Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 55

"France."

Dhariz sebenarnya masih ada di luar rumah, tengah mengendap Aayyan. Dia menghelakan nafas.

"Itu ja aku mampu tolong hang, Yan. Yang lain hang settle sendiri. Adik, maafkan angah!"

Dia menuju ke keretanya. Lalu berlalu pergi daripada kawasan perumahan itu.

Ya, Dhariz memberitahu Aathif. Dan Aathif memberi idea ini. Dhani juga setuju. Nak buat bagi perjumpaan antara Aayyan dan Ayeena nampak macam semula jadi. So, tak ada sesiapa rasa bersalah.

Aayyan pun dah macam orang sasau dah. Sejak penceraian Aayyan dengan Ariana dua bulan lepas, mereka lihat Aayyan dah banyak berubah. Dia selalu habiskan masa di rumah bersama Anrique, sambil menunggu kepulangan Ayeena.

Siap work from home. Nak tunggu Ayeena balik punya pasal. Macam orang gila pun ada kekadang. Bercakap dengan gambar, dengan patung harimau. Halah ghisau!

Yang paling sadis, dia membeli banyak barangan bayi. Baju, katil, segalanya dia beli. Diletakkan dalam satu bilik di sebelah bilik Anrique. Dan malam-malam dia akan bermalam di sana. Katanya Ayeena mungkin suka dengan hiasan bilik yang digubahnya itu.

Senyum sorang-sorang. Kejap nampak normal, kejap macam gelong!

Dia tinggal di rumah Tuan Aydan atas permintaan Tengku Dayang sendiri. Kerana risau dengan keadaan Aayyan yang tidak stabil. Takut apa-apa jadi pada Anrique.

KLIA, Kuala Lumpur.

"Yan, tak payahlah pergi. Biar Riq pergi. Bonda risaukan Yan." Pujuk Tengku Dayang.

"Aik, bonda tak risaukan Riq ke bonda?" Soal Aariq. Sambil bibir dimuncungkan.

"Tak langsung." Balas Tengku Dayang. Disambut dengan tawa semua di situ.

"Bonda jangan risau, Yan tahu jaga diri. Bonda jaga Que ya. Nanti malam-malam peluk dia tau. Cakap yang Yan sayang sangat dekat dia." Aayyan mencium pipi Tengku Dayang. Air mata Tengku Dayang yang bertakung dari tadi langsung mengalir.

Aariq menjeling. Lalu dia memeluk tubuh Tuan Aydan. Terkejut orang tua itu.

"Kau kenapa ni bangang?!" dia meluku kepala Aariq.

"Shh, Diam ayah diam! Riq pun nak peluk someone jugak."

Tuan Aydan menggeleng sebelum membalas pelukan itu.

"Ayah, pesanlah apa-apa dekat Riq. Macam bonda buat tu." Bisik Aariq. Tuan Aydan mengangguk.

"Pergi sana nanti jangan balik tau. Duduk sana terus. Tenang sikit hidup aku. Darah tinggi pun kurang. Lepastu kalau jumpa minah saleh cun-cun ingatlah pada ayah yang hensem ni, minta ig dia ayah nak follow. Okay itu je la."

Melopong Aariq. Astaga orang tua ni!

"Ayahh!!!!"

Tuan Aydan ketawa melihat wajah cemberut anaknya. Tiba-tiba telinganya ditarik.

"Aduh, yang sakit yang."

Aariq ketawa terbahak-bahak melihat telinga Tuan Aydan ditarik oleh Tengku Dayang.

"Padan muka. Dah tua gatal lagi. Abang ingat abang tu umur berapa hah? Tak malu dekat anak-anak. Patutlah Aariq perangai tiga suku, datang dari bapaknya rupanya." bebel Tengku Dayang.

Aayyan menggeleng kepalanya. Dia menunduk menarik Anrique dalam pelukannya.

"Tunggu daddy balik, kita cari mummy lagi ya!" Dia mencium pipi Anrique. Anrique mengangguk lemah.

"Promise me daddy, you'll bring mummy back!" Ujar anak kecil itu. Aayyan mengangguk.

"Aayyan." panggil Encik Azeem di belakang Anrique. Aayyan memangung kepala dan bingkas berdiri. Dia bersalaman dengan bapa mertuanya itu.

Bahu Aayyan ditepuk perlahan.

"Jaga diri ya dekat sana. Apa-apa call bagitau kami. Babah doakan Aayyan selamat pergi dan balik."

Aayyan mengangguk.

"Terima kasih babah. Aayyan balik nanti Aayyan cari Ayeena lagi ya!"

Encik Azeem menelan liur sebelum menoleh ke arah isterinya, Puan Diana. Menghantar signal melalui pandangan mata.

' Dia belum tahu '

"Aayyan, babah harap Aayyan bersabar ya. Allah uji sebab Allah sayang. Babah tahu Aayyan kuat. Banyakkan doa. Semoga Aayyan ditemukan semula dengan Ayeena. Doa babah dengan umi sentiasa mengiringi kamu berdua." Encik Azeem menepuk bahu Aayyan.

"Terima kasih, babah, umi, Aayyan janji Aayyan takkan sia-siakan Ayeena lagi."

Encik Azeem dan Puan Diana senyum dan menangguk.

"Babah, umi, Aayyan pergi dulu. Jaga kesihatan ya! Kalau Ayeena dah balik nanti, bagitahu Aayyan tau ." Pesan Aayyan kepada mertuanya.

Pasangan tua itu mengangguk.

Aayyan mendapatkan Tengku Dayang, "Bonda, kitorang gerak dulu ya!"

Tengku Dayang mengangguk.

Aathif memanggil Aayyan.

"Oi, ingat pesan aku tu. Bawak balik benda tu!" Cinta kau. Tapi itu hanya terbuku dalam hati Aathif.

"Apa benda yang kau merepek pun aku tak faham! Ye la aku cari la benda apa yang boleh bawa balik nanti. Semak betul orang tua ni." bebel Aayyan.

Aathif senyum, "Kau tahu juga nanti." Bisik hatinya.

Mereka menghantar pemergian Aayyan dan Aariq dengan ekoran mata.

Burgundy, France.

"Ahhh France I'm here!" Jerit Aariq. Aayyan hanya menghiraukannya. Menyesal juga ajak Aariq sebagai teman. Baik dia ajak Alyas lagi bagus.

Sebut sahaja ke France auto sembuh daripada demam. Dasar loh!

Aariq mendekati Aayyan yang sibuk mengisi bag ke dalam kereta audi R8.

"Eh, korang makan gaji buta ke hah? Pehal bagi boss isi bag sendiri?" Bebelnya kepada pekerja-pekerja Aathif.

Mereka menunduk meminta maaf.

"Aku yang nak angkat sendiri. Dah jom gerak." Aayyan menuju ke arah pintu sebelah pemandu. Dia ada lesen memandu antarabangsa ya! Jangan runsing-runsing.

"Aik sejak bila setan jadi malaikat ni?" Aariq mengusap dagu.

Pin!

Terhinggut bahunya. Laju dia berlari masuk ke dalam kereta.

Kereta audi R8 itu meluncur laju keluar daripada perkarangan airport. Kereta anak buah Aathif mengikut mereka daripada belakang.

Aariq membuang pandangan ke arah luar. Sambil menelusuri jalan ke tempat pinginapan mereka, Aariq sempat merakam perjalanan itu. Mengambil swafoto dan sebagainya.

"Wahhhh, cantiknya France!!! Aku ingat Italy je cantik doh!" Ujarnya teruja. Aayyan menggeleng melihat adiknya persis anak syurga.

Spesies anak syurga, tak boleh buat apa.

"Semua cantik, kau je hodoh."

Aariq mencebik. Sampai hati hodohkan kita!

"Yan, pehal kau macam something je ni? okay tak ni? Ke nak aku drive?" Aariq menegur Aayyan yang dari tadi macam tak senang duduk. Gelisah semacam.

"No sokay, aku okay je."

Aariq mengangguk.

"Riq, aku rasa something la sejak sampai sini."

Terjungkit kening Aariq. Aik tadi cakap okay.

"Rasa apa?"

"Entah doh. Dekat sini." Aayyan membawa tangan kanannya ke dada kirinya. Aariq pun memegang dada itu. Terkejut Aayyan dibuatnya.

Segera tangan Aariq ditepis kasar.

"Kau kenapa bangang? Nasib tak accident!" Marah Aayyan.

"Lah aku nak rasa apa yang kau rasa juga. Jangan-jangan kau dah jatuh hati dekat minah saleh France. Kau jangan macam-macam Yan! Kau kata kau tunggu Ayeena. Takkan jumpa minah saleh France auto berubah."

Aayyan menepuk dahi. Adik sapa ni bangang level phD?

"Jangan merepeklah. Entahlah kenapa aku rasa tak sedap hati."

𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro