18🔗. [my love forever]
SAEMIN POV
"Sayang.. you punya boyfriend on the way datang sini lah. Wahh, kenapa you senang kena tipu dengan I but the fact you two love each other. Sedihlah korang dah sweet but tak percaya each other." kata Zuho sambil memegang muka aku.
"Kau jijik Zuho! Kau jijik! Sumpah kau jijik! Aku benci kau! Kau bukan manusia! Kau binatang Zuho! Binatang!!" jerit aku kemudian ludah ke muka Zuho. Zuho mengelap mukanya lalu menarik rambut aku dengan kasar.
"You tau tak.. makin you buat I macam ni.. makinlahhhh I sukakan you tau Kim Saemin. You tau tak I dah lama suka kan you. Ahahaha kenapalah you still buta and nak kan jantan tu." kata Zuho lalu mencium aku kasar. BANGANG ZUHO NI! MEMANG BANGANG!
Masa Zuho kiss aku kasar tu, pintu tempat aku kena ikat tu terbuka dan aku nampak Yoongi. Yoongi try nak pergi ke aku tapi ada budak Zuho tahan dia.
"Wuu well well well.. who just come here. Sorrylah kau terpaksa tengok aksi-aksi sweet aku dengan awek kau." kata Zuho lalu menarik lagi rambut aku. Aku menahan kesakitan dan aku nampak muka Yoongi risaukan aku.
"Kau lepaskan dia Zuho! Apa dia buat sampai kau nak culik dia haa!" kata Yoongi. Zuho melepaskan rambut aku lalu pergi ke arah Yoongi. Aku mengambil kesempatan ni untuk keluarkan phone cikai aku untuk call Jimin. Aku terus tekan call sebab aku just save number Jimin and Samuel oppa je dalam ni.
"Tapi kan.. aku pelik kenapa kau boleh suka perempuan ni? Dia kan buli kau dulu." tanya Zuho kepada Yoongi. Aku hanya berharap Jimin jadi budak pintar yang angkat call ni and tunggu lepastu dia dapat cari kitaorang dekat mana.
"Kau tak tau apa-apa pasal cinta Zuho! Kau just tau untuk puaskan nafsu kau! Kau tak cintakan orang tu for who they are! Itu semua nafsu kau Zuho! Nafsu kau je! KAU HIDUP JUST UNTUK PUASKAN NAFSU KAU TU JE! KAU BINATANG ZUHO!" kata Yoongi sambil menumbuk muka Zuho sehingga jatuh. Zuho bangun lalu menumbuk Yoongi dengan kuat dan berkali-kali. Aku dah tak sanggup nak tengok.
"ZUHO!! BERHENTI!! JANGAN TUMBUK DIA LAGI!! PLEASE!! AKU MERAYU!! JANGAN TUMBUK YOONGI LAGI!!" jerit aku sambil menangis. Aku dah tak sanggup nak tengok Yoongi kena tumbuk. Aku tak sanggup tengok Yoongi sakit sebab aku lagi. Kenapa aku perlu hidup lagi kalau aku asik sakitkan orang yang aku sayang.
"Saemin.. noo.. jangan merayu dekat binatang ni.. biarkan I kena semua benda sampai dia puas.. I sayangkan you, I nak you selamat. Biar I tanggung semua ni okay. Just please I merayu dekat you.. tolong sangat-sangat jangan merayu dekat binatang ni." kata Yoongi kepada aku sambil menahan kesakitan.
JIMIN POV
Masa kitaorang dah sampai dekat tempat tu, Saemin noona call aku tapi guna number private dia yang aku ada. Dia selalu call aku kalau dia gaduh dengan Yoongi hyung. Aku angkat call tersebut.
"Hello.. noona.. noona dekat mana ni? Noona okay tak?" tanya aku.
"ZUHO!! BERHENTI!! JANGAN TUMBUK DIA LAGI!! PLEASE!! AKU MERAYU!! JANGAN TUMBUK YOONGI LAGI!!" jerit Saemin noona sambil menangis. Aku terkejut dengar jeritan noona.
"Noona!! Noona dekat mana tu!" kata aku dan kemudian semua pandang aku. Tiba-tiba talian terputus sebab dekat tempat kitaorang pergi ni line dia terpadam.
"Saemin ke tu Jimin? Dia dekat mana sekarang? Dia dengan siapa? Kenapa dengan dia? Dia okay tak?" tanya Samuel hyung.
"Jimin tak tau lah hyung.. dia ada sebut nama Zuho dengan Yoongi hyung. Dia suruh Zuho jangan tumbuk Yoongi hyung lagi. And suara dia.. tengah nangis." kata aku dengan risau.
Samuel hyung risau gila dan dia fikir dekat mana agaknya Saemin noona dengan Yoongi hyung ada. "Okay hyung tau diaorang dekat mana. Jom." kata Samuel hyung dan kitaorang semua ikut dia.
SAEMIN POV
"Wahh wahh wahh.. sweetlah korang ni. Em kalau tulah yang you cakap Saemin.. I macam rasa nak belasah dia teruk lagi lah." kata Zuho lalu memberi satu tumbukan yang agak kuat ke muka Yoongi.
"BAEK ZUHO!" jerit aku.
"Ahaha bestlah macam ni. Dapat seksa dua orang dalam satu masa." kata Zuho dan budak-budaknya gelak bersamanya.
Tanpa aku sedar Yoongi mendekati Zuho dan dia menumbuk Zuho dan yang lain lalu terus menuju ke aku.
"Sayang you okay tak? Okay I bawa you keluar okay. Zuho akan ambil masa untuk bangun sebab I tumbuk dia kuat sangat." kata Yoongi sambil menolong membuka ikatan aku.
"I minta maaf.. sorry sangat.. I sayangkan you.." kata aku dengan air mata yang mengalir. Yoongi mencium dahi aku dan mengusap air mata aku. Sebelum Yoongi dapat membuka ikatan aku tiba-tiba..
*bang bang*
Satu bunyi tembakan yang amat mengejutkan aku dan Yoongi. Dan pada masa yang sama pintu tempat itu dibuka lagi dan aku nampak Samuel oppa, BTS or Black Scorpion dan sedikit budak aku ada. Thank god diaorang pandai.
"Wow... another suprise.. ahaha baguslah korang datang sini. Movie baru nak start." kata Zuho dengan pistol ada ditangannya.
"Zuho.. kau jangan buat apa-apa dekat adik aku Zuho!" tengking Samuel oppa.
"Ahaha aku tak boleh jamin. Ni semua ikut apa yang dah ditulis." kata Zuho. "But now.." *bang* satu lagi tembakan dilepaskan. "Kau pergi sana Yoongi!" kata Zuho dengan menujukan pistol ke arah Yoongi.
"Zuho.. jangan tembak dia.. please. Kau tembak je aku. Please." kata aku sambil menangis.
"Saemin!" panggil Yoongi sambil menggelengkan kepalanya.
"I tak ada choice lain Yoongi. I dah banyak sakitkan orang, lagi-laginya you. I banyak susahkan orang. I banyak susahkan Samuel oppa dengan samchon and also Yixing oppa and my parents." kata aku.
Zuho beralih ke aku. "Wow.. you betul-betul menyedihkan kan. Tapi I nak kan you so emm rasa lagi bagus bunuh Yoongi ni kan. Ahahaha." kata Zuho dan kembali beralih ke Yoongi.
"Zuho.. bunuh aku.. tembak aku. Kau boleh amik Saemin lepas kau bunuh aku. Please. Biarkan Saemin hidup. Spare her and take me." kata Yoongi.
"Ahaha kau memang baguskan Yoongi. Haihh korang ni suka peningkan aku lah." *bang* satu lagi das tembakan dilepaskan di udara. Suasana jadi senyap.
"Okay so aku rasa aku dah buat keputusan. Kalau aku bunuh Yoongi bagus sebab banyak manfaat yang aku dapat.. ahaha..." kata Zuho tapi tiada satu das tembakan pun yang dilepaskan. ".. but so sad Yoongi.. kalau aku bunuh kau.. Saemin tak akan cintakan aku dan tu buat aku rasa nak kerat kau seribu." Zuho beralih kepada aku dan terus tembak aku tepat. Aku terkejut tapi aku gembira sebab orang yang aku sayang still hidup.
THIRTH POV
Yoongi terus pergi kearah Saemin sejurus sahaja dia ditembak oleh Zuho. Yoongi meletakkan kepala Saemin di atas ribanya. "Saemin.. please buka mata.. tahan okay. Jangan tutup mata. Kita tunggu ambulance sampai okay sayang. Please jangan tutup mata." kata Yoongi sambil menangis melihat Saemin.
"Yoon.. Yoongi.. I.. I nak minta.. maaf dekat you. I tak.. tak percayakan you. Sorry. But this is the best sayang. Cari.. someone yang lagi baik dari I. Protect her.. love her.. like you love and protect me okay sayang, promised me that. And.. oppa.. Saemin.. tak salahkan oppa.. sebab oppa tak dapat selamatkan Saemin... Saemin yang pilih semua ni. Jaga eomma dengan appa elok-elok. Saemin sayang semua orang. I will go rest in peace now..." kata Saemin sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya.
"Saemin.. Saemin.. bangun Saemin.. jangan tinggalkan I Saemin." nangis Yoongi.
Samuel juga mengalirkan air matanya kerana satu-satu adiknya itu telah pergi meninggalkannya buat selamanya. Samuel memegang bahu Yoongi. "Yoongi.. jangan nangis.. biarkan dia pergi dengan tenang. Yoongi tak buat salah, Saemin tak buat salah. Ni semua takdir Yoongi. Takdir." kata Samuel menenagkan Yoongi.
"Kalau aku ikut korang tadi.. kalau aku suruh korang tunggu.. kalau aku tak ego.. kalau aku terus protect dia even dia tak suka.. kalau aku terus jujur dulu.. SEMUA NI TAK AKAN JADILAH!" berontak Yoongi.
"Yoongi.. jangan salahkan diri kau. Yoongi kena tabah. Dia still sayangkan Yoongi." pujuk Jin.
"Zuho.. MANA ZUHO!! MANA JANTAN TAK GUNA TU!! AKU NAK BUNUH DIA!! MANA DIAAAAA!!!!" berontak Yoongi lagi. Zuho telah melarikan diri bersama orang-orangnya dan tidak tau pergi ke mana.
Tidak lama kemudian ambulance datang bersama polis.
Saemin dibawa ke hospital untuk ke bilik mayat. Ketika pengebumian Saemin, appa dan eomma Saemin sedih sangat tetapi dalam masa yang sama mereka berasa bersyukur kerana mereka dapat berjumpa dengan anak bongsunya sebelum dia pergi meninggalkan dunia ini. Yoongi kembali cold dan tidak bercakap dengan sesiapa. Di pengebumian Saemin, dia memakai cermin mata hitam untuk menyembunyikan matanya yang bengkak.
Ketika hanya tinggal ahli keluarga Saemin, Yoongi turut menunggu. Dia tunggu lebih lama dari orang lain. Dia tidak mahu balik kerana dia terlalu sayangkan Saemin dan rasa bahawa dirinya yang patut dipersalahkan kerana tidak mampu menyelamatkan Saemin.
Semua orang sudah balik ke rumah tetapi Yoongi masih lagi di tanah perkuburan. "Sayang.. I tau I pun salah. Tapi kenapa you bagi I hidup sedangkan I dah tak ada siapa dekat dunia ni. Sayang.. I janji I akan cari orang yang macam you. Not more or less. And thank you sebab at last you pakai rantai ni even now.. rantai ni kembali balik kepada I. I will come and see you next time sayang. I love you." kata Yoongi lalu beredar dari situ.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
3 tahun kemudian...
Yoongi belajar dalam bidang saintis dan BTS yang lain ada dalam bidang kedoktoran dan lain-lain. Sekarang ini merupakan semnya untuk practical.
Yoongi mengambil bidang saintis kerana Saemin dahulu sebelum dia pergi dia telah berhasrat ingin menjadi saintis, jadi Yoongi merialisasikan impian Saemin.
Ketika mereka disuruh untuk berkumpul, mata Yoongi terpaku ke arah seorang perempuan yang rupanya seakan-akan Saemin. Sepanjang hari Yoongi memerhatika perempuan tersebut dan mendapati perangainya sama sepergi Saemin. Jadi Yoongi bertekad untuk menegur perempuan tersebut.
"Hai.. nama awak siapa?" tegur Yoongi. Perempuan itu sentiasa seorang diri jadi Yoongi tidak berasa begitu malu.
"Owh.. hai.. nama saya Junghwa. Kang Junghwa." kata Junghwa.
'Saemin.. I jumpa orang yang sama macam you. I harap you bahagia dekat sana and yes I akan always protect dia macam mana I protect you.' kata hati Yoongi.
Yoongi semakin hari semakin rapat dengan Junghwa dan Yoongi cuba untuk tidak mengulangi kesilapannya yang lama. Dia tidak ingin kehilangan Junghwa seperti mana dia kehilangan Saemin.
3 minggu..
"Yoongiii!! Cepatttt!! Kita dah lambat ni!!" panggil Junghwa.
"Ye kejaplah mak cik!!" balas Yoongi sambil berlari ke arah Junghwa.
"Eh saya asik nampak awak pakai gelang yang sama je and also that rantai. Macam tak pernah buka even kalau buka time experiment awak akan simpan dalam baju. Special sangat ke?" kata Junghwa.
"Yes.. special sebab ni hadiah dari orang yang saya paling sayang ada and saya sayang dia sampai sekarang even dia dah tak ada." kata Yoongi. 'Sayang.. I still tak lupakan you. Love you babe.' kata hati Yoongi.
[THE END]
SEE YOU IN NEXT BOOK!!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro