Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 7

"WHAT?!"

Ayeena tersentak hebat. Matanya meliar memandang wajah Aayyan untuk minta penjelasan. Sebab ni ka Abang datang sini? Sebab ni ka Abang selalu cakap pasal kahwin?

Hati perempuannya keliru dengan situasi yang menghentamnya sekarang. Kahwin di usia muda? Tak pernah langsung terdetik dalam fikiran.

Air mata ditahan daripada mengalir. Dibiarkan bertakung. Entah apa yang dirasa, gembira mungkin sebab dia memang dah mula buka hati untuk Aayyan, sedih pun ada sebab rasa macam kena buang keluarga keputusan dibuat tanpa persetujuannya. Arghh apa semua ni?!

Semua mata memandang tepat ke arah Ayeena. Tengku Dayang beralih tempat ke sebelah Ayeena.

"Bonda harap Ayeena dapat tunaikan permintaan kami semua." Tengku Dayang menyentuh kekura tangan Ayeena. Dibelainya penuh kasih sayang. Bibir mengukir senyuman manis.

Terasa sayu bertandang di hati kecil Ayeena. Dia mengangkat muka melihat muka Aayyan. Aayyan menunduk tanpa membalas pandangan Ayeena.

Ya, dia tahu pasti gadis itu sedang memandang ke arahnya. Tapi dia lebih risaukan tentang jantung dia yang hampir terlucut. Jantungnya berdegup pantas. Pelbagai persoalan bermain di mindanya,

'Ayeena akan terima aku ke? Please jangan tolak aku! Mana aku nak letak muka hensem aku ni! Kalau tolak nanti aku nak hadap muka dia macam mana? Susahnya kalau bertepuk sebelah tangan. Bonda, Aayyan nak nangis! Mesti aku kena bahan dengan Aariq si anjing ni!'

Bahu Aayyan ditepuk menghentikan lamunannya. Perlahan-lahan dia mengangkat wajahnya memandang Aariq yang memegang bahunya.

"Kau dengar tak? Aku bakal ada kakak ipar baru!" Suara garau Aariq menyapa gegendang telinganya namun seperti tiada apa berlaku.

Otaknya sekarang tengah diproses. Jap anak-anak semua otak daddy tengah loading.....

Tidak semena satu bantal hinggap di muka ganteng Aayyan. Terus tersedar ke alam nyata.

"Hah?"

"Hang pekak ke Yan? Adik aku cakap dia setuju! Hang tak nak respond apa-apa ka?" Dhariz la si gerangan yang melempar bantal tadi. Semua mata terarah kepada Aayyan.

Ayeena tergelak kecil melihat muka blur Aayyan. Nak kahwin ke tak ni cik abang?!

"Hang ni Yan! Aku cekik kang! Hari tu bukan main cakap nak dekat adik aku ni. Ni adik aku dah setuju. Hah?! ja respond hang? Kang aku cancelkan baru tau." Dhariz dah mula bangun mendekati sahabatnya yang masih blur.

"B-biar betul ni?!"

"Aku salah dengar ke ni, Riz?"

"Bak sini aku lempang muka hang, kita tengok mimpi ka realiti!" Baru sahaja Dhariz bangun hendak melempang muka Aayyan, Aayyan terus bangun menolak Dhariz sehingga terduduk kembali di atas sofa. Kaki diatur mendekati Ayeena.

Semua di situ terkejut melihat reaksi Aayyan. Aayyan melutut di hadapan Ayeena yang duduk di atas sofa. Ayeena lagi la terkejut.

"Sayang betul ke sayang terima abang ni?" Anak mata kelabunya menikam tepat ke dalam anak mata Ayeena.

Belum sempat Ayeena memberi jawapan Dhariz memintas.

"Anjay! Terus panggil sayang! aku sebat hang satgi! Tak kahwin lagi jangan nak bersayang-sayang sangat!"

Aayyan menoleh ke arah Dhariz menunjuk jari tengah. Dipandang kembali wajah kesayangannya penuh minat.

Ayeena mengangguk bagi mengiyakan pertanyaan Aayyan sebentar tadi. Aayyan menyapu muka dengan kedua belah tanggannya.

"Alhamdulillah, finally!" Rasa sebak di dada.

"Terima kasih, Sha! Abang janji akan jaga Sha! Abang takkan sia-siakan Sha." Aayyan memandang muka Ayeena dengan penuh harapan.

Ayeena tersenyum kecil, "Sha pegang kata-kata abang."

Semua di situ memanjatkan rasa syukur. Akhirnya termakbul doa mereka selepas 6 tahun merancang hasrat ini.

Aikk 6 tahun? Bukan Ayeena baru kenal Aayyan ke? Eheheheheh.

6 tahun yang lalu......

Seorang gadis berumur 13 tahun sedang merendam kaki di dalam kolam di tepi rumah. Sambil mendengar lagu melalui earphone di telinga. Mata dipejam bagi menghayati lagu.

Splash!

Tercelik mata gadis itu apabila bajunya telah basah. Dia mencabut earphone di telinganya dan dimasukkan ke dalam poket bajunya sebelum bangun berdiri.

"Oi takde adab ka hah? Dahlah mai rumah orang lepastu suka suki ja terjun dalam kolam orang. Tak malu ka hah?" Gadis itu bercekak pinggang dengan mulut muncung. Mata tajam merenung lelaki yang sedang bersuka ria di dalam kolam.

Entah dari mana datangnya lelaki ini terus terjun ke dalam kolam rumahnya.

"Ha ni pasaipa pulak muka macam ayam berak taik keras ni?"

Suara garau abangnya yang menyapa ke halwa telinga membuatkan dia menoleh ke arah abangnya.

"Tu anak sapa? main dekat kolam rumah kita. Tak malu kot!"

"HHAHAHAHAHAH itu anak tenuk namanya!"

Ayeena memandang tajam membuatkan Dhariz yang ketawa terbahak-bahak terberhenti.

"Tu kawan Angah la. Angah yang ajak dia mandi dekat sini."

Ayeena kembali memandang lelaki yang dimaksudkan oleh abangnya. Dahla tak pakai baju kan dah ternampak chocolatte bar tu. Lelaki itu tersenyum melihat Ayeena yang memandangnya tanpa berkelip mata.

Splash!

"Ishhhh! ANGAH!!!!!"

Suara ketawa Angah dan rakannya itu menghentam telinga Ayeena. Membuatkan hatinya bertambah geram. Bibir dicebik.

Kaki melangkah ke gazebo di sebelah kolam. Ditiliknya baju yang dipakainya basah angkara dua jantan yang merosakkan hari indahnya.

Tanpa dia sedar seseorang melangkah menghampirinya.

"Er hai adik! Sorry tadi abang tak perasan adik dekat situ."

Ayeena mengangkat wajahnya melihat wajah lelaki yang menyapanya itu.

Oh my God! Coklat bar anying! Dahla basah-basah baru keluar dari kolam.

Ayeena mengalihkan pandangan ke arah lain.

"Err hai balik!" Mata Ayeena masih tidak memandang lelaki tersebut.

'She's so cute hm! Interesting!'

"Okaylah abang pergi mandi dengan Dhariz dulu ye." Lelaki itu terus mengatur langkah pergi meninggalkannya.

Splash!

"Yan, hang buat apa dekat adik aku hah?"

"Tak buat apa pun, abang ipar! Saje nak kenal bakal isteri!"

Tidak semena kepala Aayyan diketuk oleh Dhariz.

"Fuck you! Tak ingin aku kalau hang jadi adik ipar aku! Merana hidup adik aku kalau kahwin dengan hang!"

Aayyan menjeling tajam.

"Kita jodohkan adik aku dengan adik hang la, Yan! adik hang sebaya dengan adik aku."

"No! No! No! Adik tenuk aku tu tak layak untuk adik kau yang macam bidadari tu! She'll be mine one day!" Ujar Aayyan sambil tersenyum segaris.

"Hang ingat hang hensem ka? Perasan!" Dhariz meninggalkan sahabatnya. Dia keluar dari kolam berjalan ke arah adiknya.

"Jom masuk cepat! Ada ulat bulu dekat sini." Dhariz menarik lembut lengan adiknya.

"Apa pandang-pandang? aku korek biji mata hang kalau hang berani usyar adik aku!" Dhariz mengguling biji mata apabila Aayyan mendekati mereka. Terus dia merempuh perlahan bahu Aayyan yang menghalang laluan mereka.

Walaupun dia suka mengusik adiknya, tapi dia pantang kalau lelaki nak dekat adik dia. Kalau niat nak main-main pergi cari orang lain sana.

Aayyan tergelak kecil melihat sikap protective sahabatnya itu.

Tanpa pengetahuan mereka semua, mereka telah diperhati oleh kedua ibu bapa mereka.

"Apa kata kita jodohkan Aayyan dengan Ayeena. Dulu zaman belajar kita selalu berangan nak satukan anak kita. Dapatlah kita berbesan." Tengku Dayang memeluk bahu sahabatnya, Puan Diana. Puan Diana tersenyum tanda setuju. Para suami hanya ikut senyum.

Apa salahnya kan?

Setelah berbincang, Aayyan akan bertunang dengan Ayeena lagi sebulan iaitu pada cuti pertengahan semester. Majlis nikah pula akan diadakan selepas Ayeena tamat pengajiannya. Kalau diikutkan hati Aayyan, dia nak percepatkan tarikh perkahwinannya. Dugaan bertunang bukan mudah katanya. Akan tetapi, Encik Azeem mahu Ayeena menamatkan dahulu ijazahnya barulah dapat fokus sepenuhnya kepada suami kelak.

Ayeena hanya ikut yang mana terbaik untuknya.

"Oi adikku yang masam!"

Lamunan Ayeena terhenti akibat sergahan Dhariz. Dhariz duduk di sebelah adiknya.

"Angah kenapa masuk tak bagi salam?"

"Eh angah ketuk pintu sampai nak roboh tak dengaq? Itu yang angah terjah masuk. Rupanya adik busuk ni tengah mengelamun dekat balkoni."

Dua-duanya senyap sepi.

"Angah rasa keputusan adik ni betul ke tak?"

"Tak betul."

"Seriously?! Kenapa Angah?"

"Sebab adik dah maju ke hadapan. Tinggal angah single mingle triangle."

"Ish angah betul-betul lah!"

"Selagi adik rasa yang tu terbaik, Angah pun rasa benda yang sama. Angah nak tengok adik angah ni bahagia. Ikut kata hati jangan ikut kata orang."

Dhariz menarik Ayeena ke dalam pelukannya. Bukan senang ya angah nak baik macam ni gais!

"Angah sayang adik angah! Kalau Aayyan buat bukan-bukan bagitau angah! Biaq angah boh penampaq kat dia! Berani dia menyakiti hati adik kesayangan angah ni. Angah sorang ja boleh sakitkan hati adik."

"Kalau dia marah adik atau tinggikan suara dekat adik! Bak sini angah potong lidah dia!"

Ayeena tertawa kecil mendengar pesanan ringkas daripada Ayin Dhariz. Susah nak tengok sisi penyayang abangnya yang sorang ini.

"Kalau dia berani pukul adik! Angah sendiri pergi pukul dia balik! Berani dia sentuh adik angah, siap dia! Angah ganyang dia cukup-cukup." Dhariz menumbuk tapak tangannya. Tergelak Ayeena melihat gelagat abangnya.

"Tak kira la dia kawan baik angah ka dak, kalau dia lukakan hati adik, angah sanggup putus kawan!"

"Thank you Angah! Walaupun angah selalu buli adik, selalu usik adik tapi angah sayang jugak noh kat adik!"

"Memang ada adik untuk dibuli pun!"

Kedua-dua mereka ketawa.

Ya Allah permudahkanlah segala urusanku! Jika ini yang terbaik, tunjukkanlah aku jalannya!

𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro