𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 48
Aayyan berjalan ke hulur ke hilir di hadapan bilik kecemasan. Dah macam berkawad dah lahai. Kejap ke kanan, kejap ke kiri.Sudah sejam Ariana dirawat, doktor masih belum keluar daripada bilik itu. Ya Allah, selamatkanlah anak bini aku!
Beberapa minit kemudian, pintu bilik itu dikuak dari dalam. Laju dia berlari mendapatkan doktor yang baru sahaja keluar daripada bilik itu, "Macam mana dengan isteri saya?"
"Isteri encik selamat, cuma...." Doktor lelaki itu menggeleng. Dia menepuk perlahan bahu Aayyan, "Maafkan kami, anak encik tak dapat diselamatkan. Saya minta diri dulu."
Aayyan mengangguk lemah. Dunianya terasa gelap. Allahuakhbar besarnya ujianmu! Berikan aku kekuatan untuk menerima ujian ini Ya Allah!
Seorang jururawat keluar daripada bilik itu, "Encik dah boleh masuk."
Aayyan terus meluru masuk mendapatkan isterinya. Seperti dijangka, Ariana sedang menangis teresak-esak. Dia mendekati Ariana lalu duduk di birai katil. Ditarik tubuh isterinya ke dalam pelukannya.
"Shh sayang, abang ada ni." Dia mengucup lembut dahi isterinya.
"Anak kita dah takde semua salah abang!"
Lah timbe pompuan ni!
"Maafkan abang sebab sampai lewat. Kalau abang sampai awal semua ni takkan jadi. Tapi sayang, Allah lagi sayangkan anak kita! Jangan menangis macam ni. Sayang abang kuat kan?" Pujuk Aayyan.
"Anak saya hiks hiks abang anak hiks kita dah takde." Ariana melepaskan tangisan di dada Aayyan.
Aayyan mengusap kepala isterinya. Sebagai seorang ayah, dia juga turut rasa kecewa kehilangan seorang anak. Dia juga menyalahkan dirinya kerana tiba lewat di tempat kejadian.
"Abang janji abang takkan tinggalkan sayang. Dah jangan nangis." Belakang badan Ariana diusapnya. Dia memujuk Ariana sehingga wanita itu tertidur. Dia membaringkan isterinya itu. Wajah sembam Ariana ditenung. Rahang tirus Ariana diusapnya. Maafkan abang, sayang. I should be there earlier.
Kepala Ariana diusapnya. Tangan Ariana digenggamnya lalu membawa ke bibir. Dia mengucup lembut kekura isterinya. Bila mengenangkan kehilangan anaknya, air matanya mengalir. Anaknya itu belum sempat melihat dunia. Aku tak kuat, Ya Allah!
Tapi Aayyan, kau tak tahu something ni! Author tak bagitahu kau pasal benda tu lagi! Sian eh sian! Apa nak jadi author ni makan gaji rabun! Boleh pulak dia tak bagitahu kau!
Ayeena menunggu kepulangan Aayyan di ruang tamu. Dari tadi hatinya tidak tenang ingin mengetahui keadaan Ariana. Bunyi pintu utama dihempas kuat memeranjatkan Ayeena di ruang tamu. Lantas dia berdiri dan berjalan mendapatkan Aayyan.
Nampak sahaja kelibat Ayeena, Aayyan melepaskan keluhan kasar.
"Abang, macam mana dengan Ariana?" Ayeena memegang lengan sasa Aayyan. Aayyan merentap lengannya daripada pegangan itu sehingga dia terdorong ke tepi.
Pang!
Satu tamparan hinggap di pipi Ayeena. Terbungkam Ayeena dengan perlakuan suaminya itu. Pertama kali seumur hidupnya ditampar begini. Berkaca matanya memandang tepat ke arah wajah suaminya yang bengis.
"DISEBABKAN KAU, AKU HILANG ANAK AKU!!!"
Terdiam Ayeena menelan bait-bait jerkahan Aayyan.
"Sha minta maaf." Terlepas tangisan Ayeena.
Minta maaf apa citan, kau tak salah anying!
"Dengan maaf kau tu boleh hidupkan anak aku balik ke?" Sarkastik Aayyan. Ayeena meraih tangan Aayyan. Dia mengucup tangan Aayyan meminta ampun.
"Sha minta maaf, abang."
*Author be like : Kau paham tak kau tak salah la pompuan!!! Kau mangsa keadaan! So tak payah minta maaf!
Aayyan menepis kasar tangan Ayeena.
"JANGAN SENTUH AKU LA POMPUAN! AKU JIJIK DENGAN KAU!!" Jerkah Aayyan. Bahu Ayeena sedikit menggigil menerima jerkahan itu.
"APA DOSA ANAK AKU? SAMPAIKAN KAU SANGGUP TOLAK ARIANA SAMPAI GUGUR." Tajam anak mata kelabu itu menikam bola mata Ayeena.
Ayeena melutut di hadapan Aayyan. Kaki Aayyan dipegangnya. Air matanya bergelinang, "Abangg, Sha tak buat semua tu. Percayakan Sha, abang!"
Aayyan merentap kasar kakinya daripada pegangan Ayeena, "KAU CEMBURUKAN ARIANA? SEBAB DIA MENGANDUNG ANAK AKU! DAN KAU MENGANDUNG ANAK JANTAN LAIN KAN?"
Ayeena menggeleng, "Ni anak abang, Sha tak pernah curang. Abang jangan tuduh Sha macam ni!"
"Kau ingat aku bodoh? Kau ingat aku tak tahu hubungan kau dengan Haqir tu? Stop it Ayeena Danisha! I know everything."
"Sampai hati abang. Anak ni anak abang. Sanggup abang tak mengaku anak sendiri?" Tersedu-sedan Ayeena menangis. Dia menguatkan kakinya untuk berdiri semula.
Aayyan senyum senget, "Tak payah belagak suci dengan aku. Aku tahu kau bukannya suci sangat pun. Entah-entah sebelum kahwin aku pun, kau dah sundal dengan jantan lain! Sebab nak tutup malu mak bapak kau nak aku kawin juga dengan kau kan?"
Pang!
Satu tamparan yang kuat hinggap di pipi Aayyan. Terkedu dirinya dengan tamparan Ayeena.
"Mind your words, abang! Mungkin Sha ni nampak keji di mata abang, tapi Sha berani sumpah yang Sha tak sejijik yang abang cakap tu. Lagi satu, abang boleh hina Sha, tapi jangan sesekali libatkan umi dengan babah." Nafas Ayeena naik turun menahan amarah. Bergetar tangannya yang baru sahaja dilayangkan pada pipi Aayyan. Dadanya berombak-rombak.
"Kau tampar aku?!" Aayyan mencerlung tajam ke arah Ayeena sebelum menyambar pergelangan Ayeena. Perasaan marahnya semakin meluap-luap. Terasa egonya tercabar.
"Sakitlah! Lepaskan Sha!" Ayeena meronta-ronta dalam cengkaman Aayyan.
"Nak lepas sangat kan? Nah!" Aayyan melepaskan cengkaman itu secara mengejut. Sehingga Ayeena tidak dapat menyeimbangkan diri. Lalu terjelupuk jatuh. Air mata Ayeena tidak berhenti mengalir.
"Mulai hari ni, kau buat hal kau! Aku buat hal aku! Jangan pernah muncul depan aku!"
"No, abang jangan buat Sha macam ni! Abang!" Rayu Ayeena. Aayyan tidak mengendahkan rayuannya. Dia memegang kaki seluar Aayyan.
"Tuan Anrique Danial!!!" Laung Aayyan. Anrique perlahan-lahan menuruni tangga apabila namanya diseru. Terkejut si kecil itu melihat ibunya meraung di hadapan ayahnya itu.
"Mummy!" Dia berlari mendapatkan Ayeena. Wajahnya disembamkan ke bahu Ayeena.
"Que sayang!" Ayeena membalas pelukan Anrique. Dahi anaknya dikucup penuh sayang.
Aayyan menarik tangan Anrique kasar, "Ikut daddy!" Tegasnya.
"No!! Que nak ikut mummy."
Aayyan mendengus geram. Dia mencempung tubuh kecil itu lalu pergi meninggalkan Ayeena. Ayeena sedaya upaya bangun lalu mengejar langkah Aayyan, "Abang tunggu! Jangan buat Sha macam ni. Sha tak boleh hidup tanpa abang!"
Sekali lagi Aayyan tidak mengendahkannya. Air mata Ayeena semakin deras mengalir.
"Mummy! Mummy!" Jerit Anrique dalam dukungan Aayyan. Aayyan memasukkan Anrique ke dalam kereta lalu menutup pintu.
"Abang, tolong jangan buat macam ni. Sha perlukan Que, Sha perlukan abang." Ayeena mengetuk tingkap kereta Aayyan. Dia cuba membuka pintu kereta itu namun dikunci Aayyan sebaik sahaja dia masuk ke bahagian pemandu.
"Abang! Abang!"
Kereta itu terus meluncur laju keluar daripada laman rumah itu.
Ayeena jatuh terduduk. Lututnya terlalu lemah untuk berdiri. Esakannya semakin deras. Kepalanya rasa berpinar lalu pandangannya menjadi gelap.
"Ya Allah, Ayeena!" Jerit Alyas.
𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro