Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 42

Suara ni. Aayyan? Mimpi apa ni? Kenapa suara ni macam dekat dengan aku? Aayyan datang?

Ayeena tidak mahu membuka kelopak matanya, risau akan suara itu hanyalah mainan fikirannya. Suara merdu alunan zikir. Suara milik suaminya, Aayyan. Sungguh dia rasa tenang mendengar suara itu. Ya Allah, kalau ini mimpi? Bolehkah hari-hari aku mimpi begini?

Selepas beberapa minit, suara alunan itu terhenti. Berkerut dahi Ayeena. Dia hanya mendengar bunyi pintu dikuak. Lantas dia mencelikkan matanya. Dia duduk bersila di atas katil. Dipandang ke sekeliling bilik ward itu. Tiada sesiapa.

Dia mengeluh. Aku dah agak mesti mimpi punya!

Tiba-tiba bunyi pintu dikuak menyentakkannya. Jantungnya berdegup pantas. Kepala dijengah melihat siapa yang bakal masuk itu. Haqir mengetuk pintu bilik yang dikuaknya itu.

Ayeena mengeluh. Hm bukan Aayyan!

"Assalamualaikum, boleh abang masuk?"

"Waalaikumussalam, masuklah."

Haqir berjalan mendekati katil Ayeena. Punggung dilabuhkan ke atas kerusi pelawat di sisi katil. Bungkusan Mc Donald's diletakkan ke atas meja. Juga bersama ice chocolate favourite Ayeena.

Bersinar mata Ayeena.

"Wah,untuk Ayeena ka ni?" Soal Ayeena dengan nada teruja. Haqir tergelak kecil melihat reaksi gadis itu.

"Yes, for you! Hakeem cakap Ayeena mengidam Mc Donald's itu yang abang belikan. Lagipun tak manislah abang melawat dengan tangan kosong." Haqir mengusap belakang lehernya. Tubuh tegap itu disandar pada kerusi.

Ayeena mengangguk. Laju tangannya mencapai ice chocolate, "Macam mana abang tau Ayeena masuk ward?" Soal Ayeena sebelum menyisip ice chocolate. Manis hm.

"Hakeem. Dia bagitahu abang semalam masa abang pergi majlis pertunangan dia. "

Ayeena mengangguk lagi.

Sekali lagi bunyi pintu bilik itu ditolak, mereka berdua menoleh ke arah pintu. Aayyan di muka pintu bersama bungkusan Mc Donald's di tangan kanan, ice chocolate di tangan kiri. Dia terkaku melihat kehadiran Haqir di bilik itu. Baru sahaja dia keluar sebentar tadi untuk membelikan sarapan buat isterinya, dah ada malaun mengambil alih tempatnya.

"Abang!!" Jerit Ayeena dengan nada teruja. Big mac yang baru dicapai diletakkan semula ke atas meja.

Aayyan mengukirkan senyuman kepada isterinya. Kakinya diatur mendekati dua manusia itu. Hatinya sedang panas, dia tidak suka dengan kehadiran Haqir di situ. Ayeena menarik lengan Aayyan agar duduk di atas katil di sampingnya.

"Abang beli apa tu? Untuk Sha?" Ayeena sengih menampakkan gigi. Lengan Aayyan dirangkulnya. Kepala diletakkan pada bahu kekar itu. Wanginya, suami sapa ni? Rasa macam nak gomol ja!

"Abang beli mc chicken favourite sayang, dengan ice chocolate. Tak tahu pulak dah ada orang lain belikan. Takpelah abang makan nanti."

Baru sahaja Aayyan mahu melangkah pergi, Ayeena menariknya kembali.

"Abang cakap untuk Sha. Suaplah Sha. Sha nak makan mc chicken." Rengek Ayeena manja. Kening Aayyan bertaut.

"Ayeena tak nak makan big mac ke? Bukan Ayeena suka big mac ke?" Celah Haqir.

"Tapi Ayeena mengidam mc chicken. Wahai suami yang ku cinta, suaplah isterimu yang lagi hamil ini!" Ayeena mengoncang lengan Aayyan. Aayyan duduk semula di samping Ayeena. Sempat dia menghadiahkan senyuman senget buat Haqir. Sorry bro, she's mine!

Haqir yang menyaksikan gelagat dua laki bini itu tidak betah. Dia bangun.

"Abang ada kerja dekat office. Abang balik dulu ya. Anything just call me okay!" Haqir meminta diri.

"Okay hati-hati." Ujar Ayeena sebelum menumpukan perhatian pada Aayyan. Kenapa nampak makin hensem laki aku ni?

Haqir pun berlalu pergi.

"Kenapa tengok macam tu?" Aayyan mencuit hidung Ayeena. Ayeena tersengih.

"Abang~~~" Meleret Ayeena memanggil Aayyan.

Aayyan membalas 'hm'.

"Abangggggg~" Panggilnya lagi.

"Ya."

"Abanggggggggggg~" Kali ni ekstra pakej. Siap jari jemarinya bermain di lengan Aayyan.

Aayyan meneguk liur. Bulu tengkuknya naik mencanak, "A-apa?"

"Kenapa hensem sangat abang sekarang ni? Rasa nak gigit tau! Rawr!"

Aayyan menunjal dahi Ayeena.

"Gatal! Tak nampak ni hospital, kang atas katil hospital ni juga aku projekkan kau!" Aayyan menyua mc chicken kepada Ayeena. Ayeena mencebik namun mc chicken itu tetap disambutnya.

"Abang." Panggil Ayeena lagi.

"Apa? Kau buat macam tadi memang aku terus unboxing kau dekat sini." Ujar Aayyan tanpa memandang wajah isterinya. Tangannya sibuk membuka paket sos untuk Ayeena.

"Ish, bukan. Tadi kan Sha mimpi abang." Kata Ayeena sebelum menyumbat masuk mc chicken ke dalam mulut.

"Mimpi aku? Mimpi basah ke?" Aayyan memandang wajah isterinya yang comot itu. Jarinya naik mengelap comot di hujung bibir Ayeena, kemudian dia menjilat jari itu. Ayeena tersenyum suka melihat perlakuan Aayyan.

"Apa abang ni? Ada pulak mimpi basah! Bukanlah. Sha mimpi abang baca zikir. Sedap suara abang. Tenang ja bila dengar. Rasa macam dekat sangat suara tu." Ayeena senyum sendirian.

"Kau marahkan aku lagi tak?" Aayyan mengubah topik. Memang dia yang baca zikir tu, tu bukan mimpi Ayeena. Kenyataannya. Dari semalam dia menemani Ayeena. Semalaman juga dia tidak tidur.

"Dah pasaipa (kenapa) pulak nak marah abang?"

Aik, dia ni pelupa ke? Masa jatuh hari tu terhentak kepala tak? Amnesia eh?

"Kan kau masuk hospital sebab aku."

Terhenti kunyahan Ayeena, "Tak. Sha tak salahkan abang. Sha faham perasaan abang masa tu. Lagipun Sha okay ja ni. Baby pun okay." Ayeena menghadiahkan senyuman manis. Aayyan tergamam.

Ya Allah, mulianya hati dia!

"Sorry sayang, aku tak sengaja." Aayyan memegang tangan kecil Ayeena. Digenggamnya. Erat.

"It's okay. Benda dah lepas. Abanggg suap Sha. Lenguh tangan suap sendiri. Effect kena inject kut. Hmmm. Aaaaaa." Ayeena mengangakan mulutnya. Tangannya menyua mc chicken.

"Eleh, mengada!" Aayyan menyambut huluran itu. Dia menyuap Ayeena.

"Macam ni barulah sedap! Baby cakap sedap. Dia nak hari-hari daddy suap mummy dia."

Aayyan tergelak kecil, "Baby ke mummy dia yang demand sangat ni?"

Ayeena tersengih. Hehe kantoi eh?

Selepas seminggu berkampung di hospital, Ayeena kini dibenarkan pulang. Dhani yang membawa Ayeena pulang.

"Eh long, ni bukan jalan pi rumah adik!" Ayeena memerhatikan sekitar jalan itu. Keningnya berkerut. Ke mana pula abangnya membawanya?

"Memang pun." Jawab Dhani.

"Habihtu nak pi mana ni? Adik nak balik." Ayeena menoleh ke arah wajah abang sulungnya itu.

"Mulai hari ni, detik ni, adik dok rumah along . Along tak benarkan adik balik rumah laki adik."

Membuntang mata Ayeena.

"Dah gila ka long! Adik ni bini orang bukan anak dara macam dulu. Tempat seorang isteri di sisi suami." bantah Ayeena. Gila kot, nak berpisah dengan Aayyan! Tak sanggup herrr!

"Ish, laki adik nak jenguk adik nanti along tak halang la, bukannya along ni nak kurung adik ka apa! Along cuma nak adik jauhkan diri daripada madu neraka adik tu!"

Terdiam Ayeena.

"Along ni tak sekejam tu. Along tak kisah adik nak terus bersama dengan Aayyan, tapi dia kena datang rumah along la kalau turn adik. Madu mana boleh tinggal sebumbung. Karang berat sebelah." Sambung Dhani.

"Tapi adik rindu Que."

"Along dah bincang dengan Aayyan. Que nanti dia hantar stay dengan kita."

"Mayra macam mana? Dia nak makan apa kalau adik takda. Dia masuk telur pun hangit."

Dhani mendecit.

"Adik, seriously?! Still fikir madu tak guna hang tu?!" Naik seoktaf suara Dhani. Ayeena menelan liur. Okay, senyap.

"Long, hantar adik dekat rumah lama adik ja la. Adik duduk sana. Lagipun rindulah rumah tu." Ayeena mengubah topik. Kalau makin dipersoal karang ada yang kena tazkirah 7 hari 7 malam.

"No, nanti sapa nak tengok adik?!"

"Adik dah besarlah! Lagipun takkan nak stay dengan along. Sendulah adik hari-hari tengok along sweet dengan kak long." Ayeena menjuih bibir. Along muka ja garang, tapi dengan bini macam kucing jantan nak mengawan. Miang kalah keladi.

"Ish, ye la ye la. Nanti inform dekat Aayyan. Suruh dia pergi sana terus." Dhani terus memandu menuju ke rumah lama Ayeena. Rumah yang diduduki ketika zaman belajar dulu.

"Mummy!!!" Jerit Anrique sebaik sahaja turun daripada kereta. Dia berlari ke arah Ayeena yang sedang menyiram pokok bunga di taman. Ayeena menutup pili air. Tubuh genit Anrique didukungnya. Pipi gebu Anrique dicumbu bertalu-talu.

Aayyan berjalan pantas mengambil Anrique dalam dukungan Ayeena.

"Que, tak nampak ke mummy pregnant?" Tegas Aayyan. Anrique menunduk.

"Ya Allah, abang ni! Kesian Que, meh sayang dekat mummy! Kita tinggal daddy dekat sini." Ayeena mencapai tangan anaknya, lalu suaminya ditinggalkan. Aayyan tercengang. Ha ye la! Jumpa anak, aku auto dilupakan! Begini aa nasib!

Aayyan berjalan masuk ke dalam rumah.

"Mummy, jom sleep! Que sleepy la." Anrique menekup mulutnya yang menguap. Ayeena mengusap rambut perang anaknya itu.

"Jom!" Ayeena memimpin tangan Anrique menuju ke biliknya. Aayyan membuntuti langkah mereka. Sambil matanya melilau sekeliling rumah itu. Cantik! Ayeena memulas tombol pintu biliknya, belum sempat dia mahu membawa Anrique ke katil, Aayyan terlebih dahulu berlari lalu melompat ke atas katil. Tercengang Ayeena dan Anrique.

"Wah, nikmat!" Kata Aayyan sambil bergolek di atas katil. Tshirtnya dibuka lalu dilempar ke muka Ayeena.

"Sayang, turn on aircond jap!" Arah Aayyan sebelum dia menyelinap masuk ke dalam duvet. Ayeena mengemam bibir. Nasib hang laki aku! Ayeena mengambil baju Aayyan lalu dimasukkan ke dalam bakul. Kakinya melangkah ke arah suis aircond.

"Que, come sleep dengan daddy! Tapi hujung la. Daddy tengah."

Anrique naik ke atas katil duduk di sebelah Aayyan, "Kenapa pulak? Que nak hug mummy."

"No No! Que hug daddy, daddy hug mummy!"

"No way!"

"Yes."

"No!"

"Yes yes yes!"

"Stop it!"

Ayeena merelaikan mereka berdua, "Sekarang ni biar mummy tidur tengah. So fair kan?". Ayeena menghimpit masuk ke tengah katil. Baru sahaja dia baring. Dua beranak itu terus merangkul tubuhnya.

"Ish, Que pergilah tidur sana!" Aayyan menolak tangan anaknya.

"Eh, daddy tu pergilah tidur sana!"

"Hey, hey, tidur sekarang!" Ayeena menampar lembut tangan suaminya dan anaknya. Sikit-sikit nak gaduh. Aayyan menyembamkan kepalanya pada leher Ayeena. Anrique menyembam mukanya pada dada Ayeena. Ha dua beranak clingy. Mereka pun tertidur bersama. Comel!

Ayeena terjaga daripada lena disebabkan rasa nak terkuncil. Dia perlahan-lahan merungkaikan pelukan dua beranak itu. Susah betul. Karang ada yang kencing atas katil kang. Selesai membuang air kecil, Ayeena menuju ke katil semula. Bibirnya menguntum senyuman melihat suami dan anaknya yang masih tidur itu.

Jam di dinding dipandang sekilas. Dah pukul 6.30. Inilah akibat tidur lepas asar. Nasib tak lajak sampai maghrib. Rambutnya diikat style messy bun.

"Mummy hiks." Anrique menenyeh matanya. Ayeena mendekati anak lelakinya itu.

"Ya sayang, ni mummy sini"

Anrique segera bangun mendapatkan ibunya.

"Jom teman mummy masak untuk makan malam."

Ayeena mencuit hidung anaknya. Anrique turun dari katil, memegang tangan Ayeena. Mereka menuju ke dapur untuk memasak.

"Rajinnya anak mummy ni!" Ayeena mencium ubun-ubun Anrique.

"Mestilah anak mummy ni handsome, baik, rajin, rugilah orang kalau reject Anrique jadi menantu." Anrique memuji dirinya sendiri. Perangai sebijik perangai si Aariq. Bertuah lahai budak kecik ni. Ternganga Ayeena mendengar celoteh anaknya.

"Amboi, tak padan dengan kemetot! Gatal." Sampuk Aayyan di muka pintu dapur. Entah bila dia bangun!

Ayeena menoleh memandang Aayyan. Aayyan merapatinya lalu mendakap tubuh isterinya itu, "Sayang, pergi duduk depan. Biar aku masak." Kejap abang, kejap aku. Tampar kang abe Yan ni.

"Eh, takpa Sha boleh masak!"

"No, sayang!"

Sedang mereka berlawan mulut telefon Aayyan di ruang tamu berdering.

"Tu pi angkat sana!" Ayeena menolak tubuh Aayyan. Aayyan mencebik. Kakinya melangkah ke ruang tamu. Telefon dicapai lalu digesek untuk menjawab.

"Assalamualaikum, ha pehal?"

"......."

"Bukan next month ke? Pehal pulak esok?"

" ....... "

"Ish, bini aku baru keluar hospital lah!"

" ........ "

"Bab* la kau ni nasib kau abang aku tau!" Aayyan mematikan talian. Kakinya diatur ke dapur semula.

"Why? Pasaipa muka masam tu?" Soal Ayeena. Berkerut dahinya melihat wajah cemberut si suami. Aayyan terus memeluk isterinya. Kepala dilentokkan pada bahu isterinya.

"Esok aku ada kerja dekat langkawi." Katanya lemah. Berat hatinya mahu meninggalkan isterinya. Kalau boleh dia nak duduk bawah ketiak Ayeena sahaja. Tak nak pergi mana-mana.

"So? Kenapa? Pi ja la."

"I don't wanna leave you, sayang."

Ayeena mengusap belakang tubuh suaminya, "It's okay. I'm okay. Dah abis kerja terus balik ya."

Aayyan mengangkat wajahnya. Dia merenung muka isterinya. Lalu memagut bibir mugil gadis itu. Tersentak isterinya. Tahu-tahu je pipi dah tomato.

𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro