Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 46

Aayyan menumbuk punching bag di hadapannya berkali-kali. Sambil fikirannya teringatkan kejadian siang tadi di rumah.

Rahangnya diketap. Peluh di dahi dibiarkan menitik turun. Apa hubungan kau dengan bini aku, Haqir?!

Dia menumbuk sekuat hati punching bag itu. Tak sampai beberapa minit, dia melorot jatuh. Lututnya terasa lenguh. Selama dua jam dia melepaskan geram pada punching bag itu.

Satu tangan menyentuh bahunya daripada belakang, laju dia memanggung kepala menoleh ke arah itu.

"Kau ada problem ke?" Soal Aariq yang duduk mencangkung dengan penuh concern. Aayyan menggeleng lemah.

"If you have something that bother you, you can share it with me! I'm your brother tho!" Aariq senyum nipis. Aayyan memandang Aariq seakan tidak percaya. Kedua tangannya naik menekup pipi Aariq. Aariq si bebal jarang serius ya anak-anak! Tetiba nampak matang pula budak ni.

"Kau ni Aariq kan?"

Aariq mengetuk kepala abangnya, "Nampak macam Aaron Aziz ke? Aariq la bahenol! Adik sendiri pun tak kenal ke? Kau ni menumbuk tadi kuat sangat ke sampai otak pun tertanggal? Aku tahulah aku ni makin lama makin hensem. But still aku adik kau yang sentiasa hensem daripada kau tu."

Aayyan mengguling biji matanya. Cis, ni baru betul Aariq si bebal!

"Takde ah! Kau tetiba nampak matang bila risaukan aku, aku ingat sampai aku mati tak sempat tengok kematangan kau. Hm." Aayyan bingkas bangun menuju ke bangku. Botol air di atas bangku diambil lalu air diteguknya.

Aariq juga ikut langkah Aayyan ke bangku. Dia melabuhkan punggung di atas bangku itu.

"Macam mana kau tahu aku dekat sini?" Soal Aayyan sebelum duduk di sebelah adiknya.

"Aku kenal kau bukan semalam Yan! Kau ada masalah memang gym la tempat kau." Aariq memandang wajah abangnya itu, terpancar bahawa lelaki itu sedang memikirkan sesuatu.

"Sini je yang tenang untuk aku."

"Pergi la masjid lagi tenang."

Zap!

Laju Aayyan menoleh melihat wajah tenang Aariq, "Suka eh sentapkan aku?"

Aariq mengangkat bahu.

"Ni mana kembar kau? Mikael dengan Hakeem?"

"Diorang keluar dating aaa hari minggu."

"Kau?"

"Aku? Memang aku nak pergi dating pun ni, tapi bini kau call aku suruh cari kau! Dia call kau semua masuk mailbox. Phone kau mana? Tak reti pakai phone jangan pakai! Bak sini aku punggal phone dekat kepala kau biar pandai sikit!" Bebel Aariq.

"Ayeena?"

"Ye la, Ayeena lah! Kau ingat si sundal bolong tu berani nak call aku? Memang aku gulaikan dia la kalau berani call aku!" Aariq menumbuk tapak tangan kirinya.

"Dia bini aku tau. Tak baik kau panggil dia macam tu. Kakak ipar kau juga."

Aariq membuak mimik jijik.

"Kakak ipar aku Ayeena bukan dia. Dia tu nothing kerinting ketinting bagiku!"

Aayyan ketawa kecil. Ada-ada je kau ni, Riq!

Dia kembali mengeluh apabila kejadian siang tadi menjengah fikirannya.

"Kau pehal?"

Aayyan masih menggeleng. Aayyan sendiri tidak tahu apa yang dia patut rasa. Dia marah dalam pada masa yang sama dia kecewa.

*Flashback*

Aayyan duduk di birai katil sambil menunggu Ayeena mengambil wudhuk untuk solat zuhur berjemaah. Telefon Ayeena di atas night stand menjadi tarikan. Dia mencapai telefon itu. Eh, ada password la pulak!

Dia cuba masukkan tarikh birthday Ayeena.

Error!

Dia cuba pula tarikh perkahwinan mereka.

Error!

Dia cuba tarikh birthdaynya sendiri.

Error!

Aayyan menggaru kepala. Tiba-tiba dia mendapat hidayah. Takkan kut?

Dia cuba masukkan tarikh tersebut.

Unlock!

Seriously? Dia letak tarikh first meet kitorang. Laju jarinya menekan aplikasi WhatsApp. Banyaknya unread message! Sedang dia scroll, matanya tertancap pada message daripada Haqir. Terus dia membukanya.

Abang Haqir

+ I miss you sayang!
+ I miss our baby!
+ Bila Ayeena nak minta cerai dengan Aayyan?
+ Abang nak Ayeena!
+ Abang nak kita macam dulu

Membulat mata Aayyan. Apa semua ni?!

"Abang, buat apa tu? Jom solat." Ayeena keluar daripada bilik air mendekati Aayyan. Aayyan tersentak daripada lamunannya, laju mengangguk.

"Jom."

Aayyan terus ke sejadah yang telah dihamparkan. Ayeena memandangnya dengan penuh kehairanan. Kenapa tetiba dingin?

*End Flashback*

"Dindaaaa~"

"Alaaaaa dindaa~" Rengek Aariq.

"Ehem ehem, dinda jangan marah-marah, takut nanti lekas tua." Aariq mengerdipkan mata ke arah Shayla yang sedang berpeluk tubuh di hadapannya. Shayla menjeling Aariq sekilas.

"Kanda setia orangnya, takkan pernah mendua!" Aariq mengangkat tangan kanannya paras bahu, bibir dicebik sambil mengangguk beberapa kali. Shayla rasa geli hati melihat kecomelan Aariq, dia gigit bibir bawahnya untuk menahan tawa. Shay, jangan cair! Tolong jangan cair!

Aariq menggaru kepalanya. Ligat otaknya mencari idea untuk memujuk kekasih hatinya ini. Dia terlambat untuk temu janji mereka kerana abangnya lari rumah daripada bini. Adeh!

Ahaaa!

Aariq bangun lalu berdiri di atas kerusi. Semua dalam restoran itu memandangnya pelik. Shayla menundukkan kepala. Hah sudah dia mula dah buat gila dia!

Aariq mengapai garfu dan gelas di atas meja.

Ting!

Ting!

Ting!

"Ladies and gentleman!"

Semua mata masih tertancap ke arahnya. Yang makan turut ikut berhenti memandangnya.

"Today, I would like to telling the world that she, Nuris Shayla the one girl that made me risk everything for a future worth having." Aariq mengenyitkan sebelah matanya ke arah Shayla. Shayla tersipu-sipu malu.

Seisi pelanggan di restoran itu bersorak untuk mereka berdua.

"Sayang, when I look into my heart, I see only you. If you can look into your heart and only see me, then we should spend the rest of our lives together." Aariq menguntum senyuman kacak termaut di dunia kepada Shayla. Pipi Shalya berona merah. Jangan begini kang aku menjerit dekat sini kang! Aaaaaa!

"If i could give you any gift, I'd give you love and laughter, a peaceful heart, a special dream and joy forever after." Aariq mengeluarkan sekuntum bunga mawar yang dipetik di rumah bondanya tadi sebelum ke sini. Maaf bonda, anakmu ingin menabur gula!

Makin merah muka Shayla.

"Before I met you, I never knew what it was like to smile for no reason. Now that you're here, I think my entire life will fall into place! I'll be your dream, I'll be your wish, I'll be your fantasy. I'll be your hope, I'll be your love, be everything that you need. I love you more with every breath, truly madly deeply do I will be strong, I will be faithful 'cause I'm counting on a new beginning. A reason for living. A deeper meaning."

Okay, Shayla kau kena pretend innocent. Aahhhh tak boleh, aku nak peluk Aariq sekarang tolong laaa!

"So girl," Aariq turun daripada kerusi itu, berjalan mendekati Shayla. He gets on one knee.

Shayla menekup mulutnya. Matanya mula berkaca.

"Would you stop being mad at me?" Aariq menghulurkan sekuntum mawar itu kepada Shayla. Terus berubah riak wajah Shayla. Beria aku menangis, ingat nak ajak kahwin. Cis, bahalol bahenol badigol! Bazir kredit air mata aku je.

Shayla menyambut huluran itu. Aariq tersenyum lebar, terus dia berdiri lalu menjerit.

"Let me have a toast for the one and only girl that I love the most!"

Semua pelanggan restoran itu bersorak untuk mereka. Ada yang mengucap tahniah. Aariq pula wajah kalah orang menang pingat emas paralimpik.

Shayla senyum melihat gelagat Aariq.

Abang-Abang Rawr🐊🌹
tap here for group info

Gaisekkkk

Manoiii?

Lepak jom

Hakeem punggung berdaki 😍
Sorry bro aku tengah
shopping barang hantaran

Aayyan suka buat readers marah 💩
Aku malas keluar la.
Nak spend time dengan anak bini je

Aloo yang lain?

Aariq ketiak berkulat 🤮
Sorry I'm on my date
Cau

Mikael malas mandi
Aku tak boleh pergi mana-mana doh.
Dalia haramkan aku keluar rumah
Riz nak ikut lepak huwaaaaa

Memang semua busy ka apa ni?

Dhani jerung merah 🦈
Ngah, nanti tolong orderkan boxer
mickey mouse dekat shopee

Hello kitty tak nak?
Ingat aku ni kuli hang ka?

Dhani jerung merah 🦈
Nanti aku ambik dekat
rumah hang bye luvyou

Ahh bontot dia

Aathif telinga capang 👂
Riz kalau lepak mamak
aku nak minta kau
tapaukan mee goreng

Haa ni sorang lagi!

Memang aku buat part time
j&t dengan food panda pun

Aayyan suka buat readers marah 💩
HAHAHAHA muka kau
memang layak pun

Diam babi!

Ahnaf? Alyas?

Alyas kening hagemaru 🥴
Aku on call sorry bro

Ahnaf gigolo kaya 💸
Aku tengah meeting sorry

Ah pergi mati aa hampa

Nak merajuk aa gini

Dhariz terus menutup telefonnya. Argh, ada kawan pun tak boleh harap!

Dhariz bingkas bangun dari kerusi. Not RM50 diselitkan bawah pinggan sebelum dia melangkah keluar daripada restoran itu.

"I'm so lonley beroken angle ~" Sambil berjalan menuju ke tempat letak keretanya, dia bernyanyi sendirian.

"I'm so lonley listen to may hart deh deh deh .. deh deh eh adeh." Bahunya dirempuh seorang gadis.

"Wahai cik adik manis, pernah rasa tamparan abang Dhariz tak? Teringin tak?" Dhariz mencerlung tajam ke arah gadis yang menunduk itu.

"Sorry awak, saya tak sengaja!"

"Kalau aku tak tersengaja lempang hang best tak? Aku punya besaq ni, hang buta ka apa? Aku geram betul la dah la mood aku tengah-"

Kata-katanya terhenti apabila si gadis memanggung kepala melihatnya.

"El?"

"Abang Riz?"

𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro