"Aayyan accident."
Tengku Dayang terpempan. Lututnya lemah. Baru sahaja tubuhnya mahu menyembah lantai namun lengannya sempat dipegang oleh Tuan Aydan.
Aariq menekup mulutnya. Matanya dipejam. Air matanya perlahan-lahan membasahi pipi. Yan, kau janji dengan aku kau nak ada selalu dengan aku. Yan, jangan tinggal aku!
Shayla mendekati Aariq. Bahu suaminya diusap lembut. Aariq menyembam mukanya pada bahu Shayla. Tangisan dilepaskan. Pinggang isterinya dirangkul.
Ayeena yang turut mendengarkan itu bingkas berdiri. Kaki diatur mendekati mertuanya.
"Abang Aathif, kenapa dengan Aayyan? Mana suami Yeen?" Perlahan suaranya bertanya. Tangisan ibu mertuanya berkumandang. Mata Ayeena mula berkaca. Jantungnya mengepam darah laju menanti jawapan yang bakal meniti di bibir Aathif.
Dup!
Dap!
Dup!
Dap!
"Aayyan accident cedera parah. Sekarang ada dekat Emergency Zone." Luluh suara sang abang.
Prang!
Ayeena terkedu. No, abang. Tolong jangan tinggal Sha dengan anak-anak macam ni!
Dhariz yang melihat Ayeena mula terhuyung hayang mahu pengsan itu pantas menyambut adiknya.
"Adik!!"
Serta merta dunia Ayeena gelap.
Dua jam mereka semua menanti keputusan di hadapan Emergency Room tersebut. Belum ada tanda-tanda yang doktor bakal keluar.
Aariq yang masih bersama baju melayu berjalan mundar mandir di hadapan bilik tersebut. Tuan Aydan sedang tenangkan isterinya.
Ayeena belum sedarkan diri. Dia kini dimasukkan ke ward. Ditemani oleh Dhariz dan Dhani.
Melihat Aariq berjalan ke sana ke sini, Tuan Aydan menegurnya.
"Oi, budak. Cuba duduk! Ni tidak, terposing posing pening kepala ayah tahu tak? "
Aariq tidak mengendahkannya.
"Awak, cuba bawa bertenang. Duduklah dulu." Lembut Shayla memperlawa suaminya. Aariq mengangguk lemah.
Tuan Aydan mencebik. Cis, dengan bini bukan main lagi senang ikut cakap!
Aathif hanya mendiamkan diri dari awal tadi. Isterinya di sebelah turut bingung.
"Abang, abang ok tak ni?"
Lemah anggukkan yang diberi.
"Sabar ya, Aayyan kuat, abang pun kena kuat. Kita doakan dia ya." Isterinya mengukir senyuman manis buatnya. Jari suaminya disulam dengan jari kecilnya. Dia menggenggam erat untuk salurkan kekuatan buat suaminya.
"Thanks sayang." Kepala isterinya ditarik lembut mendekatinya sebelum melabuhkan ciuman.
Klak!
Kesemua mereka bingkas berdiri apabila pintu dikuak dari dalam. Doktor yang merawat Aayyan menapak keluar dari bilik tersebut.
"Doktor, macam mana dengan anak saya? " Soal Tuan Aydan.
Doktor lelaki itu menggeleng perlahan.
"Maafkan kami, kami dah cuba yang terbaik."
Sebaik sahaja doktor itu menerangkan apa yang terjadi dan meninggalkan ruang untuk mereka, kesemua mereka memberi reaksi masing-masing.
Laju lutut Aariq menyembah lantai. Allahuakhbar! Aayyan, kau cakap kau kuat. Kau takkan tinggalkan aku! Kau tipu!
Aathif menjauhkan diri. Dia pergi ke hujung koridor. Tangisan dilepaskan. Terhinggut bahunya. Yan, kenapa kau tinggalkan aku? Aku sayang kau, kau adik aku! Aku tak sedia nak hilang kau!
Tengku Dayang semakin rancak tangisannya. Tuan Aydan juga turut terkesan. Mana mungkin dia tidak terkesan, Aayyan juga anaknya. Kenapa tinggal bonda dengan ayah macam ni Yan? Ayah tak kuat la bangang!
Bahu isterinya dirangkul. Kepala Tengku Dayang dibawa ke dada bidangnya. Kepala isterinya dikucup lembut.
"Shh sayang, jangan nangis. Aayyan mesti sedih kalau dia tahu sayang nangis macam ni."
"Abang, anak kita! Hiks anak kita." Tengku Dayang menggogoi.
Tuan Aydan mengangguk, "Ya, anak kita la. Takkan anak janda sebelah rumah pulak."
Dada bidangnya ditampar, "Tak lawak lah abang huwaaaa."
"Okay, okay sorry. Dahla jangan nangis macam ni. Buruklah. Abang cari baru kang!"
"Abangggg."
Shayla mendekati Aariq. Dia duduk mencangkung di sebelah Aariq. Aariq memeluk Shayla lalu menghamburkan tangisan pada bahu isterinya.
"Awak, saya tak kuat! Saya nak Aayyan!" Rintih Aariq.
"Awak kena kuat, kena terima qadar dan qada' , tak boleh macam ni." Pujuk Shayla.
Aariq menggeleng, "I can't."
Air mata berderai laju.
Haqir meraup rambutnya kasar. Kau kenapa Yan? Kenapa kau tak kejar Ayeena? Kenapa kau lari? Kalau kau tak lari sekarang kau dah bahagia dengan Ayeena!
Alice mendekati Haqir. Punggungnya dihempas pada sofa sebelah Haqir. Sejak pulang dari rumah Tuan Aydan tadi, Haqir banyak diamkan diri.
"Bigboss, are you okay?"
Haqir menoleh ke arah Alice. Cantik! Dia terpukau dengan kejelitaan wanita itu. Ya, tidak dapat dinafikan Alice memang cantik. Tambahan sekarang dia bertudungkan shawl putih. Sesuai dengan warna kulitnya putih susu.
The Reviano's, of course cantik!
"Bigboss okay tak ni?" Soalnya lagi apabila melihat Haqir sedang scan setiap inci mukanya. Ah ghisau!
Haqir berdehem. Mata dilarikan.
"Aku okay."
"Tapi bigboss macam tak okay."
Haqir mengeluh kasar.
"Aku rasa bersalah. Kalau bukan sebab aku, Aayyan takkan lari macam ni."
Alice mengangguk faham.
"Even I takdelah pandai sangat nak pujuk orang, but I wanna try."
Haqir menjongket kening memandang Alice.
"It's not your fault, takde siapa pun yang nak minta benda ni jadi, ni semua takdir. Siapa kita nak menidakkan takdir Tuhan."
Zap!
Haqir menelan liur. Hambik kau!
Okay, Alice ni Islam ya gais! Ayahnya orang Melayu dan Islam manakala ibunya orang France dan mualaf. Cuma bahasa melayunya sahaja kurang mahir.
"Thankyou for that advice, my little angel."
Terkedu seketika. Little angel?
"Mama and papa aku balik esok, so sekarang jom tido."
Alice masih membatu.
"Sorry maksud aku, kau tidur bilik tetamu, aku tidur bilik aku. Dah kahwin nanti baru pindah masuk bilik aku."
Memerah pipi Alice.
"Bigboss ni!!"
Haqir ketawa kecil sebelum melangkah naik ke biliknya.
"Bidadari abang, abang tunggu dekat syurga ya sayang!"
Ayeena cuba mengejar langkah Aayyan yang kini menjauh.
"Jaga anak-anak kita ya sayang. I love you."
Bayangan Aayyan semakin menjauh. Laju kepala Ayeena menggeleng.
"No, abang!! Jangan tinggalkan Sha!" Jeritnya.
Bayangan muka Aayyan kian pudar. Tangisannya kuat sehingga menyapa gegendang telinga Dhariz yang sedang tidur.
"Adik! Hey wake up baby! What's wrong?"
Kakinya diatur mendekati adiknya.
Ayeena mencelikkan kelopak matanya. Matanya melilau mencari keberadaan seseorang.
"Abang! Abang!"
Dhariz menarik Ayeena ke dalam pelukannya.
"Shh, Angah ada sayang."
Ayeena menangis tersedu sedan, "Angah, adik nak jumpa Aayyan. Mana Aayyan?"
Dhariz terdiam. Dia tidak tahu bagaimana nak terangkan.
"Angahhhh mana suami adik?!" Bentak Ayeena. Pelukan mereka terlerai.
"Adik kena banyak mengucap. Aariq call tadi bagitau yang Aayyan dah.." Kepala Dhariz digeleng perlahan. Bibir bawah dikemam.
Dia juga sedih dengan nasib adiknya kini, sudahlah mengandung, due-date pun sudah hampir tiba.
Ayeena memejamkan matanya. No, Abang tak boleh tinggal Sha macam ni!!!
Dhariz mula mendakap adiknya semula sebelum Ayeena melepaskan tangisannya.
"Tolonglah ngah, tak lawak laaa."
"Adik nak Aayyan, angah tolong la bawa adik jumpa Aayyan."
Dhariz memejamkan matanya. Dia turut rasa kehilangan seorang sahabat. Namun, situasi adiknya lebih berat. Kehilangan suami.
"Angah sayang adik kan, angah cakap adik nak apa semua angah bagi kan, adik nak Aayyan! Tu ja angah. Tolonglah angah."
Dhariz membiarkan adiknya terus memukul dada bidangnya sambil membebel. Sehingga terlelap Ayeena menangis di dada Dhariz.
Ya Allah, kuatkanlah hati adik ku! Yan, kenapa hang tinggal kami laguni?
𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro