❤BAB 1❤
" Apa! Berhenti lagi?" Aku mula penat dengan perangai bibik rumah aku ni. Tak habis-habis berhenti ... kerja tak sampai 2 bulan dah stop.
"Betul cik, Bik Santi dah berhenti," kata Mak Kiah, seorang pembantu rumah yang satu-satunya mampu bertahan dengan perangai aku, yakni Tengku Meduna.
"Ish menyusahkan! Haih penat aku cari ... hilang begitu saja ... apa ingat rumah aku ni hotel?" marah Meduna.
"Sabarla cik ... ala dia orang mungkin ada kerja lain la tu." Mak Kiah cuba menyedapkan hati tuannya ... siapa la tak kenal? Tengku Meduna yang garang walaupun bermuka cantik.
"Hm haih serabut lah. Mak Kiah cari la sorang lagi ... kesian pula saya tengok ...Mak Kiah nak kena masak lagi nak kemas lagi ... Mak Kiah cari eh ... saya dah lewat nak pergi kerja ... bye." Aku terus masuk ke dalam kereta dan memecut ke syarikat papaku.
Mak Kiah tersenyum. Itulah majikannya ... walaupun garang tapi dalam hatinya baik sangat. Sebab itulah hanya dia yang mampu bertahan. Sudah beratus-ratus bibik yang lari dan dibuang kerja dek Tengku Meduna. Hm siapa lah yang dia nak cari?
Aku dengan angkuh memasuki pejabat Gold Empire yang dimiliki oleh ayah aku iaitu Tengku Faris. Pekerja-pekerja di syarikat itu menyapa aku seperti biasa namun aku tiada masa nak melayan. Ada juga yang berbisik sesama sendiri selepas aku beredar dari tempat itu. Aku masuk ke pejabat aku dan duduk di kerusi kegemaran aku. Namun panggilan telefon daripada ayah aku membantutkan kerjaku.
" Tengku Meduna Eliysa Binti Tengku Faris! Datang ke bilik papa sekarang!" kata Tengku Faris.
" Kenapa papa?" tanya aku malas.
" Datang sini sekarang," balas Tengku Faris. Meduna mematikan talian dan menghembuskan nafas. Dia segera bergerak ke bilik papanya.
Tok Tok Tok
Aku mengetuk pintu bilik papa aku kemudian masuk ke dalam biliknya. Tengku Faris merenungnya tajam. Aku menelan air liur.
" Ada apa papa? Meduna sibuk ni," kata aku ringkas. Tengku Faris memberi satu dokumen kepada aku. Aku mengerutkan dahi lalu mengambilnya. Aku buka fail itu dan membaca sekilas.
' Ini projek syarikat papa dengan Mega Sdn. Bhd. Aku yang uruskan syarikat ni rasanya,' desis aku dalam hati.
" Dah baca kan? Dato Zaini ada complaint yang Meduna tidak beri kerjasama dengan dia. Kamu tahukan itu syarikat besar? Banyak yang kita rugi tau bila gagal dapatkan kepercayaan mereka. Minggu hadapan papa nak kamu pergi berunding dengan dia Kembali!" arah Tengku Faris.
Aku mendengus kasar. Dato Zaini tidak asing lagi dengan dunia perniagaan tetapi perangai miangnya yang tak boleh blah . Hari itu waktu dia berunding boleh pula orang tua tu kenyit mata dengan dia. Bukan tu saja, orang tua tub oleh pula cuba nak pegang tangan dia. Sakit hati! Tapi lihat muka papanya buatkan dia sukar menelan air liur. Nak tak nak kena hadap jugalah!
************
Izzat duduk termenung sambil melihat keindahan sawah padi itu. Haih sekarang zaman semua nak sijil tinggi-tinggi. Hm dia bukannya bodoh ... SPM dapat 8A1B cuma tu la sebab masalah kewangan dia tidak dapat menyambung pelajaran maka dia sudah menganggur 4 tahun. Ya umurnya sekarang 21 tahun sudah. Lamunan Izzat terhenti apabila teksi berhenti di hadapan rumahnya. Oh Mak Kiah. Mak Kiah bekerja di Kuala Lumpur dan akan pulang ke kampung sebulan sekali untuk menjenguk anak-anak nya.
"Assalamualaikum Mak Kiah ... cuti ka?" Izzat hanya menyapa santai.
"Waalaikumusalam oh Izzat ... ha ah Mak Kiah cuti ... biasalah sebulan sekali," kata Mak Kiah sambil tersenyum.
"Oh," Izzat hanya meng'oh'kan saja.
Mak Kiah berlalu untuk naik ke rumahnya. Sebelum naik dia terserempak dengan mak Izzat, Mak Enon.
"Apa khabar Kiah oi" ucap mak Enon gembira. Kawan baik biasalah.
"Alhamdulillah sihat ... ni majikan aku ada bagi duit tadi ... aku pun dalam perjalanan beli la buah rambutan ni ... jom la makan. Kuih pun aku beli," ajak Mak Kiah. Mak Kiah dan mak Enon berkawan baik sejak kecil. Mereka naik ke rumah Mak Kiah untuk bersembang lagi. Maklumlah sebulan sekali saja jumpa. Kadang kala tiga hari tapi mungkin kali ni majikannya sibuk.
"We Kiah ... takdak kerja ka kat anak aku tu? Dia tu yang tahu makan, tidur lepastu termenung. Kot kampung ni mana ada kerja kosong. Nak pergi jauh mana la aku ada duit. Kalau ada pun budak bertuah tu ada sijil SPM ja." Mak Enon bercerita kepada Mak Kiah tentang anaknya, Izzat.
"Hm ... ha erm bibik dekat rumah majikan aku tu dah keluar dan majikan aku suruh la aku cari orang. Ya la kalau aku sorang jenuh la tak cukup tangan. Aku tengok budak Izzat tu pandai kemas rumah. Boleh masak lagi! " cadang Mak Kiah. Mak Enon berfikir sekejap lalu mengangguk. Dia kemudian tersenyum lebar.
"Ha elok lah tu. Kau bawa budak tu. Izzat ni memang suka bab mengemas rumah. Masak pun tahu. Aku pun pelik kadang-kadang ... anak aku ni lelaki ka perempuan? Teruna ka dara. Haih pening aku. Kerja membaiki motor dia tak suka ... kalau tak, boleh la kerja dengan Pak Ali tu. Tapi katanya tak minat tapi takpalah ... aku tak teruk sangat buat kerja rumah ... kalau tak mana nak masak ... mana nak kemas rumah mana nak menjahit lagi," adu Mak Enon. Mak Enon mengambil upah menjahit secara kecil-kecilan di kampung. Bolehlah untuk tampung keluarga.
"Ha elok la tu. Esok petang ikut aku," kata Mak Kiah terus bersetuju. Dia kenal sangat dengan perangai Izzat yang amat sukakan kerja-kerja perempuan. Masakan yang dia masak pun bukan main sedap!
"Mohd Izzat Hakimi Bin Mohd Zaim! " panggil Mak Enon kuat. Izzat yang termenung jauh tersentak apabila suara emaknya yang kuat memanggilnya.
"Ya mak ... ada apa?" tanya Izzat.
"Petang esok kamu kerja dengan Mak Kiah ni. Katanya ada kosong," arah Mak Enon.
"Kerja apa?" tanya Izzat sambil tersenyum. Kalau kerja baiki-baiki moto memang dia tolak! Dia tak suka. Tapi bukan bermakna dia ni pondan. Cuma dia suka buat kerja rumah sebab mudah dan berbaloi.
"Pembantu rumah lah ... Mak Kiah kerja apa lagi kat sana," kata Mak Kiah sambil menghirup kopi pekat buatan anak Mak Kiah.
"Ada ka maid lelaki? Macam pelik saja," kata Izzat memberi pandangannya.
"Kau sekarang nak kerja ka apa? Pergi saja la haih bertuah sungguh! Belum cuba belum tahu." Mak Enon memarahi anaknya. Uish garang benar Mak Enon.
"Hm bolehlah. Rumah kosong ada tak? Nak tidur mana nanti?" tanya Izzat kepada Mak Kiah.
"Ha ah la Kiah. Anak aku nak tidur mana?" tanya Mak Enon risau. Dia bukannya ada duit sangat nak tampung perbelanjaannya.
"Jangan risau dekat rumah tu setiap bibik akan ada bilik masing-masing. Kamu tidur bilik tu la," jawab Mak Kiah sambil tersenyum. Dia faham sangat kerisauan kawan baiknya itu. Dia sendiri pun susah dan dia pergi bekerja sebagai pembantu rumah dulu pun risau dengan rumah tumpangan. Rumah dekat sana mana ada sewa lima ratus. Habis murah seribu. Gaji pula bukannya sampai dua ribu. Mana nak bayar rumah sewa lagi, belanja anak-anak lagi. Nasib baik Tengku Meduna menyediakan bilik untuk pembantu rumahnya.
"Beres," kata Izzat memberi kata putus! Akhirnya dia akan dapat kerja!
************
Tengku Meduna duduk di sofa sambil membuat kerja pejabatnya. Tiba-tiba pintu rumahnya dibuka. Oh Mak Kiah dan seorang lelaki? Hm kacak tapi baju yang dipakai macam orang kampung? Ew!
"Assalamualaikum cik ... erm hari tu cik suruh Mak Kiah cari pembantu rumah kan ... erm perkenalkan ni Izzat anak kawan baik Mak Kiah ... Izzat perkenalkan ni Tengku Meduna ... majikan dekat rumah ni," tutur Mak Kiah sambil memperkenalkan diri.
Meduna menjongketkan kening. Seriuslah? Lelaki? Maid? Heh!
"Seriuslah Mak Kiah ... lelaki? Boleh ka buat kerja?" tanya Meduna ragu-ragu.
"Aku boleh lah. Jangan pandang sebelah mata ja. Dont judge a book by its cover okay," kata Izzat membela diri.
"Tiber ... fine tapi ada peraturannya ... kalau kau tak boleh buat ... berambus dari sini!" kata Meduna sambil menjeling lelaki di hadapannya.
"Apa?" tanya Izzat malas ingin melayan. Haih. Garang gila perempuan tua ni. Ish!
"First! Buat kerja elok-elok. JANGAN MENCURI," larang Meduna menekankan jangan mencuri. Bukan apa dia geram dengan orang yang suka mencuri ni. Pernah pembantu rumahnya mencuri barang kemas kegemarannya sampai licin! Mengamuk satu hari sampai tempiasnya terkena pada orang di sekelilingnya.
"Miskin-miskin aku pun ... tak pernah mencuri okey," kata Izzat. Mak Kiah di sebelah cuma menunduk. Meduna menjeling tajam.
"Second. Jangan masuk ke bilik aku di tingkat 3. Senang cakap! Jangan jejak ke tingkat 3!" kata Meduna angkuh. Izzat mengangguk.
"Dan last! Kalau kau tak tahan dengan makian aku ... boleh blah ya wahai Izzati," kata Meduna menukarkan nama Izzat kepada Izzati. Sengaja dia nak sakitkan hati lelaki di hadapannya ini.
"I.Z.Z.A.T. Ya aku setuju ... aku akan buktikan dekat kau yang aku akan tahan!" kata Izzat sambil mengangkat tangan tanda berjanji. Setakat buat kerja rumah, setiap hari dia buat. Makian? Cacian? Dah banyak kali dengar!
"Fine. Kalau kau berjaya, aku akan tunaikan apa saja yang kau nak ... tapi kalau kau kalah dan tumpas awal ... aku akan sebarkan muka kau dekat public dengan nama 'Izzati' okey ... Deal?" kata Meduna sambil mencabar Izzat. Izzat menarik nafas yang dalam lalu menghembusnya.
"Deal!" kata Izzat bersetuju.
"Okey boleh start kerja. Pergi mop lantai tingkat ini dengan tingkat 2," arah Meduna .
"Dengan berbesar hati Miss Singa," kata Izzat sebelum memegang tangan Mak Kiah. Mak Kiah menggelengkan kepala. Haih budak-budak ni cari nahas saja. Sabar saja lah!
Meduna terus menyambung kerja yang ditangguh sebentar tadi. Dia melihat jam di telefonnya.
" Hari ini 12 Mac 2019. Budak kampung tu kerja. Aku nak tengok berapa hari dia boleh tahan. Aku pasti dia tak boleh nak tahan punya!" kata Meduna yakin.
*
*
*
*
*
Hai guys bertemu lagi kita hehe dalam story yang baru ni. Okay sejujurnya ini cerita saya yang dah diunpublish dan diolah semula... jadi 80% memang guna watak baru. Kalau saya ada terguna watak lama tu komenlah hehe. Jangan lupa untuk teruskan support saya dan tekan butang vote dan komen! Happy reading! Ini hanya short story bukan novel! InsyaAllah soon ada satu novel!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro