𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 6
Selepas peristiwa 'dating' dua hari lepas, hubungan antara Ayeena dan Aayyan semakin erat. Hari ini hari di mana kenduri kahwin sepupu Ayeena berlangsung, iaitu tujuan utama Ayeena pulang ke kampung.
Baju kurung cotton soft grey bercorak polkadot terletak cantik pada tubuh genit Ayeena. Tudung shawl grey dipadankan dengannya. Kombinasi yang cantik dan perfect! Ayeena menilik pakaiannya di hadapan cermin meja solek.
'Wah cantiknya aku! Sejuk perut umi mengandungkan aku. Fuh!' Getus hati Ayeena sebelum tertawa kecil. Berangan hang ni nyah!
Tok!
Tok!
Tok!
Tersembul muka ganteng Dhariz di muka pintu bilik Ayeena.
"Oi hantu kak limah, orang dah lama tunggu hang kat bawah. Hang dok berangan apa lagi jebon?" Ayeena mengguling biji matanya.
Angah mana boleh tengok orang senang sikit huh!
"Ha pi ja la dulu. Satgi adik pi sendiri. Dekat ja pon. Dok buat hingaq apa kambing?" Ayeena sibuk memperbetulkan awning tudungnya di hadapan cermin.
Dhariz melangkah masuk perlahan-lahan mendekati Ayeena di hadapan cermin itu. Ayeena hanya mengabaikan abangnya itu. Dhariz berdiri di belakang adiknya dan memandang ke arah cermin.
"Wah! Cantiknya adik angah ni-" Ayeena berkerut kening mendengar pujian daripada Dhariz.
Ayeena hanya membalas senyuman kelat.
"Cantik macam-"
"Macam apa?"
"Macam apa eh? Jap nak fikir."
"Haa! Macam taik." Dhariz menarik sedikit belakang shawl Ayeena dan terus berlari melangkah keluar.
"ANGAH TAK GUNAAAAAA!"
Ayeena kembali membetulkan tudungnya.
Dhariz berjalan ke arah ruang tamu sambil menghabiskan sisa tawanya. Semua mata terarah kepadanya sebaik sahaja dia tiba di ruang tamu.
"Kenapa semua pandang Angah? Angah tahulah Angah ni hensem." Dhariz tertawa kecil.
Aayyan sudah menepuk dahi. Perasan punya kawan!
"Angah! Kenapa adik jerit tadi?" Puan Diana menepuk bahu Dhariz.
"Apa nak peliknya umi? Adik kan suka menjerit. Jerit tu hobi dia." selamba Dhariz dan terus berjalan ke muka pintu utama.
"Dia takkan jerit kalau hang tak kacau, ngah." Dhani mengetuk kepala Dhariz yang berada di sampingnya.
"Aduh! Sakit la long! Umi, adik suruh kita pergi dulu. Nanti dia pi sendiri." Dhariz terus berjalan meninggalkan Dhani di belakang sambil mengusap kepalanya yang diketuk.
"Abihtu takkan dia nak pi sorang?" Puan Diana bertanya kepada Dhani yang mendukung putrinya, Avyana di hadapan muka pintu.
"Tu para jejaka terkacak ada. Suruhlah depa tunggu." Dhani menjuih bibir ke arah Aayyan dan Aariq yang duduk di atas sofa. Puan Diana menoleh ke arah Aayyan.
"It's okay, Aayyan boleh tunggu puteri Aunty tu." Aayyan sengih menampakkan gigi.
"Aunty jangan risau! Abang saya ni lagi suka kena tunggu puteri kesayangan aunty tu. Dia kata dia tak shabar nak jumpa~" Aariq menjongketkan kening ke arah Aayyan.
Aayyan mengecilkan matanya.
Tergelak Puan Diana dan Tengku Dayana mendengar ayat Aariq. Puan Diana mengajak Tengku Dayana berangkat ke rumah kenduri. Suami mereka awal-awal lagi dah tiba di sana. Dhani juga mengikuti dari belakang Puan Diana bersama keluarga kecilnya.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam." jawab Aayyan dan Aariq serentak.
"Hey bro! let's go! Aku lapaq ni!" Hakeem berjalan masuk dan berdiri di sebelah Aariq.
"Ajummmm! Wahai abang kesayanganku, aku pergi dulu! Kau tunggu la bidadari kau tu sampai siap!" Aayyan membaling bantal ke muka adiknya.
Aariq terkekek gelak dan menarik lengan Hakeem bergegas ke rumah kenduri. Rumah kenduri tu depan rumah je nyah!
Aayyan membelek telefon di tangannya. Kejap scroll ig. Kejap scroll twitter.
Ayeena menuruni anak tangga perlahan-lahan.
'Depa betul-betul tinggal aku sesorang ka? Pasaipa senyap semacam rumah ni?' Kepala Ayeena menjengah sekeliling. Dia berjalan ke arah pintu utama. Sedang berjalan, matanya tertumpu pada si dia yang sedang duduk di sofa. Langkah kakinya berhenti.
Kurta soft grey dikenakan dengan seluar slack hitam. Songkok hitam menambahkan lagi ketampanan si dia.
Ayeena berdehem perlahan. Aayyan yang menunduk menilik telefon kini memanggung kepala melihat ke arah Ayeena. Matanya terpegun melihat keayuan Ayeena yang memakai baju kurung. Terlihat manis. Cantik.
Aayyan memegang dada sebelah kirinya.
"Abang, kenapa tak pergi kenduri? Buat apa dekat sini?"
"Err, Umi Sha minta abang teman Sha." Aayyan bangun dari duduknya dan berjalan mendekati Ayeena. Ayeena hanya mengangguk sambil tersenyum janggal.
"Shall we, sayang?" Aayyan memberi laluan untuk Ayeena untuk berjalan dulu.
"Wah wah wah macam pinang di gilis lori lah dua pasangan seguli ni!" Aariq mengambil tempat di kerusi kosong bertentangan dengan Aayyan. Ayeena disebelah Aayyan dipandang sambil tersenyum nakal.
Aayyan yang hendak menyuap nasi ke dalam mulut terhenti seketika memandang wajah adik bangangnya.
"Pehal kau menyibuk kat sini? Pergi la main jauh-jauh. Orang nak makan tak senang tengok muka monyet kau tu!" Aayyan sambung menyuap nasi ke dalam mulutnya.
Aariq mengulingkan matanya.
"Aku bukan nak kacau kau! Aku nak nak bertegur sapa dengan babygirl aku tu je." Jari telunjuk menunjuk ke arah Ayeena yang sedang enak menjamu selera.
"Aku dah cakap kan, jangan panggil dia babygirl! Kau pergi cari perempuan lain la hanat! Dia aku punya." Aayyan menunjuk penumbuk depan wajah comel si Aariq.
Ayeena tersedak mendengar pengakuan Aayyan sebentar tadi.
"Sayang okay tak ni? Nah minum air. Makan slow-slow kang tercekik ha." Melihat Ayeena tersedak macam kambing tercekik kismis, Aayyan kalut-kalut menyua air kepada Ayeena.
"Perghhhh sayang siot! Mantap la kau bang! Ini baru abang aku!" Aariq mengangkat thumbs up kepada Aayyan sambil tersenyum sumbing.
"Yeen, you buat apa dekat abang I huh? First time tau dia panggil perempuan, sayang. I mati-mati syak dia gay. HAHAHAHAHAH. Dia tak pernah bercinta tetiba dengan you bukan main lagi sweet! Sampai I rasa rama-rama dalam perut I pon kena potong kaki kena kencing manis."
Ayeena tertunduk. Wajahnya kini berona merah.
"Kau ni beruk, tak abis-abis ganggu orang! Pergi main sana. Mana kawan tenuk kau tu? Pergi ajak dia main sorok-sorok ke main lompat jauh ke. Sibuk hal orang je keje kau." Ujar Aayyan tanpa memandang wajah adiknya itu.
Aariq mendengus geram. "Fine! Aku pergi jauh dari hidup kau nanti jangan menyesal hm!" Aariq terus bangun pergi.
"Tak payah layan dia! Drama king je tu! Nanti nak minta tolong muka ni juga dia cari." Aayyan tersenyum manis melihat wajah Ayeena di sebelahnya. Ayeena mengangguk kepala sebelum menyambung makan.
Kerusi dihadapan Ayeena ditarik dan diduduknya.
"Eherm. Assalamualaikum Ayeena!"
Ayeena mengangkat kepala melihat gerangan yang menegurnya.
Seorang lelaki berbaju melayu cekak musang bersama senyuman manis. Kulit sawo matang. Hidung mancung menjadi tarikan. Lengan baju disinting hingga ke siku menampakkan bulu lengan tipis-tipis. Butang baju sedikit terbuka.
Aayyan yang melihat Ayeena terkedu memandang lelaki tersebut terus memandang tajam ke arah lelaki itu.
"Waalaikumussalam er abang Haqir buat apa dekat sini?" Ayeena sedikit tertunduk segan bertentang mata dengan jejaka bermata brown tersebut.
Lelaki itu ketawa kecil melihat Ayeena yang segan dengannya.
Aayyan terus menyambung makan dari memandang lelaki entah dari mana datangnya ni. Cemburu di hati kini bertandang.
"Abang datang sini sebab abang rindu Ayeena." Haqir tenung muka Ayeena yang kian berbahang.
Muka Aayyan jangan cakap la. Rahang sudah diketap. Mood untuk sambung makan dah hilang. Cemburu di hati kian memuncak. Dipandang sekilas wajah Ayeena yang menunduk segan itu. Nafas ditarik dalam-dalam.
"Hi bro! Nama aku Tuan Aayyan Danish. Just call me Aayyan. Aku bakal suami Ayeena Danisha!" Aayyan mengukir senyuman sinis kepada Haqir. Lelaki itu kelihatan seperti tersentak. Terkejut barang kali. Huluran tangan Aayyan dipandang sepi.
Ayeena terus mengangkat wajahnya yang tadi menunduk. Dia memandang raut wajah Aayyan dari tepi.
Dia terus memandang Aayyan untuk mendapatkan jawapan daripada Aayyan. Apa maksud abang tadi?!
Huluran tangan Aayyan kini disambut.
"Oh, maaf mengganggu. Aku tak tahu pulak Ayeena dah nak kahwin. Nama aku Aiman Haqir. Sepupu Ayeena anak mak lang." Haqir mengukir senyuman manis walaupun tidak selesa dengan pandangan tajam oleh Aayyan.
Tangan dilepaskan oleh Aayyan dan lantas mengelap tangannya pada alas meja kenduri itu.
"Tahniah Ayeena. Abang baru je nak masuk minang Ayeena. Tapi rupanya Abang dah terlambat." Haqir mengusap belakang lehernya perlahan.
Ayeena hanya tersenyum kelat.
"Terima kasih abang. Mak lang mana? Tak nampak pun." Sengaja mengubah topik untuk nampak lebih selesa.
"Mama dengan papa abang tak balik. Abang balik sorang je ni. Diorang ada dekat German uruskan perniagaan dekat sana." Haqir masih lagi memandang wajah kecil Ayeena yang dirindui. Perempuan dambaannya sejak kecil.
Aayyan hanya membatukan diri. Nak makan dah tak lalu. Mood dia sekarang nak tumbuk muka orang je.
"Oh. Abang dah makan? Kalau belum pergilah makan dulu." ujar Ayeena lembut sebab tak nak nampak macam menghalau. Bukan dia tak tahu mamat sebelah dia ni dah keluar aura bapak rimau rawr dia tu! Kang tak pasal Haqir dijamu penumbuk sulong Aayyan pulak.
"Haah belum lagi. Okaylah abang pergi makan dulu-" Haqir segera bangun dari duduknya.
"- bro jaga Ayeena elok-elok kalau tak aku rampas dia dari kau." Dengan segera dia melangkah meninggalkan Ayeena dan Aayyan.
Rahang diketap. Bunyi gigi berlaga. Muka merah macam kena simbah sirap.
Ayeena memegang lengan Aayyan yang berlapikkan baju apabila Aayyan bertindak bangun untuk mengejar langkah Haqir. Risau betul la kalau dia ni jadi rimau!
"Abang dah la tu. Duduk sini. Jangan buat kecoh dekat sini." Ayeena cuba memujuk Aayyan. Perlahan-lahan Aayyan kembali duduk di kerusinya. Pinggan yang tinggal lauk ayam dan sedikit nasi ditolak jauh.
Ayeena melihat perbuatan aneh Aayyan itu berkerut dahi. "Abang dah kenyang ka? Tak baik membazir tau." Ayeena memandang wajah Aayyan.
Aayyan memandang wajah Ayeena yang sedang berkerut seribu itu.
"Abang takde mood nak makan. Kenyang."
Ayeena mengambil pinggan Aayyan yang ditolak jauh itu. Dia menghabiskan makanan Aayyan.
Aayyan terpempan melihat tingkah Ayeena.
"Sha tak geli ke makan bekas mulut abang tu?" Kening Aayyan berkerut. Dipandangnya muka Ayeena yang sedang menghabiskan makanannya.
"Kenapa nak geli? Abang pun manusia jugak. Membazir kalau dibuang macam tu ja. Lagipun tinggal sikit ja lagi ni ha."
Jawapan selamba daripada Ayeena membuatkan Aayyan tersenyum. Hilang rasa api di hati kini diganti rasa berbunga.
"Abang jom pergi ambik gambaq dengan pengantin!" Ayeena menarik lengan baju Aayyan menuju ke arah pelamin.
Aayyan merenung tangan kecil yang memaut lengannya. Dia tersenyum kecil.
"Woi Yeen hang bawak sapa ni hah? Ada boyprend tak habaq kat aku noh." Kak Mira a.k.a pengantin perempuan menepuk bahu Ayeena. Lantas pegangan pada lengan Aayyan dilepaskan.
Kak Mira ni sepupu Ayeena anak kepada Mak Ngah.
"Mana ada la. Ni lecturer Yeen la kak." Ayeena mencuit pinggang Kak Mira.
"Hang muhong agak-agak la. Lecturer apa sampai pegang-pegang lagutu. Aku makan garam dulu ada hati hang nak kencing aku." Bebel Kak Mira. Ayeena hanya memekakkan telinganya.
Tanpa menghiraukan bebelan Kak Mira.
"Kak, jom ambik gambaq ajak Abang Hanif sekali kaih." Ayeena mengubah topik. Aayyan? Dia diam je dari tadi. Ikut sahaja ke mana Ayeena pergi.
Selesai berfoto, "Tahniah Kak Mira dan Abang Hanif! Akhirnya dapat juga rasa nasi minyak hampa. Semoga cepat bagi Yeen anak buah yang comel."
"Lepas ni makan nasi minyak Yeen pulak kan sayang?" Abang Hanif memeluk bahu isterinya.
"Tak lama dah awak, tu calon ada dah." Kak Mira mencuit pinggang Ayeena.
Berbahang muka Ayeena. Apa kak mira ni? Malu la titew.
"InsyaAllah. Jemput datang ye nanti." Kini Aayyan bersuara. Terkesima Ayeena menghadam ayat Aayyan.
No, yeen jangan letak harapan! nanti hang yang sakit nyah!
Aayyan dan Ayeena meminta diri untuk pulang. Tiba sahaja di ruang tamu rumahnya, kornea matanya disapa dengan ahli keluarganya dan Aayyan sedang berkumpul sambil berbual.
Ada mesyuarat kabinet ka pa ni? Awat muka semua serius lain masam ni?
Ayeena mengikuti langkah kaki Aayyan masuk ke ruang tamu. Aayyan mengambil tempat di antara Aariq dan Tengku Dayana. Ayeena mengambil tempat di sebelah Dhariz. Situ je kosong. Nasiblah!
"Pst pst! Adik!" Dhariz memanggil perlahan Ayeena di sebelahnya. Ayeena menjongketkan kening 'apa'.
"Get ready!" Dhariz tersenyum nakal. Berkerut dahi Ayeena.
Get ready pasaipa ni? Nak pi berperang ka? Ada alien menakluki bumi demi koko yang dicari-cari mereka kan tiba tak lama lagi ka lagumana ni?
"Okay memandangkan semua dah ada ni. Babah dengan Umi ada benda nak cakap sikit."
Berdebar-debar hati Ayeena hanya tuhan sahaja yang tahu.
"Aariq dengan Aayyan pun tolong dengar uncle Azeem nak cakap tu." Kedua beradik itu hanya mengangguk.
"Babah, Umi, Uncle Aydan dengan Aunty Dayang dah bincang-"
Hah sudah pehal ni? Nak buang aku ka camna?
"- kami nak jodohkan Ayeena dengan Aayyan."
Terasa waktu seakan berhenti. Jantung seakan berhenti berdegup.
"WHAT?!"
𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro