Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 43

Aayyan memaki hamun Aathif dalam hati. Abang paling tak guna! Abang neraka! Mahu dia tidak makinya, dia sekarang tengah meeting dengan ex girlfriend dia semasa belajar di Itali dulu. Sudah dua hari di Langkawi mengadap muka bekas kekasih. Wajah cantik di hadapannya dijeling sekilas. Ei, menyampahnya!

Gadis itu hanya tersenyum molek.

Semua ni salah Aathif bahalol tu. Kalau aku tahu, baik aku stay dengan Sha je dekat rumah!

"Tak sangka kan, kita jumpa balik" Kata gadis itu. Aayyan hanya senyum senget.

"Kita tengah kerja. So, be professional please!" Tegas Aayyan.

"I thought I akan berurusan dengan Aathif. Luckily it's you. Oh god! I miss you damn much!" Gadis itu ketawa tersipu-sipu. Wajah Aayyan dingin tanpa riak.

"Kau nak kerja ke nak merepek? Kalau nak merepek aku nak cau dulu." Aayyan mengangkat punggungnya bangun. Gadis itu memaut lengannya. Dia tepis kasar.

"Don't you ever touch me with your dirty hand, Melissa!!" Jerkah Aayyan. Terhinjut bahu gadis itu. Dia berlalu pergi meninggalkan Melissa. Tunggulah Aathif, balik ni memang aku kerjakan kau!

Ni sebenarnya kerja Aathif, syarikat Aathif punya projek. Tetapi Aathif mengugutnya untuk datang ke sini menggantikan dirinya. Aathif bercuti di Maldives bersama isteri tercinta. Anak-anak ditinggalkan pada Tuan Aydan dan Tengku Dayang. Dia sedap honeymoon aku pula yang kena handle! Si*l!

Sejak mengetahui rahsia Aayyan iaitu masih meneruskan cita-citanya sebagai pensyarah tanpa pengetahuan Tuan Aydan, Aathif sering mengugut Aayyan untuk membuat kerjanya. Ya, Aayyan masih lagi seorang pensyarah. Namun dia bijak membahagikan masa dengan menguruskan syarikat. Lagipun subjek yang diajarnya bukanlah ada setiap hari dalam jadual. Banyak juga masa senggangnya. Hanya Aathif yang tahu akan rahsia itu.

Kalau Tuan Aydan tahu ni, alamatnya malaikat maut dah buat kenduri sambut Aayyan. Yang paling Aayyan tak suka, dia terpaksa berurusan dengan bekas kekasihnya dahulu yang miang macam ulat gonggok tu. Euwwww! Bini aku sepuluh kali ganda lagi lawa!

Dengan pakai baju sendat, entah oksigen cukup entah tidak. Yang tengok pula yang rasa sesak nafas. Bukan dia tak tahu, Melissa masih mempunyai perasaan kepadanya. Dari tadi pandang dia macam nak telan.

Dia berpisah dengan Melissa dulu pun atas keinginan Melissa sendiri, katanya ingin mengejar cita-cita dahulu. Namun sikit pun Aayyan tak kecewa masa tu. Sebab dia memang tiada perasaan kepada Melissa. Hatinya dari dulu lagi terpaut pada Ayeena. Melissa hanyalah sebagai medium untuk dia lupakan hasrat memiliki adik sahabatnya Dhariz.

Tetapi apakan daya, makin ingin dilupakan, makin diingat. Nasib baik Melissa yang minta putus. So, takdelah dia nampak jahat sangat.

Melissa senyum penuh makna. "Aku akan pastikan kau jadi milik aku!"

Ting! Tong!

Ting! Tong!

Bunyi loceng kedengaran. Ayeena laju melangkah ke pintu utama rumahnya. Sebaik sahaja pintu dibuka, wajah Ariana menyapa kornea matanya. Ariana terus melangkah masuk tanpa dijemput. Halah-halah malu mana malu?

Ariana melabuhkan punggung ke atas sofa. Matanya melilau memerhatikan sekeliling.

"Mana kau sorok laki aku?" Soalan itu terpancul daripada bibir Ariana.

Berkerut dahi Ayeena, "Abang tak bagitau ka dia pergi langkawi?" Ayeena melabuhkan punggung di sebelah Ariana.

"Langkawi? Buat apa? Dengan siapa?"

"Haah. Ada project. Abang Aathif yang suruh."

"Erm, kau masak apa? Aku lapar." Ariana mengubah topik. Dah jemu dia lately asyik order makanan food panda. Nak masak tak pandai.

"Aku tak masak hari ni. Nak pergi lunch dekat rumah Bonda. Jom pergi sekali nak?" Ajak Ayeena. Ariana laju menggeleng, "Gila kau? Bonda mana suka aku. Karang aku ditendangnya keluar rumah."

"Ish, taklah. Bonda takdalah sekejam tu. Tak baik tau bersangka buruk. Bila lagi hang nak ambik hati bonda? Takpa aku ada. Aku teman hang." Ayeena senyum sambil memegang tangan Ariana. Tangan itu digenggam.

"Ayeena, kenapa kau kena baik?" Soalan Ariana menyentakkan Ayeena.

"Maksud hang?"

"Kenapa kau baik dengan aku walaupun aku ni dah rampas suami kau? Aku ni jahat tau."

Ayeena menguntumkan senyuman, "Taklah Mayra, hang baik! Aku kenal hang dari kecik. Nak buat macam mana kita cintakan orang yang sama. Aku redha dengan semua ni. Aku sayang hang. Aku sayang abang Aayyan."

Tersentuh hati Ariana mendengar itu, Allahu jahat sangatkah aku? Kenapa aku selalu dengki dengan Ayeena?

"Mummy! Que dah siap. Jom pergi."

Ayeena menoleh ke arah Anrique di tangga. Ariana turut ikut toleh.

"Ya Allah, Que! Kita nak pergi rumah Nenda ja sayang! Kenapa pakai kalah nak pergi candle light dinner ni?" Ayeena menepuk dahinya. Que memasukkan tangan ke dalam poket. Kaki diayun mendekati Ayeena. Kaca mata diturunkan sedikit. Anak bapak be like!

"Memandangkan no daddy! Que nak ajak mummy dating lepas lunch dekat rumah nenda nanti. Hehe."

Tergelak kecil Ayeena melihat anak terunanya itu.

"Eh, wait! What's she doing here?" Anrique menjeling Ariana di sebelah Ayeena. Apa si sund*l bolong ni nak ni?

"Mama Ariana ikut kita pergi rumah nenda."

Ternganga Anrique. Kaca matanya ditanggalkan. Diselit pada leher bajunya, "No!!!"

Terkedu Ayeena dan Ariana mendengar itu.

"Que nak dating dengan mummy, she shouldn't be here!!" Anrique menyilang tangan ke dada. Muncung ditarik sedepa. Ayeena menggaru kepala.

"Sayang, mama naik kereta mama. Nanti Que pergilah dating dengan mummy ya!" Ariana senyum kepada Anrique. Macam-macam cara dia buat untuk dapatkan perhatian Anrique. Langsung satu pun tidak berjaya. Anak suaminya itu langsung tidak senang dengan kehadirannya.

"Mama mama! Cepuk kang!" Hujung bibir Anrique terangkat.

"Anrique Danial! Mummy bagitau daddy nanti!"

Anrique mengeluh.

"Sorry aunty, Que boleh panggil aunty je!"

Ariana tersenyum melihat Anrique. Hensem macam bapaknya!

"Shall we, mia bella?" Anrique menarik tangan Ayeena.

"Ladies first." Anrique menundukkan sedikit badannya, tangan menunjukkan laluan. Tergelak kecil dua ibu itu melihat telatah Anrique.

Telefon Aayyan menjerit-jerit minta diangkat. Aayyan menggesek perlahan skrin telefonnya, "Hello?"

"Hi, baby brother! So how's meeting? "

"Oh, kau rupanya bab*! Pehal kau tak bagi tahu aku Melissa yang handle projek ni?!" Jerkah Aayyan. Kecik besar kecik besar sahaja abangnya itu.

"Hey rilek, kalau aku bagitahu kompom kau tak nak tolong aku!"

"Memang pun. Sekarang ni aku rasa nak balik KL." Kata Aayyan mendatar. Malas dia mahu menghadap si Melissa ulat gonggok itu.

"Heyy janganlah! Sabarlah kejap! Esok habis lah! "

"Aku rindu bini aku ni! Semua salah kau!" Jerit Aayyan. Aathif ketawa di hujung talian. Aayyan mematikan panggilan. Telefon dihempaskan atas katil. Matanya terpejam. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Dia pun berjalan pergi membuka pintu bilik hotelnya itu.

Melissa terus berdesup masuk ke dalam bilik itu. Tercengang Aayyan. Dahla dia sekarang hanya mengenakan seluar three quarter tanpa baju.

"Kau buat apa dekat sini?" Soalnya kasar. Melissa segera menutup dan mengunci pintu bilik.

"Kau buat apa ni?!" Naik seoktaf suara Aayyan. Melissa mengoyakkan sedikit bajunya pada bahagian bahu. Aayyan segera bergerak ingin mendekati pintu. Namun, ditahan Melissa.

"Tepilah pompuan!!" Jerkahnya.

Baru sahaja dia ingin menolak Melissa ke tepi, pintu bilik itu diketuk dari luar. Aayyan terdiam. No, tak mungkin! Banana never fruit two times right?

Aayyan berjalan ke arah pintu selepas Melissa memberi laluan kepadanya. Nafasnya ditarik dalam-dalam dan hembus. Pintu dibukanya. Terpancul beberapa orang di luar biliknya.

"Encik lagi?!" Soal salah seorang dari mereka.

"Encik ni memang suka buat maksiat dekat Langkawi ya?" Seorang lagi pula berkata.

"Wah, encik badan encik ketak-ketak ya? Pergi gym eh?" Soal lelaki yang kira-kira termuda di situ.

"Ish diam la. Maaf encik kami dapat aduan encik sedang berduaan dengan-"

Belum sempat lelaki itu menghabiskan ayatnya, Melissa memunculkan diri di sebelah Aayyan.

"MashaAllah, anak-anak pandang arah lain! Zina mata!" Arah lelaki itu kepada ahlinya. Dah pakaian Melissa terdedah begitu, agak-agaklah kan.

"Eh, perempuan lain pula. Wah, encik ni hebat ya!" Seorang dari mereka ternganga melihat Aayyan dan Melissa. Hotak dia hebat. Bodoh ada la.

"Encik, ikut kami ke pejabat agama ya! Ha tu perempuan encik tu suruh dia pakai baju senonoh sikit ya!" Ujar lelaki yang kiranya ketua mungkin nampak macam imam, pak lebai dan sewaktu dengannya.

Aayyan mengeluh. Bala lagi!

𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro