Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 47




Dhariz menyisip lattenya tanpa melihat orang di hadapannya. Sudah setengah jam mereka duduk semeja namun belum ada tanda-tanda siapa yang mahu bermula. Bodoh Riz! Tadi yang baik sangat ajak minum pasaipa? Nak cakap apa ni?

Elmira meremas jari jemari di riba. Matanya hanya tertumpu pada secawan teh di atas meja. Bangang hang ni El. Yang gi accept offer dia kenapa? Lani (Sekarang ni) nak cakap apa? Awkward bodol minum-minum dengan abang member sendiri!

"Abang buat apa dekat sini?"

"El sihat?"

Soal mereka serentak. Masing-masing terkedu. Diam lagi. Krik krik krik.

"Abang dulu la."

"El dulu la."

Sekali lagi serentak. Dah la gi mati je la dua ekor ni. Gi lawan osom ke apa decide sape nak cakap dulu. Penat aa gini. Mereka ketawa janggal.

"Okay, El diam. Abang tanya dulu. Tak kira la apa pun El nak cakap. Abang tak gentleman ka apa ka." Dhariz berdehem sebelum bertanya. Elmira mengangguk perlahan.

"El buat apa dekat sini?"

"El baru balik daripada jumpa bekas tunang El tadi." Jujur Elmira. Ternaik sebelah kening Dhariz. Bila budak ni tunang? Awat Ayeena tak cakap apa pun? Eh, yang hang sibuk pasaipa Riz!!

"Kenapa putus?" Apabila melihat Elmira memanggung kepala sehingga mata mereka bersabung dia sedar bahawa dia telah melampaui batas.

"Eh, sorry sorry. Abang menyibuk pulak hahahah." Dhariz menghamburkan tawa hambar sambil tangan mengusap belakang leher.

Elmira menghirup tehnya untuk hilangkan rasa janggal. Kesepian kembali menemani mereka. Dhariz tak berhenti-henti memaki diri sendiri dalam hati.

"Dia curang belakang El."

Dhariz terus mengangkat wajah memandang wajah Elmira yang sedang tepat menatapnya.

"Dia cakap dia sanggup tunggu El sampai habih belajaq. But he lies. He has someone else."

Dhariz fokus dengan luahan Elmira.

"Masa tahun pertama belajaq, dia okay lagi. Kitorang tunang hujung sem 1. And then dia makin lama makin berubah. Bila El tanya, dia cakap dia busy." Sambung Elmira. Kepalanya ditekur ke bawah.

Dhariz masih senyap membiarkan Elmira menyambung. Macam fun je story ni!

"Dia kerja dekat Pahang. El dekat KL. So, maybe dia terbeban dengan ldr." Tubir mata Elmira mengeluarkan air. Dhariz menghulurkan tisu kepadanya. Tisu tu memang disediakan atas meja ya. Bukan abang Riz kita buat magic tetiba keluar tisu.

"Tapi tu bukan alasan untuk dia curang. Kalau cinta mesti dia setia." Dhariz mengeluarkan pandangannya.

"Tak semua macam tu. Lelaki kalau perempuan jauh sikit mulalah cari lain. And then salahkan perempuan." Sinis Elmira. Dhariz sedikit terkesima. Eh, dia nak ajak aku gaduh ka apa ni?

"No, abang tak setuju. Tak semua laki macam tu. Hanya lelaki yang bodoh ja lagutu. Ramai lagi lelaki yang baik kat luar sana. Contohnya~"

Elmira mengerutkan dahinya, "Contohnya?"

"Contohnya Abang Riz la yang hensem lagikan menawan ni." Dhariz tersenyum bangga. Elmira senyum kelat.

"Tak percaya?" Soal Dhariz.

Elmira mengangkat bahu. Bukan dia tak tahu dari zaman sekolah, Dhariz terkenal sebagai buaya lacoste berjaya!

"Jom cuba bercinta dengan abang dulu. Lepas tu abang buktikan dekat El." Dhariz menjongketkan kening beberapa kali.

Gulp!

Elmira rasa seperti darahnya menyerbu ke muka.

"A-abang buat lawak je kan?" Soalnya gugup.

Dhariz menggeleng. Lagi merah mukanya.

"Abang seriuslah ni. Jom la bercinta dengan abang. Abang pun dah lama singlet ni." Dhariz sengih menampakkan sebaris giginya. Elmira dah mula tak senang duduk.

"Abang ni merepeklah."

Dharis mendengus geram. Eh, pompuan ni complicated betul. Ajak bercinta pun susah. Bukan ajak terjun kapal titanic pun.

"Awak, sukalah saya tolong." Rengek Dhariz. Membulat mata Elmira memandangnya. Semua pelanggan kedai mamak tu memandang mereka.

"Tolong suka saya." Rengeknya lagi. Dhariz menompang dagunya memandang Elmira. Hah sudah! Jantung Elmira orite tak tu?

"Suka saya tau."

"Abang, dah la tu! Malu la orang pandang."

Dhariz memandang sekeliling. Eh, haah la semua pandang aku. Hensem sangat gamaknya!

"Hye, sorry awek saya merajuk. Haah dia kuat merajuk sikit." Dhariz menyapa orang yang melihat ke arah mereka. Elmira menepuk dahi. Ayeena, abang hang ni kenapa si*l?

"So, El setujukan jadi girlfriend abang?" Dhariz kembali menoleh ke arah Elmira.

"Kenapa El kena bercinta dengan abang?" Elmira menduganya.

"Sebab nak buktikan spekulasi El tadi salah."

Elmira mengeluh, "Lepas terbukti, abang tinggai El macam tu ja?"

Dhariz menjongket kening kirinya.

"No, I won't let you go. Once you're mine, I'll never hurt you." Ujar Dhariz. Kali ni wajahnya tampak serius. Elmira menelan liur. Anak matanya dilarikan daripada panahan mata Dhariz.

Dup!

Dap!

Dup!

Dap!

"I really mean it, Elmira Nabila." Sambung Dhariz.

"Can I believe you?"

Dhariz mendecit.

"Ish El ni, cepatlah accept abang! Malu tau tak, abang dah rendahkan ego! Janganlah reject abang. Yeen cakap El selalu usyar abang. Nanti kawin usyar la puas-puas. Abang rela diusyar." Dhariz mengeluh. Penat aku confess ni. Cepat terima aku, sebelum aku ugut letak sudu dekat leher!

"A-abang serius ka ni?" Soal Elmira.

"Look into my eyes. I really mean what I said. I want you!" Seloroh Dhariz. Terkedu Elmira dengan sikap straight forward Dhariz.

"Ha nak apa lagi? I love you, I want you, I need you, lagi nak lagi tak?"

Elmira menggeleng, "Okay, I'll try."

Bersinar muka Dhariz. Dia berdiri tiba-tiba. Terkejut Elmira dibuatnya.

"Hoi orang kampunggg aku dah tak single. Tahniah untuk akuuu!!!!" Jerit Dhariz. Elmira terus mengemas barangnya lalu berangkat keluar daripada kedai mamak itu tanpa menoleh belakang. Member dah malu teruk.

"Eh, baby nak pi mana?" Dhariz mengejar langkahnya daripada belakang. Auto panggil baby ya!

"Hehe tahniah angah! Kan adik dah cakap El tu ada hati dekat angah."

"Tu la. Arghhh angah rasa macam tak percaya ni. Kalau hang ada depan angah hang pun angah gigit. Lani mampu gigit bantal ja. Huwaaaa can't believe."

Ayeena ketawa.

" Adik harap angah happy dengan El. Jaga dia elok-elok ya! Mainkan hati dia siap angah! Adik smackdown angah." Pesan Ayeena. Dhariz ketawa di hujung panggilan.

"HAHAHAHAH badan macam lori simen nak smackdown orang konon. Ya la angah janji angah takkan sia-siakan El. Dah la bye nak call umi suruh hantar rombongan cepat."

"Lajunya. El dah tau ka?"

"Belum. Lantak dia. Kalau boleh lani juga angah nak salam tok kadi. Lepas kahwin dapat mengisi masa lapang di malam hari." Terkekeh Dhariz ketawa.

"Ceh bertuah punya angah! Gatal!"

"Okaylah bye." Dhariz mematikan talian.

Ayeena senyum memandang gambar Elmira sedang menunduk malu. Gambar yang diambil oleh Dhariz senyap-senyap.

"Allahu, lupa nak letak nasi!" Laju kakinya berjalan ke dapur, untuk menanak nasi.

"Fuh! Nasib baik teringat." Ayeena mengeluh. Tubuhnya disandarkan pada kitchen kabinet. Perut bulatnya diusap.

"Kat sini rupanya kau." Suara sapaan Ariana membuatkan Ayeena memanggung kepala memandang madunya itu.

"Eh, Mayra bila sampai? Tak cakap pun nak datang sini."

Ariana senyum senget mendekati Ayeena. Berkerut dahi Ayeena. Cara pandangan Ariana sungguh menakutkan.

"Salah ke nak datang rumah madu sendiri?"

"T-tak. Tak salah. Hang nak makan ka? Aku dah masak jom makan sama-sama." Ayeena menelan liur. Seram dengan pandangan Ariana.

Ariana mengalihkan matanya kepada perut Ayeena yang membulat itu. Dia segera mendekati Ayeena lalu menolak tubuh itu jatuh ke lantai. Ayeena terkesima, langsung tak sempat dia mengelak tubuhnya terlebih dahulu menyembah lantai. Dia cuba untuk bangun semula namun gagal.

"Hang kenapa Mayra? Apa salah aku?" Rintih Ayeena. Dia mengensot ke belakang apabila Ariana cuba mendekatinya.

Ariana senyum sinis, "Kau tanya aku kenapa? Kau tu KENAPA? KENAPA KAU KENA MUNCUL DALAM HIDUP AKU?"

Terhinjut bahu Ayeena menerima jerkahan lantang Ariana. Berpeluh dahinya.

Ya Allah, kalau apa-apa terjadi pada ku, selamatkanlah anak-anakku! Air mata Ayeena mula turun membasahi pipi gebunya.

"Kenapa Ayeena kenapa? Kenapa dari kecil sampai besar, semua orang mesti pilih kau! Bukan aku tapi kau!" Ariana menatap muka Ayeena tajam.

"Semua orang suka kau. Kenapa kau?" Suaranya mengendur.

"Hang salah Mayra, tak semua orang pilih aku. Abang Aayyan pilih hang. Hang pilihan pertama dia. Tapi aku tak kecil hati. Aku faham perasaan tak boleh dipaksa." Ayeena cuba memberanikan diri melontarkan hujah.

"No, even Aayyan pun asyik pilih kau! Dalam kepala otak dia asyik fikir nama Ayeena! Sikit-sikit Ayeena! Aku ni siapa bagi dia?!" Ariana kembali meninggikan suara. Dia duduk mencangkung di hadapan Ayeena.

Dia mencengkam rahang Ayeena.

"Paling aku tak suka ni dalam perut kau ni, anak Aayyan!" Dia memperkuatkan lagi cengkaman itu.

"Argh, Mayra sakit! Sakit, Mayra jangan buat aku macam ni. Aku minta maaf. Hang nak aku buat apa bagitau. Lepaskan aku." Ayeena merintih kesakitan. Ditambah pula perutnya tiba-tiba rasa sakit.

"Lagi aku tak suka bila kau sekali lagi lebih daripada aku! Kau mengandung anak kembar! Aayyan akan sayang kau lebih daripada aku."

Semalam dia terdengar perbualan Mikael dan Aariq melalui telefon tentang kandungan Ayeena semasa Mikael singgah menghantar makanan ke rumahnya. Mikael teruja apabila mengetahui Ayeena mengandungkan anak kembar. Mesti comel!

Ayeena menggeleng dengan air mata yang tidak berhenti mengalir.

"Tak, abang Aayyan bukan macam tu. Dia takkan pilih kasih. Ariana hang pun mengandung, kalau hang tak kesiankan aku, kesianlah dengan anak-anak aku. Aku merayu."

Ariana mendengus sebelum melepaskan cengkaman itu.

"Mummy!" Jerit Anrique di muka pintu dapur. Sekali lagi dia melihat sisi jahat Ariana. Dulu kes minyak tumpah. Tapi kali ni lebih teruk.

Ariana menoleh ke arah Anrique sebelum mendekatinya. Dia menarik tangan Anrique lalu menolak tubuh kecil itu sehingga terjatuh. Kepala kecil itu terhentak pada bucu kabinet.

"Mayra!!!" Jerit Ayeena.

Anrique melepaskan tangisan yang nyaring dan kuat.

"Allahuakhbar apa hang buat ni Mayra? Apa salah Que?" Ayeena cuba bangun. Dia mengerah segala kekuatannya untuk bangun. Dia mendekati Anrique yang sedang terduduk memegang kepala.

Tubuh kecil itu didakapnya. Nasib baik tak berdarah kepala anaknya itu.

"Budak ni sama je macam kau! Menyusahkan aku! Sepatutnya aku yang jadi mummy dia bukan kau! Still budak ni pun pilih kau." Jerkah Ariana. Dia mendekati Anrique lalu kepala anak itu ditunjalnya beberapa kali.

Ayeena menepis tangan Ariana dari terus buat begitu.

"Kau dengar sini budak! Kalau tak sebab mummy kau yang tak guna ni, dah lama aku jadi mak kau!"

Que menangis dalam dakapan Ayeena. Ayeena mengusap tubuh anaknya.

"Mummy hiks mummy." Rintihnya dalam dakapan itu.

"Shh sayang mummy ada ni. Jangan nangis sayang!" Pujuk Ayeena lembut. Dahi Anrique dikucupnya.

"Berhenti menangislah si*l!"

Baru sahaja Ariana ingin menghampiri Anrique, kakinya tersalah langkah menyebabkannya jatuh tersungkur.

"Arghh!!!"

Cecair merah mengalir laju di celah kain skirt labuhnya.

"Mayra!"

"ALLLAHUAKHBAR!!! APA DAH JADI NI??!" Jerit Aayyan sebaik sahaja muncul di balik muka pintu. Laju kakinya berlari mendekati Ariana yang terduduk.

"Abang hiks sakit!" Rintih Ariana. Dia memegang erat lengan Aayyan.

Aayyan mengetap rahangnya, laju kepalanya menoleh ke arah Ayeena dan Anrique. Anrique masih lagi menangis teresak-esak dalam pelukan Ayeena.

"Abang." Ayeena menggeleng sepertinya tahu maksud pandangan tajam Aayyan.

"AYEENA DANISHA,WHAT IS THIS?!!!!" Jerkahnya.

"Abang." Panggil Ayeena lagi.

"DIAM!!!"

Dadanya turun naik. Lantas dia mencempung tubuh Ariana untuk ke hospital.

Ayeena hanya mampu menghantar pemergian mereka dengan ekoran mata. Nak bangun tak kuat.

"Yeen, you okay?" Mikael muncul dan membantu nya untuk berdiri. Anrique didukungnya.

Mikael menemani Aayyan pulang ke rumah untuk mengambil kertas kerja yang tertinggal sebelum turun ke site pembinaan.

Sampai sahaja di pintu utama, suara Ariana mengerang kesakitan menyapa sistem pendengaran Aayyan. Laju kaki Aayyan berlari masuk.

Mikael sedang duduk di luar rumah sambil bersandar pada pintu kereta, tiba-tiba ternampak Aayyan tergopoh gapah keluar rumah sambil mengangkat Ariana.

"Bro aku pinjam kereta kau!"

Sekelip mata keretanya dirembat. Apa jadi ni? Adakah aku baru dirompak?

Dia melihat keretanya meluncur pergi dari kawasan itu. Kemudian dia teringatkan Ayeena. Laju kakinya masuk ke dalam rumah mencari kelibat Ayeena.

"I okay. Tolong I nak bawa Que jumpa doktor. Dia terhantuk bucu kabinet." Ujar Ayeena lemah. Sakit di bahagian perutnya ditahan. Yang cuma di kepalanya saat ini adalah anaknya, Anrique.

Mikael mengangguk. Anrique yang masih menangis ditenangkannya. Mereka pun pergi ke klinik berdekatan menaiki kereta Ayeena.







𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro