Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 41

Sedang Ayeena menggoreng ayam di dapur, Ariana melangkah menghampirinya. Ayeena menoleh sekilas ke arah Ariana di sampingnya, "Eh, Mayra, nak makan ka? Sat aku tengah goreng ayam. Satgi kita makan sesama nah."

"Ayeena." Panggil Ariana.

"Ya, kenapa?" Sahut Ayeena namun mata masih pada ayam gorengnya. Karang rentung naya.

"Aku nak minta maaf dengan kau." Ujar Ariana perlahan.

Berkerut dahi Ayeena.

"Minta maaf untuk apa?" Ayeena mengangkat ayam yang telah siap digoreng lalu dimasukkan ke dalam pinggan. Api dapur ditutupnya.

"Aku minta maaf. Aku takde niat nak rampas suami kau." Ariana menunduk suaranya juga mengendur.

"Bukan salah hang pun. Benda dah nak jadi. Aku pun nak minta memang sepatutnya hang dengan Aayyan pun. Hampa bercinta dua tahun dah. Aku ja menumpang kasih." Ayeena memegang kedua tangan Ariana. Senyuman manis dihadiahkan.

"Kau tak berdendam dengan aku?" Soal Ariana.

"Kenapa nak berdendam? Kita sepupu rapat dari kecik. Sekarang dah jadi madu dah pun. At least, aku ada kawan dalam rumah ni. Ye dok?" Ayeena senyum lagi.

Kenapa kau kena baik Ayeena? Kenapa selalu aku je jahat?

"Mayra, jom makan. Baby hang mesti lapaq (lapar) kan?" Ayeena mengajak Ariana. Ariana mengangguk.

"Hang pi dulu aku nak kemas dapuq (dapur) basuh belanga (kuali) apa semua ni dulu." Sambung Ayeena. Baru sahaja dia mengangkat kuali berisi minyak panas itu, Ariana menahannya.

"Eh, mayra panaih (panas) ni biaq (biar) aku buat."

"Takpe biar aku buat."

"Allahu, hang mengandung pergi la rehat sana. Makan sana. Biar aku settle kat sini." Halang Ayeena lagi. Ariana masih berdegil, dia menarik kuali itu kuat sehingga percikan minyak panas itu terkena pada lengannya. Dia menjerit kesakitan.

Terkejut Ayeena dibuatnya. Dia meletakkan kuali itu ke dalam sinki. Baru sahaja dia ingin mendekati Ariana, tubuhnya ditolak kasar. Akibat tidak dapat menyeimbangkan diri, dia terjatuh.

"KAU BUAT APA NI AYEENA DANISHA?!!"

Menitis air mata Ayeena memandang wajah bengis Aayyan. Perutnya terasa senak. Seperti dicucuk jarum. Ya Allah, selamatkan anak-anakku!

"Kau tahu kan Ariana tengah mengandung anak aku? Yang kau dengki dengan dia kenapa hah?" Aayyan mengetap rahangnya. Matanya tajam memandang ke arah Ayeena yang terduduk di lantai. Baru sahaja dia ingin mendekati Ayeena, Ariana menarik lengannya.

"Abang dah la. Sikit je ni." Lembut suaranya memujuk Aayyan.

"Sekali lagi kau dekat dengan Ariana, siap kau!" Aayyan memberi amaran kepada Ayeena. Dia membawa Ariana keluar daripada dapur. Meninggalkan Ayeena yang sedang menanggung sakit sendirian.

Wajahnya berpeluh-peluh, tanggannya memegang perutnya. Seluar palazo creamnya dipenuhi darah. Dia cuba untuk bangun semula namun gagal, dia jatuh semula. Kepalanya rasa berpinar. Seterusnya pandangannya gelap. Yang hanya dia dapat tangkap suara Anrique yang menonton dari awal kejadian itu di balik pintu dapur.

"Mummy!"

"BAB*, DASAR JANTAN TAK GUNA!! HANG INGAT ADIK AKU TU SAMPAH KA SETANNNN!" Dada Dhariz naik turun. Kolar baju Aayyan dicengkam kasar. Dhani meleraikan cengkaman itu.

Mana tak mengamuknya Dhariz ni, bila dapat tahu sekali lagi adik dia masuk hospital. Tapi lebih tepat kali ni disebabkan Aayyan sendiri disaksikan oleh anak mereka, Anrique. Memang naik hantu la Dhariz. Nasib baik kandungan Ayeena selamat.

"Angah kita datang nak bincang." Ujar Dhani mendatar. Dia juga kalau boleh nak wrestling si Aayyan ni. Dasar jantan dayus!

Dhariz melepaskan kolar baju Aayyan, dia menapak jauh sambil beristighfar.

"Uncle, Aunty, saya dengan Dhariz ingat nak ambik semula Ayeena pulang ke pangkuan keluarga kami." Kata Dhani tenang. Dia tidak sanggup melihat adiknya hari-hari makan hati dengan layanan Aayyan. Hari ni masuk hospital, esok lusa kita tak tahu.

Tengku Dayang memegang tangan suaminya erat.

"Kami setuju." Tuan Aydan mengangguk.

"No, Aayyan tak setuju!" Tegah Aayyan. Dhariz mengetap rahangnya.

"Kepala ban* hang aaa. Hang nak mati dengan aku ka? Mai sini kita lawan." Merah muka Dhariz menahan marah. Matanya tajam menikam wajah Aayyan yang acah innocent.

"Angah stop it!"

Dhariz menendang sofa di situ melepaskan geram.

"Yan, lepas Yeen bersalin, aku minta hang lepaskan dia." Tegas Dhani tanpa memandang wajah Aayyan. Kalau pandang tu takut dia jadi lagi teruk daripada Dhariz.

Terkelu Aayyan mendengar permintaan Dhani. Laju kepalanya menggeleng, "No, aku takkan ceraikan dia!"

Dhani menarik nafas, hembus. Sabar Dhani. Orang hensem kena sabar, "Nak atau tak aku nak hang lepaskan dia."

Aayyan bingkas berdiri, "Kenapa sebab takut kantoi? Anak tu bukan anak aku? Tu anak haram kan?"

Dhani sudah hilang sabar. Rahangnya diketap. Dhariz tersenyum senget pada Aayyan. Now, hang tengok along aku buat apa.

Dhani pantas berdiri di hadapan Aayyan. Dia menoleh ke arah Tuan Aydan dan Tengku Dayang sekilas, "Saya minta maaf uncle, aunty."

Lantas penumbuknya dilayangkan ke muka Aayyan sehingga terduduk lelaki itu. Aayyan terkesima. Ini kali pertama Dhani menunjukkan sisi barannya. Kuat penumbuk itu rasa macam hidung herot sebelah.

Dhani duduk di atas Aayyan, ditumbuknya muka Aayyan tanpa belas kasihan.

"Ni untuk sebab hang tolak adik aku sampai bleeding!"

Buk!

"Ni sebab hang seksa mental dan fizikal adik kesayangan aku!"

Buk!

"Ni sebab hang hina adik aku mengandung anak haram!"

Buk!

"Ni sebab aku dah lama sabaq dengan perangai har*m j*dah hang ni!"

Buk!

Dhariz mendekati Aayyan sambil ketawa, "Sepatutnya hang bersyukur aku ja selalu tumbuk hang, tapi kali ni hang dah cabar kesabaran along, hang memang silap besaq."

Tengku Dayang menoleh ke arah lain tidak sanggup melihat anaknya dipukul sebegitu rupa. Tuan Aydan hanya mengekalkan wajah beku. Dia tidak kisah kalau Dhani ingin pukul Aayyan sampai ICU sekalipun. Biar dia sedar diri sikit.

Dhani bangun dan menjauhi Aayyan. Peluh di dahi di kesat guna lengannya.

"Aku warning hang, Yan! Sekali lagi hang hina adik aku, mati hang aku kerjakan." Dhani menjelingnya tajam. Aayyan hanya mendiamkan diri. Aathif memandang adiknya sinis.

"Uncle Aunty, saya balik dulu. Nak jenguk adik dekat hospital." Dhani meminta diri. Dhariz juga mengikutinya keluar daripada kediaman Tuan Aydan itu.

Aathif mendekati Aayyan. Tubuh kekar itu dibantunya untuk berdiri.

"Kau kalau nak cari pasal setakat dengan Dhariz tu boleh la, jangan dengan Dhani, kan dah mendapat!" Perli Aathif.

Aariq? Dia ada di hospital temankan Ayeena. Dah macam bini dia pula. Sampaikan Shayla suruh Ayeena bercerai dengan Aayyan and kahwin dengan Aariq. So, diorang dapat bermadu.

Bijak juga idea tu Shayla, author tak terpikir.

Ariana? Member tengah sedap tidur dalam bilik. Orang dekat bawah tengah sibuk berbincang bertumbuk bergasak. Dia langsung tak rasa bersalah. Padahal semua berpunca daripada dia.

"Sorry Ayeena, Aayyan milik aku!"

Ayeena membuka kelopak matanya. Pandangan pertamanya adalah siling putih. Baru dia teringat apa yang berlaku di rumah tadi. Air matanya jatuh membasahi pipi. Perutnya dipegang.

"You? You dah sedar?" Aariq mendekati Ayeena yang sedang teresak-esak menangis.

"Riq, anak-anak I?" Terhinjut-hinjut bahu Ayeena menangis.

"Anak-anak selamat. You jangan risau ok?" Pujuk Aariq lembut. Dia melabuhkan punggung di kerusi sebelah katil pesakit.

Ayeena mengangkat muka memandang Aariq, "B-betul ke ni?"

Aariq senyum sambil mengangguk yakin.

"Alhamdulillah."

"Apa la you ni! Tak nampak ke perut you tu still kembung lagi." Aariq ketawa kecil.

"Mana tau ni lemak ja ka. I makan banyak tau sejak pregnant ni." Ayeena tersengih.

"Kepala dia aa lemak macam tu. Dah macam belon dah ha."

"Hehe saja nak acah drama wattpad sikit. You ni support la sikit."

"Taik dia laaa."

Klak!

"Adikkkkkk!!" Dhariz berlari mendapatkan Ayeena sebaik sahaja pintu bilik itu dikuaknya. Ditariknya gadis itu ke dalam pelukannya.

"Ngah, sesak nafas adik niii." Sesak nafas Ayeena dibuatnya. Dhariz merungkaikan pelukannya.

"Angah rindu adik." Bibirnya dicebikkan. Lalu kakinya laju melangkah ke arah Aariq. Kemudian dia duduk di atas riba Aariq.

"Woi, setan kau pehal duduk atas aku?! Berat la banganggg." Jerit Aariq. Mujur bilik pesakit VVIP. Kalau tidak tu dah ganggu pesakit lain.

"Nak duduk mana? Ada satu ja kerusi."

"Sana ada sofa la si*l! Pergi la sana."

"Aku nak dekat dengan Ayeena. Hang la pi sana."

"Takde takde aku jaga dia semalaman, sesenang je kau nak rembat tanah jajahan aku."

Ayeena ketawa melihat dua orang itu bergaduh untuk berada di sampingnya. Dia mengensot ke tepi.

"Ngah, mai dok sini tepi adik." Ruang di sebelahnya ditepuk-tepuk.

Dhariz tersengeh lalu dia naik ke katil baring di sebelah Ayeena. Kaki dimasukkan ke dalam selimut Ayeena.

"Orang suruh duduk je. Yang kau siap baring macam kau yang sakit nak mati ni pehal?" Aariq menepuk dahinya.

Dhariz hanya mengendahkan Aariq.

Tiba-tiba pintu dirempuh masuk oleh segerombolan jejaka tampan.

Dhani, Aathif, Mikael, Ahnaf dan Alyas berjalan mendekati mereka bertiga.

"Halooo angel, how are you today?" Soal Alyas yang tersengih-sengih. Cabut gigi karang. Author jeles tau tak.

"Alhamdulillah. Feeling better." jawab Ayeena.

"Babygirl, if you need anything just ask me okay?" Dhani mengusap kepala Ayeena yang berbalutkan tudung sarung itu. Ayeena tersenyum lalu mengangguk.

Ehek, untung jadi adik kesayangan ni.

"You, I bawa ipad you. Tadaaaa! Boleh you tengok drama korea dekat sini." Mikael menyua Ipad Pro milik Ayeena. Ayeena tersenyum lebar.

Awhh, finally dapat tengok drama Hometown Cha Cha!!! Sabar ya Kim Seon Ho, I'm coming for you!

"Thanks Mika. You datang sini, Ariana siapa jaga?"

Mikael senyap. Semua juga ikut senyap.

"Erm Mika?"

"Aayyan dah tak bagi sape pun dekat dengan Ariana. Dia nak jaga Ariana sendiri. Dia siap bekerja dari rumah untuk jaga Ariana." Mikael kembali bersuara. Aariq mencerlung tajam ke arahnya supaya dia berhenti bercakap.

Riak wajah Ayeena berubah mendung, "Semua sebab I kan?" Katanya perlahan.

"No, Yeen tak salah! Anrique saw everything. Yeen lupa? IQ Anrique tinggi kalah Aariq tu!" Pujuk Aathif. Sempat dia memerli Aariq.

"Eh, aku pulak kena." Cemberut terus muka Aariq. Eh, budak kemetot ni kenapa lebih bijak dari aku entah?!

"Mana Anrique?" Tanya Ayeena.

"Anrique ada dengan bonda." Jawab Aariq. Ayeena mengangguk faham.

"Nanti abang Aathif tolong bawa Anrique datang sini boleh? Yeen rindu nak peluk dia."

Aathif senyum lalu mengangguk, "Sure, little girl!"

"Riq, you tak pergi majlis tunang Hakeem ka?"

"You sakit takkan I nak tinggalkan you. Lagipun Hakeem yang nak I ada dengan you."

Ayeena mengeluh perlahan. Sepatutnya sekarang dia ada di majlis Rose dan Hakeem. Nak buat macam mana masuk hospital pula.

Mujur Aariq telah bagitahu Rose dan Hakeem tentang keadaan Ayeena. Kalau tidak, si Rose tu dah bertukar jadi Hulk sebab bestfriendnya tidak hadir pada hari pentingnya.

Perlahan-lahan kakinya menapak mendekati pintu wad tersebut. Pintu dikuak perlahan. Dia menjengah kepala melihat ke dalam wad persendirian itu. Sekujur tubuh yang sedang baring di katil itu dipandangnya.

Pintu ditutup perlahan sebaik sahaja dia melangkah masuk. Kakinya diatur mendekati katil itu.

Punggungnya direbahkan atas kerusi yang tersedia di sisi katil.

"Kenapa kau selalu buat aku marah, sayang?" Aayyan mencapai tangan Ayeena. Badannya ditundukkan sedikit. Kekura tangan isterinya diusap lembut. Tangan kecil itu dibawa ke bibir lalu dikucupnya. Wajah pucat lesi Ayeena dipandang.

Tanpa sedar tubir matanya mengalirkan air mata. Mata dialihkan kepada perut Ayeena yang membulat. Tangan kasar itu memegang perut itu. Diusapnya lembut.

"Betul ke awak ni anak daddy, sayang? Daddy tak kuat sayang, daddy tak sanggup kalau awak bukan anak daddy. I just love your mom insanely!" Bisiknya perlahan. Air matanya terus mengalirkan air mata.

"Daddy jahat ke sayang? Am I too selfish?"

Satu tangan memegang bahunya. Dia tersentak lalu menoleh perlahan-lahan ke arah tuan empunya tangan. Matanya dipejam rapat.

Takkanlah.

Gulp!

Puk!

"Mak kau hantuuu jangan kacau aku, aku janji lepas ni aku tak buat jahat lagi, jangan kacau anak bini aku woii!" Jerit Aayyan. Nasib baik Ayeena tak terjaga. Member jenis tidur mati begitulah.

Puk!

"Najis loh! Bila masa aku jadi hantu?" Aariq menampar belakang kepala Aayyan buat kedua kalinya.

Aayyan membuka kelopak matanya. Terpancar muka Aariq sedang berpeluk tubuh. Aayyan tersengih sambil mengusap belakang lehernya.

"Kau buat apa kat sini? Kenapa tak balik?" Tanya Aayyan. Aariq menjelingnya sekilas.

"Tu aku jaga bakal bini aku." Selamba Aariq menunjuk ke arah Ayeena yang sedang lena dibuai mimpi. Membulat mata Aayyan.

"K-kau cakap apa tadi?!" Aayyan mencerlung tajam ke arah Aariq. Namun, tiada sebarang reaksi daripada muka hensem Aariq.

"Haah, bakal bini aku. Kau tak nak jaga dia kan, so aku nak jaga dia. Kau cerai dia aku sambung bayar." Aariq melangkah ke sofa. Tubuh tegap itu dihempaskan ke atas sofa.

"Dia bini aku, aku takkan ceraikan dia!" Tegas Aayyan. Bodoh apa Aariq ni, ingat bini aku kereta secondhand ke siap nak sambung bayar.

"Ish, kau ni. Meh duduk sini. Kita bincang. Kat situ karang bakal bini aku terjaga. Aku juga yang susah nak kena peluk tepuk punggung bagi tidur." Aariq mengeluarkan telefon dari kocek seluarnya. Aplikasi tiktok dibuka. Lah video aku kena shadowbanned ke apa ni? Yang gelek-gelek boleh pula naik fyp. Aku yang hensem ni pehal susah nak masuk fyp? Aku nak kena gelek juga ke?

Pap!

Nyaris telefonnya mahu terpelanting.

"Kau pehal bangang?" Marahnya.

"Kau tu pehal?! Kau cakap bini aku tu bakal bini kau pehal? Kejap kau cakap tadi tu betul ke?" Aayyan sudah duduk di sofa bertentangan Aariq. Masa Aariq sedang memikirkan masalah negara tiktoknya, Aayyan bangun dari duduknya lalu mendekati Aariq.

"Erk, yang mana satu? Aku cakap banyak tadi." Aariq menggaru keningnya.

"Yang last kau cakap tadi."

"Aku suruh kau duduk sini bincang?" Aariq menduga.

"Lepas tu."

"Takut bakal bini aku terjaga?" Duganya lagi.

Aayyan membaling bantal di sofa ke arah muka Aariq.

"Kau cakap sekali lagi dia bakal bini kau, aku sula kau!"

Aariq tergelak melihat muka merah Aayyan, "Dah tu kau nak aku cakap apa?"

"Lepas tu kau ada cakap lagi."

"Oh, yang tepuk punggung tu?"

Aayyan hanya diam memandang Aariq tajam. Geleng tidak. Angguk juga tidak. Maka, tepatlah dugaan Aariq.

"Kenapa kalau betul?" Usik Aariq.

Aayyan lantas berdiri mendekati Aariq. Leher Aariq dicekiknya.

"Woi, kau nak uhuk uhuk bunuh aku ke uhuk si*l?"

"Mati kau, mati! Tak guna!"

"Uhuk aku gurau je la b*bi! Lepaslah!"

Aayyan melepaskan cekikan itu, dia merebahkan punggung di sebelah Aariq. Keluhan berat dilepaskan. Aariq mengusap lehernya. Sakit, mat. Esok kompom biru. Aduh!

"Kau pehal tak marah aku datang sini? Bukan kau benci aku ke?"

Aariq menoleh ke arah Aayyan.

"Haah, memang aku benci kau. Aku tengok muka kau pun rasa nak siku-siku je. Tapi kau abang aku. Abang yang selalu ada dengan aku. Walaupun apa yang kau buat tu salah, aku still berharap kau akan berubah. Aku rindu Aayyan yang dulu. Lagipun aku dengar kau cakap sorang tadi." Aariq mengalihkan pandangan ke arah lain apabila mata grey Aayyan bertembung dengan matanya.

Aduh, sape potong bawang ni hah? Kan tak pasal-pasal mata aku terkencing ni. Semua salah yahudi!

"Aku minta maaf." Aayyan menunduk. Rambutnya diraup kasar.

"Kau patut minta maaf dengan Ayeena. Bukan aku." Aariq kembali memandang abangnya. Bahu Aayyan ditepuk.

"Yan, kau ingat tak dulu kau pernah pesan dekat aku, jangan buat keputusan tanpa perbincangan, rendahkan ego tinggikan ilmu, akal dekat otak bukan dekat bontot, nak cakap apa pun kena fikir dulu jangan serang dulu. Kau ingat tak?"

Aayyan memanggung kepala lalu menoleh ke arah Aariq. Matanya berkaca. Merah. Hidungnya juga ikut merah. Ya, Tuan Aayyan Danish kita menangis.

"Kau kena rendahkan ego kau, bro! Aku sebagai adik mampu nasihat je weh. Aku sayang kau. Aku takut satu hari nanti, kalau kau hilang anak bini kau, aku tak boleh tolong doh!" Luluh luahan sang adik.

"Riq, macam mana aku nak buang ego aku? Macam mana aku nak pulihkan semua ni?"

"Aik, ego kau, kau tanya aku? Manalah aku tahu. Banyak dekatkan diri dengan tuhan la kot. Kau tu pun makin lama makin setan aku tengok. Rasanya setan pun garu kepala tengok kau, siapa setan sekarang ni. Kalau kau jadi setan, setan tu nak jadi apa? Tak pasal-pasal dia menganggur. Zaman sekarang susah tau nak cari kerja."

Aayyan ketawa kecil. Budak Aariq ni memang la. Spoil mood orang tengah bodoken ni.

"Kau pun makin lama makin bebal." Aayyan ketawa sambil menggeleng. Aariq mendengus.

"Sebebal-bebal aku ni, aku tak pernah sakitkan hati orang yang aku sayang!"

Zap!

Membisu Aayyan.

"Hah sentap ke bang?! Tulah jangan main-main dengan Aariq. Pepatah arab mengatakan masa itu ibarat pedang. Ha takde kena mengena kan. Pepatah tu salah sebenarnya. Lidah Aariq Derish ibarat pedang. Tajam Grrrr!"

Raut wajah Aayyan kian keruh, "Aku tau aku salah, tak payahlah nak perli aku."

Hujung bibir Aariq ternaik, "Aku harap lepasni kau tak buat lagi dah. Kalau kau buat juga, bersiap sedialah. Tak aku, Dhariz, tak pun Dhani sendiri kirim kau on the spot ke neraka!"

Aayyan menggangguk lemah.

Kepalanya ditoleh ke arah Ayeena, rasa bersalah bertandang di hatinya. Aku kena berubah, aku tak nak hilang Sha.

𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro