1🔗. [meet you again]
YOONGI POV
"Eh budak lembik.. kau buatkan kerja aku ni sekarang.. aku tau sebelum balik dah siap." arah seorang budak perempuan kepada aku.
"Em tapi Saemin.. kan ni kerja sekolah awak. Baik awak buat sendiri, nanti kalau cikgu..." belum sempat aku habiskan ayat aku lalu budak perempuan itu terus menengking aku dan mengetuk meja aku.
Pangggg! "Kalau kau tak buka mulut bagitau cikgu.. cikgu tak akan tau, and by the way.. tulisan kau dengan aku pun bukannya ada beza sangat. So kau boleh buatkan kan?" katanya sambil duduk diatas meja aku.
"Ermm ye.. ye saya boleh buatkan." balas aku dengan nada akur.
~~~
Ye betul.. itu yang terjadi pada diri aku masa aku dekat primary school. Pada masa dulu aku seorang yang agak periang dan selalu tolong orang. Tetapi sejak dibuli.. aku suka bersendirian dan aku selalu disuruh untuk menyiapkan kerja sekolah seorang budak perempuan ni, nama budak tu ialah Kim Saemin.
Disebabkan aku tak boleh lupa tentang kisah itu, jadi aku mengambil keputusan untuk berubah bila masuk high school.
Apabila masuk sahaja Junior High School, aku terus berubah menjadi Yoongi yang cold hearted dan aku tidak mempunyai ramai kawan kecuali rakan-rakan aku iaitu BTS.
Aku tidak lagi dibuli apabila masuk Junior High School. Tetapi aku masih menjadi Min Yoongi yang cold hearted dan seorang yang tidak mempunyai perasaan. Zaman Junior High School merupakan zaman paling indah dalam hidup aku walaupun aku sebegitu tetapi aku dapat rasakan zaman Senior High School aku akan lebih bahagia.
~~~
"Yow Yoongi hyung!" tegur Jimin dengan kuat sejurus sahaja aku masuk kedalam cafe. Aku dah biasa rasa malu macam ni sejak kawan dengan BTS. Aku hanya melemparkan senyuman kepada mereka.
Apabila aku duduk, Jungkook terus membuka bicaranya. "Yoongi hyung.. hyung dah jumpa ke budak baru kelas hyung?" tanya Jungkook. Ada juga kena ketuk dengan aku ni kang si Jungkook ni, aku dah lah baru sampai sekolah mana jumpa sesiapa lagi.
"Malam tadi kau mabuk ke Jungkook? Sejak bila aku sampai sekolah rajin nak jumpa orang lain selain korang?" kata aku dengan nada yang biasa aku cakap.
"Emm sorry lah hyung.. Kook excited sangatlah bila dapat tahu ada budak baru." kata-kata Jungkook membuatkan kitaorang semua tergelak. Dalam masa aku dengan yang lain tengah gelak tiba-tiba ada orang tegur aku dan yang lain semua berhenti gelak dan terdiam seribu bahasa.
"Emm Min Yoongi?" bahu aku dicuit oleh seseorang. Suara tu suara perempuan. Perempuan mana yang berani tegur aku ni? Aku toleh kebelakang dan melihat susuk tubuh dan wajah yang selalu terbayang dalam ingatan aku.
Aku terus berdiri. "Korang.. aku masuk kelas dulu. Aku nak tidur, penat." aku terus mengambil beg lalu ingin beredar dari situ. Ahli BTS terdiam dan tidak berkata apa-apa kerana pelik dengan tindakan aku. Tetapi langkah aku terhenti apabila perempuan itu menahan tangan aku.
"Yoongi tunggu. I nak cakap dengan you. Dah lama kita tak jumpa." kata perempuan itu. Aku memandang perempuan itu dengan pandangan dingin lalu memandang tangannya yang memegang tangan aku.
"Kau siapa nak pegang tangan aku, and aku tak kenal kau langsung. So tak payah nak acah kau kenal aku and tak payah nak buat baik depan aku. Aku menyampah." aku menepis tangannya walaupun genggamannya masih kuat tetapi lagi kuat daripada masa lalu.
"Yoongi. Your manners." kata Jin hyung. "Hyung tau kan Yoongi memang tak ada manners.. lagi-laginya dengan perempuan yang macam dia ni. Dah lah Yoongi masuk kelas dulu." kata aku lalu terus beredar dari situ.
~~~
Aku duduk dekat tempat duduk aku dalam kelas. Aku meletakkan kepala aku diatas meja. Kenapa perempuan tu perlu datang balik dalam hidup aku? Kenapa aku perlu jumpa dia masa senior year dekat sini?
Aku menyoal kesemua soalan itu kepada diri aku sehingga aku tertidur. Dengan tidak sedar tiba-tiba ada budak ketuk meja aku.
"Weyhh Yoongi, bangun. Cikgu dah sampai." kejut Minki. Aku bangun dari tidur aku dan pandang kehadapan dengan mata mengantuk. Apabila aku memandang kehadapan, mata aku terus membutang. Perempuan tu buat apa dekat sini.
"Anneyonghaseyo Kim Saemin imnida. Saya pelajar baru disini, harap awak semua boleh layan saya dengan baik dan beri tunjuk ajar kepada saya." kata Saemin. Aku menjeling Saemin apabila dia memandang aku, aku tak akan layan dia dengan baik.
"Okay Saemin.. awak boleh duduk dekat tempat kosong sebelah Yoongi sana." kata-kata cikgu membuatkan aku terbangun dengan sendiri.
"Cikgu. Saya tak nak dia duduk sini. Boleh tak Minki tukar tempat duduk sebelah saya lepastu apa nama budak baru tu duduk sebelah Dami?" kata aku. Satu kelas pandang aku tetapi dengan pandangan 'dia dah mula balik'. Diaorang dah biasa dengan aku jadi macam tu.
"Yoongi.. maaf tapi kalau Minki duduk sebelah kamu nanti kamu berdua bising. Jadi tak ada pilihan, Saemin kamu boleh duduk sebelah Yoongi sana." kata cikgu.
"Emm cikgu, tak apalah saya tak nak buat Yoongi tak selesa.." sebelum Saemin habiskan kata-kata aku dah mencelah. "Memang kau buat aku tak selesa pon." Dengan tiba-tiba cikgu mengetuk papan putih dan menyebabkan satu kelas terkejut.
"Yoongi! Jaga adab kamu! Sekarang antara kamu suka atau tidak Saemin akan duduk sebelah kamu juga dan saya tak nak ada seorang pun tukar tempat! Faham!" tengking cikgu sehingga membuatkan satu kelas terdiam. Aku terus duduk dan Saemin pun terus pergi kearah aku.
"Jangan harap aku akan berbaik dengan kau." bisik aku kepada Saemin. Saemin hanya terdiam dan cikgu meneruskan pembelajaran.
~~~
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro