Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 53

Perlahan-lahan langkah kaki lelaki itu mendekati Ayeena yang sedang termenung melihat bintang sambil mengusap perut bulatnya yang telah menginjak 8 bulan.

"Bah!"

"Rindu Aayyan!" Ayeena melatah.

Senyuman pada bibir Haqir mula mengendur. Dia melabuhkan punggung di sebelah Ayeena.

"Ish, abang ni terkejut Ayeena tau dak!" Ayeena mengusap dadanya.

"Ayeena rindu Aayyan?" Soalan yang berlegar di fikiran Haqir kini diketengahkan. Ayeena terdiam membisu.

"Kenapa kalau ya?"

Haqir menyembunyikan riak kecewanya. Sudah dua bulan mereka di bumi France meluangkan masa bersama, namun, hati Ayeena masih bukan padanya.

"Lepas apa yang dia dah buat dekat Ayeena? Do you still love him?" Soalnya perlahan.

Ayeena mengangguk. "Yes, I do!"

Haqir melepaskan keluhan. Riak kecewanya tidak dalam lagi diselindungkan, "Can't you see?"

Ayeena menoleh ke arah Haqir. Kening kirinya menjongket ke atas.

"Abang cintakan Ayeena!"

Ayeena terkedu. Bukan kali pertama lelaki itu meluahkan perasaannya terhadap Ayeena, ini dah masuk kali ke sepuluh sepanjang dua bulan mereka di France. Dan setiap kali Haqir meluahkannya, Ayeena akan menolak cintanya. Pelbagai alasan yang diberikan.

"Seluruh jiwa dan raga abang untuk Ayeena!"

Ayeena melarikan pandangan ke arah langit semula.

"Cantik kan bintang tu." Dia mengubah topik. Jantungnya sekarang berdegup pantas. Tolonglah jangan buat Ayeena rasa bersalah.

"Abang tengah cakap dengan Ayeena ni. Look at me." Lembut suara Haqir berbicara. Ayeena menoleh ke arah Haqir semula.

"Tengok abang. Cakap dengan abang. Apa kurangnya abang? Apa lebihnya Aayyan?" Tona suaranya lembut namun maksudnya tegas.

Ayeena menelan salivanya. Payau!

"Abang takda kekurangan. Cuma.."

"Cuma apa hm?" Sekali lagi Haqir menyoalnya lembut.

*Kalau author ni dah jatuh terjelupuk tercirit, dengar hm pun dah boleh sksjsjakajsjsjsjakh HAHAHAHAH

Ayeena memejamkan matanya.

"Cuma Ayeena anggap abang sebagai seorang abang saja. Tak lebih tak kurang." Jujurnya dengan sekali nafas sahaja.

Haqir kelihatan terkesima dengan ayat itu, "Maksudnya, Ayeena langsung tak nak bagi abang peluang?"

"Ayeena isteri orang. Ayeena sayangkan Aayyan. Takkan pernah ada lelaki lain selepas Aayyan."

Haqir memalingkan wajahnya. Kesedihannya disembunyikan.

"But he dumped you." Perlahan sahaja namun didengari Ayeena.

Ayeena hanya membatukan diri.

"How about your babies? Macam mana Ayeena nak besarkan diorang tanpa seorang ayah?"

Ayeena berasa terpukul dengan soalan Haqir. Sunguh dia juga buntu. Anak-anaknya bakal membesar tanpa kasih sayang seorang bapa. Soalan Haqir dibiarkan tanpa jawapan.

"Oh God, Ayeena, what are you doing here?"

Ayeena segera menoleh ke arah suara yang menegurnya. Ditayangkan sebaris gigi sambil tangan diangkat peace.

"I told you hundred times, kalau nak makan just tell me." Ujar seorang gadis lebih kurang seusia dengannya. Gadis itu mendekatinya.

"Ala, you ni Alice bebel macam mak nenek aaa." Ayeena menarik muncung.

Berkerut dahi Alice.

"Mak net? Magnet?" Soalnya dengan terselit pelat mat salehnya.

Ayeena menepuk dahinya sebelum tersengih, "Mak nenek tu. Grandmother. Oldwoman."

Membuntang mata Alice.

"You want to said that I'm old?!"

Laju kepala Ayeena menggeleng. Ah, sudah karang dia sepak aku beranak kat sini?

"No, I gurau hehe."

Alice menghelakan nafas, "You nak makan?" Soal Alice. Ayeena mengangguk laju.

"Pergi duduk. Biar I buat. Nanti bigboss marah I sebab tak buat kerja." Alice mulai menyediakan makanan untuk Ayeena.

Ayeena akur dan bergerak ke kitchen island. Baru sahaja dia ingin memanjat naik ke atas kerusi tinggi itu, Haqir menegahnya.

"Stop right there!"

Kedua wanita itu menoleh ke arah suara lantang Haqir. Baru sahaja pulang dari pejabat, dia melihat Ayeena yang try hard nak panjat kerusi tinggi itu dengan perut macam belon. Ada hati!

"Not you Alice, I mean Ayeena!"

Alice mengangguk lalu meneruskan kerjanya.

Haqir mengeluh. Kotnya disangkutkan pada sofa. Tiga teratas butang kemejanya dibuka. Kakinya diatur mendekati Ayeena sambil menyenteng lengan baju kemejanya ke paras siku. Ayeena hanya menekur memandang lantai. Matilah aku!

"Told you already, girl! Jangan duduk dekat kerusi tu. Bahaya tahu tak? Kalau jadi apa-apa macam mana? Abang risau tahu tak?" Haqir bercekak pinggang di hadapannya.

Mata Ayeena mula berkaca. Sejak pregnant ni dia mudah sangat menangis. Sensitif. Kata Haqir sebab pembawakan budak.

Haqir mengeluh besar, "Okay sorry, abang bukan nak marah. I just want you to know that I'm worry about you. Dah jangan nangis. Come kita duduk dekat meja makan."

Haqir menarik kerusi untuk Ayeena. Ayeena terkedek-kedek berjalan ke arah Haqir. Itu membuatkan Haqir tersenyum. Comel!

"Bigboss nak makan juga ke?" Soal Alice yang menghampiri mereka bersama sepinggan spagetti untuk Ayeena.

"No." Jawabnya sepatah. Dia melabuhkan punggung di kerusi yang bertentangan dengan Ayeena.

Alice mengangguk sebelum dia berlalu pergi.

"Alice you makan la sekali." Ajak Ayeena.

"Takpe I dah makan just now." Jerit Alice dari dapur.

Ayeena pun terus menerkam makanannya. Baru sahaja dia menganga mulut, dia terpandang Haqir yang sedang merenungnya tajam.

"Apa pandang-pandang? Ada hutang?" Soalnya.

"Doa mana doa? Makan tak baca doa dah sekarang ni?" Perli Haqir.

Ayeena sengih seperti kerang busuk. Nampak makanan terus lupa. Setelah baca doa, Ayeena mula menyuap spagetti ke dalam mulutnya. Senyumannya melebar.

"Ermm sedap." Gumamnya.

"Slow down, girl! Tercekik nanti kang. Nah!" Haqir menghulurkan tisu kepada Ayeena. Belemoih! *belemoih tu comot in Kedah hihi*

Ayeena menyambut huluran itu.

"Nah, minum air dulu. Gelojoh sangat makan tu." Haqir menyuakan segelas fresh orange kepada Ayeena. Dengan rakus, Ayeena meneguk air itu. Haqir ketawa melihat Ayeena seperti kanak-kanak kelaparan.

"Kenapa abang gelak?"

"Sebab you're too cute."

Memerah pipi Ayeena. Alalala!

"Abang." Panggil Ayeena. Haqir kembali fokus kepada Ayeena.

"What?"

"Abang rasa Ayeena gemuk tak sekarang? Baju-baju dah banyak tak muat." Bibir dicebik. Haqir ketawa lagi.

"Ish, abang ni orang seriuslah!"

"Okay then? Kenapa tak cakap je nak baju baru? Tak payahlah berkias sana sini. Kejap lagi kita keluar."

Bersinar mata Ayeena. Dia bukan nak beli baju sangat pun. Nak berjalan je ha.

"Yes, you're the best abang!" Soraknya riang.

Haqir hanya menghadiahkan senyuman. As long you're happy, I'm happy for you!

"Tapi kan abang rasa, Ayeena memang dah gemuk. Macam ikan buntal." Meledak tawa Haqir.

"Abangg!!!!!!"

Haqir ketawa lagi bila melihat wajah cemberut Ayeena. Haqir menompang dagu. Matanya terhala pada Ayeena. Ayeena yang perasan akan hal itu, berasa tidak selesa ditenung begitu.

"Kenapa Ayeena cantik sangat?" Spontan soalan itu meniti di bibir Haqir.

Ayeena menelan liur kesat. Pipinya berona merah, "A-apa abang merepek ni?"

Haqir senyum senget.

"Kenapa comel sangat ni hm?" Soal Haqir. Makin memerah wajah Ayeena.

Terletus tawa Haqir. Suka betul dia mengusik Ayeena. Ayeena mencebik. Member dah la senang berubah jadi tomato.

Di satu sudut, Alice memerhatikan mereka berdua. Kenapa bigboss tak macam tu pun dengan orang lain? Selalunya cold? Is she's too important to him? Hm, I wish I was her!

Alice. Atau nama sebenar Alicia Diandro Reviano. Umurnya 22 tahun. Seusia dengan Ayeena. Dia diambil sebagai pembantu merangkap peneman kepada Ayeena. Actually dia dari keluarga yang kaya raya, tapi sebab cinta semua jadi buta.

Ya, dia jatuh cinta pada seketul Aiman Haqir. Sejak pertemuan pertama mereka di syarikat ayahnya. Haqir merupakan salah satu client ayahnya. Dari situ dia cuba mendekati Haqir. Pelbagai cara dia guna. Identiti sebagai anak Pengerusi The Reviano's disembunyikan. Sampai sekarang Haqir belum tahu tentang identitinya.

Hatinya juga berkecai apabila Haqir mengajikannya sebagai pembantu Ayeena. Seorang gadis melayu yang cantik. Bertudung litup. Dia memohon sebagai pembantu Haqir, namun lain yang dia dapat. Walau bagaimanapun, dia ikhlas berteman dengan Ayeena. Baginya Ayeena seorang gadis yang sangat baik. No wonder lah Haqir gila bayang!

Alice melepaskan keluhan sebelum naik ke biliknya.

𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro