna ikhlas. Dia tidak menyangka yang Izzat benar-benar menjaga dia.

" Pagi ini jangan lupa kelas memasak kita," kata Izzat sambil menaikkan keningnya. Meduna mengangguk menandakan dia ingat.

*

*

*

" Kita nak masak apa ni?" tanya Meduna.

" Aku ingat nak buat nasi goreng. Kau potong bawang tu," arah Izzat. Meduna melihat ke arah bawang-bawang di atas meja. Meduna menggigit bibirnya. Dia tidak pernah memotong bawang sebelum ini tapi dia taknak tunjukkan itu kepada Izzat. Dia terus bergerak ke tempat memotong dan mengambil bawang merah itu. Dia memotong kecil-kecil dan matanya mula berair.

Izzat yang memerhati Meduna tergelak kecil. Kesian dia lihat Meduna tersenguk-senguk menahan air mata. Izzat terus pergi ke belakang Meduna dan memegang pisau itu bersama-sama. Posisi itu tidak ubah seperti mereka sedang berpelukan.

Meduna terkaku dalam pelukan itu. Sebenarnya bukan pelukan tapi posisi itu tak ubah seperti pelukan. Tangan Izzat memegang tangan Meduna sambil menunjukkan cara-cara memotong bawang itu dengan betul.

" Kalau potong bawang merah, buat begini. Barulah mata tu tak sakit. Faham?" tanya Izzat. Lidah Meduna ketika itu kelu lalu hanya mengangguk sahaja. Izzat tergelak kecil. Comel!

*

*

*

*

" Selam lagilah!" arah Meduna sambil menunjukkan cara-caranya kepada Izzat. Izzat yang ketakutan terus berpaut kepada Meduna.

" Lepaslah. Macam mana nak belajar kalau asyik pegang aku saja ni?" tanya Meduna. Izzat terketar-ketar melepaskan diri daripada Meduna. Dia akhirnya berseorangan di tengah-tengah kolam itu.

" Gerakkan kaki perlahan-lahan dan relakskan badan kau. Buat perlahan-lahan," kata Meduna. Izzat menelan air liur lalu mengikut arahan Meduna. Dia akhirnya tidak dapat menyeimbangkan diri lalu tenggelam. Meduna terus berenang dan membawa Izzat ke permukaan.

" Okay goodjob! Nanti lama-lama pandai la tu. Nanti kita belajar lagi okay? Aku kena pergi pejabat dulu ni." Meduna berkata lalu naik ke biliknya. Izzat akhirnya mampu tersenyum. Dia sudah ubah sikap Meduna yang dulunya angkuh kini comel seperti arnab.

Mereka berdua saling mengajar. Izzat mengajar Meduna untuk memasak manakala Meduna mengajar Izzat untuk berenang. Hubungan mereka menjadi lebih akrab. Mama dan papa Meduna juga tidak kisah akan hal mereka. Selepas peristiwa Tengku Zulkifli mencuba untuk merogolnya, papa dan mama Meduna sudah melaporkan kes itu ke mahkamah dan mereka sudah membatalkan segala majlis pernikahan. Mak Kiah juga gembira kerana Meduna sekarang bukan lagi seperti dulu.

" Seronok saya tengok mereka berdua puan," kata Mak Kiah kepada Medisa.

" Betul tu. Kalaulah Izzat itu jodoh Meduna... saya tak kisah. Lagipun budak itu memang baik. Dia seorang saja yang boleh kawal Meduna. Dia seorang saja yang boleh mengubah Meduna. Saya percaya budak itu akan dapat menjaga Meduna. Saya dapat lihat daripada mata mereka berdua... kekuatan cinta itu. Cuma mungkin Meduna yang tidak dapat meluahkan perasaanya. Mungkin masih dalam kekeliruan. Kita doakan yang terbaik saja," kata Medisa. Mak Kiah mengangguk-angguk tanda bersetuju.

**************

Drop your comment dan tinggalkan vote! Btw dah nak habis dah ni! Sikit je cerita ni!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro