𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 8
Berbumbungkan langit, ditemani bintang, ditambah dengan angin malam yang menyapa tubuhnya, ada seketul Aayyan yang lagi termenung sendirian.
"Bah! belum tidur kamu?"
"Bagi saya dua sebab kenapa belum tidur?"
"Kalau tak saya dengan mickey dengan minnie tembak awak!"
Aayyan masih mendiamkan diri. Jasadnya di situ, fikirannya entah dah sampai mana hala.
Aariq menggaru keningnya. Dah pehal jantan ni?
"Helooooo, are you there?~" Aariq memetik jari beberapa kali di hadapan muka Aayyan.
Aayyan yang tersedar daripada lamunan melihat wajah adiknya tanpa berkelip.
"Eeiiii janganlah tengok I macam tu! Malu la ehek!"
Pap!
Aariq mengusap lengannya yang ditampar oleh Aayyan. Bibirnya menarik muncung. Nak guraw cikit pon tak oleh!
"Pehal kau kacau aku kat sini? Pergi la main jauh-jauh!" Aayyan mendengus kasar.
"I tak boleh tidur you takde kat sebelah! I tachod, you!" ujar Aariq dalam nada mengusik.
Pap!
Tamparan sakti daripada Aayyan Danish singgah di lengan Aariq buat kali kedua.
"Adoi sakitlah bangang!"
"Kau cakap macam bapok lagi aku humban kau dalam kolam sana!"
"Eleh macam la aku tak reti swimming! Aku dulu anda skandal dengan Dhabitah Sabri tau! Kau apa tahu? Eh dia penerjun bukan perenang kan? Ahh lantak la kalau dia pandai terjun mesti pandai berenang jugak kan?"
Aariq mengusap dagunya gaya berfikir. Betul kan apa aku cakap tu?
"Tak sekarang ni, apa masalah kau? Muka macam mati bini. Nak kata bini mati, kahwin pun belum baru nak bertunang. Cer citer sikit apa masalah kau? Mana tahu aku boleh tolong gelak ke ann?"
Aayyan melepaskan keluhan berat. Dipandangnya muka Aariq sekilas sebelum mengalihkan pandangan ke arah langit yang dihiasi bintang.
"Aku rindu Anrique." katanya dengan nada perlahan.
"Tu je?" Aariq menjongketkan kening.
"Ye la tu je la. Kau nak apa lagi?"
"Budak kemetot tu bukan pergi mana pun. Dia duduk dengan nenek dia juga. Biarlah diorang lepas rindu puas-puas. Aunty Sarah pun nak pindah Australia dah bulan depan."
Aariq menepuk bahu abangnya untuk menyumbang semangat. Aayyan mengangguk perlahan. Dia tahu abang dia sedih sebab tak pernah berpisah dengan anaknya itu.
Serious talk, Aayyan dah banyak berubah sejak kehadiran budak kemetot tu. Kalau dulu dia banyak berfoya sana sini. Tukar girlfriend macam tukar boxer masam dia tu. Keluar pagi, balik lewat malam. Tapi sejak budak kemetot ni hadir, he changes 100%. Dah la dia layan budak tu lebih daripada dia layan aku! Huh! I is jealous uolls! Apa? Aku lagi comel daripada kemetot tu tau tak?
Hari ni genap seminggu si mangkuk ni berpisah dengan si kemetot tu! Ibu kepada arwah isteri Aakif menjaga Anrique sementara waktu untuk melepaskan rindu katanya sebelum dia berangkat ke Australia bulan depan. Mula-mula keras juga kepala mangkuk hayun ni tak nak lepas anak kemetot dia tu, lepas bonda rasuah baru jalan! Rasuah dia balik kampung Ayeena la! Mahu tak setujunya mangkuk ni, memang dah lama dia nak jumpa Ayeena!
"Dah la aku masuk dulu! Merinding bulu ketiak aku duduk sini lama-lama. Berduaan dengan kau pula. Kang kau ragut kesucian aku pulak. Oh no aku tak rela dinodai!" Aariq mengangkat punggung berdiri di hadapan Aayyan.
Pap!
Kali ini buntut Aariq menjadi sasaran.
"Kau ingat aku selera tengok kau huh? Rasa nak pijak ada la!"
"Main bontot pulak kau ni! Tau la bontot kau tak cantik macam bontot aku muahh HAHAHAHA." Aariq menjelirkan lidah.
"Ish kotor punya otak! Bontot papan sembang kencang huh!" Aayyan bangun dan meninggalkan Aariq seorang diri.
Baik aku cabut sebelum adik aku punya bangang melebihi skala pembangangan!
"Baby sayang tunggu aku!"
Laungan Aariq di belakang diabaikan sepenuhnya oleh Aayyan. Kaki melangkah masuk ke dalam rumah.
Tok!
Tok!
Tok!
Tersembul muka comel Aariq di celahan pintu. Lagi menggosok matanya. Dengan pakai pyjama corak narutonya. Rambut tak payah cakap, messy teruk macam kena puting beliung ini anak! Ya ampun macam budak-budak!
"Eh you! Buat apa kat sini?"
"Er bonda suruh kejut you gais subuh sekali. Yang lain tengah bersiap. Cepat sikit eh!" Terus panggil bonda ya gais. Baru Ayeena nak buka langkah, Aariq memanggilnya.
"You nak cepat kan? You kena tolong I something."
Kening Ayeena bertaut. Aariq membuka pintu bilik itu seluasnya.
"Meh masuk sini!" Aariq mengajak Ayeena masuk ke dalam bilik tersebut. Ayeena tergamam terdiam terkedu segala jenis ter lah nasib tak terkentut je. Tak pasal kena ambik wudhuk balik. Kakinya masih mengeras seperti ada gam di lantai.
"Masuk lah I tak tutup pintu pun! You kena tolong I!"
Ayeena melangkah masuk ke dalam bilik itu perlahan-lahan.
"Oi you fikir apa? I takkan buat apa-apa la dekat you. Mati kena pijak dengan Aayyan nanti."
Aariq berjalan berdiri di tepi katil.
"Ni ha! Tolong I kejut jebon ni! Dia selagi rumah ni tak roboh selagi tu tak bangun." Aariq menyangkut tuala pada bahu dan berlalu masuk ke dalam bilik air.
Ayeena memandang wajah Aayyan yang sedang lena diulit mimpi indah. Tidur pun muka garunk! Ghisau! Tak, sekarang ni macam mana nak kejut ni?
Ayeena berjalan ke hulur dan ke hilir mencari idea nak kejut harimau yang sedang tidur.
Aariq yang baru menapak keluar dari bilik air berhenti melihat Ayeena yang kejap ke kiri kejap ke kanan. Dilihat pula Aayyan yang masih nyenyak tidur, perlahan-lahan kepala digeleng.
"Meh sini kita kejut sama-sama! Nanti lepas kahwin dengan syaiton ni you boleh apply ilmu ni!" Aariq melabuhkan punggung di atas katil bersebelahan Aayyan. Diselaknya comforter yang menyelimutkan Aayyan itu, terpampang jelas Aayyan yang hanya mengenakan tracksuit panjang tanpa baju. Ini dikira half-naked tak?
Terbuntang mata Ayeena. Cepat-cepat dia mengalihkan pandangannya. Aariq yang melihat Ayeena gelabah tergelak kecil.
"Rilek sis! Dia pakai seluar!" Aariq sambung ketawa.
Aariq menundukkan badannya. Mulutnya mendekati telinga Aayyan.
"YAASIIN."
Aariq membaca surah Yaasin di telinga Aayyan.
Pang!
Aariq memegang pipinya yang dilempang oleh Aayyan. Auch! Aku baca yaasin dia boleh lempang aku? Dasar ahli neraka!
Aayyan masih lagi nyenyak tidur seperti tiada apa berlaku.
"Macam tak boleh pakai je ilmu you ni? Bak sini I try pulak."
Aariq membiarkan Ayeena mendekati Aayyan.
"Abang~ oo Abang! Bangunlah subuh dah ni."
"Kejaplah sayang abang nak tidur kejap ni." Aayyan menggumam perlahan.
"Mana boleh abang~ semua orang tengah tunggu abang!"
Aayyan senyap beberapa minit. Ayeena menjongket kening memandang Aariq. Aariq mengangkat bahu. Senyap je ni mati ke apa?
Tiba-tiba Aayyan melompat bangun lalu duduk di atas riba Aariq, Aariq mengurut dadanya. Kus semangat!
Ayeena di tepi katil hanya diam menunduk kaget barangkali. Ada ka patut bangun terkejut macam tu?
"Weh Riq! Aku mimpi Sha kejut aku tapi aku rasa macam realiti." Tersenyum lebar Aayyan menceritakan kepada Aariq. Aariq memegang kedua belah pipi Aayyan dipusingkannya menghadap Ayeena yang membatu dari tadi.
"Tu la aku pun rasa macam realiti doh!" balas Aariq selamba sambil ketawa.
Membulat mata Aayyan melihat Ayeena berada dalam bilik mereka. Dengan keadaannya begini. Half-naked? Diriba Aariq?
"Er Aariq I keluaq dulu. Jumpa dekat bawah." Ayeena terus berlari keluar dari bilik itu. Pandangan dialihkan sesama mereka. Kau tengok aku! Aku tengok kau!
"Kau pehal jadi patung sini? Kau berat kau tau tak?" Aariq menolak Aayyan yang berada di ribanya sehingga tergolek di lantai.
"Pehal kau bagi dia masuk sini? Kau tau aku tak pakai baju kan? Malu bodo! Kau ni memang nak kena dengan aku! Mesti dia taknak kawan aku dah lepas ni. Semua salah kau!" Bebel Aayyan. Cemberut habis mukanya.
Aariq ketawa melihat muka Aayyan macam ayam berak kapur. "Ni tengok mulut aku ni? Ada. aku. kesah?" Aariq melangkah pergi meninggalkan Aayyan di dalam bilik.
Beberapa saat kemudian, dia muncul semula di muka pintu. "Cepat bakal mertua tunggu tu! Macam mana nak jadi imam kalau subuh pun bangun lewat!" Aariq tertawa kecil sebelum menapak pergi.
Aayyan menekup wajahnya. Rambut yang serabai diraup kasar. Ah malunya!
Sejak daripada peristiwa subuh tadi, Aayyan seakan mengelak daripada bertembung mata dengan Ayeena. Ayeena juga sama dengannya. Aariq dan Dhariz pun naik buntu melihat dua orang itu seakan mengelak antara satu sama lain.
Ting!
Dhariz mendapat satu idea nakal untuk mengenakan adiknya.
"Dik, mai sini sat!"
Ayeena berjalan mendekati Dhariz.
"Ha angah awat pasaipa ada apa nak apa?"
"Jom ronda kampung. Dah lama tak naik motor."
Mendengarkan itu, Ayeena terus berasa teruja.
"Ha jom adik on!"
Dhariz menyembunyikan senyuman nakalnya.
Mereka bergerak ke arah motor Yamaha LC milik Dhariz yang tersadai bertahun dalam garaj. Ntah boleh hidup ke tidak.
"Arghhh!!!!" Dhariz memegang perutnya. Mukanya berkerut.
"Angah, hang pasaipa muka macam tertelan selipar ni?" Ayeena hairan tiba-tiba Dhariz jerit macam nak terberanak.
"Angah sakit perut ni!" Berkerut-kerut muka angah.
"Period pain ka?"
"Hang ni bodo ka bangang dik? Takda soalan lagi bijak ka nak tanya?"
Ayeena tersengih melihat Dhariz yang mendengus geram.
"Abihtu tak jadi lani nak pi ronda?" Ayeena mencebik. Hmm baru ja saited nak gi ronda !
"Kejap."
"Woi, Tuan Aayyan Danish!!!! Sini hang. Tolong abang iparmu yang comel lagikan menggoda ni kejap!" Ayeena menjeling Dhariz sekilas.
Cis, tadi kata sakit perut ni sempat pulak puji diri sendiri!
Aayyan yang terdengar laungan daripada Dhariz terus bergegas ke arah Dhariz.
"Hah pehal kau? Muka macam tersedak halkum ni pehal?"
"Tolong aku boleh?"
Berkerut dahi Aayyan. Dia sempat mengerling Ayeena di sebelah Dhariz.
"Hang sayang aku kan, Yan? Tolong aku eh!"
"Ishh cakap je la anjing nak aku tolong apa?"
Ayeena masih lagi berdiri di situ menunggu drama abangnya tamat.
"Haa tolong bawak adik aku yang tak berapa nak cantik ni ronda kampung jap! Petang ni kan nak balik KL dah."
Nak terjatuh rahang Ayeena mendengarnya. Aayyan memandang muka Ayeena yang seakan tersentak itu. Aduh Dhariz ni buat hal lah! Aku punya malu pagi tadi tak habis lagi ni!
"Tolong aku Yan! Andai aku takda hari ni tolonglah laksanakan amanah terakhir aku ni." Dhariz membuat minta muka simpati.
"Angah, hang sakit perut ja bukan kena tembak tembus kat perut. Tak payah nak berdrama sinetron tak berbayaq kat sini." Ayeena mencerlung tajam ke arah Dhariz yang tersengih mengusap belakang leher.
"Ish adik ni! Angah baru nak keluarkan bakat lakonan terhebat angah ni. Dah pi sana ronda dengan Aayyan. Dia tak pernah ronda sini." Dhariz menghalau dua orang itu pergi.
"Er adik jaga angah je la kat rumah. Angah kan sakit."
Belum sempat Dhariz membalas, Aariq mencelah.
"Omo Riz kau sakit ke? Sini aku tolong kau. Yan kau pergi la dengan Yeen, biar aku jagakan Riz ni. Jangan risau ok?" Aariq mengangkat Dhariz bridal style.
Terkedu mereka yang lain melihat aksi Aariq. Dhariz turut tergamam.
"Hang kenapa dukung aku macam ni hanat?" Dhariz bisik tepat di telinga Aariq lalu menayang sengihan kepada Ayeena dan Aayyan.
"Kau duduk diam-diam boleh tak tenuk? Kau berat macam anak gajah tau tak?" Aariq berkata perlahan.
"Aku tak suruh hang buat semua ni anying!"
"Shuh diam nanti kantoi! Lakonan kau dah la teruk macam hanat!"
Aayyan dan Ayeena memandang sesama mereka. Kekok sekali ya!
"Ha ye la aku bawak adik kau ronda. Kau pergi la rehat dalam rumah sana." Aayyan berjalan ke arah motor milik Dhariz itu. Kunci motor Dhariz dilempar kepadanya dan disambut dengan baik.
"Er jom Sha." Aayyan menggaru kening yang tidak gatal. Ayeena angguk dan melangkah ke arah Aayyan. Aduh segannya!
"Sha dah naik?"
"Ye dah!"
"Bismillahirahmanirahim."
Usai pemergian mereka berdua, Aariq melepaskan Dhariz daripada dukungannya.
Gedebuk!
"Aduh sakit babi! Awat pi lepas aku macam tu bongok?" Dhariz mengusap punggungnya yang sakit.
"Berat siak kau? Makan badak ke apa huh?"
"Yang hang pi dukung aku macam tu pasaipa sial?"
"Aku nak tolong kau je nyah! Lakonan kau tak mantap!"
"Abih lakonan hang mantap sangat lah?"
"Tak penting semua tu! Sekarang aku nak tanya apehal kau berat sangat macam dugong? Patah pinggang aku bro."
"Hang kata aku macam apa? Dugong?"
"Ye la aku sebut D.U.G.O.N.G haa."
"Mai sini hang budak biadab! Siapa ajaq cakap dengan orang tua laguni hah? Abang hang tak ajaq ka?"
Maka bermulalah sesi berkejar-kejaran seindah bunga di taman antara Dhariz dan Aariq.
"Kau la yang ajar aku jadi macam ni!"
Aariq terus melarikan diri daripada Dhariz.
𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro