Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 58

"Sha?"

Tubuh Ayeena mengeras. Tak mungkin. Suara tu. Ayeena bingkas bangun dan membuka langkah untuk melarikan diri.

"No, sayang stop right there!" Tegas Aayyan. Kakinya laju diatur mengejar langkah Ayeena.

Air mata Ayeena kian deras membasahi pipi. Akibat tersalah langkah, Ayeena tersadung kaki. Tubuhnya rasa seakan melayang. Matanya dipejam rapat. Allahuakhbar!

Belum sempat tubuh itu menyembah tanah, terasa sepasang tangan menjalar pada pinggangnya. Menahan dia daripada tersembam jatuh ke tanah. Kelopak matanya dicelikkan, sepasang anak mata kelabu tepat menikam ke dalam anak matanya. Pandangannya redup. Dan berkaca. Deruan nafas Aayyan menyapa wajahnya dek kerana kedudukan mereka terlampau rapat. Mata Aayyan jatuh pada bibir Ayeena. Liur ditelan kesat.

Aip, Aayyan ni bukan masanya. Cepuk kang!

Ayeena segera berdiri semula melepaskan tautan Aayyan. Aayyan juga rasa agak kekok. Dia mengusap pangkal lehernya.

Aayyan memikirkan ayat yang hendak dilontarkan. Tapi dia lupa. Aduh, nak cakap apa tadi eh? Lupa la pulak?

"Sayang sihat? Dah makan?" Tanpa semena dia bertanya. Eh, betul ke tanya macam ni eh?

Ayeena mengangguk kekok. Dua bulan tidak bersemuka dengan Aayyan. Banyak perubahan dapat dilihat pada Aayyan terutamanya penampilannya. Semakin hancur. Serabai dooh.

"Sayang, please abang-"

"Pergi balik!" Ayeena memintas ayat Aayyan. Aayyan terkedu.

"Sayang please! Bagi abang cakap dulu." Aayyan separa merayu. Tangan Ayeena cuba diraihnya, namun wanita itu lebih cepat menepis.

"Abang rindu Sha! Tolong maafkan abang, sayang!"

Ayeena memalingkan wajahnya daripada terus memandang wajah suaminya itu. Wajah yang dirinduinya selama dua bulan ini. Dia takut hatinya mudah melentur. Bibir bawah dikemam menahan diri daripada menghamburkan tangisan.

"Sayang, abang perlukan sayang! Give me one more chance!"

Mendengarkan itu, tajam matanya membalas renungan mata kelabu itu.

"Berapa banyak lagi peluang Sha nak kena bagi? Satu peluang pun abang tak pernah hargai!"

Terdiam seribu bahasa Aayyan. Ayeena yang selama ini hanya lemah lembut dan pemaaf orangnya, kini sudah lain. Sedar, Yan! Kau puncanya.

"Cinta Sha untuk Abang dah mati! Lepaskan Sha!"

Air mata Aayyan bergelinang, dia tidak langsung menyeka. Dibiarkan egonya sebagai lelaki tercalar begitu sahaja. Dia merebahkan lututnya di hadapan Ayeena.

"Sayang." Luluh suaranya.

Ayeena mengigit bibir bawahnya. Sungguh hati dia kini di ambang rapuh melihat suaminya itu merayunya sambil melutut. Siapa hang Ayeena sampai orang kena melutut dekat hang?

"Sayang, maafkan abang. Abang tahu abang salah. Tolong bagi abang peluang. Abang nak jaga sayang jaga anak-anak kita. Abang merayu sayang, tolong balik pada abang. Abang perlukan sayang." Aayyan merapatkan kedua tangannya meminta simpati daripada Ayeena.

Ayeena memejamkan matanya. Sebut pasal anak?

Ayeena senyum sinis, "Anak ni anak Sha bukan anak abang! Abang lupa apa yang abang dah buat? Abang lupa abang hampir bunuh anak ni?!"

Terdiam Aayyan. Hatinya rasa bagai dihempap batu. Yan, kau betul-betul dah melampau sampai anak sendiri kau nak bunuh!

"Baliklah abang! Sha dah taknak tengok muka abang lagi dah!"

Laju kepala suaminya menggeleng, "Sha, bagi abang peluang please!"

Baru sahaja Ayeena baru membalas, Haqir dan Aariq mendapatkan mereka berdua. Aariq menarik abangnya untuk berdiri. Manakala Haqir meminta Ayeena berdiri di belakangnya.

"Kenapa ni?" Soal Haqir kasar. Terobek hati lelakinya melihat mata Ayeena yang sarat dengan air mata.

"Kau kalau sekali je tak buat Ayeena menangis tak boleh ke?" Tajam mata helang itu menikam ke arah mata kelabu Aayyan.

Tidak sikit pun dia gentar walaupun tubuh Aayyan lebih tinggi daripadanya. Bukan dia katik. Tapi Aayyan yang zirafah HAHAHAH. Ngak bisa buat apa-apa sih.

"Qir, bagi Ayeena dekat aku balik. Aku merayu tolong pulangkan bini aku."

Haqir tersenyum senget, "Kau bodoh, Aayyan!"

Membulat mata Aayyan begitu juga mata Aariq. Ai, apa ni bodohkan abang kita ni?! Babap kang!

"Dulu kau tuduh dia mengandung anak luar nikah. Ayeena tak pernah buat perkara terkutuk macam tu! Tapi kau langsung tak percayakan dia. Apa yang kau buat?"

Aayyan masih lagi diam.

"Kau suruh dia gugurkan kandungan tu kan? herh sekarang nak dia balik. Jangan buat lawak dekat sini. Nak buat lawak ajak adik kau ni pergi buat lawak sana."

Aayyan mengepal penumbuknya. Egonya tercabar dengan kata-kata Haqir di mana katanya dia sedang buat lawak.

Aariq memandang Aayyan, tidak percaya bahawa abangnya sanggup menyuruh Ayeena gugurkan zuriatnya sendiri. Astaga, firaunnya abang sape ni? Aku nak jual la gini!

"Kalau kau tak cintakan dia, lepaskan dia!"

"No!! Never!!" Suara Aayyan memetir.

"Aku akan bahagiakan dia."

Aayyan senyum senget, "Kau sedar tak dia tu bini aku! Aku tak ceraikan dia dan tak akan ceraikan dia!"

"Kau tak layak untuk dia, Yan!"

Menyirap darah Aayyan. Rahangnya diketap.

"Kau!!!! Habis kau tu layak sangat ke? Entah-entah kau dengan adik kau tu pun sama je." Aayyan menyinggahkan penumbuk sulungnya ke rahang Haqir. Terjatuh dah member. Sian dia eh sian. Aariq terkejut dengan serangan mengejut abangnya. Dia menarik lengan abangnya daripada terus memukul Haqir.

Ayeena juga terkesima melihat itu. Haqir betul-betul dah mencabar kesabaran Aayyan. Haqir yang terduduk di tanah ketawa. Kena tumbuk dekat rahang ke otak ni bang? Ah risau mak!

"Menangkan ego kau! Terus salahkan orang lain sedangkan semua berpunca daripada kau."

Nafas Aayyan turun naik. Jantung mengepam darah laju. Matanya tajam memandang Haqir.

"Pergi balik Aayyan. Ayeena milik aku!"

Aayyan merentap kasar pegangan Aariq pada lengannya. Impaknya Aariq hampir terjatuh ke belakang. Abang aku ni ada DNA the rock ke hapaaa?

Aayyan mendekati Haqir lalu satu lagi tumbukan disinggahkan. Kuat bunyinya. Rasa macam bunyi patah-patah gitu. Habislah peminat abang Haqir serang kau Aayyan! Author lari dulu kau jawab aa sorang HAHAHAHA.

"Kau yang buang dia macam sampah, aku kutip dia macam permata!"

Aayyan menghayunkan tangannya untuk melayangkan tumbukan ketiga. Namun, tangannya ditahan oleh Ayeena. Terhenti perbuatannya, kepala laju menoleh ke arah pemilik tangan kecil itu. Wajah Ayeena kini sarat dengan air mata.

"Abang, please stop it!" Ayeena menggeleng bersama deraian air mata.

Aayyan bingkas bangun dan memeluk tubuh isterinya itu. Kepala Ayeena ditarik ke dadanya.

"Shh, don't cry sayang. I can't see you crying like this. Please stop crying sayang!" Kepala yang dilitupi tudung itu dibelai lembut.

Terhinggut-hinggut bahu kecil itu melepaskan tangisan. Dalam masa yang sama melepaskan rindu kepada pelukan hangat suaminya. Mengambil kesempatan dalam kesempitan!

Haqir mengetap rahang melihat adengan suami isteri di hadapannya.

"Ayeena dah setuju lepas habis idah dia akan kahwin dengan aku!"

Lantas kedua kepala itu menoleh ke arahnya. Eh, tiga kepala. Maaf abe Riq, I terlupa you.

Haqir bangun berdiri. Seluarnya yang kotor ditepuk-tepuk bagi menghilangkan debu. Aariq memandangnya hairan. Ada dalam plan ke ni? Dhariz tak cakap pun. Ke aku yang terlepas something?

"Aku tak ceraikan dia. Kau jangan memandai."

Haqir senyum segaris sebelum memetik jari dua kali. Tiba-tiba muncul tiga orang lelaki berbadan sasa.

Aariq menelan liur kasar.

"Yan apa kata kita balik dulu! Aku rasa macam ada tertinggal something." Dia mendekati Aayyan sebelum lengan abangnya itu digoncang. Matanya masih tidak lepas memandang tiga orang itu.

Aayyan menghiraukannya. Ayeena masih lagi dalam pelukannya.

"Kick them from here!" Arah Haqir kepada tiga lelaki itu. Mereka mengangguk.

"Don't touch me. I can walk by myself." Aariq terus lari keluar daripada kawasan rumah Haqir itu. Bonda!!! Tolong Riq!!

Aayyan masih statik di tempatnya. Seorang lelaki menarik kuat tubuh Aayyan untuk melepaskan pelukannya bersama Ayeena. Namun lelaki itu ditepisnya mudah. Mereka bertiga kini mendekati Aayyan. Okay 3 by 1 mana boleh 1 menang kan?

Mereka menarik kasar tubuh Aayyan. Terlerai pelukannya bersama Ayeena. Haqir menarik lengan Ayeena yang berlapikkan baju itu masuk ke dalam rumah.

"Put your hands down of her!!!" Tempik Aayyan apabila melihat Haqir menyentuh isterinya. Menyirap member kita ni ya!

Ketiga-tiga lelaki itu menolak Aayyan hingga tersungkur. Aayyan cuba untuk berdiri dan merempuh mereka. Namun usahanya sia-sia. Mereka memukulnya. Memijak. Menendang. Aariq mana? Dia tak selamatkan abang dia ka? Sia-sia hang ni aku boh watak hang langsung takleh pakai!

Ayeena yang melihat Aayyan dipukul teruk dari dalam rumah, menangis teresak-esak.

"Abang!!! Tell them to stop it right now!" Dia mencerlung ke arah Haqir.

Haqir hanya beriak kosong dan meninggalkan Ayeena di ruang tamu manakala dia naik ke bilik. Ayeena keluar kembali. Sungguh dia tidak sanggup melihat suaminya dalam keadaan begitu.

"Stop!!"

Ketiga-tiga lelaki itu berhenti memukul Aayyan. Darah penuh membasahi baju kemeja yang dipakai Aayyan.

Ayeena mengemam bibirnya. Matanya berkaca.

"Baliklah abang. Tolonglah balik. Jangan kacau Sha lagi." Dia merayu kepada Aayyan.

Aayyan cuba bangun walaupun kepalanya rasa berpinar. Wajah Ayeena juga samar-samar pada pandangannya, "I need you sayang!"

Ayeena menggeleng.

"Sha tak perlukan abang lagi. Abang baliklah. Sha takkan balik pada abang. Sampai abang mati pun Sha takkan balik pada abang." Ujar Ayeena dengan nada mendatar.

"Abang lagi rela mati daripada hidup tanpa Sha." Luluh suara garau itu menyuarakannya.

Ayeena menepis perasaan simpati terhadap Aayyan. Dia cuma tidak ingin melihat Aayyan dipukul teruk lagi.

"Kalau macam tu pergilah mati."

Terkedu Aayyan.

"Sha tak sayangkan abang langsung dah? Dah takde langsung ke peluang untuk abang menagih kasih cinta seorang Ayeena Danisha?"

Ayeena mendiamkan diri.

"Sayang langsung tak nak bagi abang peluang?"

Melihat tiada respon daripada Ayeena, Aayyan mengangguk faham.

"Okay, abang faham. You don't need me anymore. You deserve someone better. Abang je tak tahu malu menagih kasih pada orang yang abang pernah lukakan. Abang minta maaf atas semua salah abang. Abang minta maaf abang dah banyak sakitkan hati Sha."

Ayeena memejamkan mata. Takut untuk dengar ayat yang akan lafazkan oleh Aayyan. Lafaz cerai paling ditakutinya.

"Abang takkan sesekali lafazkan cerai pada Sha. Sha tuntutlah fasakh. Ataupun kalau nyawa abang tak panjang, Sha akan terlepas daripada abang."

Ayeena yang tadi menunduk kini mengangkat wajahnya memandang wajah suaminya. Wajah yang penuh luka dan kecewa.

"Kalau abang takde nanti, jaga anak-anak kita okay?"

Tersentak hebat hati Ayeena. Apa maksudnya ini?

"Abang pergi dulu."

Aayyan berlalu pergi daripada situ. Kakinya diatur ke kereta yang diparkir jauh daripada situ. Hatinya hancur bersama harapan untuk membawa mummy Anrique balik, "Maafkan daddy sayang! Daddy dah cuba."

Ayeena menghantar pemergian Aayyan dengan ekoran mata. Sebaik sahaja kereta itu hilang dari pandangan, dia masuk ke dalam rumah bersama air mata yang tak henti-henti mengalir. Menonong dia jalan menuju ke biliknya. Pintu dihempas kuat. Dia duduk di birai katil sebelum menghamburkan tangisannya sekuat hati.

"Maafkan Sha! Sha sayang abang." Katanya dalam tangisan.

Haqir di luar pintu mendengar bait-bait tangisannya.

"Abang cuma nak yang terbaik untuk Ayeena." Gumamnya perlahan.

𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro