Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Antara dua takbir

Lensa mikroskop cerita kini mengalihkan fokus pada sudut slaid bumi yang lain. Lampu LED salah satu balkoni di bangunan pangsapuri sepuluh tingkat di tengah kota yang pesat membangun itu terbuka. Satu figura sederhana tinggi keluar setelah sliding door terbuka. Siku kiri diletakkan di pagar balkoni menongkat seluruh tubuh. Tapak tangan kanan menggosok belakang leher yang terdedah.

Angin malam kota dingin menyentuh kulit. Aku menggosok-gosok leher biar terhasil sedikit haba.
Buzzz.
Aku meraba poket seluar trek. Skrin menyala menyuluh muka. Aku mengecilkan mata setelah rasa seperti cahayanya mencucuk mata. Notifikasi dari group aplikasi hijau pujuk.

Epul: Wei, movie jom. Ada cerita baru keluar esok.
Ammar: Onz.
Ammar: Book 4 orang.

4 orang maksudnya termasuk aku. Aku mula menekan-nekan skin.

Bila?
Epul: Jap nak check

Seminit kemudian, telefonku membali bergetar tanda ada notifikasi baru masuk.

Epul: Tinggal pukul 6.30pm je wei.
Epul: Aku dah book.
Epul: Takut habis tiket
Ammar: Ok
Apik: Orait

Aku meraup muka. Perasaan bercampur. Gembira tapi tidak gembira. Dalam kepala mulai merancang tentatif esok.

...........

Aku mengerling jam di tangan sekilas. Jarum pendek duduk di antara nombor 5 dan 6 manakala jarum panjang tepat menunjuk ke angka 6. Dari jauh aku melihat batang tubuh tiga orang temanku. Dengan jarak 5 meter aku sudah cam. Aku tersenyum kecil. Sampai di tempat mereka berkumpul, aku menarik kerusi dan melabuhkan punggung. Hampir sejam kami berborak. Macam-macam topik yang dibicarakan dari hal tempat kerja hingga ke kenangan-kenangan semasa menuntut ilmu dulu, hingga ke cerita yang akan kami tonton sekejap lagi. Cuma satu topik sahaja yang aku tunggu namun, tidak ada seorangpun yang memulakannya. 10 minit sebelum pukul 6.30pm, Epul bingkas bangun. " Jom-jom" Kami bergerak ke pintu 3 beramai-ramai.

Plot ceritanya mantap. Aksi daripada barisan pelakon menambah rasa. Cuma sepanjang menonton, aku tak senang duduk tidak seperti mereka bertiga yang fokus pada skrin besar di hadapan kami. Usai ceritanya kami keluar melalui pintu tadi juga. Mulut semuanya tidak berhenti-henti mengulas cerita tadi. "Aku nak pergi level 2 ni, magrib." Kataku singkat pada Apik di sebelah. Apik terkebil-kebil memandang aku. "Jomlah" sambungku lagi mencuba nasib. "Aku di rumah, bro" Jawab Apik tak memandang aku. "Oh" pendek jawabku. Bersama segunung husnudzon, aku pangkas segala persoalan dalam kepala. "Nanti bagitahu dorang, kalau nak ikut. Aku mintak diri dulu" menonong aku meninggalkan apik selepas menepuk bahunya. Epul dan Ammar jauh tertinggal di belakang. Aku tidak ada masa menunggu lagi. Aku pandang jam di tangan sekilas. 8.35pm. Aku ada masa 10 minit lagi. Langkah semakin laju serentak dengan degupan jantung. Sampai di surau, hati aku tak berhenti-henti istighfar. Banyak sungguh selipar di muka pintu. Aku beratur menunggu giliran berwuduk. Di barisan aku, ada 2 orang lagi di depan. Aku berkira-kira mahu ke tandas untuk berwuduk di sinki. Namun, barisan di sebelahku, juga 3 orang yang sedang beratur, kini tinggal dua. Orang kedua berwuduk dengan anggota yang wajib sahaja. Mungkin semua sudah sedar waktu magrib sudah mahu habis. " Ya Allah, mudahkanlah."

Aku bergerak ke baris sebelahku memandangkan barisnya lebih pendek. Sungguh, Allah mudahkan. Orang di hadapanku berkumur dan berlalu pergi. Dia masih ada wuduk rupanya. Aku cepat-cepat, berwuduk dan ke ruang solat. "Allahu akhbar". Semasa sujud terakhirku, telefon di poket seluarku bergetar. Tanda ada notifikasi. Isyak. Makin berat rasa hatiku. Aku menyudahkan solat magrib 3 rakaat. Aku bangkit lagi untuk 4 rakaat seterusnya bersama dengan rasa sesal. Astaghfirullah astaghfirullah astaghfirullah aku ulang tak henti-henti sambil meninggalkan surau.

Sepanjang perjalanan pulang, fikiranku entah ke mana-mana. Teman aku ramai, Ya Rabb. Kawan sekolah, kawan universiti, kawan tempat kerja, kawan sehobi, kawan alam maya yang aku bawa ke alam realiti,  kawan kepada kawan. Tapi kawan ketika menujuMu tidak ramai. Entah sampai mana mahu aku bawa persahabatan-persahabatan ini. Namun sebolahnya mahu sampai syurga.

Mereka ni orang baik.  Call sahaja. Pasti diangkat. Hantar saja kata sepatah dua. Berdesup datang menolong. Mereka juga tidak menghanyutkan jauh lagi melemaskan cuma aku tak mampu menarik. Maafkan aku, duhai teman.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro