Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 52

Aayyan menatap sayu wajah anaknya yang dibuai tidur lena itu. Satu keluhan deras dilepaskan. Mana awak pergi sayang? Que rindukan mummy dia. Abang pun rindukan Sha. Baliklah sayang.

Bahunya dipegang oleh Tengku Dayang serta merta lamunannya hilang di bawa angin.

"Que macam mana? Demam dah kebah?"

Aayyan mengangguk lemah, "Dah okay sikit ni."

Tengku Dayang menghempas punggungnya di sebelah Aayyan.

"Que rindukan mummy dia. Kesian dia kecik-kecik lagi dah kena lalui semua ni." Keluh Tengku Dayang. Aayyan hanya diam. Matanya masih terjatuh pada muka anaknya itu. Sesekali anak itu mengongoi memanggil mummynya.

"Dekat mana Aayyan nak cari dia, bonda?" Tengku Dayang segera menoleh memandang Aayyan.

"Bonda tak tahu sayang. Yan dah cuba tanya babah dengan umi?"

Aayyan geleng, "Yan takut, Yan malu."

Tengku Dayang mengangguk faham. Sudah berapa lama Aayyan tidak pulang ke rumah mertuanya itu. Ayeena ada juga pulang ke sana. Tapi dia tidak pula ikut. Alasannya kerja banyak. Mestilah keluarga mertuanya tahu dia cuma mahu mengelak hanya kerana malu dengan apa yang telah berlaku.

Tapi sebenarnya, keluarga Encik Azeem langsung tidak menyalahkannya. Mereka faham perasaan anak menantu mereka. Mereka juga memaafkan Aayyan. Encik Azeem sekeluarga memang bukan jenis pendendam. Cuma Dhariz tu tak boleh nak kata apa, mungkin mulutnya kata marah benci semua tu, tapi dalam hati dia hanyalah dipenuhi rasa kecewa terhadap sahabat karibnya itu.

Tok!

Tok!

"Tuan Muda!" Panggil seorang lelaki yang berpakaian serba hitam di muka pintu.

"Yes, Syah. Ada apa?" Soal Aayyan kepada lelaki yang bernama Syah itu. Atau nama sebenar Zackuan Akasyah, seorang bodyguard peribadi Aayyan. Bukan sahaja bodyguard, juga sebagai pembantu peribadinya di pejabat. Yes, Aayyan tidak suka bekerja dengan perempuan. Boleh dikatakan majoriti pekerja di D's Holding adalah lelaki. Perempuan boleh dibilang guna jari.

Syah melangkah masuk mendekati Tuan Mudanya bersama satu kotak di tangan. Kotak itu dihulurkan.

"Apa ni?"

"Tadi Tuan Dhariz ada datang, dia kirimkan ini untuk Tuan Muda."

Kening kiri Aayyan dijongket ke atas, "Dhariz datang sini?"

Syah mengangguk.

"Mana dia?" Terus bangun Aayyan daripada duduknya.

"Dia dah balik."

Aayyan mengeluh. Lalu duduk semula. Tengku Dayang mengelus bahu anaknya itu.

"Saya minta diri dulu Tuan Muda." Syah langsung keluar dari bilik itu meninggalkan Tengku Dayang dan Aayyan.

"Sabar Yan. Cuba buka kotak tu." Tengku Dayang memujuk anaknya itu. Aayyan mengangguk sebelum membukanya.

Perlahan-lahan tangannya membuka kotak itu. Hampir terjatuh rahangnya melihat isi kotak itu. Matanya mula berkaca.

Aayyan mencari sampul warna biru seperti yang tertera. Kenapa banyak bulu-bulu ni, mana sampulnya? Akhirnya dia menjumpainya. Dia membuka sampul itu dan isinya dikeluarkan. Sekeping gambar imbasan 3D yang jelas memaparkan sepasang bayi kecil. Bersama sepucuk surat. Dia mengucup gambar itu bersama deraian air mata. Maafkan Daddy, sayang!

Perlahan-lahan dia membuka surat yang disertakan gambar itu.

Aayyan menekup mulutnya. Tidak sangka isterinya sanggup menyimpan rahsia sebesar ini sekadar mahu memberi kejutan pada hari lahirnya.

Aayyan menyelongkar lagi isi kotak tersebut. Penuh dengan gambar poloroid. Gambar dia bersama dengan Ayeena. Dari awal pertemuan mereka di rumah Encik Azeem. Gambarnya bersama Ayeena dan Dhariz. Kira-kira 8 tahun lepas. Muka Ayeena seakan kelat kerana tidak selesa dipandang oleh Aayyan. Gambar itu diambil selepas dipaksa oleh Dhariz.

Aayyan ketawa kecil melihat muka Ayeena yang cemberut. I miss you so much!

Itulah kali pertama mereka berjumpa. Peristiwa di kolam renang rumah Ayeena tak mungkin dapat dia lupakan. Air matanya dibiarkan berjurai tanpa diseka. Dibelakang gambar itu ada tulisan, Aayyan membacanya.

Arghhh, kawan angah ni annoy siak asyik pandang-pandang! Nasib hensem body ada 8 roti bakar tak jadi nak marah!

Sekali lagi tawa Aayyan terlepas. Sha tak pernah tak comel.

Gambar seterusnya adalah gambar dia dan Ayeena memakai baju sedondon. Pinkie. Bak kata Aayyan pinkie oink oink. Dalam gambar kali ini, Ayeena senyum lebar. Aayyan yang cemberut. Muka kalah tertelan taik kucing. Belakangnya juga ada tulisan.

He's so cute, rasa macam nak gigit je grrrr!

Aayyan senyum terhibur membaca itu. Andai sahaja Ayeena ada di hadapannya sekarang, dah lama dia terkam.

Gambar lagi satu diambil. Gambar dia dan Ayeena di kolam renang. Pertama kali dia menegur Ayeena secara baik.

Angah tak guna! Boleh pulak senyap-senyap snap gambaq aku dengan Abang Aayyan. Nasib baik dalam gambaq tu abang Aayyan nampak hesmes ehek❤️

Aayyan membawa gambar itu ke dadanya. Dilekapkan padanya. Matanya dipejamkan. Air mata berderai laju turun membasahi pipi. Esakan halus terhasil. Sayang pergi mana? Baliklah. Abang rindu sayang. Abang perlukan sayang. Maafkan abang, sayang.

Dia mencelikkan matanya. Lalu meneruskan meneroka kotak hadiah itu. Dia menjumpai satu sampul agak besar dan tebal. Isinya adalah kad ucapan birthday. Dia membuka kad ucapan paling besar antara yang lain. Sudah pastinya daripada Ayeena.

"Terima kasih sayang. Sayang hadiah paling besar dalam hidup abang. Abang pun sayang awak." Aayyan mengongoi. Kad seterusnya dibaca. Kad yang lain semua sama saiz. Cuma warna berbeza.

Aayyan ketawa membaca kad daripada Dhariz itu, "Thanks bro." Dia cakap sendirian.

Aayyan senyum membaca kad ucapan Aariq, "Aku pun sayang kau bro!"

Actually ada banyak kad lagi. Tapi Aayyan skip dulu. Dia mengambil anak patung harimau di dalam kotak itu. Anak patung yang dihadiahkan kepada Ayeena. Ada surat diselitkan pada perut anak patung itu. Dia mengambil surat itu.

Assalamualaikum abang. Sha minta maaf dekat abang. Kalau selama perkahwinan kita ni abang tak bahagia. Sha sedar diri Sha siapa. Sha tahu dekat mana Sha berdiri. Sha minta abang halalkan makan minum Sha. Ampunkan segala dosa Sha.

Sha harap abang bahagia dengan dia. Mungkin dia lagi mampu bahagiakan abang. Sha bukanlah siapa-siapa lagi dalam hidup abang. Sha tahu abang terpaksa kahwin dengan Sha. Sha hargai pengorbanan abang. Sha nak ucapkan terima kasih sebab selamatkan maruah keluarga Sha.

Satu je Sha nak bagitau abang, Sha tak pernah curang belakang abang, Sha tak pernah ada lelaki lain selain abang. Hati Sha, perasaan Sha dan cinta Sha hanyalah untuk abang.

Sha minta maaf. Sha dah buat keputusan. Lebih baik kita berpisah. Abang dah ada dia yang boleh bahagiakan abang. Sha tak kuat nak hadap semua ni lagi. Sha terlalu sakit. Terlalu terluka. Abang hina Sha, maki Sha, tampar Sha.

Sha harap abang bahagia. Tengok abang bahagia pun, Sha dah bahagia. Abang jangan risau, Sha akan pastikan anak-anak Sha tak kacau hidup abang. Sha boleh besarkan sendiri. Lagipun abang tak mengaku ni anak abang. Takpa Sha faham.

Terima kasih untuk semuanya. Sampaikan salam rindu dan pelukkan Que untuk Sha. Sha sayang Que. Que nyawa Sha. Sampai bila-bila pun Que tetap anak Sha.

From : your hurted wife❤️

"No, sayang! Abang nak Sha!" Semakin deras air mata Aayyan mengalir. Esakannya juga semakin kuat, "Jangan tinggalkan abang!"

Tengku Dayang yang melihat anaknya dari jauh, turut mengalirkan air mata. Dia faham perasaan anaknya itu. Memang salah Aayyan, tapi benda dah jadi nak buat macam mana lagi.

Aariq mendekati ibunya yang berdiri di sliding door sambil melihat Aayyan di tepi kolam renang.

"Tu pehal? Dah gila cakap sorang?" Soalnya. Tengku Dayang yang tersentak lantas menampar lembut bahu Aariq.

"Tak baik cakap macam tu dekat abang."

Aariq mencebik. Dia sambung melihat Aayyan. Dia turut kasihan melihat keadaan abangnya yang sudah seperti orang gila itu. Namun tak mungkin dia memungkiri janjinya bersama Ayeena. Sorry bro, dia lagi terluka berbanding kau!

𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro