Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 9

Rumah banglo Encik Azeem dan Puan Diana kedengaran riuh rendah dengan suara nyaring jejaka-jejaka pujaan dara.

"Riz, belakang aku ada enemy cepat tolong aku sini!"

"Sat aku on the way! Bertahan bro sat."

"Keem, mana kau cepat datang sini tolong aku! Ramai sia*!"

"Aku pun kena attack ni sabaq lah weh!"

"Arghhh! Aku dah mati hm!"

Aariq melempar telefon ke tepi. Dia memandang Hakeem dan Dhariz silih ganti.

"Keem cover angah!"

"Jap ngah, nak sampai dah ni!"

"Pergh mantap hang Keem!"

"Rasanya boleh dapat chicken ni!"

Aariq mengguling matanya. "Aku mati ni takde sape nak kisah ke hah? Dah la tak tolong aku tadi! Pai hati!" Bibir dimuncungkan.

"Angah angkat aku bro! Aku kena tembak ni."

"Jap aku nak pi ni!"

"Tadi aku kena tembak sekor pun tak tolong!" Aariq berkata perlahan.

"Mantap pak abu Keem! Yeahh Chicken!"

"Best la duo dengan hang ngah! Sat ja chicken!"

Aariq mengambil telefonnya kembali lalu ligat jarinya mengscroll instagram. Main tekan je tombol like. Bukan senang aku nak like post orang ni!

"Hang, Riq main apa mati awai?"

"Korang yang tak tolong aku." ujar Aariq mendatar. Matanya masih tertumpu pada skrin telefon. Huh nak majuk! Taknak kawan dorang! Kawan dengan readers je la! Hm hm!

"Alololo busyuk asyem majuk eh?" Hakeem bangun mendekati Aariq. Aariq memalingkan wajahnya. Mulut masih dicebik.

"Hang yang pi jauh dari orang pasaipa? Saja nak belagak hero huh?" Dhariz menjeling Aariq. Main game pun sibuk nak merajuk bagai!

Aariq diam.

"Alolo baby, yayang minta maaf lah! Ocey baby?"

"Baby nak majuk huh! Yayang gi la main sana hm!"

"Jangan mengunyit depan aku setannn!!!!" Dhariz membaling dua bantal ke arah Aariq dan Hakeem. Mereka berdua sempat mengelak. Mereka ketawa terkekek-kekek. Ketawa mereka mati apabila disapa oleh suara seorang gadis memberi salam.

"Assalamualaikum~"

Aariq memandang Hakeem. Kening dijongketkan 'sape tu?'

Hakeem mengangkat bahu 'taktau'.

Dhariz bangun ke arah pintu utama dengan muka mendatar. Hakeem dan Aariq mengikuti langkah Dhariz daripada belakang.

"Waalaikumussalam. Haa nak apa? Ayeena takda kat rumah!" Ujar Dhariz dengan nada mendatar apabila dedaun pintu dibuka dan disapa dengan wajah seorang gadis manis dan cantik.

Hakeem di belakang menjenguk kepala melihat siapakah gerangan yang datang bertandang tanpa diundang itu. Membulat matanya melihat si gadis. Gulp! Dipandang pula wajah Dhariz yang mendatar. Patut ka aku balik rumah sekarang? Seram benor tengok muka angah ni!

Kakinya melangkah setapak ke belakang. Aariq mengerutkan dahinya. Dah kenapa si Hakeem ni?

"Er Ayeena pergi mana ya? Opah cakap dia nak balik KL hari ni. Itu yang Mayra datang nak jumpa dengan dia." Gadis yang bernama 'mayra' itu menunduk memandang lantai. Seram nak pandang muka Dhariz di hadapannya.

Aariq pula menyua kepala melihat Mayra. Gulp! Bonda, bidadari tu wujudlah!

Belum sempat Dhariz membuka mulut, Aariq menolaknya ke tepi.

"Hai cik adik manis! Masuklah dulu tunggu Ayeena dekat dalam. Kejap lagi dia balik la tu."

Mayra senyum janggal melihat Aariq. Siapa pula ni?

"Aunty Diana! Ada tetamu datang ni." Aariq melaungkannya sambil menayang sengihan kepada Mayra. Dhariz dan Hakeem berlalu ke sofa meninggalkan Aariq.

"Aariq suruhlah dia masuk. Aunty dekat dapur ni."

"Ha dengar tu? Masuklah buat macam rumah sendiri." Aariq mengenyitkan matanya sambil tersenyum senget. Buaya tengah buat kerja beginilah!

Mayra masuk sambil menunduk dan terus bergerak ke dapur untuk mendapatkan Puan Diana. Segan dengan jejaka-jejaka tampan ni semua.

Aariq berjalan mendapatkan Dhariz yang sibuk menilik telefonnya sambil baring di atas sofa. Senyuman Aariq masih terlakar di bibir. Hakeem hanya diam melihat Aariq.

"Riz, sape tadi tu? Cantiknya! Keem kau kenal?" Aariq menyoal. Terbuntang mata Hakeem. Dia menghantar isyarat mata kepada Aariq, 'Jangan ditanya setan! Diam!'

Aariq membalas dengan isyarat juga. 'Kenapa?'

"Tu ex aku. Mayra." jawab Dhariz dengan mendatar. Gulp! Patutlah jangan ditanya! Ex rupanya.

Aariq mengangguk perlahan. Cantik macam tu jadi ex? Seriously Dhariz ni? Bodoh ke?

"Hm mesti hang nak cakap aku bodoh kan? Sebab lepaskan perempuan secantik tu."

Nahhh dia boleh baca apa yang terlintas di fikiran aku. Hehe. Peace sikit.

Aariq mengusap belakang lehernya sambil tersengih.

"Okay aku balik dulu gais! Nanti mak aku cari. Nak packing barang nak balik lagi. Pesan dekat Ayeena jangan tinggal aku. Meraung aku kang!"

Hakeem mengangkat kaki pulang ke rumahnya.

"Riz, kau ada masalah dengan dia ke? Tak nak getback ke?"

Dhariz mengeluh perlahan. "Aku sayang dia, Riq! Tipulah aku kata aku dah takda perasaan kat dia!"

Aariq mendiamkan diri menunggu sambungan daripada Dhariz. Dhariz bangun dari pembaringannya. Dia memandang Aariq di sebelahnya.

"Dia first love aku! Dia yang ajaq aku erti cinta. Dia juga yang lukakan cinta aku. Sakit, Riq! Bila kita terpaksa lepaskan orang yang kita sayang. Lagi sakit bila orang yang kita sayang tu sebenarnya ada orang lain. Sampai sekarang aku still tak percayakan cinta. Aku takut disakiti lagi. Aku takut kehilangan. Aku tak kuat!"

Aariq menepuk bahu Dhariz perlahan. "You deserve someone better bro! Forget about her. Aku tolong kau. Dalam kelas aku ramai lagi yang cantik. Kalau nak aku boleh tolong." Aariq memujuk Dhariz namun diselit gurauan.

Berubah terus raut wajah Dhariz dari mendung tiba-tiba bersinar. Beriman kah?

"Weh cepat bagi nombor telefon depa? Berapa? Cepat weh!" Dhariz mengambil telefonnya dan beri kepada Aariq.

Cis! Tadi cakap lain sekarang cakap lain! Bab*nya perangai! Tadi bukan main tak percaya cinta. Ini apa raju?

Aariq membuat muka menyampah.

"Macam mana kau boleh break up dengan minah tadi tu?" Terus tukar minah ya gais tadi bidadari. Menyampah pula bila dengar Dhariz putus sebab perempuan tu curang!

"Masa aku nak pergi belajar dekat Italy dengan abang hang yang tenuk tu, aku ada upah orang tolong tengokkan makwe aku dekat Malaysia. Seminggu awal tu okay lagi tau, tapi minggu kedua tu dia whatsapp aku cakap dia nak putus. Mau tak gelabah aku, panik lah masa ngak sih! Aku tanya dia kenapa tiba-tiba nak putus. Sebelum aku ke Italy, dia cakap dia sanggup tunggu aku habis belajaq tapi takdan berapa minggu nak break. Aku time tu memang serabut habih. Dia jawab sebab lama sangat aku belajaq dekat Italy, dia tak sanggup tunggu lama-lama. Betul lah perempuan sangat complicated. Lepastu hang tau dak apa jadi?"

Panjang lebar Dhariz bercerita. Inilah Dhariz dia pantang buka mulut, susah nak jumpa titik. Aariq yang mendengar mulai mengantuk dengan cerita Dhariz. Menyesal pergi tanya! Dahtu bila nak abis ni!

"Aku pun lepaskan dia. Aku broken dekat dua minggu jugak lah. Abang tolol hang tu yang pujuk aku, dodoi aku lena, peluk aku masuk dalam ketiak tengik dia, even ketiak dia bau neraka bolehlah dari takda langsung, dia bagi semangat dekat aku. Tak lama lepastu orang upahan aku hantar gambaq, dia dengan lelaki lain bermesraan. Weh sedih weh! Aku setia dengan dia boleh dia buat aku macam tu. Kalau aku tau dia nak buat camtu awal-awal jejak kaki dekat Italy lagi aku dah cekup sorang minah saleh. Hmm sekian daripada saya Dhariz yang hensem lagi menawan!"

Aariq mengumam perlahan. "Kalau aku jadi dia pun awal lagi aku dah minta break sebab kau bila cakap tak pakai brake!" katanya perlahan.

"Hah hang cakap apa?"

"Tak aku cakap dia tu ha tak patut buat macam tu. Ish ish ish!" Aariq berdalih.

"Ha kan? Sian aku yang comel ni. Eh abang hang yang buruk tu mana pasaipa bawak adik aku tak balik-balik lagi ni?"

"Kejap lagi balik kut! Entah! Aku nak masuk bilik nak tidur jap. Nak balik nanti kejut aku k!"

Aariq membuka langkah ke bilik tidur. Petang nanti nak drive jauh! Tuan Aydan dan Tengku Dayana telah pulang selepas subuh tadi. Aariq dengan Aayyan akan bertolak petang ini bersama Ayeena.

Dhariz sambung baring di atas sofa lalu menutup matanya.

"Padan muka Sha! Kan abang dah cakap jangan lari. Kan dah jatuh!"

Ayeena mencebik . Al-kisahnya, semasa dia dan Aayyan berhenti di tepi sungai, dia ternampak seekor biawak besar. Apa lagi minah ni lari la tinggal Aayyan di belakang. Namun malang tak berbau, entah macam mana dia tersalah langkah, dia terjatuh di atas tanah. Huhu cakit!

"Boleh bangun tak tu? Ke nak abang dukung?" Aayyan tersenyum sumbing.

"No! Sha bangun sendiri! Sikit ja ni. Nasib tak terseliuh." Ayeena bangun menepuk debu pada baju dan seluarnya. Aayyan hanya diam memeluk tubuh di samping Ayeena.

"Tu la orang cakap tak nak dengar. Degil!" Aayyan meluku kepala Ayeena perlahan.

Ayeena hanya mampu mengutuk Aayyan di dalam hati.

"Tapi kan Sha~"

Ayeena menjongket kening memandang Aayyan.

"Lawaklah Sha jatuh tadi pftt BAHAHAHAHAHAH"

"Ha bagus gelak lagi gelak la. Nanti jadi dekat dia baru tau langit tu tinggi ka rendah!" Ayeena menayang muka cemberut. Dah la sakit bulih! Malu pun bulih! Ha pakej 2 in 1. Bagus sangatlah tu!

Nada dering telefon Ayeena berkumandang. Lantas dia menyeluk ke dalam poket seluarnya mengeluarkan telefonnya. Dia bergerak menjauhi Aayyan.

Humayra is calling ......

Ayeena slide to answer call.

"Hello Assalamualaikum!"

"Hah? Serius aaa?"

"Sat weh aku balik sekarang jugak!"

Ayeena mematikan panggilan. Dia segera berjalan mendapatkan Aayyan yang masih diam memeluk tubuh melihat pemandangan.

"Abang jom balik! Sepupu Sha mai rumah."

Aayyan mengangguk sebelum mereka menuju ke arah motor. Semasa dalam perjalanan pulang, Aayyan bertanya kepada Ayeena.

"Sepupu Sha tu lelaki ke perempuan?" Memang dari tadi dia asyik tertanya-tanya.

"Awat? Abang jeles ka kalau laki-laki?" Ayeena mengusik Aayyan. Comel betul bapak rimau ni!

"Hm mestilah jeles, sayang kut! Lainlah kalau tak sayang." Aayyan berterus terang.

Ayeena tersengih. "Perempuan. Abang jangan risaulah. Selagi abang setia dengan Sha, selagi tu lah Sha setia dengan abang!"

Ayeena rasa tak percaya yang dia baru keluarkan ayat sebegitu rupa. Astaga! Malu kaum. Acah jiwang hang ni Yeen!

Aayyan sembunyikan senyumannya. Tipulah kalau dia tak rasa apa-apa bila Ayeena berkata demikian. Sumpahlah berbunga!

𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro