𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 40
Ayeena duduk di buaian di luar rumah, perutnya yang memboyot diusap perlahan. Bibirnya tidak lekang daripada senyuman. Kandungannya sekarang sudah berusia 5 bulan.
Mata dialihkan pada Anrique yang sedang bermain bola di hadapannya.
"Que sayang, hati-hati lari tu jatuh karang!" Pesannya.
"Okay mummy!" Laung Anrique. Ayeena menggeleng kepala sambil senyum.
"Ehem, Assalamualaikum." satu suara menyapa di belakangnya. Segera ditoleh kepalanya. Haqir tersenyum kepadanya. Ayeena hanya balas senyuman itu.
"Waalaikumussalam. Abang nak jumpa Mayra eh? Kejap Ayeena panggil dia." Baru sahaja Ayeena hendak bangun, Haqir memegang lengannya yang berlapikkan lengan baju itu.
"Apa abang ni?!" Ayeena melepaskan pegangan Haqir. Sungguh dia tidak suka Haqir sentuhnya begitu. Dia tidak selesa.
"Sorry, abang cuma risaukan Ayeena. Takpe abang boleh panggil Mayra sendiri." Haqir mengusap pangkal lehernya.
Ayeena membuang pandangan ke arah lain.
Tanpa disedari, Aayyan di hadapan pintu rumah tajam memerhatikan mereka. Dia keluar untuk memanggil Ayeena dan Anrique masuk, namun ternampak drama swasta di depan mata. Well, Aayyan kan biasalah otak sempit! Tak guna pula tu!
Jari jemari Ariana bermain di lengan sasa Aayyan.
"Tengok tu, suami ada dekat rumah pun still menggatal. Abang nak tahu tak masa abang keje, Abang Haqir selalu sini. Ingat nak jumpa Ariana, tapi tu ha jumpa Ayeena."
Hm, dasar batu api!
Aayyan yang mendengar itu semakin berapi. Ariana tersenyum melihat Aayyan seakan makan dengan kata-katanya.
"Abang perasan tak? Perut Ayeena besar semacam. Betul ke 5 bulan tu? Rasa macam 7 8 bulan je. Abang kahwin dengan dia tak sampai 8 bulan kan? Betul ke tu anak abang?"
Aayyan menoleh ke arah Ariana. Usia perkahwinannya dengan Ayeena baru 7 bulan. Ada betulnya juga.
"Ariana bukan apa, macam pelik je abang Haqir tu ambil berat lebih dengan Ayeena. Abang tak rasa pelik ke?"
Aayyan masuk ke dalam rumah tanpa berkata apa-apa. Namun riak wajahnya terpancar dia sedang menahan amarah. Ariana senyum kemenangan.
Sorry Ayeena, aku tak suka berkongsi.
"Puas dapat lepas rindu dekat bekas kekasih?" Sinis Aayyan menyoal Ayeena yang baru sahaja menapak masuk ke dalam bilik.
"Eh, abang. Terkejut sha. Abang buat apa dalam bilik ni?" Ayeena memegang dada kirinya. Terkejut disergah Aayyan yang sedang duduk di birai katil bilik mereka.
Aayyan tersenyum senget.
"Habis aku dah tak boleh masuk bilik ni? Habis sape yang boleh masuk? Haqir?"
Berkerut dahi Ayeena.
"Apa abang merepek ni?"
"Aku tengok tadi bukan main lagi pegang-pegang. Dah lupa ke diri tu dah ada suami? Pahala banyak sangat ke sampai nak tambah dosa?" Perli Aayyan pedas. Berdesing telinga Ayeena.
"Abang kalau tak tau apa, jangan tuduh sha sembarangan. Sha tau halal haram. Apa yang abang nampak tu semua salah faham." Ayeena membalas dengan tenang. Aayyan bingkas berdiri berjalan mendekati Ayeena yang masih berdiri di hadapan pintu bilik.
"Kau nak cakap aku ni tuduh kau tanpa bukti? Kau nak cakap aku salah? Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri yang kau dengan Haqir tu bermesraan! Tu masa aku ada dekat rumah, kalau takde tu mesti lebih lagi kan. Entah-entah ajak masuk bilik."
Ayeena memandang tepat muka Aayyan, "Abang!!"
Dadanya berombak kencang, menahan sabar daripada melepaskan marah pada suaminya.
"Apa?! Betul kan aku cakap ni? Kau nak berdalih apa lagi Ayeena Danisha?!" Naik seoktaf suara Aayyan. Matanya tajam mencerlung ke arah Ayeena. Rahangnya diketap.
"Dah la abang. Sha penat nak gaduh dengan abang. Kejap okay kejap naik angin." Suara Ayeena mengendur. Baru sahaja dia ingin menuju ke katil, Aayyan mencengkam lengannya.
"Sakitlah, abang ni kenapa?" Ayeena meronta-ronta minta dilepaskan cengkaman itu.
"Kau tanya aku kenapa?! Bini aku menyund*l depan mata aku!! Kau nak aku buat apa?!" Tengking Aayyan.
Tubir mata Ayeena yang menahan air mata daripada turun kini tewas.
"Abang, sakitlah. Lepaslah." Ayeena merayu Aayyan lembut.
"Sakit?! Hati aku lagi sakit! Kau tau tak?!"
"Abang bawa mengucap bang, kita bincang elok-elok. Lepaskan tangan sha ni bang. Sakit." Ayeena memujuk Aayyan supaya bertenang.
Aayyan melepaskan kasar cengkaman pada tangan Ayeena. Tangan kecil itu berbekas merah teruk. Allahuakhabar!
Ayeena memegang tangannya yang sakit dicengkam itu, "Abang, percayalah apa yang abang nampak tu semua salah faham. Bagi sha explain dulu ya?"
Ayeena mengusap lengan sasa Aayyan. Aayyan memandang wajah Ayeena. Memandang wajah Ayeena membuatkan dia teringat peristiwa tadi. Sakit hatinya.
Dia menepis tangan Ayeena membuatkan gadis itu sedikit tersentak.
"Kau tak payah nak baik dengan aku. Ariana bagitahu aku yang selama aku takde kat rumah, kau menyundal dengan Haqir kan? Isteri jenis apa kau ni?"
"Astagfirullahalazim. Sumpah bang, Sha tak buat semua tu!" Ayeena pantas menggeleng. Sungguh dia bukan orang sebegitu.
Bibir hujungnya terjungkit.
"Bagitahu aku! Anak siapa dalam perut kau?!"
Membulat mata Ayeena dengan soalan Aayyan itu. Dia macam jem otak dia jatuh lepastu cari punya cari tak jumpa lepastu dia cari lagi sampai ke google dicarinya masih tidak dijumpai. Sesiapa yang jumpa otak Ayeena sila hubungi talian +6016*********.
"Apa abang merepek ni?" Suara Ayeena sedikit meninggi. Sakit hatinya. Suaminya mempersoalkan sah taraf anak mereka.
"Kau tengoklah perut kau tu besar daripada orang yang mengandung 5 bulan! Kau nak bodoh-bodohkan aku kan? Tu sebenarnya anak haram kau dengan jantan tu kan? Kau saje jadikan aku kambing hitam." Aayyan memandang Ayeena penuh jijik.
"Jaga mulut abang tu, kalau abang nak hina, hina Sha tapi bukan anak ni. Anak ni tak salah. Abang dah gila ka? Ni anak abang." Ujar Ayeena dengan nada tinggi. Kesabarannya telah cecah limit. Air matanya diseka kasar. Tak guna nangis untuk suami tak guna ni.
"Kalau betul kau bini aku, gugurkan anak tu! Aku tak nak anak haram!" Tegas Aayyan. Anak mata kelabunya tajam menikam anak mata hitam Ayeena.
Astagfirullahalazim.
"Apa abang ni? Dah gila ka nak bunuh anak?!" Ayeena naik berang dengan arahan suaminya itu. Gila. Ini semua gila.
"Kenapa? Kau sayang nak bunuh anak haram kau dengan Haqir tu?!" Sinis Aayyan. Wajahnya langsung tiada rasa riak bersalah mengujarkan ayat itu.
Ayeena duduk di birai katil. Perutnya diusap. Sambil itu dia istighfar.
"Baik abang bunuh Sha ja." Ujarnya perlahan.
"Sekarang kau pilih, anak tu atau aku?!" Bentak Aayyan. Ayeena menunduk melihat perutnya. Dia menghela nafas berat.
"Sha pilih anak."
Menggelegak darah Aayyan mendengar itu, dia segera keluar daripada bilik itu. Pintu dihempas sekuat hati.
Ayeena menangis teresak-esak. Ya Allah, ujian apa lagi yang kau berikan? Aku tak kuat, Ya Allah!
Ayeena menunduk memandang pusara di hadapannya, gugur air matanya.
Awak, saya mengandung anak Aayyan. Twin. Awak tak sempat tengok muka anak-anak ni. Kenapa awak pergi cepat sangat? Saya perlukan awak, Henry! Aayyan. Dia tak percayakan saya. Pada siapa lagi saya patut mengadu. Saya rindukan dia. Kalau awak ada, mesti awak nasihatkan dia kan?
Aariq mendekati Ayeena.
"Yeen, jom kita gerak sekarang. You ada check up hari ni."
Ayeena mengangguk lalu membontoti langkah Aariq ke kereta.
Ya, sepanjang dia mengandung ni, Aariq lah yang menemaninya check up baby di klinik.
Aayyan? Macam biasa dia teman Ariana. Boleh pula tarikh check up sama setiap bulan. Memang sama ke atau dibuat-buat sama?
Tambah-tambah lepas kejadian minggu lepas. Dia bergaduh teruk dengan Aayyan. Aayyan langsung tidak bertegur sapa dengannya. Bukan setakat tegur, pandang pun tidak.
Ayeena juga tidak kisah dengan siapa dia pergi check up. Dia cuma mahu tahu perkembangan anak-anaknya. Dia sengaja merahsiakan tentang kewujudan seorang lagi bayi dalam perutnya itu. Dia mengandungkan sepasang kembar.
Dia mahu memberi kejutan kepada Aayyan pada hari lahir Aayyan lagi 2 bulan. Disebabkan itulah perutnya nampak lebih besar berbanding Ariana walaupun cuma berbeza sebulan.
Aariq sahaja yang tahu bahawa Ayeena mengandungkan anak kembar. Macam mana dia tahu? Dia makhluk paling excited sekali setiap kali check up. Macam dia pula nak dapat anak.
Patutkah aku bagitahu Aayyan? Sedangkan dia tak mengaku pun ini anak dia.
Ayeena merenung ke luar tingkap. Satu keluhan dilepaskan.
"Erm you! Kalau I nak tanya sikit boleh?"
Ayeena menoleh ke arah Aariq.
"Pasal Shayla eh?" Ayeena mengusik Aariq. Auto telinga Aariq berubah kemerahan. Malu.
"Eh bukan-bukan. You ni kan!"
Ayeena ketawa melihat Aariq bagai cacing kepanasan.
"Apa yang you nak tanya tu?"
Aariq menghela nafas berat, "You pasti ke tak nak Aayyan tahu pasal twins?"
Ayeena terdiam. Nak bertegur pun dia takut.
"Entahlah, you. I takut nak tegur dia. Dia masih marahkan I. You pun tau Aayyan tu macam mana." Ayeena membuang pandangan ke luar, tidak mahu Aariq melihatnya mengalirkan air mata.
"You okay tak? Kalau you dah tak tahan sangat-sangat dengan Aayyan, you bagitahu I. Biar I bagitahu Aathif. Aathif settle kan." suara Aariq seakan risau. Ayeena mengangguk perlahan.
"You, I ingat nak balik kampung hujung minggu ni. You teman I boleh?" Ayeena menyoal Aariq.
"Boleh sangat you. I pun dah rindu dengan opah. Nanti ajak Keem, Mika dengan Dalia sekali. Mesti meriah." Jawab Aariq teruja. Matanya masih fokus pada jalan raya.
"You tak nak ajak Shayla ka?" Usik Ayeena.
"Eh, you ni. Suka eh usik I? Shayla busy la dengan syarikat dia. Next week nak kena fly pergi Australia pula. Tinggal I sesorang. Nasib baik ada you hehe."
"Bila nak kahwin ntah korang ni? Dua tahun bercinta. Karang Shayla bawa balik mat salleh sana baru tau!"
"Siaplah mat salleh tu I kerjakan dia."
Geli hati Ayeena melihat muka cemburu Aariq. Sama macam Aayyan kalau cemburu.
Hm Sha rindu abang!
𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro