𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 44
Pang!
Bagaikan dejavu kan?
"DUA KALI AAYYAN?! BINI DAH ADA DUA PUN TAK CUKUP LAGI KA HAH?!" Bergema suara jerkahan Dhani. Dulu Tuan Aydan yang menamparnya. Situasi yang sama, cuma watak penampar yang berbeza. Yang ini lagi sakit ya!
"Aku bagi hang peluang, sebab adik aku sayangkan hang! Dia mengandung, Yan!" Dhani menatap adik iparnya itu dengan penuh amarah.
"Sumpah Long, aku tak buat! Ni semua perangkap betina ni!" Aayyan mencapai kaki Dhani. Dhani mengundur ke belakang.
"Jangan sentuh aku!" Jerkah Dhani. Sungguh dia terkilan, peluang demi peluang diberi kepada Aayyan. Begini yang diterima mereka.
"APA LAGI HANG NAK YAN?! AYEENA TU DAH CUKUP SEMPURNA. KENAPA HANG TAK PANDAI LANGSUNG NAK HARGAI DIA?!!!" Nafas Dhani turun naik. Wajah adik iparnya yang dibanjiri air mata itu dipandang tanpa perasaan.
"Ceraikan adik aku!" Ujar Dhani mendatar. Laju kepala Aayyan menggeleng. No, dia tak sanggup hilang Ayeena.
"No, jangan paksa aku macam ni! Aku sayang Ayeena tolong percayakan aku! Thif kau kenal aku kan? Aku takkan buat benda-benda macam ni la." Aayyan merayu-rayu di hadapan kedua abang itu.
"Sayang? Kalau sayang kau takkan buat perangai sampai dua kali, Yan!" Aathif bercekak pinggang di sebelah Dhani. Dhani memandang Aayyan tanpa perasaan. Dia dah cukup bersabar dengan makhluk bernama Tuan Aayyan Danish ni.
Pintu dikuak kasar. Muncul Dhariz si kepala angin. Masuk tak bagi salam. Tahu-tahu dah sedekah penumbuk dekat muka Aayyan. Asyik kena tumbuk je dia ni!
Tukar title book ni jadi 'Tumbuk Aayyan Danish'
Dhariz menarik kolar baju Aayyan untuk bangun berdiri. Mukanya merah sehingga urat-urat di dahi timbul. Ayeena berlari mendekati Dhariz. Lengan abangnya itu ditahan daripada menyinggahkan tumbukan seterusnya. Dia berdiri di hadapan Dhariz. Tengah-tengah antara Dhariz dan Aayyan.
"Angah, No!"
Dhariz melepaskan Aayyan. Sedang dia berperang dalam pubg, tiba-tiba menerima panggilan daripada Dhani. Terus naik hantulah jawabnya.
"Along, Angah, kita bincang elok-elok ya! Jom duduk!" Ayeena menarik lengan Aayyan untuk duduk bersamanya. Aayyan memeluk tubuh isterinya itu.
Melissa tergamam. Aayyan dah kahwin? Apa aku buat ni? Bini dia mengandung.
"Bincang apa? Hang nak suruh laki hang kahwin sorang lagi???" Sinis Dhariz.
"No, adik tak rasa Aayyan buat semua ni. Ni salah faham ja." Tegas Ayeena.
Dhani mengetap rahangnya, "Masih nak pertahankan suami tak guna hang ni adik?!!!" Jerkahnya. Ayeena terkesima. Pertama kali Dhani meninggikan suara kepadanya. Matanya mula berkaca.
Dhani mengalihkan pandangan ke arah lain. Tidak mahu melihat air mata adiknya itu.
"Along, Aayyan tak buat semua tu. Adik yakin ni semua salah faham."
"Kalau dulu dia pernah buat, apatah sekarang ni?!" Sarkastik Dhariz. Bibirnya mengukir senyuman sinis.
"No, kali ni adik yakin! Aayyan takkan kecewakan adik."
Aayyan memegang tangan isterinya. Sungguh dia terkejut, di saat semua orang tidak mempercayainya, isterinya meletakkan kepercayaan tinggi kepadanya. Ini kalau tak hargai, memang aku kicapkan kau!
"Sha percaya abang tak buat semua tu!" Ayeena mengukirkan senyuman kepada Aayyan. Kolam air mata Aayyan tumpas. Air matanya mengalir, tangan isterinya dikucup berkali-kali.
"Terima kasih sayang!"
"Along nak adik bercerai dengan Aayyan." Dhani menghempas punggung ke atas sofa.
Membulat mata Ayeena sebelum laju menggeleng.
"No!!! Adik tak nak berpisah dengan Aayyan! Along tak boleh buat adik macam ni." Air matanya gugur membasahi pipi gebunya.
Aayyan meraup mukanya. Sungguh dia tidak mampu berjauhan dengan Ayeena.
"Aku pun setuju dengan along!" Sahut Dhariz.
Ayeena menggeleng laju. Melissa yang melihat itu rasa bersalah.
"Aku yang perangkap Aayyan." Melissa mengaku setelah lama mendiamkan diri. Kepalanya menunduk memandang karpet.
Semua di situ terkejut. Dhariz menelan liur. Aku tertumbuk Aayyan tadi. Nak kira halal ka tak eh? Ala buat kelam ja la ehek.
"Aku tak tahu Aayyan dah kahwin. Sumpah!" Melissa melutut di hadapan Ayeena. Tangan Ayeena diraihnya. Dia genggam kedua tangan Ayeena.
"Awak maafkan saya, saya tak tahu Aayyan ada isteri. Saya ingat dia tak kahwin lagi. Maafkan saya." Dia memegang kaki Ayeena. Air matanya mengalir tanpa henti.
"Jangan sentuh bini aku!"
Ayeena mengusap lengan Aayyan sambil menggeleng. Aayyan kembali sandarkan badan ke sofa.
"Awak, saya maafkan awak! Janji dengan saya, awak tak buat lagi ya!" Lembut suara Ayeena memujuk Melissa. Bahu Melissa disentuhnya. Ditepuk perlahan.
"Terima kasih. Saya janji saya takkan buat lagi."
Ayeena menghadiahkan senyuman kepada Melissa.
Ya Ampun, sungguh dia bidadari kiriman tuhan kepada Tuan Aayyan Danish. Riaknya tenang sahaja. Kalau isteri orang lain mau botak rambutnya ditarik.
Kalau author jadi Ayeena sedekahkan kaki ke muka je!
"Aayyan, I minta maaf. I tahu I salah!! Maafkan I." Melissa menunduk. Air matanya mengalir tidak berhenti. Ayeena mengusap bahu Melissa.
Aayyan menjelingnya tajam. Maaf kepala anj*ng dia, aku dah kena lempang kena tumbuk, senang 123 kepala naga je nak mintak maaf.
Sekali lagi pintu dikuak kasar, kali ni daripada Ariana Humayra. Diikuti Mikael di belakangnya. Okay, tepi bagi laluan Queen of Drama dah mari!
"Apa semua ni abang ?!!!!" Jerkah Ariana. Semua mata tertancap kepadanya. Kakinya melangkah mendekati Melissa. Ayeena segera menarik tubuh Melissa untuk duduk di sebelahnya. Bahu Melissa diusapnya.
Mata Ariana tajam memandang Melissa.
"Kau perempuan sund*l!!! Dah takde laki lain ke kat luar sana! Sampai laki orang pun kau nak sebat hah?" Ariana mencerlung tajam ke arah Melissa yang menunduk itu.
Author be like : itu namanya kurma, what you gives you get back! huehuehue
"Sayang percayalah aku tak buat semua tu! Ni semua fitnah." Aayyan bangun mendekati Ariana. Tangan Ariana cuba diraihnya. Namun ditepis kasar.
Melissa be like : Ni sayang mana pulak, hah sudah garu kepala jap!
"Jangan sentuh aku la laki tak guna!!!" Jerit Ariana. Tamparan sulung disinggahkan ke pipi Aayyan.
Mikael dan Dhariz mengaduh. Aww! Macam diorang yang ditampar.
"Bagi abang peluang sayang!" Aayyan cuba memeluk tubuh Ariana. Ariana menjauhkan dirinya.
"Selama ni abang tuduh Ayeena macam-macam, tapi rupanya abang lagi teruk daripada dia!" Tempik Ariana.
"Lower down your voice, I'm still your husband!" Semua terhinjut bahu mendengar jerkahan Aayyan. Garunk tachod beby!
"Husband? Saya tak perlukan suami macam abang. Kalau dulu pun abang boleh curang dengan saya belakang Ayeena, apatah lagi sekarang! Dasar jantan si*l." Makin lantang suara Ariana.
Laju Aayyan mengangkat tangannya untuk dilayangkan pada pipi Ariana.
"Abang!!!!" Terhenti niatnya apabila Ayeena menjerit. Ayeena menahan suaminya daripada memberi tamparan kepada Ariana.
"Mayra, dengar dulu please. Abang Aayyan tak salah." Rayu Ayeena dengan nada lirih.
"Ayeena takkan kau nak biar je abang Aayyan pijak kepala kita!" Ariana senyum senget. Dipandang Aayyan penuh jijik.
Aayyan istighfar di dalam hati.
"Lelaki tak guna ni tak layan jadi suami kita, Ayeena!! Dia ni munafik!!"
"Jangan cabar aku, Ariana Humayra!" Naik seoktaf suara Aayyan. Kesabarannya sudah mencapai limit.
"Ceraikan saya!"
𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro