12🔗. [childhood friends]
SAMUEL POV
"Saemin.." panggil aku apabila melihat Saemin sedang duduk dimejanya.
"Apa." katanya ringkas dengan nada sakit hati.
"Saemin marahkan oppa ke? Sorry, oppa tak ada niat pun nak tengking Saemin. Maafkan oppa okay." kata aku kepada Saemin. Saemin tidak berkata apa-apa.
"Oppa restu hubungan korang. Oppa just takut Yoongi tak terima Saemin yang sekarang je. Oppa ada cakap dekat Yoongi, kalau Saemin ni as gangster dia still sukakan Saemin ke tak. And he say..." kata-kata aku dihentikan kerana aku nak tengok reaksi Saemin.
"Dia cakap apa oppa?" kata Saemin terus menghadap aku. Aku membuat muka sedih kononnya nak mengusik dia. "Oppaa!!! Apa niii cepatlah cakap apa dia cakap!!" marah Saemin. Aku tergelak melihat reaksinya.
"Ahahah dia cakap dia still sayangkan Saemin. Sebab dia sayangkan Saemin for who you are." kata aku kemudian senyum kearah Saemin. Saemin terus memeluk aku.
"Thank you oppa. I love you." kata Saemin kepada aku. Aku memeluknya sehinggalah tiba-tiba loceng rumah berbunyi. "Tak apa biar Saemin yang pergi buka." kata Saemin lalu berlari menuju ke pintu rumah.
Ketika aku menunggu di dalam bilik aku terdengar suara Saemin. "Oppa!!!! Waaaaaa.. I miss youuuuuu~" kedengaran suara Saemin dengan gembira.
SAEMIN POV
Aku membuka pintu dan aku nampak susuk tubuh yang aku amat kenali. Orang yang selalu ada bersama aku dan Samuel oppa dari kecil. "Oppa!!!! Waaaaaa.. I miss youuuuuu~" kata aku sambil memeluk Yixing oppa.
"Saemin.. siapa yang datang tu?" tanya Samuel oppa lalu turun dan pergi ke pintu depan. "Wahhh ma bro.. long time no see." kata Samuel oppa lalu menyambut Yixing oppa.
"Yow bro.. ahaha sorrylah lama tak jumpa korang." kata Yixing oppa lalu menggaru tengkuknya. Samuel oppa menjemput Yixing oppa masuk kedalam dan aku terus kedapur untuk membuatkan air untuk kami bertiga.
"Kau kenapa datang sini? Kalau tak ada apa-apa kau mesti tak datang kan?" kata Samuel oppa. Aku hanya duduk diam mendengar perbualan mereka.
"Owh aku nak tumpang rumah korang, samchon suruh aku datang. Dia kata ada banyak kerja kena settlekan, sebab tulah aku datang." kata Yixing oppa.
"Kerja kena settle? Kerja apa? Kenapa samchon tak bagitau Saemin pun." tanya aku. "Samchon dia kata kerja ni biar oppa yang handle sebab Saemin kan baru je pindah sini and kena focus study, so dia tak nak pelajaran Saemin terjejas." balas Yixing oppa. Aku hanya menganggukkan kepala.
Yixing oppa, Samuel oppa dan aku berbual panjang sehingga lewat malam. Yelah dah lama tak jumpa so banyak cerita nak bagitau.
"Yixing.. kau nak tau tak yang ada budak ni dah ada namchin~" usik Samuel oppa kepada aku. Tak guna punya oppa. Aku yang sedang minum air tersedak separuh mati bila Samuel oppa cakap macam tu.
"Eh Saemin, Saemin okay tak ni.." kata Yixing oppa lalu mengusap belakang aku supaya aku lebih lega. "Koghh.. emm ehmm Saemin dah okay dah. Ahaha thank you oppa." kata aku kepada Yixing oppa.
"Haa tulah ni mesti ingat namchin sebabtulah tersedak bila Samuel oppa sebut pasal namchin. Ahahahah." usik Yixing oppa juga. Eh dia pun join kenakan aku? Eishh siot lah.
"Oppa!!! Eishhhh." jerit aku lalu buat-buat merajuk. "Elelele merajuk pulak dia. Dah dah pergi masuk tidur, dah lambat ni. Esok sekolah kan." kata Samuel oppa. Aku kemudian buat muka kerana aku ingin berbual dengan Yixing oppa lagi.
"Saemin masuk tidurlah. Esok oppa hantar pergi sekolah... or dah ada orang nak amik esok pagi." kata Yixing oppa lalu hi five dengan Samuel oppa.
"EEEE!! TAK LAHHHH!!" kata aku lalu menghentakkan kaki naik ke bilik. Sebelum aku masuk bilik aku jerit kepada Yixing oppa dari atas. "Esok betul ae oppa hantar Saemin pergi sekolah.. oppa bangun tauuuu!!!" kata aku lalu masuk kedalam bilik aku.
Di dalam bilik aku mengambil phone aku dan tengok setiap jenis notification yang aku terima. Ada yang dari Dami, dari Minki ada yang dari group kelas, dari group dengan geng-geng BTS, dari group yang aku, Dami, Minki and Yoongi.. aku scroll lagi dan aku nampak ada chat dari Yoongi. Aku tak buka chat orang lain dan terus buka Yoongi punya notification.
YOONGI 남친💜💫
Babe..
Sleep well
Esok jumpa dekat sekolah okay
Jangan tidur lambat
I tunggu dekat pintu pagar
Love you 요친💜💯
Dreams about me okey.
Aku tersenyum apabila melihat chat dari Yoongi. Aku kemudian menutup phone aku lalu tidur.
Keesokan paginya...
"Saemin.. Saemin tak pergi sekolah ke?" aku dengar suara Yixing oppa dari luar bilik. Aku membuka mata aku lalu melihat jam dah pukul berapa. "Uwaaaa!!!! Dah lambat!!!!!! Oppa kenapa tak kejutkan Saemin!!!!" jerit aku lalu bersiap sepantas kilat.
Aku keluar dari bilik dan mengambil sekeping roti dan minum segelas susu dengan pantas. "Oppa cepat jom, Saemin dah lambat ni." kata aku sambil menarik Yixing oppa. Sebelum aku keluar dari rumah aku pergi kembali ke Samuel oppa lalu mencium pipinya. "Saemin pergi dulu oppa. Jumpa dekat tempat samchon nanti." kata aku lalu terus menuju ke kereta Yixing oppa.
"Haa tulah siapa suruh tak kunci jam." kata Yixing oppa. "Saemin terlupa lah oppa. Cepatlahhh nanti lambat." kata aku.
"Eh awal lagi kot ni. Haaa ni mesti dah janji dengan namchin Saemin nak morning date ni kan." usik Yixing oppa.
"Eee tak ada masa nak morning date lah oppa. Lagi pun Saemin dari awal masuk sekolah ni dah kena duduk sebelah dia." jelas aku.
"Owh satu kelas lah ni. Habis siapa try siapa ni?" tanya Yixing oppa.
"Alaaa oppa.. namchin Saemin tu Yoongi lah. Yang nerd tu dulu. Yang Saemin suka dia dari dulu tu and selalu buli dia." kata aku. Yixing oppa terkejut dengan kata-kata aku.
"Eh serious lah.. oppa dengar yang dia sekarang dah hot. Lepastu dia pandai juga material art ni." kata Yixing oppa.
"Yelah.. haah dia pandai material art sekarang sebab dia kata dia tak nak kena buli macam dulu lagi. Saemin rasa bersalah pulak dulu buli dia." kata aku.
"Owhh ahaha okay lah tu.. haa dah sampai. Eh tu ke Yoongi?" tanya Yixing oppa. Aku memandang pelajar yang sedang berdiri di depan pintu pagar. "Haah. Okay oppa Saemin pergi dulu, drive save oppa." kata aku lalu mencium pipi Yixing oppa sebelum keluar. Muka Yoongi tiba-tiba berubah apabila aku keluar dari kereta Yixing oppa. Aku melambai Yixing oppa sebelum dia beredar.
Aku menghadap Yoongi dan nampak muka dia dah lain. "You kenapa?" tanya aku. "Siapa tu?" katanya dengan suara coldnya.. aku agak dia ni jealous.
"Owhh tu kawan Samuel oppa, kitaorang dari kecil membesar sama-sama. Kenapa jealous ae I kiss dia tapi tak kiss you bila balik or nak pergi mana-mana?" kata aku lalu menolak sedikit bahunya.
"Namchin mana je tak jealous kalau yeochin dia boleh kiss childhood friend dia but tak boleh nak kiss namchin sendiri." kata Yoongi lalu menoleh kearah lain daripada muka aku. Aku kemudian kiss pipi Yoongi dengan pantas lalu berlari masuk ke sekolah dan menuju ke café.
"Kim Saemin!!! Jangan lari lahhhhh!!!" kata Yoongi lalu mengejar aku. Aku tergelak melihatnya.
YIXING POV
Aku nampak Saemin bahagia dengan Yoongi. Aku harap Yoongi boleh terima dia seadanya.
Sebelum aku hilang pandangan daripada mereka aku sempat nampak Saemin kiss pipi Yoongi. Aku syak yang Yoongi jealous sebab Saemin kiss aku. Ahahha balik nanti aku amik Saemin lah, nak kenakan Yoongi. Aku nak tengok sejauh mana Yoongi sayang Saemin.
~~~
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro