Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 37

Setelah seminggu menyediakan persiapan pernikahan, hari ini tiba majlis akad nikah Ariana bersama Aayyan. Hari bahagia bagi seorang Ariana Humayra namun hari yang sedih bagi seorang Ayeena Danisha.

Seminggu itu juga dia mencari kekuatan untuk menghadiri majlis pada hari ini. Hubungannya dengan Aayyan tidak langsung terusik. Malah semakin erat. Mungkin sementara waktu sahaja sebelum Aayyan dan Ariana bergelar sebagai pasangan suami isteri.

Suaminya akan bertambah tanggungjawab, tidak mustahil masa mereka bersama akan berkurangan. Tambahan pula semalam Ariana mengumumkan bahawa dia tengah mengandung anak Aayyan genap seminggu.

Berdarah kembali hati Ayeena. Dia rasa cemburu melihat Ariana dapat mengandungkan anak hasil benih Aayyan, manakala dia belum dapat rezeki itu.

Cukuplah Anrique penawar luka dan dukanya.

"Sayang, pakaikan sampin ni kejap!"

Serta merta lamunan yang menjengah tadi terhenti. Ayeena menoleh ke arah suaminya. Suami siapa ni hensem sangat ni? Terkam kang.

"Sayang, kenapa tengok abang macam nak terkam? Malam ni kita lawan terkam. Ni tolong abang pakaikan sampin dulu." Aayyan ketawa kecil melihat Ayeena yang tidak berkelip mata memandangnya.

Ayeena lantas mendekati Aayyan, jari jemari halusnya ligat memakaikan Aayyan sampin itu. Aayyan menilik wajah sembam isterinya, dia tahu semalam isterinya tidak cukup tidur asyik menangis tak berhenti.

"Dah siap!" Ujar Ayeena namun matanya masih pada lantai.

Aayyan memagut dagu Ayeena supaya pandang ke arahnya. Pinggang ramping Ayeena dirangkulnya. Tubuh kecil itu ditarik rapat ke dadanya. Sebelah tangannya di belakang kepala Ayeena.

"Abang sayang Sha sorang. Ingat tu!"

Ayeena menyeka air matanya menghalang daripada terkena baju nikah suaminya.

Ayeena cuba merungkaikan pelukan Aayyan. Dipandang dalam-dalam ke arah anak mata Aayyan.

"I love you abang!"

Aayyan tersenyum manis mendengar ungkapan sayang itu dari mulut Ayeena. Dia menarik Ayeena kembali ke dalam pelukannya.

Klak!

"Wow, bro relax! Simpan tenaga nak peluk bini kedua japgi. Bini kau yang ni japgi aku pelukkan untuk kau." Ujar Alyas sebelum menghamburkan tawanya. Aayyan menoleh dan memberi jelingan termaut kepada Alyas. Suka hati nak peluk bini aku.

"Sebelum majlis ni bertukar jadi majlis arwah untuk kau. Baik kau blah." Kata Aayyan yang masih memeluk Ayeena. Ayeena hanya senyap melihat dua sahabat itu.

"Oh, Yeen meh sini abang Alyas sambung peluk. Aayyan kau kena turun sekarang ayah kau dah panggil." Alyas tersengih memandang mereka.

Aayyan melepaskan pelukannya lalu menyerang Alyas. Kepala Alyas dilukunya.

"Ni makan dia kalau gatal dengan bini aku. Aku dah sabar lama dengan kau ni. Asyik nak try bini aku je keje kau!" Bebel Aayyan sambil menyiku pula perut Alyas.

"Ampun Yan aku guraw je. Tapi kalau kau sudi aku sanggup bermadu dengan kau."

Membulat mata Aayyan, "Bab* kau! Ada hati nak dekat bini aku. Nah, ambik kau ambik kau!"

Aayyan mengunci kepala Alyas dengan lengannya. Dasar kawan makan kawan!

Ayeena hanya ketawa melihat dua sahabat itu bergaduh. Hilang sedikit kesedihannya.

Ayeena memegang tangan Aayyan, "Abang, dah la tu jom turun." Lembut Ayeena memujuknya.

Aayyan menoleh sekilas memandang bidadarinya itu, "Nasib kau baik Yas, nasib baik bini aku halang. Kalau tak pecah kepala kau kat sini."

Aayyan terus menarik lembut lengan Ayeena menuju ke bawah. Alyas ditinggalkan. Huhu sian orang encem kena sabar.

"Sah?"

"Sah."

"Sah."

"Sah."

Dengan sekali lafaz, Ariana Humayra selamat menjadi isteri kepada Aayyan Danish. Gugur air mata seketul Ayeena.

Tiba waktu pembatalan wudhuk, Ayeena yang tidak betah melihat itu terus menapak jauh menuju ke gazebo belakang rumah. Dia mendekati Dhariz sebelum melabuhkan punggung di sebelah lelaki itu.

Dhariz kelihatan muram seperti dia pula yang dimadukan. Dia mengerling ke arah adiknya yang kelihatan muram sepertinya.

Hang patut bagi semangat kat dia, Riz!

Dia memeluk Ayeena sambil mengusap lembut kepala yang dibalut tudung itu. Ayeena menghamburkan tangisan kecilnya di bahu Dhariz. Mujur sahaja mereka di belakang rumah Tuan Aydan. Kalau tidak semua mata tetamu terarah kepadanya.

"Shh, adik angah kuat kan sayang? Jangan nangis macam ni, adik buat angah rasa macam nak pergi masuk dalam tumbuk pasangan pengantin tu. Dah lah jangan nangis, Aayyan bukan hensem pun. Tak perlu bazir mata nangis untuk dia. Baik tengok muka angah puas-puas. Dahla hensem, baik pula tu, rajin tolong umi ha nak apa lagi tumbuk muka orang pun boleh. Nak try?"

"Angah tak hensem pun. Celah mana yang hensem? Along lagi hensem." Dhani yang entah dari mana datang mencelah. Dhariz mencebik. Orang nak angkat saham pun sibuk nak jugak. Grrr.

Dhani memeluk kedua-dua adiknya. Dikucup kepala kedua-duanya.

"Weh, long yang sedih tu adik, pasaipa hang cium aku sekali? Eeeuuwww." Dhariz membuat mimik muka jijik.

Dhani tergelak kecil, "Tak payah ego ngah! Kawan baik hang kahwin dengan ex kesayangan hang tu. Aku tau hang still sayang Mayra."

Langsung tubuh Dhariz mengeras. Matanya yang berkaca dialihkan dari pandangan sinis Dhani.

"Angah, nak nangis tu nangis ja la." Ayeena menyeka air matanya. Dia melihat mata abang keduannya itu sudah sarat dengan air mata.

Dhariz memandang abang dan adiknya itu. Perlahan-lahan air matanya turun. Dia memeluk tubuh Dhani erat. Ayeena ditolaknya ke tepi.

Cis, kurang asam punya angah!

"Long kenapa cinta itu menyakitkan? Kenapa Long?" Dhariz menghamburkan tangisan di bahu abangnya. Dhani mengusap belakang badan Dhariz.

"Adik-adik Along kuat kan? Ini ujian Allah bagi untuk orang-orang yang Dia sayang. Jangan sedih-sedih, ingat Allah sentiasa ada bersama hamba-hambaNya. Angah kan lelaki. Hensem. Tak berapa nak baik pun. Tapi along yakin kalau dah kahwin nanti mesti jadi suami yang terbaik. Nampak ja nakal hang ni. Tapi dalam hati ada taman noh. Abih basah baju aku. Tak hensem dah."

Ayeena tergelak dengan ujaran Dhani. Tersebek-sebek Dhariz dibuatnya. Dhani menolak Dhariz ke tepi.

"Tepi hang. Aku nak peluk adik. Meh princess along sayang."

Ayeena sempat menjelirkan lidah ke arah Dhariz sebelum masuk ke dalam dakapan Dhani. Dhani mengucup dahi Ayeena berkali-kali.

"Sayang along ni kena ingat walau macam mana sekali pun, syurga di bawah tapak kaki suami. Jangan tinggikan suara. Jangan melawan cakap suami. Kalau adik betui-betui dah tak tahan dengan perkahwinan ni, bagitau along dengan angah. Seeloknya bagitau along ja. Angah hang ni satgi bukan boleh. Abih Aayyan masuk ICU. Biar along bincang dengan Aayyan elok-elok minta dia hantar balik adik baik-baik dekat umi dengan babah."

Ayeena mengangguk faham sebelum meleraikan pelukan itu.

"Along sayang adik-adik along. Along nak tengok adik-adik along happy tak nak sedih-sedih laguni. Along pun rasa macam nak nangis dah. Walau apa pun jadi, along takkan tinggalkan dua adik along ni. Ingat tau." Dhani menghadiahkan senyuman kepada dua adiknya itu.

"Bab* kau long! Awat sweet sangat hari ni?" Dhariz mengesat air mata dengan hujung lengan baju kurtanya. Macam budak-budak.

Dhani menggelengkan kepala sambil ketawa melihat adiknya itu.

"Aku memang sweet la saja malas tunjuk." Dhani mengangkat bahu sikit plus flip bulu kening.

Dhariz menjelingnya. Ceh!

"Ehem. Guys, aku nak cakap dengan Ayeena kejap boleh?" Haqir mencelah. Mereka bertiga kalih memandang Haqir. Dhani mengangguk manakala Dhariz memincingkan mata kepada Haqir.

Entah-entah jibon di dalam berpakat dengan jibon di luar ni nak runtuhkan masjid Ayeena.

Dhani menarik Dhariz untuk menjauhi Ayeena dan Haqir sementara waktu.

"Hang pasaipa Long bagi adik berduaan dengan musibat tu?" Dhariz mendengus geram.

"Biarlah ada la tu nak dibincangkan. Tak payah la sibuk. Lagipun kalau Aayyan ada ni lagi rancak, biar padan muka dia makan hati balik. Biar dia jeles." Ujar Dhani tenang sambil mata masih pada Ayeena dan Haqir. Tidak lepas memandang.

"Abihtu kalau Aayyan naik hantu pukul adik macam mana?"

Terkaku Dhani. Rahangnya diketap.

"Aku sendiri bunuh dia kalau dia apa-apakan adik kita."

Membulat mata Dhariz. Seram nyah!

"Abang, nak minta maaf bagi pihak Mayra." Haqir mengusap belakang lehernya.

"Abang tak salah pun. Tak perlu minta maaf. Benda dah nak jadi." Ayeena sedaya upaya mengukirkan senyuman.

"Tapi semua ni takkan jadi kalau abang tak ikutkan kata Mayra. Patutlah dia nak sangat pergi Langkawi. Rupanya dia tahu Ayeena dengan Aayyan ada dekat sana. Abang ingat dia nak release tension dekat sana lepas dapat tahu korang dah kahwin." Haqir menunduk kesal dan malu dengan perbuatan adiknya, Ariana.

"Ayeena tak salahkan abang. Abang jangan risau. Ayeena redha dengan semua benda yang jadi."

Haqir mengangkat wajahnya memandang muka bersih suci Ayeena. Sungguh kuat perempuan itu, sedangkan suaminya baru sahaja berkahwin lain.

Mata mereka saling menyabung sebelum Ayeena mengalihkan pandangannya. Pipinya berona merah.

Haqir tersenyum melihat Ayeena sudah menunduk malu.

"Still sama macam dulu hm? Malu pandang mata abang?" Soal Haqir lembut.

"Ayeena masuk dulu. Assalamualaikum." Soalan Haqir dibiarkan. Dia melangkah masuk ke dalam rumah.

"Waalaikumussalam." Tidak lekang bibir Haqir dengan senyuman. Dia rindu dengan Ayeena. Terubat sedikit rindu di hati.

Aayyan seperti cacing kepanasan. Tak senang duduk. Mata sibuk melilau mencari kelibat si isteri. Selepas sahaja sah bergelar suami Ariana tadi, dia mencari kelibat isterinya. Dia tahu isterinya pasti lari daripada melihat sesi pembatalan wudhuk.

Dalam hatinya resah mencari keberadaan sang isteri. Tiba-tiba sepasang tangan melingkari lengan sasanya. Minta-minta Sha!

Dia menoleh melihat si gerangan. Ariana. Alaa tak nak yang ni. Nak yang satu lagi!

"Abang ok tak ni? Berpeluh semacam." Lembut suara Ariana menegur.

Aayyan pantas menggeleng, "Saya ok. Saya keluar kejap."

"Eh, kita nak ambil gambar lagi nanti." Ariana memegang lengan Aayyan tanpa lepas. Aayyan melepaskan tautan tangan Ariana.

"Kejap je. Saya ada hal. Cau." Aayyan meninggalkan Ariana di pelamin. Dia bergegas keluar mencari isterinya.

Mana kau pergi sayang?

Langkah kakinya terpasung apabila sepasang anak matanya menangkap kemesraan seorang lelaki dan perempuan. Perempuan itu isterinya Ayeena. Lelaki itu? Haqir.

Matanya dipejam. Dia beristighfar banyak-banyak. Rahangnya diketap. Tangan dikepal menjadi penumbuk. Segala urat kian timbul.

Kau happy rupanya aku kahwin lain. Sebab kau dapat jumpa kekasih lama. Sampai hati kau Sha. Sekali lagi kau hancurkan kepercayaan aku!

Aayyan berlalu pergi meninggalkan kawasan itu bersama wajah tegangnya. Well typical Tuan Aayyan Danish, suka assume sesuka hati nenek doraemon dia.

"Yeen ku sayang~"

Boleh agak tak siapa lagi nak panggil Ayeena sayang selain Aayyan. Ya, Hakeem.

Ayeena menoleh ke arah Hakeem yang baru sahaja sampai ke majlis hari ini. Di sampingnya ada Rose, Shayla dan Elmira. Mereka pun duduk di meja yang paling hujung.

Rose tidak cemburu Hakeem memanggil Ayeena, sayang. Dah terbiasa mungkin dari zaman belajar begitu.

"Kau okay tak babe?" Soal Shayla risau.

Ayeena tersenyum, "Aku okay la. See I can smile." Ayeena mengukirkan senyuman palsu.

"It's fake smile!" Hakeem mendengus geram. Matanya kemudian melihat sekeliling.

"Aariq mana?" Itu yang dicarinya.

"Sejak dari kes tu, Aariq dah tak balik rumah. Mikael pun sama. Entah mana diorang pergi." Ayeena mengeluh. Risau juga adik iparnya itu buat yang kuban-kuban.

"Riq ada dekat Sydney." Kata Shayla dengan yakin.

Semua mata tertumpu kepadanya. Kening masing-masing juga dijongketkan.

"Apa pandang-pandang? Nak kena tendang?" Soal Shayla.

"Pelik bin hairan. Aku ni kakak ipar kesayangan Aariq tau. Tapi aku tak tau pun dia ada dekat mana." Ayeena mengusap dagunya.

Shayla menelan liur. Alamak pahit!

"Aku ni bestfriend merangkap sahabat partner in crime dia pun tak tau apa-apa. Aikk macam ada bau something." Hakeem juga mengusap dagunya.

Shayla telan air liurnya lagi.

"Bau macam something kan? Aku pun bau." Elmira menghidu seperti harimau menghidu mangsa.

"Bau macammmm." Rose senyum senget.

Shayla dah makin tak keruan. Hah sudah!

"Nasi Minyak!" Jerit mereka berempat sebelum ketawa terbahak-bahak. Memerah muka Shayla. Kak long kawasan pun tau malu-malu.

"M-mana ada." Shayla menggeleng laju.

"Ala mengaku je la. Why not? Kau dengan Aariq sesuai la." Usik Elmira.

"Dua-dua sama bangang. Okay la tu." Hakeem memegang perut ketawa. Shayla menjelingnya tajam. Nasib baik awek kau ada. Kalau tak, dah lama kena smackdown dengan aku.

"Ye la ye la. Aku dengan Aariq." Shayla akhirnya mengalah. Bukan dia tak kenal sahabat-sahabatnya ini, selagi boleh korek sampai lubang hidung diorang korek!

"Kau dengan Aariq ape?" Rose lagi suka mengusik Shayla. Tambah-tambah muka Shayla sekarang tak macam udang kena bakar. Macam udang nak rentung dah.

"Ish, ye laa. Aku dengan Aariq bercinta."

"Wow, aku ingat baru nak kawan-kawan. Kenal-kenal. Dah bercinta rupanya. Bila lagi?" Tudia Hakeem bab gosip nombor satu.

Shayla mengangkat jari menunjukkan dua.

"Dua hari?" Elmira menyoalnya. Dia geleng.

"Dua bulan?" Rose pula soal. Dia geleng lagi. No way! Takkan kut.

"Dua tahun?!" Suara Ayeena sedikit terkejut. Shayla mengangguk.

What the ........ ?!

"SERIOUSLY?!" Soal mereka berempat. Shayla mengangguk lagi.

"Pandai eh korang simpan rahsia." Rose menepuk tangannya. Bapak aaa dua tahun senyap-senyap.

"Weh, aku speechless lagi ni! Macam mana? Bagaimana?" Elmira sedikit terlopong. Shayla yang buaya betina tu dengan Aariq si buaya jantan. Anaknya nanti jadi apa agaknya.

"Aariq tak pernah cita pasal ni. Memang aku kagum aaa hampa pandai simpan rahsia." Ujar Ayeena sedikit teruja.

"Sampai hati Aariq kan."

Semua menumpukan perhatian kepada Hakeem.

"Weh, bongok kau pehal?" Soal Shayla.

"Hang call dia lani. Aku nak cakap dengan dia." Bentak Hakeem. Eh, mamat ni pehal emosi semacam?

Shayla mencapai telefonnya dan terus mendail nombor Aariq. Dia membuat video call.

"Assalamualaikum baby, rindu I ke tu? I pun rindu you." Suara Aariq dihujung talian merengek seperti minta kaki. Berbahang muka Shayla bila Aariq memanggilnya baby, dihadapan rakan-rakan pula tu.

Hakeem terus merampas telefon itu.

"Waalaikumussalam darling." Jawab Hakeem. Pecah tawa empat gadis di situ.

Aariq terkejut melihat Hakeem menjawab salamnya. Ni bukan baby aku! Ni bab*.

"Apa? Terkejut ke tu darling? You ni! I geget kang." Hakeem melentok suaranya macam pondan. Tiga gadis itu memandang Rose.

"Apa? Aku tak kenal dia!" Rose menggeleng laju. Tiga sekawan itu ketawa.

"Si*l kau Keem! Geli anjay! Mana baby aku? Pehal kau ada dengan dia hah?" Marah Aariq.

"Eh, hang ni aku bagi kaki kang. Dahla rahsiakan hubungan hang dengan Shayla daripada kami semua. Lepastu rupa-rupanya hang taken sebelum aku. Cis, mati-mati aku ingat hang tak laku. Ni Mika mana Mika? Aku call dia boleh decline. Dasar anak tapir. Mana dia?" Bebel Hakeem panjang lebar.

Aariq memanggil Mikael.

"Hi bro. Rindu aku ke tu?" Soal Mikael.

"F*ck off!! Aku call hang decline aku!" Marah Hakeem.

Mikael tersengih mengusap belakang lehernya.

"Sorry ma!"

"Takda sorry bagimu. Ni bila nak balik sini?"

"Aip, rindu jangan show off sangat bang!" Terkekeh Aariq ketawa.

"Weh sape tu?" Soal satu suara lagi di belakang Aariq. Kemudian kepalanya menyelit masuk.

"Woi Ahnaf!!!!! Pasaipa hang ada kat sana hah?" Jerit Hakeem.

"Riq, ajak aku join je la." Jawab Ahnaf selamba. Ahnaf member zaman universiti mereka dahulu. Merangkap kuli batak Hakeem. Di mana ada Hakeem, di situ Ahnaf berada.

"Tak guna hampa semua ni! Pinggirkan aku." Hakeem membuat muka sedih.

"Buruk la setan muka kau!" Aariq gelak terbahak-bahak.

Hakeem berdecit, "Tch! Bila balik?"

"Entahlah bro. Aku ikut jantan bangang ni je. Dia yang sponsor aku datang sini. Weh rugi kau tak ikut!" Mikael kelihatan teruja.

Hakeem mendengus kasar, "Ajak pun tak, nak ikut apa? Balik sekarang sebelum hampa punya awek aku sebat!"

Tergelak empat gadis itu dengan ugutan Hakeem.

"Eh, awek-awek jangan main la! Awek kau pun dah ada. Nak caras awek aku pehal?" Suara Aariq tidak berpuas hati.

"Ha takda-takda. Dalam masa 48 jam tak nampak muka hampa, aku rembat awek hampa! Cau." Hakeem mematikan talian. Tetapi dia sempat melihat muka cuak dua ekor itu. Hahahaha tau tachod!

Bukannya mereka tak kenal Hakeem, sekali dia buka buku pickupline dia, boleh terjatuh rahang anak dara. Lalu sahaja pun dah terteleng kepala anak-anak dara memandangnya. Mak-mak dara pun naik ikut sama. Mukanya ada kacukan British daripada maknya, mahunya dia tak hensem. Mata sahaja pun berwarna biru gelap tanpa kanta pelekap. Tiada sebarang kumis di muka. Bersih dijaga rapi. Hidung mancung terletak elok. Perempuan sekali pandang pun dah terpikat.

Ha bayangkan cepat. Aariq dan Mikael pun kadang-kadang insecure dengan Hakeem.

𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro